Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 1)

Cerpen sebelumnya:
Takut Bah Tau!
Cerpen selanjutnya:
Lipat & Masuk

Part 1


“Ya Allah..!!lima minit je lagi..lima minit je..!!”

 

Hati Humaira’ menjerit sekuatnya tatkala dia sedang berlari-lari anak menuju ke dewan kuliahnya petang itu. Masakan tidak,kelas Puan Zaiton akan bermula kurang lima minit lagi,sedangkan dia baru menjejakkan kaki di luar rumah sewanya itu setelah menyambar buku-bukunya di atas meja. Otaknya sudah tidak dapat berfikir seperti orang normal. Apa yang dia tahu,dia harus segera sampai ke dewan kuliah sebelum pintu dewan ditutup secara automatik oleh tangan Puan Zaiton. Dia tahu,pensyarahnya itu amat bencikan orang yang tidak menepati masa.

 

Mujurlah rumah sewanya tidak terletak jauh dari kolej tempat dia menuntut. Perjalanan menggunakan kaki sendiri juga hanya memakan masa 8-10 minit. Malangnya, dia tertidur dan hanya tersedar pada pukul 2:50 minit petang. Rakan-rakannya yang lain pula berada di perpustakaan sejak pagi lagi.

 

Selepas melalui kafeteria,Humaira’ mahu menambah kelajuan kakinya ketika dia tiba-tiba dirempuh oleh seorang lelaki yang tinggi lampai. Segala buku dan kertas assignmentnya segera melayang dari tangan dan mendarat dalam longkang berhampiran.

 

“Aduh!!!Ya Allah!!!buku aku!assignment aku!” Humaira’ menjerit lantas meluru ke arah buku-buku dan kertas assignmentnya yang sedang enak berendam dalam air longkang.

 

“Matilah aku..! habis basah!!!” Humaira’ benar-benar tidak kisah tentang buku-bukunya,tetapi bermati-matian mengipas-ngipas kertas-kertas assignment yang perlu dihantar tiga hari lagi.

 

“Oh my God!sorry , I’m really sorry! Saya tak sengaja!” lelaki yang merempuh Humaira’ bersuara tatkala melihat keadaan Humaira’ yang kelam-kabut itu.

 

“Hey,you! Mata kau letak kat mana,hah?! Habis assignment aku..!!” Humaira’ terus mengomel seorang diri.

 

Lelaki tadi segera mengangkat tangan seperti penjenayah yang menyerah diri kepada polis. “I said I’m sorry!ok,ok. I’ll help you to fix it! Esok,pukul 10,library!” Dia kemudian terus memecut ke ruang parkir seperti dikejar anjing.

 

  1. Humaira’ sempat menangkap bait-bait perkataan lelaki itu antara dengar dan tidak. Dia masih berasa terkejut dengan kejadian yang berlaku. Kini,bukan setakat dia terlewat ke kelasnya,tapi segala bahan-bahan assignment yang siap disusun telah dibasahi air longkang berhampiran kafeteria. Dalam hatinya,dia tidak habis-habis memarahi lelaki tadi. ‘Sudahlah langgar orang sesuka hati,lepas tu terus lari macam kene kejar hantu!’  Omelan Humaira’ semakin pedas setelah mengenangkan bahunya yang sakit dan keadaannya yang berserabai seperti orang yang sesat di hutan selama 3 hari. ‘Poyo punya mamat! Nasib baik tak ada yang makan selipar aku ni tadi!hish!’

 

Lebih teruk lagi,pintu dewan kuliahnya sudah pun dikunci semasa dia memulas tombol pintu itu dengan sekuat hati.

 

“Aaargh...!!!ni semua kau punya pasal la! Sia-sia je aku lari macam tengah Marathon tadi!” Kepanasan hati Humaira’ sudah mencapai tahap maksimum. Mukanya juga sudah kelihatan seperti gunung berapi yang akan meletus bila-bila masa sahaja.

 

“Siaplah kau esok!!!” Tiba-tiba,bibir Humaira’ mula mengukir senyum yang penuh bermakna. Seketika kemudian,dia ketawa terkekeh-kekeh seperti orang yang sudah hilang akal. Sudah gilakah dia???

 

 

---------------------***---------------------

 

 

Irham masuk ke dalam kereta Mercedesnya sepantas kilat setelah penat berlari dari dewan kuliahnya ke tempat parkir. Bukan senang hendak mengelak daripada bertembung dengan gadis gedik yang terkenal dengan nama ‘Wawa’ di kolej itu. Biasanya,sebelum tamat masa kuliah,dia sudah tersembul di muka pintu dewan kuliah Irham untuk mengajak lelaki itu keluar bersama.

 

“Fuhh..lega aku! Nasib baik sempat!” Irham melepaskan nafas kelegaan walaupun dia masih termengah-mengah akibat berlari lebih kurang sejauh 300 meter tadi. Tanpa diduga, beberapa ketukan di cermin keretanya membuatkan dia kembali meratapi nasib malangnya.

 

‘aduh...apalah nasib aku hari ni! Perempuan ni pun satu. Dah macam hantu. Sejak bila pula dia ada tepi kereta aku ni!’ Walaupun hatinya tidak berhenti membebel, dia tetap membuka cermin tingkap kereta itu perlahan-lahan.

 

“eh!Wawa! Kebetulan pulak! I dah nak balik dah ni,” Irham menyambut kedatangan Wawa dengan dialog palsu dan senyum yang sangat plastik. Bagaikan tetamu yang tidak diundang,Wawa terus membuka pintu kereta dan duduk di atas kusyen empuk itu.

 

  1. ‘alamak! Aku lupa nak kunci pintu! Kalau tak,aku dah terus pecut kereta,tinggalkan perempuan gedik ni. Biar dia terjerit terlolong panggil mama dia!’ Irham memang rimas jika terpaksa berkepit  dengan Wawa.

 

  1. “Am, you nak balik,ye? Kalau macam tu,tumpangkan I sekali. On the way nanti, kita boleh singgah makan-makan and shopping!” Wawa terus mengeluarkan idea ‘bernas’ nya  tanpa diminta.

 

‘Banyak cantik muka minah ni! Sudahlah masuk kereta orang macam ‘pendatang asing tanpa izin’, lepas tu ikut sedap hati dia je suruh aku habiskan minyak kereta aku ni.’ Irham tidak habis-habis membebel dalam hatinya. Bibirnya pula terus mengukir senyum sumbing yang memang sudah dikhaskan untuk Wawa seorang.

 

Antara rela dengan tidak, kereta itu akhirnya mendesup laju membelah jalan raya di hadapan kolej itu.

 

‘Semua ni sebab budak serabai tu,la! Kalau la dia tu tak letak mata dia kat lutut, aku mesti sempat lari dari minah gedik ni!menyusahkan betul!!! Tunggu je la esok... tau la aku apa nak buat! Jangan ingat budak hingusan macam kau boleh main-main dengan Irham Zikri bin Zainal!!!’ Irham mula membayangkan rancangannya untuk esok hari. Sekejap matanya bersinar-sinar,sekejap bibirnya digigit,sekejap pula keningnya terjongket-jongket.

 

Wawa yang sedari tadi memerhati kelakuan Irham merasa aneh,tetapi tidak mempedulikannya. Apa yang penting, rancangannya berjaya. ‘mungkin Irham terlalu teruja keluar dengan aku,’ Dalam diam,dia mula menyusun teori sendiri. Teori yang tidak pernah dan tidak akan pernah tepat untuk seumur hidupnya.

 

 

--------------bErsAmbuNg.......


Copied 100% from my own blog. see the original post here :http://isyapurple.blogspot.com/2012/11/cerpen-bersiri-heyyou-jangan-sentuh-aku.html

Cerpen sebelumnya:
Takut Bah Tau!
Cerpen selanjutnya:
Lipat & Masuk

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.5
2 Penilai

Info penulis

Isya Purple

hye. me . in . kapasitor. trying to gain more experience and info. dont you mind to have a peek at my one and only BLOG? here you go : isyapurple.blogspot.com and dont forget to hit the CerPen purple box..
IsyaPurple | Jadikan IsyaPurple rakan anda | Hantar Mesej kepada IsyaPurple

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya IsyaPurple
Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 3) | 12731 bacaan
Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 2) | 11827 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

4 Komen dalam karya Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 1)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik