Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

Aku Tak Nak Mati Lagi!

Cerpen sebelumnya:
Nouveau
Cerpen selanjutnya:
Rumah Terbuka dan Gadis Rambut Merah

DENTUMAN kuat di sana sini. Bangunan rebah ke bumi. Mayat bergelimpangan. Aku berjalan di runtuhan batu. Terhinjut-hinjut di celah rekahan batu yang bertaburan sana sini. Luka di kaki menyukarkan aku untuk meredah hutan batu tu. Aku gagahkan diri walaupun terpaksa mengheret kaki yang dah luka.

Domm!!!

Aku cepat-cepat berlindung di celah bangunan yang runtuh. Ya Allah! Aku kat mana ni? Palestine?  Mesir? Syria??

Aku pandang sekeliling. Masih keadaan yang sama. Aku terpaksa pijak mayat yang dah bergelimpangan di celah runtuhan batu. Bila aku cuba pejam mata, kaki pula tersepak dan tersadung batu dan mayat. Ah! Aku buntu! Aku pandang lagi sekeliling. Debu-debu berterbangan memenuhi ruang udara. Kabus? Jerebu?? Ah! Tak mungkin! Bau asap bedilan dari ruang angkasa jelas menusuk ke lubang hidung aku!

Jadi di mana aku??? Bingung!!

Praaaaaaaaaapppp!! Doooommm!!!

Aku berlari tak cukup kaki. Bangunan tempat aku berteduh runtuh menyembah bumi! Aku mengucap panjang! Hampir-hampir membunuh aku! Aku pandang ke langit. Roket pejuang terbang rendah. Sebutir bom dah melayang jatuh ke bumi sekali lagi.

Dooommm!!!

Sekali lagi aku bertempik! Aku bingung! Di mana aku??? Macam mana aku boleh berada di tempat penuh mayat macam ni??? Bingung!!

Aku jenguk dari celah dinding batu yang terbongkah pecah. Beberapa manusia berpakaian celoreng dengan senjata di tangan masing-masing meliar mencari mangsa. Mana manusia yang masih bergerak, ditembak rakus! Aku menelan liur berkali-kali! Aku genyeh mata! Benar! Aku bukan mimpi! Kejadian tu benar-benar berlaku di depan mata aku!!

Aku menoleh ke arah kiri. Anak kecil meraung menangis di sudut penjuru bangunan. Rambutnya penuh dengan debu putih. Di sisi anak kecil itu, terdampar seorang lelaki sedang mengerang kesakitan. Luka di perut tidak memungkin kan dia bangun menenangkan anak kecil itu. Aku gagahkan diri menghampiri anak kecil yang sedang tersedu sedu menangis. Suara anak kecil itu sudah serak.

Aku dakap anak kecil itu yang masih menangis. Mata aku beralih pada lelaki tadi. Riak matanya mengharapkan aku menyelamatkan anak kecil itu. Dia berkata ssuatu kepada aku. Aku mengangguk faham. Aku sendiri keliru. Macam mana aku boleh faham bahasa asing itu?? Sedangkan selama ini aku tak pernah keluar dari bumi tanah air ku.

Anak kecil itu aku dukung ke sebuah bangunan lain. Menyembunyikan diri. Sedang aku sembunyikan diri, datang seorang lelaki lengkap dengan senjata. Dia tuding senjata ke arah aku. Dia mengarahkan aku serahkan anak kecil itu padanya. Aku dengar arahannya dengan jelas. Aku menelan liur. patutkah aku serahkan anak kecil yang tak tahu apa-apa tu kepada lelaki tu?? Aku semakin erat mendakap anak kecil itu yang sudah senyap dari tangisnya.

"Siapa kamu??" Aku beranikan diri bersuara.

"Aku musuhmu!"

Aku terbeliak. Tercengang. Lelaki itu faham bahasa Melayu!

"Aku tak ada musuh!"

"Kau lindungi anak kecil tu. Jadi, kau juga musuh ku!" Senapang dihala tepat ke kepala aku.

Aku sekali lagi menelan liur.

Aku menoleh ke arah kanan. Ada sebuah kotak penuh dengan bom. Aku berkira-kira. Kalau lelaki buat sesuatu, aku akan lempar bom tu kepadanya. Aku nekad!

"Serahkan anak itu pada aku!!!" Jerit lelaki bersenjata itu lagi.

"Baiklah!" Aku bangun. Melangkah setapak ke arah lelaki itu. Mata aku jeling ke arah kotak yang penuh dengan bom. Hanya dua langkah saja dari tempat aku berdiri.

Anak kecil dalam dukungan aku, aku letak ke lantai. Lelaki tadi seret anak kecil itu ke arahnya dan dipijak. Aku beristighfar beberapa kali. Apa yang telah aku buat????

"Kamu boleh pergi!" Lelaki itu tenung aku.

"Aku boleh pergi tapi dengan syarat!" Aku beranikan diri bersuara kuat.

"Apa dia?"

"Aku ada sebuah kotak penuh dengan bom. Kalau kau bawa anak kecil tu, aku akan bom kawasan ni!!" Aku cekak pinggang.

Lelaki tadi ketawa terbahak-bahak! Dia kemudian tenung aku lagi. Matanya dah melilau mencari kotak yang dimaksudkan aku tadi.

Aku ambil peluang itu dengan menendang senjata di tangannya. Terpelanting jatuh jauh dari lelaki tu. Aku segera dukung anak kecil yang sudah tidak bermaya.

"Kamu penipu!!!"

"Aku tak tipu!! Lihat!!" Aku tendang kotak tadi ke arahnya. Senapang yang jatuh tadi aku capai cepat-cepat. Bidikan senapang tu tepat kena kotak tadi. Bergema satu bangunan.

Bummmmmmmmmmmmm!!!!!

Habis satu bangunan pecah. Serpihan batu bersepah terpelanting. Aku genyeh mata. Terasa seluruh badan aku lencun. Aku buka mata. Penuh dengan darah! Aku raba berkali-kali! Apa aku sudah mati???

"Tolong!!! Aku tak nak mati lagi! Aku belum bertaubat!!!"-

-

-

"HOI! Apa kau merepek ni??"

Aku buka mata luas-luas. Acik dan tersengih di depan aku dengan sebuah baldi. Aku lihat diri aku yang sudah basah kuyup. Aku pandang sekitar. Tak ada batu pecah. Tak ada debu. Tak ada mayat bergelimpangan. Mata aku meliar mencari anak kecil tadi. Tiada sesiapa, yang ada hanya Acik di depan aku tengah menggosok kakinya.

"Kau tendang kaki aku apa hal?? Tu la! Tidur lagi senja-senja ni! Padan muka kau kena simbah dengan air basuh pinggan!" Acik berlalu pergi.

Aku masih terpinga-pinga. Aku mimpi??? Takkanlah! Masih segar di ingatan aku ni..anak kecil tu menangis..dan aku bertempur dengan lelaki tadi.

Aku menelan liur berkali-kali. Macam nikah rasanya negara yang ditindas?? Beginikah rasanya bila dikhianati? Aku meraup muka. Aku mendongak semula. Memang benar aku bermimpi! Hanya mimpi!

Cerpen sebelumnya:
Nouveau
Cerpen selanjutnya:
Rumah Terbuka dan Gadis Rambut Merah

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

ciksal

Hidup biarlah berlandasan..
ciksal | Jadikan ciksal rakan anda | Hantar Mesej kepada ciksal

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya ciksal
Suku Suku | 8779 bacaan
Dan Ku Cari Kamu | 2454 bacaan
Sebuah Harapan | 2682 bacaan
Kau Jodohku | 4510 bacaan
Mencari Jalan Pulang | 3682 bacaan
Kerana Biji Gajus | 3250 bacaan
Begitukah? | 2573 bacaan
Dendam Hani | 7899 bacaan
It\\\'s Too Late To Apologise | 2778 bacaan
Amin, Sengkenit dan Sengkatik | 2135 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya Aku Tak Nak Mati Lagi!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik