Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

"Celaka betul! Malam-malam macam ni pun nak memekak!” Norlia tak tahan lalu ditariknya picu ke arah target. ZUPPPPP!

Gadis ayu yang disangkakan lemah lembut seperti gadis biasa, tapi sebenarnya jauh beza. Itulah Norlia yang bekerja sebagai pembunuh upahan demi mendapatkan habuan seperti dijanjikan. Keberaniannya dicabar apabila beberapa das tembakan ke arah Azman terkesamping ke tepi. Dapatkan Norlia membunuh targetnya seperti dirancang?

 

Babak 1:

 

Enaknya Norlia tidur dengan kepalanya berlapikkan bantal empuk berjenama IKEA yang baru dibeli siang tadi. Ada dengkuran kecil keluar dari rongga hidungnya. Air liur basi perlahan-lahan mencurah dari mulutnya tanpa disedarinya. Jam dinding kamar tidurnya menunjukkan jam 3.00 pagi.

 

Angin sejuk bertiup memasuki tingkap kamar yang terbuka luas. Angin itu mengelus tubuh norlia yang separa bogel itu. Dingin. Memang baju dalam nipis tanpa coli dengan seluar dalam adalah pakaian rutin norlia di kamar tidur. Tubuh norlia bergerak-gerak sedikit dek kedinginan itu. Perlahan-lahan tangannya menarik gebar menutupi sebahagian tubuhnya. “Emmm… sedapnya tidur sejuk-sejuk cam ni…” getus norlia separa sedar dalam keadaan mengerekot seperti tenggiling.

 

“Vroooommmm!! Vrooommmm!!! Vroommmmm!!!”.

 

Norlia tersentak dek bunyi bising yang tiba-tiba menerjah kamarnya. Telinganya bingit. Kepalanya digaru-garu kerana ketenangannya diganggu. Bunyi tersebut masih lagi berterusan. Dia bangkit dari katil dan menyedari air liur basi sedang membasahi pipinya. Air liur basi segera disapu dengan belakang tangannya. Dia melihat ke luar di sebalik tingkap unit kondominiumnya yang terletak di tingkat 16 itu.

 

“Celaka betul! Malam-malam macam ni pun nak memekak!”

 

Norlia memaki apabila melihat beberapa buah kereta dan motorsikal sedang ‘show-off’ dengan berlegar-legar di sebatang jalan raya berdekatan dengan kondominium tersebut. Eksoz motorsikal yang diubahsuai memang menghasilkan bunyi yang membingitkan.

 

“Babilah!!”

 

Norlia yang sedang naik amarah beralih dari tingkap tersebut.  Dia meniarap untuk mencapai sesuatu yang disimpan di bawah katilnya lalu ditariknya keluar sebuah beg hitam yang panjang. Kemudian Norlia mengeluarkan sebuah objek dari beg tersebut. Sebuah senapang panjang sniper! Ia adalah jenis Cheytac M200 Intervention buatan USA dengan jarak tembakan sejauh 2000 meter.

 

Dalam samar-samar kegelapan yang hanya disuluh cahaya bulan yang menerobos melalui tingkap, norlia memasang senapangnya dengan penyerap bunyi dan peluru. Diangkatnya senapang tersebut dan disuakan muncungnya ke luar tingkap. Sorotan matanya ditajamkan melalui batang binokular yang terpasang di atas senapang ke arah target sebelum picu ditarik. Mukanya garang.

 

“Vroommmm!! Broooommmm!!! Brooommmmm!!!” Beberapa buah kerera dan motorsikal masih lagi berderum-derum dan berulang-alik di atas jalan tersebut.

 

“Zup!”

 

Sebiji peluru menembusi tingkap sisi sebuah kereta dan mengenai kepala pemandunya. Kereta tersebut hilang kawalan lalu merempuh pembahagi jalan dan terbalik.

 

“Zup!”

 

Norlia membidik lagi. Kali ini mengenai seorang penunggang motorsikal dan menembusi helmetnya. Motornya terbalik dan terseret di atas jalan sebelum bertembung dengan pembahagi jalan. Norlia meneropong melalui binokular. Kelihatan minyak mengalir keluar dari tangkinya yang pecah. Norlia tersenyum sinis.

 

“Zup!”

