Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 2)

Cerpen sebelumnya:
Report Card Universiti Ramadhan
Cerpen selanjutnya:
A Red Rose For Jannah - Part 1

Bab 2


 

“Hish! Bengang betul aku! Kalau ikutkan hati,dah lama aku karate mamat tak sedar diri tu!” Humaira’ masih belum dapat menyejukkan hatinya walaupun sudah menghabiskan segelas nescafe ais di kafeteria tadi. Kakinya dihentak-hentak pada lantai rumahnya yang tidak bersalah itu. Pintu juga tidak terlepas daripada hukuman. Ia dihempas sekuat hati. Mujurlah rumah itu diperbuat daripada simen,kalau tidak sudah lama ia runtuh dek hentakan kaki Humaira’.

Dia segera merapati sofa di ruang tamu lalu duduk dengan perasaan marah. Dia tahu,jika seseorang itu sedang marah dan ia sedang berdiri,maka hendaklah ia duduk untuk meredakan marahnya.

“Astaghfirullah al azim..astaghfirullah..astaghfirullah....” Humaira’ lantas beristighfar beberapa kali. Dia mahu menghapuskan rasa marah itu. Seketika kemudian,mukanya yang merah mula berubah ke warna yang asal.

“Assalamualaikum...” suara rakan-rakan Humaira’ mencecah gegendang telinganya.

“Waalaikumussalam...”  Humaira’ terpaksa menjawab dalam keadaan marahnya yang ditahan-tahan daripada keluar. Kalau tidak,mahu sahaja rasanya dia mencekik rakan-rakannya yang langsung tidak bersalah itu.

“Eh,bukan ke kau kata kau balik lewat petang ni?” Sarah bertanya dengan wajah yang kehairanan.

“A’ah la.. Awal pulak kau sampai rumah? Ni baru pukul 3 setengah?!” Alya kemudiannya menambah lagi perencah kepada soalan yang belum berjawab itu.

Humaira’ yang sedari tadi cuba untuk melupakan kejadian yang menaikkan suhu mukanya segera melepaskan keluhan yang berat. Perlukah dia me’rewind’ kembali peristiwa yang berlaku tadi?? Peristiwa yang hanya akan membuatkan dia rasa ingin menangis sekuat hati itu?

“Tolong jangan tanya,boleh tak?” Humaira’ akhirnya bersuara dengan terketar-ketar. Dia takut dia tidak dapat mengawal diri lalu mengakibatkan ‘kematian’ rakan-rakan yang disayanginya itu. “Seorang penuntut kolej telah menikam mati rakannya akibat terlalu berang dengan peristiwa malang yang menimpanya dalam sekelip mata. Dia kini dilaporkan sedang berada di Hospital ‘bahagia’ dan menunggu untuk disoal siasat.” Aaahh.. sungguh,Humaira’ tidak mahu berita seperti itu dihebahkan oleh pembaca berita TV3 pada esok hari.

“ok,ok.. kita orang tanya je..takkan tu pun kau nak marah,kot??” Alya segera menarik muncung mulutnya. Jika diukur,boleh mencecah 3.5 hasta juga muncungnya itu. ‘Ape?ingat aku tak boleh merajuk? Aku pun boleh la...’

Sarah yang sedari tadi memerhati tingkah laku rakan-rakannya itu menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. ‘Kalau sehari tak bergaduh,memang tak sah agaknya!’

“wei... ape ni? Gaduh macam budak kecik!” Seperti biasa,Sarah akan mewakili Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu untuk mendamaikan kedua-dua pihak. Setelah itu, biasanya perjanjian damai akan segera ditandatangani.

“ye la..aku yang salah...aku minta maaf. Aku betul-betul tak sengaja. Cuma... eurgh!!!” Humaira’ tidak mampu untuk menyambung ayatnya sendiri.

“Cuma apa???” Sekali lagi, Alya memancing api kemarahan Humaira’ tanpa disedari. Dia memang boleh dilabelkan sebagai kaki gosip. Selalu sahaja mahu tahu hal orang lain!

“Kau orang tahu tak,tadi aku tertidur.lepas tu aku bangun lambat. Lepas tu pula,masa aku tengah lari nak pergi kelas,ada sorang mamat poyo ni,dah la langgar aku. Sakit tau! Lepas tu,dia terus blah macam tu je! Habis kertas assignment aku jatuh dalam longkang. Macam mana aku tak hangin!!! Hish!” terang Humaira’ panjang lebar seperti sedang berdebat. Nada dan kelajuan kata-katanya itu membuatkan rakan-rakannya tercungap-cungap untuk mengejar butir-butir bicaranya.

“Whoa.. whoa.. chill beb..kitorang tak sempat nak tangkap la!” Alya segera menahan Humaira’ dengan wajah yang tersangat bingung dan ‘blur’.

Humaira’ kemudiannya perlahan-lahan mengambil tempat duduk dibawah. Rakan-rakannya pula terus menurut perbuatan itu. Mereka duduk dalam bulatan kecil diatas karpet merah yang gebu.

“Macam ni cerita dia...” Humaira’ menarik nafas dalam-dalam. Rakan-rakannya yang sedang duduk berteleku itu segera menghadapkan telinga mereka kearah mulut Humaira’. Seketika kemudian,mereka terangguk-angguk lalu ketawa terbahak-bahak seperti orang yang sudah tidak siuman.




                                                                                                         ----------------------**-----------------------




“Daddy...! Wawa dah balik ni...!” Dato’ Hisyam yang ketika itu sedang leka membaca surat khabar segera mendongak sambil tersenyum lebar. Nampaknya angin anak perempuan tunggalnya ini sangat baik. Wawa terus duduk disisi ayahnya. Dia mempamerkan senyuman yang manis dan lebar,sengaja mahu memancing agar ayahnya bertanya tentang keadaannya.

“Hai...nampak bahagia lain macam je anak Daddy sorang ni? Apa pula yang Wawa buat kat kolej tadi?” Dato’ Hisyam mengeluarkan ayat yang berbentuk sindiran itu dengan muka tertanya-tanya yang sengaja dibuat-buat.


"Ape la Daddy ni... Wawa tengah happy ni tau! Daddy tau tak? Tadi,Wawa keluar dengan Irham! Dia bawak Wawa pergi shopping,makan-makan,lepas tu, dia hantar Wawa balik.Eee...Bestnya!" Wawa bercerita kepada ayahnya dengan wajah yang teruja dan kegedikan yang sangat melampau. Dato' Hisyam hanya boleh bersabar sahaja apabila melihat kegedikan anak tunggalnya itu semakin bertambah dari sehari ke sehari. Tidak dinafikan, kadang-kadang dia sendiri terasa ingin muntah hijau melihat kelakuan Wawa.

"Wah...patut la senyum sampai ke telinga. Baru habis dating dengan lelaki idaman rupanya. Irham macam mana sekarang ni?" Tanya Dato' Hisyam lagi.

"Macam mana ape,Daddy? Irham still macam tu la. Masih hensem dan macho,ok!" Jawab Wawa acuh tak acuh. Tangannya sedang ligat bermain-main dengan hujung rambut 'fake curl' nya itu. Matanya memandang siling rumah manakala mulutnya masih dengan senyuman penuh bahagia. Bagai orang yang sedang angau lagaknya!

"Ok la Daddy! Wawa nak mandi dulu! Daddy layan Dato' Zainal baik-baik,ye! Jangan gaduh-gaduh,tau!" Sambung Wawa. Dia kemudian ketawa terkekeh-kekeh sambil memanjat tangga menuju ke tingkat dua. Dato' Hisyam hanya melemparkan sebuah senyuman sinis. Amboi... Bahagianya dia... Jatuh tergolek atas tangga tu baru tahu!!!

 


                                                                                                  ----------------------**-----------------------





"Oh...macam tu cerita dia... Baru aku faham, lain kali cerita la betul-betul," Kata-kata Alya itu menjadi penamat kepada cerita Humaira' yang amat tragis tadi. Baru sekarang Humaira' mampu melepaskan nafas kelegaan. Rupa-rupanya, benar kata orang, masalah yang dipikul akan menjadi lebih ringan jika kita berkongsi dengan orang lain.

"Tu la masalahnya.. Aku bengang betul tadi,sampai tak boleh fikir dengan betul. Kalau ikutkan hati, aku sepak je mamat kurang ajar tu!"

"Sepak? Elleh..kau tu pijak semut pun tak mati! Tapi ok ape,at least dia dah janji nak tolong kau?" Sarah cuba untuk menenangkan rakannya itu. Dia tidak mahu Humaira' kembali kepada keadaan seperti tadi. Dia takut kalau-kalau asap akan keluar dari telinga dan hidung Humaira'.

"Habis tu? Ape kau nak buat,Ira?" Berbeza dengan Sarah, Alia lebih suka jika Humaira' membalas dendam kepada lelaki itu.

"Aku...dah fikir masak-masak. Aku akan suruh mamat tu siapkan separuh dari assignment aku ni! Disebabkan aku masih berperikemanusiaan, yang separuh lagi tu,aku akan cuba siapkan sendiri. Hah hahahaha..." Humaira' ketawa dengan jahatnya seperti ibu tiri bawang putih dalam drama Indonesia 'Bawang Putih Bawang Merah' yang pernah disiarkan di TV3 suatu ketika dahulu. Dia berasa amat puas.

"Bravo... Bravo...! Cayalah Ira!" Alya menepuk-nepuk meja bulat dihadapannya seperti sedang berada di dewan parlimen sebagai tanda sokongan.

"Ish! Alya...! Diamlah! Humaira', kau dah fikir betul-betul,ke ni? Kau bukan tahu pun kalau dia tu ambil course same dengan kau, ke tak!"

"Cukup Sarah... Cukup. Keputusan aku dah bulat. Aku harap ia dapat menjamin keamanan hidup semua orang." Humaira' bersuara seperti wakil rakyat yang baru sahaja menang dalam pilihan raya. Nampaknya dia sendiri sudah berjangkit dengan Alya.





                                                                                                       ----------------------**-----------------------





Malam itu, Humaira' giat menyiapkan assignmentnya semula sejak jam 8 malam lagi. Kini,walaupun jam sudah menunjukkan jarumnya kearah angka 2, Humaira' tetap setia menghadap kertas-kertas bercetak yang sudah luntur dakwatnya dek kerana terminum air longkang tadi. Sarah dan Alya yang tadinya bersungguh-sungguh berikrar akan berbakti kepadanya dan sanggup sehidup semati dengannya sudah lama terlelap di atas sofa empuk berbantalkan lengan masing-masing. "Haih... ni la nama dia 'kawan'... Nasib badanlah..." Humaira' menggelengkan kepalanya berkali-kali.




.........BeRsAmBuNg...........

 

100% Copied from my own blog. Lihat post asal di sini :http://isyapurple.blogspot.com/2012/12/cerpen-bersiri-heyyou-jangan-sentuh-aku.html

Cerpen sebelumnya:
Report Card Universiti Ramadhan
Cerpen selanjutnya:
A Red Rose For Jannah - Part 1

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.5
2 Penilai

Info penulis

Isya Purple

hye. me . in . kapasitor. trying to gain more experience and info. dont you mind to have a peek at my one and only BLOG? here you go : isyapurple.blogspot.com and dont forget to hit the CerPen purple box..
IsyaPurple | Jadikan IsyaPurple rakan anda | Hantar Mesej kepada IsyaPurple

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya IsyaPurple
Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 3) | 12731 bacaan
Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 1) | 11594 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 2)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik