Rindu yang Tak Menggelikan

 

Hari ni aku makan nasi lauk sayur hijau. Kawan aku kata sayur ni namanya kangkung. Untuk orang yang gemar warna hijau tapi tak mampu nak kunyah benda-benda hijau, aku iyakan saja. Aku malas nak cucuk duit, jadi aku masak sendiri. Potong bawang, tumbuk cili padi dengan belacan, tumis semua. Lepas aku bersin dua tiga kali, aku tambah air dan stok. Baru masukkan kangkung. Dalam tak sedar, aku dah terbagi resipi kat sini. Tapi tak apa. Maksud nama aku sendiri dah melambangkan sifat.
Budak-budak rumah aku seronok saja sumbat makanan-makanan pasar malam. Laksa, kebab pita, popia goreng, keropok lekor, jagung bakar dan murtabak. Makan kalah orang puasa. Makan kalah aku. Tapi tak apalah. Dia orang rajin cucuk duit.
Aku makan nasi lauk sayur hijau. Sambil-sambil aku pandang makanan-makanan kawan aku dan ambil dua keping keropok lekor. Yang tu saja yang aku suap. Yang lain tu dia orang yang suap dalam mulut aku. Bukan salah aku pun.
Cerpen ni tak ada signifikasi pun sebenarnya. Aku saja lepas rindu. Lama tak menulis. Aku payah nak ada rasa rindu. Tapi sekali aku dah rindu, aku buat sesuatu bodoh. Macam cerpen ni. Bodoh. Cerpen bodoh. Dan aku nak cakap yang diet ni memang payah. Lagi payah daripada main Candy Crush.
Lagi satu, aku baru dapat satu 'Friend Request' daripada heylelaki berserta mesej yang 'ohsem' buat aku terus tulis cerpen ni. Nampak kimianya? Memang tak ada kimia.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sempoi gila kot

  • (Penulis)
    2) tang mana yang sempoi tu? :/

Cerpen-cerpen lain nukilan DLHaqifa

Read all stories by DLHaqifa