 

Norlia membidik ke arah tangki tersebut. Motorsikal tersebut meletup dan melayang ke udara. Cebisan-cebisannya jatuh berselerakan di atas jalan. Si penunggang yang masih nyawa-nyawa ikan menggelupur kerana bajunya disambar api. Beberapa pemandu kereta dan penunggang motorsikal lain lari bertaburan menyelamatkan diri.

 

Babak 2:

 

Nyonya Suzy menekan lif di tingkat 20 kondominium itu.

 

“Ting!”

 

Lif sampai di tingkat 20. Pintu lif terbuka. Nyonya Suzy pun masuk. Dia menekan butang “G” untuk turun ke bawah. Lif bergerak ke bawah dan terhenti di tingkat 16. Pintu lif terbuka. Nyonya Suzy terkejut bercampur hairan. Lidahnya kelu. Sebuah motorsikal merah jenis Ducati Hypermotard 1100 MY09 perlahan-lahan masuk ke dalam lif. Nyonya Suzy hanya melihat dan memberi ruang. Penunggangnya memakai pakaian ketat serba hitam dengan sebuah beg galas. Helmet gelap menutupi keseluruhan wajahnya.

 

Pintu lif kembali tertutup. Hanya mereka berdua di dalam lif. Ekor mata Nyonya Suzy melirik penunggang tersebut dari atas sampai bawah. Dia tidak mengenali identiti penunggang tersebut tersebut. Tetapi Nyonya Suzy mengetahui penunggang tersebut adalah seorang perempuan berdasarkan bentuk pinggul besarnya dan payu dara montoknya yang tertonjol dek pakaian ketat tersebut.

 

Lif sampai di Ground Floor. Norlia menunggang keluar motorsikal berkuasa tingginya keluar dari lif tersebut. Dia melalui lobi dengan perlahan-lahan. Setelah melepasi pintu pagar utama, Norlia mula memecut dengan injin yang menderum.

 

Hypermotard Norlia membelah kota raya Kuala Lumpur menuju ke Ulu Yam. Ulu Yam adalah sebuah kawasan yang mempunyai jalan yang sempit dan panjang tetapi bengkang bengkok. Jalan tersebut dikenali sebagai Jalan Sungai Tua. Orang ramai menanggilnya sebagai jalan Ulu Yam sahaja. Terdapat bukit di kiri dan kanan jalan tersebut yang ditumbuhi dengan hutan. Di sesetengah tempat terdapat gaung di kiri atau kanan jalan. Cuacanya pula sejuk dan kadang-kadang berkabus di waktu pagi atau selepas hujan.

 

Di siang hari kenderaan tidak banyak lalu di jalan ini kerana jalannya yang terpencil. Apatah lagi di malam hari kerana kedaannya yang berbahaya. Tiada lampu jalan di sepanjang jalan. Waktu malam acap kali pemandu akan diganggu makhluk halus. Banyak juga kes rompakan berlalu di jalan tersebut di malam hari. Helahnya ialah perompak akan menyamar sebagai orang biasa yang menahan kenderaan lain yang lalu lalang untuk meminta bantuan kerana keretanya rosak.

 

Ulu Yam juga terkenal sebagai tempat rekreasi disebabkan sungainya, iaitu Sungai Tua. Terdapat 3 perhentian rekreasi utama di Ulu Yam bagi penunjung-pengunjung untuk akses kepada Sungai Tua. Sungai Tua juga terkenal sebagai lokasi budak-budak sekolah menengah ponteng sekolah kerana tempatnya yang sunyi dan tersorok. Tidak kurang juga ia menjadi lokasi pasangan bercinta untuk melepaskan berahi samada secara ringan-ringan atau pun berlebih-lebihan. Dari Batu Caves, jalan Ulu Yam boleh menuju ke Batang Kali, Kuala Kubu Bharu, Tanjung Malim, Ipoh dan juga Fraser Hill.

 

Ciri-ciri dan reka bentuk hypermotad membolehkah norlia menaiki bukit dengan motorsikalnya. Dia kini berada di atas sebuah bukit yang ditumbuhi hutan. Di bawah bukit tersebut ialah sebatang jalan raya iaitu jalan Sungai Tua atau dikenali sebagai jalan Ulu Yam. Dia mesti berada di atas bukit tersebut sebelum jam 3.00 petang seperti yang diarahkan.

