Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Soalan

  • 0
  • aleph
  • 11 years ago
  • 10,236
  • FREE

 

Apakah saya akan merasa kosong, hilang ketenangan atau merasa teruja apabila diberikan inventori ini tanpa disertakan dengan pilihan angka yang biasanya mempunyai skema tidak bersetuju mewakili 1 dan sangat bersetuju mewakili 5 serta tentulah tidak dimaklumkan juga penilaian akhir  terhadap skor yang selalunya dijumlahkan bagi mendapatkan darjah kesempurnaan kendiri sama ada dilakukan secara jujur atau menipu yang akan jatuh ke pengetahuan orang tertentu sehingga meninggalkan tanda tanya kepada diri sendiri?

Saya boleh menerima kenyataan dengan kadar yang lebih baik jika dibandingkan dengan orang lain dan pada masa yang sama, saya tidak berasa gelisah terhadapnya.
  Saya boleh menerima sifat-sifat yang ada pada diri saya sendiri tanpa rasa bersalah atau anxieti dan pada masa yang sama, saya boleh menerima sifat orang lain dengan hati yang terbuka.
  Saya kerap berfikir dan bertingkah laku secara spontan walaupun saya jarang sekali memaparkan sikap serta tingkah laku yang tidak konvensional.
  Saya seorang yang suka memaparkan pemikiran berpusatkan masalah tidak pada ego dan saya mempunyai kecenderungan untuk menyelesaikan masalah-masalah sosial serta menerimanya sebagai misi hidup saya.
  Kadang kala saya perlukan masa untuk bersendirian dan berupaya melihat kehidupan secara objektif dari satu sudut yang berlainan.
  Secara relatif, saya tidak begitu bergantung kepada budaya dan persekitaran sendiri tetapi saya tidak bermegah dengannya hanya untuk membuktikan yang saya ini lain dari yang lain.
  Saya berkebolehan untuk menghargai pengalaman-pengalaman hidup yang asas, walaupun terhadap peristiwa yang kerap saya lihat atau lakukan pada masa lampau.
  Saya pernah mengalami apa yang dikenali sebagai pengalaman mistik seperti mempunyai perasaan kegembiraan yang bermakna, mengalami perasaan mampu yang tiada batasan, merasa diri sebagai amat kuat dan pada masa yang sama, mengalami diri ini sebagai amat tidak bermaya.
  Saya mempunyai minat yang mendalam tentang hal-hal masyarakat dan sering melihat manusia sejagat sebagai sesuatu yang berkeseluruhan.
  Saya berkebolehan untuk mengadakan hubungan peribadi yang mendalam dengan baik, dan sering berlaku dengan beberapa individu sahaja dan tidak dengan orang ramai.
  Saya mempunyai sikap yang berbentuk demokratik terhadap orang lain dan menghormati mereka tanpa mengira bangsa, agama, kekayaan dan lain-lain.
  Saya boleh membezakan apa itu kaedah dan apa dia matlamat dan pada kebanyakan masa, saya amat gemar meneliti kaedah daripada matlamat lebih dari apa yang digemari oleh manusia yang kurang sabar.
  Saya adalah seorang yang suka berjenaka, tetapi jenaka saya itu cenderung kepada kefalsafahan dan tidaklah ganas.
  Saya rasa yang saya ini kreatif dengan cara saya tersendiri.
  Saya menentang pembudayaan. Walaupun saya ini menerima budaya sendiri tetapi saya tidak bersifat bergantung terhadapnya dan saya tidak sentiasa akur secara membabi buta terhadap segala arahannya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan aleph

Read all stories by aleph