Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

A Red Rose For Jannah - Part 1

 

 

 

 Assalammualaikum Diari :)

  

   Nampaknya hari sudah pun malam, kelihatan sang bulan sedang bercahaya menerangi langit yang gelap gelita sambil ditemani bintang-bintang berkelipan yang tidak segan untuk menunjukkan diri pada malam ini. Ya Allah! sungguh indah pemandangannya... betapa cantiknya ciptaan-Mu. Aku bersyukur kerana dilahirkan di bumi ini dan aku bersyukur kerana telah diberikan nikmat yang tak terhingga oleh-Mu ya Allah.

 

   Udara sejuk penghawa dingin menemaniku,sungguh sejuk sekali. Namun aku masih bertahan, belum lagi sampai tahapnya untukku beku umpama ais. Aku melayari ‘internet’ pada malam ini, dan sudah tentu laman Facebook (Fb) menjadi mangsaku. '5 friend request, 10 notifications, 1 message'  itulah yang terkandung dalam notifikasi Fbku. Meskipun tidak seberapa, namun ia cukup membuatku tersenyum, maklumlah diri ini masih baru dalam dunia Fb *kononnya -.-

  

    Malam ini aku berasa sunyi sekali....entah kenapa aku berasa sedemikian. Adakah aku telah mula merinduinya? tidak.....tidak mungkin. Namun hatiku mula resah saat dirinya muncul dalam fikiranku. Mungkin ini hanya satu permainan perasaan ataupun ilusi hati? adakah wujud benda sebegitu?....entah la, tetapi tidak boleh dinafikan memang aku rindu akan dirinya. Ya Allah....engkaulah yang maha mengetahui, apakah benar aku merindui insan itu? jika benar Engkau tabahkanlah hatiku ini ya Allah agar rinduku padanya tiada tandingan akan rinduku pada-Mu. Kerana Engkaulah yang ku ingini saat diri tak bermaya. Kerana Engkaulah yang akan ku cari dalam memperoleh kebahagian di dunia dan akhirat. Dan kerana Engkaulah tempat ku berikan hatiku kala ia remuk dan tak tentu hala.

 

   Jika benar ku merinduinya, ku berharap agar dia baik-baik saja termasuk juga mereka yang lain disana. Aku berdoa agar mereka berada dalam keadaan baik dan selamat menjalankan tugas mereka. Sesungguhnya merekalah bakal-bakal pemimpin , yang akan menjaga kesejahteraan orang bawahnya serta keamanan sekolah. Ya Allah Engkau lindungilah mereka dan juga dia, supaya mereka sentiasa selamat dalam menjalankan tugas mereka di sana.

 

   Hanya doa yang dapat ku berikan, agar kesejahteraan kamu terjamin. Itulah yang ku termampu. InsyaAllah Allah akan membantu kamu. Bulan masih bercahaya terang tanpa ada apa-apa halangan. Mungkinkah malam ini malam yang baik? entah la....walau apapun diriku kembali sunyi, dan kini rasa itu bercampur aduk dengan rasa mengantuk. Sudah tiba masanya untukku melenyapkan mata dan memburu mimpi. 'keychain'  hati ku pegang erat, sehingga menutup ayat yang tetulis padanya ''Seremuk Mana Hati, Bentukkanlah Ia Kembali, Dan  Berikannya Pada Yang Ilahi". ku tersenyum sendirian.

                                                                                                                 

Melakar resah,

Nur’Jannah Rahilah,

12/11/2013

Salam .                                            

 

   “Zain Rifqi Haliq”. Dibisiknya, lalu dibawa pergi.

 

 

  

                                                                                                                                                                            

                                                                                                                                                             

………………………………………………………………………………………………………………..

 

“ Baiklah semua peserta lelaki bangun! Masa tidur dah habis! Masa untuk solat subuh dah tiba. Bangun semua cepat! Dalam kiraan sepuluh, kalau masih ada yang mahu tidur, anda telah mengambil risiko yang BESAR sekali. Sebelum apa-apa berlaku dinasihatkan untuk bangun sekarang!...sekian terima kasih”.

 

    Nada suara yang gemeruh dari pembesar suara itu membagunkan mereka semua. Liat dan letih, perkataan yang cukup indah untuk digunakan. Tanpa apa-apa bicara, mereka semua pun bangun. Ada yang berkain pelikat dan ada juga yang tidak berkain langsung! Hanya seluar pendek menjadi teman tidur. Pelbagai karenah dapat dilihat, lucu kelihatannya. Ada yang sudah bangun namun mata masih tertutup, sambil mulut mengomong-ngomong dan ada juga yang mengambil risiko untuk kembali tidur. Sungguh berani!. Begitulah gelagat para peserta lelaki ‘Kem Kepimpinan Pengawas SMK Seri Pantai 2013’. Selama tiga hari pelbagai cabaran telah dihadapi, suka duka dikongsi bersama, pahit manis dilalui bersama, makan minum bersama-sama serta solat bersama-sama. Beribu kenangan telah dicipta yang tak mampu dijual dengan harga wang ringgit. Saat di mana semua sakit kerana tembakan paintball sehingga masa semua kecoh kala malam menjelma, penuh dengan gelak tawa serta nyanyian yang asyik sekali. Dari situ, terbentuklah ikatan persahabatan yang kukuh antara lima puluh dua rakan se-pengawas, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kini sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal dan memulakan cerita yang baru. Dengan menjinjing sebuah gelaran besar, bukan lagi sebagai pelajar tetapi sebagai pemimpin.

  

    Setelah sketsa labu dan labi itu berakhir. Mereka semua menuju ke pondok mandi di padang. Di padang itulah tempat mereka berkhemah pada awalnya, namun kerana cuaca tidak berapa mengizinkan yang lelaki terpaksa berhijrah ke dewan, manakala yang perempuan ditempatkan di surau. Dalam hujan mereka mengharungi diri sambil membawa harta masing-masing ke lokasi yang baru seperti pelarian tak punya tempat tinggal.Basah kuyup dijadinya, namun itulah cobaan bak kata P.Ramlee. Selesai mandi dan solat subuh, mereka diberi tazkirah tentang kepimpinan oleh Ustaz Zulhilmi, kemudian mereka diarah berkumpul ke dataran untuk nyanyian lagu Negaraku sebelum bersarapan pagi. Riuh sekali, kedengaran gelak tawa para peserta memenuhi dewan makan, turut terkandung suara bual bicara guru-guru dan para fesilitator di meja belakang. Sambil menikmati sarapan pagi, sebuah pengumuman telah dibuat. Semua berhenti dan senyap. Kelihatan Tuan Suhairi berdiri ingin menyatakan sesuatu.

 

“ Baiklah semua, selepas bersarapan nanti sila berkumpul balik ke dewan sebab kita ada kerja sikit untuk majlis petang ini, seperti yang telah dimaklumkan hari ini merupakan hari terakhir kamu semua berada di pusat korkulikulum dan kita akan membuat persiapan majlis penutupan yang akan berlansung nanti. So, cepat-cepat la kamu makan ok? Saya akan menunggu kamu di dewan, sekian”.

 

     Berakhirnya pengumuman itu, keadaan kembali riuh. Dewan makan berubah menjadi Pasar malam dalam beberapa saat. Selesai bersarapan para peserta kembali ke dewan. Mereka di arahkan untuk duduk dalam kumpulan masing-masing. Sebelum memulakan kerja, mereka telah diberi taklimat seketika tentang pembahagian tugas untuk majlis yang akan berlansung dalam masa sejam lagi. Selesai taklimat, masing-masing sibuk kesana kemari menjalankan tugas yang diberi. Ada yang menyapu lantai dan ada juga yang mengurus P.A System bagi menyempurnakan majlis tersebut manakala selebihnya menyusun kerusi untuk tetamu yang akan hadir.

 

     “Aduh….penat aku bro!”, suara Rifqi mengeluh, ternyata dirinya sudah keletihan menjalankan tugas.

 

     “Alamak…setakat angkat kerusi kau cakap penat? Bikin malu kaum aku jak kau ni….hahahaha” balas Irdii sambil tersengih nakal.

 

     “ Aik? Sukati kau jak mengata orang, yang kau sibuk main sapu-sapu tu dengan geng-geng perempuan tu pa cer? …Hahahaha”. Rifqi membalas dengan gelak tawa, sambil melakar sebuah senyuman ke arah Irdii sebagai tanda kemenangannya.

