Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Rindu yang Tak Menggelikan

Cerpen sebelumnya:
Selam.
Cerpen selanjutnya:
cerita ajis anak harlem shake

Hari ni aku makan nasi lauk sayur hijau. Kawan aku kata sayur ni namanya kangkung. Untuk orang yang gemar warna hijau tapi tak mampu nak kunyah benda-benda hijau, aku iyakan saja. Aku malas nak cucuk duit, jadi aku masak sendiri. Potong bawang, tumbuk cili padi dengan belacan, tumis semua. Lepas aku bersin dua tiga kali, aku tambah air dan stok. Baru masukkan kangkung. Dalam tak sedar, aku dah terbagi resipi kat sini. Tapi tak apa. Maksud nama aku sendiri dah melambangkan sifat.
Budak-budak rumah aku seronok saja sumbat makanan-makanan pasar malam. Laksa, kebab pita, popia goreng, keropok lekor, jagung bakar dan murtabak. Makan kalah orang puasa. Makan kalah aku. Tapi tak apalah. Dia orang rajin cucuk duit.
Aku makan nasi lauk sayur hijau. Sambil-sambil aku pandang makanan-makanan kawan aku dan ambil dua keping keropok lekor. Yang tu saja yang aku suap. Yang lain tu dia orang yang suap dalam mulut aku. Bukan salah aku pun.
Cerpen ni tak ada signifikasi pun sebenarnya. Aku saja lepas rindu. Lama tak menulis. Aku payah nak ada rasa rindu. Tapi sekali aku dah rindu, aku buat sesuatu bodoh. Macam cerpen ni. Bodoh. Cerpen bodoh. Dan aku nak cakap yang diet ni memang payah. Lagi payah daripada main Candy Crush.
Lagi satu, aku baru dapat satu 'Friend Request' daripada heylelaki berserta mesej yang 'ohsem' buat aku terus tulis cerpen ni. Nampak kimianya? Memang tak ada kimia.

Cerpen sebelumnya:
Selam.
Cerpen selanjutnya:
cerita ajis anak harlem shake

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
5.0
1 Penilai

Info penulis

Dihsar Ludba Haqifa

Penulis di bawah amatur. Cerewet dalam memilih bahan bacaan. Cepat bosan dengan sesuatu benda. Dibenci kerana mempunyai \muka sombong\... lalu memilih untuk menulis saja untuk mengelakkan jumlah orang membenci. Hasil karya: Alahai Jijah!, Beruno, Kerana Basikal Biru, Jangan Tinggal Fargo! Antologi Cerpen: Kisah Cinta Seribu Wajah
DLHaqifa | Jadikan DLHaqifa rakan anda | Hantar Mesej kepada DLHaqifa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya DLHaqifa
Bila Kau Ada Seorang Ibu | 18537 bacaan
Berkawan dengan Seorang yang Hidup dalam Penafian Umpama Digigit Charlie; Tak Sakit tapi Berbekas | 3052 bacaan
Takut Bah Tau! | 2438 bacaan
Menipu adalah Satu Benda yang Manis | 2220 bacaan
Hormat | 3265 bacaan
Sebab Tu Aku Sayang Ali - Pengakuan Seorang Lelaki | 2523 bacaan
Suara dari Hutan | 2257 bacaan
Aku Sakit Hati | 4881 bacaan
Kisah Benar Pertama Aku Cerita | 5966 bacaan
Jika Kamu Seorang Penulis yang Mendengar Lagu Ketika Menulis | 3167 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Rindu yang Tak Menggelikan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik