Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Saya Orang Yahudi

  • 0
  • aleph
  • 11 years ago
  • 3,240
  • FREE

 

Saya tidak ada idea. Saya menjadi tahanan ISA. Saya mengalami writers block. Saya selalu dapat migrain. Laptop saya rosak. Laptop saya meletup. Laptop saya dicuri. CIA rampas laptop saya. Kawan saya pinjam laptop saya dan tidak pulangkan kembali. Laptop saya diculik mahkluk asing. Laptop saya diserang virus ganas. Idea saya dimakan virus. Laptop saya kena sorok oleh bunian. Semua fail dalam leptop saya hilang. Nenek saya terbawa balik laptop ke kampung. Laptop saya meninggal dan dikebumikan. Saya koma beberapa bulan. Saya hilang ingatan. Saya dimasukkan ke hospital sakit jiwa.

Buku catatan saya terbakar dalam kebakaran. Buaya makan buku catatan saya. Saya hadiahkan otak saya kepada beruk. Saya tersesat di dalam rumah sendiri. Michael Jackson datang dalam mimpi saya dan pesan supaya jangan menulis lagi. Saya mahu masuk politik. Saya dipilih sebagai calon pilihanraya. Saya dermakan semua idea saya kepada badan kebajikan. Tangan saya lumpuh akibat kemalangan. Saya diserang strok. Isteri saya larang saya menulis. Kekasih saya tidak suka penulis. Saya mahu menghasilkan produk kecantikan. Saya menghidap alzheimer.

Pemandu bas meninggal dunia. Otak saya dimakan lembu. Saya bertukar menjadi katak. Saya disumpah menjadi batu. Stereng kereta saya tercabut. Saya terlepas kapal terbang. Saya lembik dipukul Franz Kafka. Saya dirasuk hantu air. Saya ditambat oleh Albert Camus. Saya masuk syurga. Saya hilang cita rasa. Saya dicampakkan di dalam neraka. Saya dibunuh oleh syaitan. Saya menjadi suku syaitan. Saya bunuh diri. Saya menghidap kanser. Saya telah bertaubat. Saya tidak mahu jadi Tuhan lagi.

Saya takut hantu. Saya mengalami kemelesetan ekonomi. Harga ayam naik. Saya perlu bayar hutang PTPTN. Saya gagal ujian memandu. Saya menyertai komunis. Saya kena saman AES. Saya berkahwin dengan puteri raja Eropah. Saya bertembung malaikat maut. Saya lapar. Saya demam sehari. Kepala saya hilang. Otak saya tercicir di hospital. Saya jadi angkasawan sepenuh masa. Dunia hendak kiamat. Ratu cantik masuk meminang saya. Jiran saya menang ekor satu juta. Saya tidak ada hati dan jantung. Saya buta huruf. Saya mengandung. Saya kerja 24 jam dengan perdana menteri. Saya bersin. Pen saya jatuh ke dalam lubang tandas. Kucing saya pinjam gunting.

Saya tidak menerima wahyu. Saya malas. Tulang saya reput. Saya ditawan pengganas antarabangsa. Saya jadi pengganas separuh masa. Saya menjadi pengebom berani mati. Saya hilang kemanusiaan kerana makan durian. Saya berpindah ke planet Marikh. Saya jadi adiwira. Saya hanyut ke Madagascar. Saya jadi presidan Amerika. Saya dijemput tinggal di Israel. Saya orang Yahudi. (Dan yang palimg utama) saya belum cukup 1001 alasan. Demikian menjawab pertanyaan mengapa saya belum atau tidak dapat menulis.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan aleph

Read all stories by aleph