   

      “Itu namanya being a gentlemen”, lalu Irdii kembali bertugas, sambil bersenyum malu.

 

     Gelagat mereka berdua menarik perhatian peserta yang lain. Sudah menjadi kebiasaan bagi Rifqi dan Irdii membuat sitcom seawal pagi begitu. Gelak tawa mudah dilepaskan apabila kedua mereka bersketsa kerana selalunya itulah yang memberi semangat kepada peserta lain untuk mengharungi hari-hari gundah. ‘Hadapi Dengan Senyuman’ itulah kata hikmat yang telah ditanam dalam hati  setiap lima puluh dua orang anak muda itu. Walau apa pun terjadi, hadapilah dengan senyuman yang ikhlas dan ceria agar hari menjadi lebih baik seperti biasa. Selalunya, bukan mereka berdua sahaja yang menjadi punca inspirasi bagi seluruh kem. Kadangkala mereka turut dibantu oleh beberapa orang peserta lain yang sekepala dengan mereka berdua. Tanpa mereka, kem tersebut umpama api yang tak berbahang. Cahaya tetap dilihat namun kehangatannya susah untuk dirasa.

 

     Selesai kerja-kerja pembersihan, tetamu pun datang bertandang. Majoritinya merupakan pengawas-pengawas tingkatan lima yang sudah senior dan akan menamatkan zaman persekolahan masing-masing tidak lama lagi. Selesai penyampaian hadiah pada setiap kumpulan dan cenderamata maka berakhirlah majlis penutupan kem kepimpinan tersebut. Semua yang hadir dijemput ke dewan makan untuk makan tengahari sambil para peserta sibuk mengagihkan hadiah yang telah diperolehi. Setelah sesi pembahagian hadiah selesai, para peserta turut beralih ke dewan makan untuk makan tengahari dan kemudian solat asar berjemaah sebelum pulng ke rumah masing-masing.

 

    “ Ui Rifqi! Tengok sini”  klik! Kamera ditekan.  “ Whoa, punya handsome! Nanti aku masuk di  facebook …..hehehe” ujar Irdii sambil berketawa kecil.

 

    “ Alamak…time-time aku belum ready kau ambil gambar? Mana smart tu…hahaha” kata Rifqi dengan nada yang ceria. Senyuman ikhlas tetap di berinya meskipun pada ketika itu dia masih berasa letih. Baginya senyum itu sesuatu yang berharga buat semua orang dan wajar dikongsi bersama orang-orang tercinta.

   

   ‘ Tercinta?’. Hati Rifqi terdetik seketika. Bayangan wajah Walid dan Umminya terpampang luas di angkasa fikirannya. Betapa rindunya dia akan mereka. Ingin sahaja dia berlari terus ke rumah dan memeluk mereka. Namun apakan daya? Dia masih ada di sini dan mereka pula jauh di sana. Dia hanya mampu bersabar dan berdoa pada Allah S.W.T agar mereka berada dalam keadaan baik dan sihat sepanjang ketiadaannya di rumah. Namun rindunya bukan setakat orang tuanya sahaja. Masih ada sesuatu yang tidak jelas di rasa dalam hatinya. Adakah rindu ini kerana ‘dia’? . Rifqi terpinga-pinga berfikir. Tiba-tiba dia berhenti sejenak. Lalu merenung begnya yang terletak atas kerusi, keychain  berbentuk hati menarik perhatiannya. Kelihatan sebaris ayat kemas tertulis di atasnya ''Seremuk Mana Hati, Bentukkanlah Ia Kembali, Dan Berikannya Pada Yang Ilahi”. Rifqi tersenyum sendirian. keychain  berbentuk hati itu dipegangnya erat sehingga menutup ayat yang tertulis di atasnya.

 

    “ Nur’Jannah Rahilah…”. Dibisiknya, lalu dibawa angin.                   

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) peniup semangat nampak?

  • (Penulis)
    2) ade jugak. but, thank you
  • 3) Keychain tu ada makna la tu.. Nice story!

Cerpen-cerpen lain nukilan Nafis_95

Read all stories by Nafis_95