 

Norlia turun dari hypermotard dan bersedia dengan laras senapang Cheytac M200 Intervention yang dikeluarkan dari beg yang digalasnya. Dia memasang siap senapangnya dengan binokular dan penyerap bunyi. Di atas bukit tersebut dia meniarap dan menunggu sasarannya dengan sabar dengan bersembunyi di sebalik tumbuhan renek.

 

Norlia melirik jam tangannya. 3.15 petang. Sebuah kereta Mercedes hitam nombor plat WUG 9999 sedang melalui jalan di bawah bukit dari arah Kuala Kubu Bharu. Kelihatan sebuah motoriskal hitam berkuasa tinggi mengiringi kereta tersebut. Norlia memegang erat senapangnya dan menghalakan muncungnya ke arah sasarnnya. Norlia menunggu sasarannya hampir.

 

Kereta Mercedes tersebut mempunyai cermin yang gelap. Sukar bagi Norlia meneka di manakah sasarannya duduk. Samada duduk di hadapan di sebelah pemandu atau duduk di belakang, di kiri atau kanan. “Ahhhh, bunuh semua je senang!”, bisik Norlia di dalam benaknya.

 

“Zup!”

 

Bidikannya mengenai sasaran pertama. Penunggang motorsikal hitam rebah bersama motorsikalnya. Lehernya memancut darah kerana ditembusi perluru senapang norlia.

 

“Zup!”

 

Norlia membidik kereta. Betul-betul pada pemandunya. Pelurunya tidak mengena!

 

“Tak kan kot!!”

 

Jerit norlia seakan tak percaya! Masakan bidikannya tidak mengena kerana telah ditarget dengan tepat. Norlia membidik lagi. Masih tidak mengena. Norlia melihat perluru-perlurunya yang dimuntahkan ke arah sasaran terkesamping dari sasaran. Seperti ada perisai ghaib!.

 

“Cis! Tak boleh jadi ni!”

 

Norlia tidak boleh gagal. Kalau target gagal dibunuh dia tidak akan mendapat apa-apa habuan. Itu perjanjian yang telah disepakati. Norlia mencampak senapangnya ke tepi dengan geram. Dia bingkas melompat ke atas motorsikalnya. Helmet tidak dihiraukan. Enjin motorsikal menderum saat Norlia terjun dari bukit dengan motosikalnya ke atas jalan raya.

 

“Skreeeeeettttt!!”

 

Norlia membrek mengawal motorsikalnya supaya tidak terbabas saat roda mencecah permukaan jalan raya. Dia bingkas mengejar kereta hitam tersebut dengan motorsikalnya. Norlia memecut di belakang kereta hitam tersebut dan mencabut sepucuk pistol di pinggangnya dengan tekad untuk membunuh segala mahkluk yang hidup di dalam kereta tersebut.

 

“Blam! Blam! Blam!”

 

Tiga das tembakan dilepaskan ke arah kereta tersebut. Kesemua perlurunya terkesamping. Sebuah pintu di atas bumbung kereta hitam terbuka. Seorang lelaki berkot hitam muncul melalui pintu tersebut. Rambut panjangnya mengerbang ditiup angin kerana kelajuan kereta yang sedang bergerak. Norlia amat mengenali lelaki tersebut. Namanya Azman Tiger.

 

Azman Tiger dikenali sebagai seorang pembunuh upahan dan/atau bodyguard berstatus super kerana kehebatan dan kebolehan luar biasanya. Azman Tiger terkenal dengan kebolehan tempurnya. Yang paling menakjubkan ialah Azman Tiger mampu memanipulasikan medan kuasa magnetik yang diresapkan ke dalam tubuhnya untuk mengesampingkan objek-objek yang menghala kepadanya. Bagi Norlia, Azman Tiger bukan tandingannya. Namun begitu tidak bermaksud Azman Tiger tidak boleh ditewaskan langsung!.

 

Norlia melepaskan beberapa tembakan menggunakan pistolnya ke arah Azman Tiger yang muncul melalui bumbung kereta tetapi kesemua perlurunya terkesamping ke tepi. Azman Tiger kemudian berdiri di atas kereta tersebut yang sedang bergerak laju dan melompat tinggi dari bumbung kereta ke arah norlia yang sedang mengejar di belakang.

 

Bersama lompatan tersebut Azman Tiger berpusing-pusing di udara sebelum menujukan sebuah tendangan ke arah Norlia. Norlia yang bergerak laju bersama motorsikalnya tidak sempat mengelak. Tendangan tersebut mengenai dada norlia. Norlia bersama motorsikalnya terjatuh dan terguling-guling di atas jalan raya lalu tercampak ke sisi jalan.

 

Norlia berasa pitam. Dunia dirasakan berputar-putar. Dadanya berasa amat sakit. Nafasnya tercungap-cungap. Pakaiannya pula koyak rabak kerana terjatuh di atas jalan raya. Luka-luka kelihatan di badan dan juga kepalanya. Pistolnya hilang entah ke mana. Dalam pandangan yang samar-samar dia melihat Azman Tiger yang menendangnya tadi berjalan perlahan-lahan ke arahnya untuk serangan kedua.

 

Norlia terbatuk-batuk mengamburkan darah. Dia memegang dadanya yang sakit. Dirasakan dadanya basah ditumpahi cecair. Dia membuka zip baju hitamya. Darah merah bersama cecair implan mengalir keluar dari payudaranya yang telah pecah.

 

Norlia menguatkan diri untuk menyelamatkan diri. Dia mesti bangkit dan melarikan diri, atau nyawanya melayang di tangan Azman Tiger. Kalau ditendang sekali lagi norlia akan ditakdirkan mati di kaki Azman Tiger.

 

Dalam kesakitan yang amat norlia menggagahkan diri untuk bangkit dan melarikan diri dengan terjun ke gaung di bahagian kanan jalan. Tubuh Norlia tergelongsor dan tergolek-golek ke bawah kerana bentuk gaung tersebut yang landai. Ranting-ranting pokok yang tumbuh melata mencalarkan wajah ayunya.

 

Azman Tiger mematikan langkahnya hendak mengejar norlia yang sedang bergolek ke bawah gaung. Dia khuatir kereta yang membawa majikannya tadi akan diserang lagi oleh pembunuh upahan lain yang mungkin menunggu di tempat lagi sepanjang jalan Ulu Yam tersebut. Oleh itu dia mesti kembali kepada majikannya. Alex Rhino yang mengiringi dengan motorsikal hitam tadi pun telah terbunuh. Kalau tidak, Alex Rhino mungkin dapat cover kerja-kerja melindungi majikannya. Azman Tiger mengambil motorsikal Norlia yang ditinggalkan kemudian memecut mendapatkan majikannya yang sudah pun berada 2 kilometer di hadapan.

 

Babak 3:

 

Norlia membuka matanya. Otaknya masih lagi berpinar-pinar. Dia menyedari dirinya jatuh ke bawah gaung. Matanya melihat payu daranya yang rabak. Jarinya lantas menjentik beberapa ekor semut yang menghurung luka di payu daranya. Kemudian zip baju hitamnya ditarik untuk menutup kecederaanya.

 

Norlia bangkit. Dengan perlahan-lahan dia menggerakkan kudratnya yang bersisa untuk mendaki gaung yang landai itu untuk sampai ke atas. Dalam susah payah dan kesakitan yang tidak terperi, norlia akhirnya sampai ke atas dan kini berada di sisi jalan raya di mana pertarungannya dengan Azman Tiger berlaku tadi. Dia mencari-cari motorsikalnya namun telah tiada.

 

Babak 4:

 

Haji Deraman memandu kereta Volkswagen antiknya seorang diri sambil mendengar CD ceramah ustaz Azhar Idrus. Haji Deraman ketawa terkekeh-kekeh kerana ustaz Azhar Idrus gemar membuat orang ketawa ketika berceramah. Petang itu Haji Deraman dalam perjalanan dari Gombak menuju ke Batang Kali untuk berjumpa dengan bini keduanya.

 

Haji Deraman mengahwini Puan Maimonah, bini keduanya tanpa pengetahuan bini pertamanya sejak enam bulan yang lalu. Kini usia Haji Deraman telah mencecah 55 tahun dan dia bersyukur kemampuan batinnya masih lagi tidak luntur walaupun sudah menginjak ke usia tuan.

 

Haji Deraman yang asyik ketawa terkekeh-kekeh tiba-tiba dia membrek keretanya secara mengejut. Songkok tinggi di atas kepalanya tercabut dek momentum itu. Mujur di belakangnya tidak ada kenderaan lain yang mengekori.

 

Dia melihat ke cermin pandang belakang dan mendapati seorang wanita sedang berdiri di bahu jalan di belakang keretanya. Haji Deraman kemudian menoleh kebelakang untuk melihat dengan lebih jelas benarkah sosok tersebut benar-benar wujud.

 

Haji Deraman kemudian mengundurkan keretanya sehingga sampai kepada wanita itu yang sedang berdiri di tepi jalan jalan. Wanita itulah yang telah menahan keretanya sebentar tadi. Oleh kerana terlalu asyik mendengar celoteh ustaz Ahar Idrus tentang poligami dan terkenangkan bini barunya, dia tidak berapa perasan kewujudan wanita yang menahan keretanya tadi.

 

Haji Deraman terkumat kamit membaca beberapa potong ayat al-quran buat pelindung diri. Manalah tau kalau-kalau wanita tersebut adalah jelmaan hantu. Setelah keretanya sampai di sisi wanita itu, Haji Deraman menurunkan tingkap dan memberi salam kepada wanita itu. Norlia segera menjawab salam dan meminta Haji Deraman menumpangkannya. Setelah mendengar Norlia menjawab salamnya maka yakinlah Haji Deraman yang wanita itu bukanlah jelmaan hantu.

 

Norlia yang cedera itu kemudiannya ditumpangkan dan diselamatkan oleh Haji Deraman. Norlia meminta supaya dia tidak dibawa ke hospital atau balai polis. Kemudian Norlia pun pengsan semula kerana terlalu lemah.

 

Babak 5:

 

Setelah sedar dari pengsan, Norlia mendapati dia berada di rumah Puan Maimonah dan Haji Deraman di Batang kali. Norlia dirawat secara tradisional oleh Puan Maimonah. Puan Maimonah semenangnya berkebolehan merawat orang sakit secara tradisional menggunakan herba-herba ataupun tumbuh-tumbuhan kerana dia berasal dari keturunan orang asli di Batang Kali yang kemudiannya telah masuk islam. Puan Maimonah jugalah yang mencipta resepi ubat kuat bagi suaminya, Haji Deraman. Ubat kuat tersebut ada dua jenis. Satu jenis minyak yang disapu dan satu lagi jenis minuman herba yang amat pahit.

 

Puan Maimonah menasihatkan supaya Norlia dihantar ke hospital bagi mengeluarkan implan yang pecah. Kalau tidak lukanya akan bertambah teruk dan dijangkiti kuman. Kederaan tersebut boleh meragut nyawa. Dada Norlia juga perlu menjalani x-ray di hospital untuk mengesan kecederaan dalam akibat tendangan kuat di dadanya. Atas semua nasihat itu, Norlia menolak. Dia menghubungi pihak majikannya. Petang itu juga dia diambil pulang oleh orang-orang yang dihantar oleh majikannya.

 

Babak 6:

 

Seminggu kemudian Norlia beransur pulih. Luka-lukanya bertambah baik. Implannya telah dikeluarkan melalui pembedahan. Payu daranya kemudian dijahit dan dibalut sebaiknya. Norlia dirawat secara rapi di bilik rawatan rahsia. Bilik rawatan rahsia itu diwujudkan oleh majikannya, khusus untuk merawat anak-anak buahnya, iaitu pembunuh upahan yang tercedera semasa menjalankan tugas.

 

“Rogayah Chan akan ambik alih tugas kau”, ujar Mr Kimba Beloo kepada Norlia. Norlia hanya mendiamkan diri sambil menukar balutan luka di lututnya. Raut wajahnya menunjukkan rasa tidak puas hati.

 

“Kau ade nombor dia?”, soal Mr Kimba Beloo bersahaja.

 

Norlia tidak menjawab. Dia membuka laci meja di sisi katil rawatannya dan mengeluarkan iphonenya.

 

“Nah, 012-6779786”.

 

(Bersambung…?)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) amboi dah mcm membaca tomb raider ni. best best.
  • 2) mana sambungan dia? syok baca

Cerpen-cerpen lain nukilan heylelaki

Read all stories by heylelaki