Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Aksi

Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT

Cerpen sebelumnya:
Jawapan
Cerpen selanjutnya:
Baju

Sewaktu menerima panggilan kecemasan daripada pusat kawalan, saya sedang mengoyak paket mi segera berjenama “MENTONG!”.

Susah juga hendak mengoyak paket mi tersebut. Akhirnya saya terpaksa menggigit satu bucu plastik bungkusan mi tersebut.  Mujurlah gigi kacip kanan atas saya masih utuh.  

“Mentong! Mi segera paling gurih! Makan sekali, pasti mau tambah lagi dan lagi!”

Begitulah tagline mi segera itu.  Membikin perut saya berkocak saja.

“Jamdol! Ayuh segera ke markas! Kapten akan memberi briefing tentang kejadian ini! Cepat datang!”

Begitulah suara arahan yang keluar daripada mesin intercom yang dipasang di setiap rumah ahli pasukan kami. Setelah melepaskan mi Mentong di atas meja, saya terus saja bergegas hendak ke pusat kawalan. Malangnya kereta syarikat yang saya letakkan dihadapan rumah telah hilang! Siapakah gerangan syaiton yang berani-berani mencuri kenderaan pasukan MATTT(Majlis Anti exTerrestrial Tahu Tak)??!!

Tanpa berfikir panjang, saya terus saja menahan teksi yang tiba-tiba saja berlalu dihadapan rumah saya.

Teksi itu berhenti secara mendadak pula. Akibatnya ia terlanggar pasu bunga yang dihadiahkan oleh makcik Georgiana kepada saya. Pasu bunga itu pecah berderai seperti cinta yang putus ditengah jalan.

“Alamak! Tentu makcik Georgiana akan mengamuk jika dia datang nanti!”

Saya berbicara didalam hati.

“takpe, tentu makcik Georgiana akan faham, jika saya beritahu dia nanti,  yang awak tidak sengaja menahan teksi saya secara tiba-tiba dan menyebabkan teksi saya terlanggar pasu bunga ini!”

Pemandu teksi yang baru keluar daripada keretanya tiba-tiba menyampuk kata-kata hati saya.

“jangan risau, saya mempunyai kebolehan membaca fikiran dan kata hati orang lain!”

“oh…baiklah! Sekarang…emm takpelah!”

Pemandu teksi tersebut terus menghantar saya ke pusat kawalan pasukan MATTT. Sepanjang perjalanan, saya cuba sedaya upaya untuk berfikir tentang tahi sepanjang masa.

Sesampai di pusat kawalan, saya terus berlari-lari anak masuk ke pejabat. Sampai di sana, semua ahli pasukan MATTT sudah sedia berdiri mendengar briefing dari Kapten kami. Saya terus masuk ke dalam ruang briefing seolah-olah mereka semua tidak menyedari kehadiran saya yang agak lambat.

“Jamdol!! Kenapa lambat?!”

Kapten Masahiko tiba-tiba menjerit kepada saya.

“Maafkan dia tuan, dia terlambat disebabkan kereta syarikat telah dicuri, maka dia terpaksa menahan teksi, kebetulan pula saya sedang memandu dikawasan kejiranan dia, jadi saya berhenti selepas dia menahan kereta saya secara tiba-tiba! Akibatnya saya terlanggar pasu bunga yang dihadiahkan oleh makcik Georgiana kepadanya!”

Saya terkejut setelah mendapati si pemandu teksi sedang berdiri di sebelah saya. Apatah lagi siap menerangkan sebab kelewatan saya.

“kenapa awak datang sini?”

“encik belum bayar tambang”

Setelah pemandu teksi itu pergi ( setelah saya membayar tambang), Kapten Masahiko meneruskan briefing.

“raksasa Kontempoppe yang telah dikalahkan oleh Urutoraman tempoh hari, muncul kembali pagi ini!, ia telah memijak Kompleks Pertama, Kedua, Ketiga dan Kompleks Wilayah juga Kompleks Campbell. Awak semua mesti segera bertindak sebelum raksasa ini memijak kepala kita semua!! Bergerak!!!”

Saya dan rakan sepasukan yang lain terus bergegas ke unit masing-masing. Seperti biasa, saya ditugaskan di unit basmi kuman bersama Elisabeth. Unit basmi kuman amat penting, kerana kita tidak pasti, sama ada raksasa yang datang ada membawa bersama kuman atau tidak. Seperti selalu, saya dan Elisabeth terus berlari masuk ke dalam jet MATTT Mach 77. Kami berdua duduk di kerusi yang paling belakang. Jet MATTT Mach 77 berlepas dengan jayanya! Kami sepasukan (seramai 7 orang didalam jet) bergerak menuju ke kawasan yang sedang diserang oleh raksasa Kontempoppe.

Saya sebenarnya sangat bersyukur digandingkan bersama Elisabeth sebagai unit basmi kuman. Maklumlah, Elisabeth sangat baik dan yang paling penting, dia sangat jelita. Elisabeth ialah bekas ratu Rock di kampungnya. Suaranya serak-serak macam kambing nak beranak. Suka saya mendengarnya. Saya bercita-cita untuk berkahwin dengan Elisabeth suatu hari nanti.

Dengan tak semena-mena Elisabeth menoleh ke arah saya dan berkata,

“Dol, kau tengok tak episode Jodoh Itu Milik Kita semalam?!! Jahat betul la Farid Kamil tu kan!!”

“a.ah!! memang pun!!”

Jet kami sampai di tempat kejadian. Waktu itu, raksasa Kontempoppe sedang memijak rumah milik seorang ahli politik. Kami segera turun dari jet dengan segera. Saya dan Elisabeth seperti biasa, menggunakan peralatan basmi kuman dan menembak ke arah raksasa tersebut. Rakan yang lain, seperti Bedah, Joyah dan Milah menembak raksasa dengan pistol laser. Kami berperang dengan raksasa dalam tempoh 25 minit 30 saat. Akhirnya raksasa Kontempoppe tewas dan terbang ke langit kembali ke planetnya. Kami semua berasa lega. Milah yang kelelahan terus saja mengeluarkan air teh ais yang dibelinya dari kedai mamak pagi tadi(agaknya).

Sesudah itu, kami ingin pulang ke pusat kawalan. Malangnya pilot kami tiba-tiba memberitahu,

“ahli MATTT semua! Kita tak dapat pulang ke pusat kawalan. Petrol dah habis. Nak beli mahal pula”

Akhirnya kami terpaksa, pulang berjalan kaki. Sesampai di pusat kawalan, satu lagi berita sedih kami terima,

“ahli MATTT semua, pusat kawalan tiada bekalan elektrik! Bil tak dapat dibayar! Mahal tuu!!”

Kami hampa. 

Cerpen sebelumnya:
Jawapan
Cerpen selanjutnya:
Baju

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3031 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 2908 bacaan
Min patah hati. | 2416 bacaan
Makcik Georgiana Datang! | 8903 bacaan
Misi penting | 8283 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2240 bacaan
Mak! dah bulat! | 2667 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4139 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2621 bacaan
Dolah cinta Dolly | 2527 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

2 Komen dalam karya Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik