Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lipat & Masuk

  • 0
  • aleph
  • 11 years ago
  • 5,479
  • FREE

 

Soalan: Bagaimana mencipta kejayaan yang menakjubkan dengan hanya berangan-angan di rumah dan memperolehi keluarbiasaan dengan hanya mengisi angan-angan ke dalam sampul surat?

Andai mampu melipat atau menyusun dan memasukkan angan-angan ke dalam sampul surat kosong. Bermakna saudara mampu mengendalikan program ini dengan senang hati. Matilah sebentar dan hidup kembali. Ya! Tidak wujud kata yang dipanggil ‘mustahil’. Ini bukan silap mata, saudara.

Mudah, senang, bersih dan telus untuk memperolehi kejayaan yang menguntungkan tanpa melibatkan kerja haram, rasuah, kronisme atau nepotisme kepentingan. Tidak perlu risau dengan kerja yang saudara lakukan sekarang walaupun berjawatan Mat Despatch sekalipun. Tidak perlu menyediakan surat letak jawatan dengan gembira  gelak ketawa untuk berhenti sambil membayangkan timbunan wang hasil menyertai program ini. Teruskan dengan kerjaya yang sedia ada, saudara. Program ini akan menolong saudara mengatasi masalah kewangan, kekuasaan dan psikologi masakini. Memberangsangkan dan saudara bebas bekerja mengikut masa yang diingini.

Tentunya saudara tidak mahu melepaskan peluang mengecapi standard pendapatan tinggi seperti yang dicita-citakan oleh pemimpin negara ketika mengejar negara maju raksasa dengan hanya menonton tetevisyen, menggoyangkan kaki di rumah, menghadap makanan di meja, menguap di sofa atau menulis status terkini di laman sosial media. Lebih senang daripada makan kuaci.

Mudah bukan? Saudara hanya perlu berangan dan memasukkannya ke dalam sampul surat. Tidak memerlukan tulisan tangan indah, mesin taip antic, computer super canggih atau kosa kata tatabahasa tinggi. Masukkan angan-angan saudara terus ke dalam sampul surat dan poskannya ke alamat sendiri. Posmen pecah amanah atau setem yang membazirkan air liur tidak diperlukan.

Sahih munasabah. Saudara boleh mengaut kekayaan dengan sebelah otak tanpa perlu melihat kepada latar belakang, rekod kejayaan, sejarah kredit, pengetahuan, pengalaman, rupa paras, jantina, jenis darah, pelajaran, rekod kesihatan, horoskop, igau mimpi, tahap kelulusan, kediaman, jenis kenderaan, bangsa keturunan, cita-cita, egoism atau tahap mental saudara.

Kebarangkalian sukses adalah infiniti. Tidak diikat panduan, peraturan, peraturan atau arahan teliti yang menjemukan dan membebankan, saudara. Apa yang bakal saudara kecapi adalah kebebasan sepenuhnya dari belenggu globalisasi dimensi modenisasi jiwa kekosongan.

Saudara tidak perlu menghadiri kursus percuma pakar motivasi keupayaan diri, seminar pakar kekayaan ekonomi atau ceramah penasihat inspirasi kebahagiaan. Yang uniknya program ini boleh dilakukan secara beramai-ramai. Jemputlah kawan-kawan yang mempercayai saudara supaya menyertai kerja mudah ini. Hasilnya nanti boleh dikongsikan bersama. Sudah tentu masa tidak lagi dibazirkan. Gejala sosial pun dapat dihindari seperti yang disyorkan oleh media.

Tiada perkataan ‘tidak’ kerana program ini terbukti berkesan. Terlajak laris. Ambil masa setengah minit dan mulakannya tanpa risau. Asalkan mampu mengisi angan-angan ke dalam sampul surat sahaja! Ia pasti merupakan apa yang saudara cari selama ini. Dan semuanya terletak pada diri saudara. Jangan berlengah lagi. Bertindak sekarang. Masa tidak menunggu di perhentian bas.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan aleph

Read all stories by aleph