Antara Wujud dan Tidak.

 

Ia sudah pukul 3 pagi. Am tutup lampu bilik. Dia ke meja kecil sebelah katil dan putar suis lampu tidur. Perlahan-lahan biliknya terang kembali dengan rona oren. Hujan di luar sedang turun lebat. Bunyi rintik pantas dan angin kencang menyapa dari tingkap yang tertutup. Dia berdiri di kaki katil. Di depannya terdapat pintu bilik air. Dalam renungan tajam dia memandang sesuatu di sebalik pintu tersebut. Dia buka pintu bilik air dan memejam mata sambil mengeluh. Dia kecewa. Dia duduk di sisi katil berdekatan dengan lampu tidur dan membelek bawah bantal untuk mendapatkan buku notanya. Laci meja kecil tersebut ditarik dan dia mengambil sebatang pen.

24 November 2037

Nampak gayanya ia belum masanya untuk pergi. Ia sudah lepas pukul 3 dan pintu bilik air tidak menghubungkan aku ke mana-mana. Idea tentang tarikh keramat ini barangkali hanya mitos. Bila ruang sana akan mula dihubungkan? Aku tak pasti. Mungkin 24 November tahun depan, atau tahun depannya lagi.

Jika sana sebagai bunga mekar, syukur. Jika sebaliknya, gagal.


Dia letak pen kembali dan menutup buku notanya. Memandang luar dalam keadaan lesu dan berharap di sebalik cermin itu bakal muncul sesuatu. Dalam benak fikirannya, dia mahu raksasa karnivor yang besar dan dahsyat pecahkan cermin, lantas masuk dan ratah dirinya.

Dia kemudian bangkit kembali di sisi hujung katil. Berjalan membuat bulatan berulang-ulang. Menantikan 24 November akan datang.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) semoga berjaya 24 November nanti. atau mungkin belum masa lagi?

Cerpen-cerpen lain nukilan syxmie

Read all stories by syxmie