Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Suku Suku

Cerpen sebelumnya:
Lima Sebelum Moira.
Cerpen selanjutnya:
Alahai Sombong

Aku buka mata. Menguap luas. Tangan di depa panjang. Bangun pagi ni terasa semua malas. Macam lagu Bruno Mars. Lazy Song!

"Today I don't feel like doing anything!" Aku menyanyi kecil dalam bilik air.

Usai solat subuh..aku termenung di meja belajar. Buku rujukan bertimbun atas meja hanya dipandang sepi. Memang aku malas hari ni!

Jam di atas meja aku jeling. rambut aku sikat rapi. Helmet di atas meja aku capai. Kunci motosikal kapcai aku pula dah ada dalam poket jaket. Bersiul-siul aku menapak ke laman.

"Nok make gapo hari ni nih!?" Aku garu kepala.

"Jai!"

Aku dongak. Jo dah tersengih di jendela.

"Mu nok gapo?"

"Hang nak pi sarapan kan? Aku nak kirim nasi belauk la! Hang belikan aku lauk ayam!" Laung Jo dari jendela.

"Yo la! Mu jange pulok  buat tahi mato bila aku kelik! Nanti basi nasi mu tu!" Aku mula hidupkan enjin motosikal.

 

TIBA di kedai makan, makcik Senah dah tersengih di atas meja panjang. Macam tulah gaya seorang penjual nasi belauk. Di depan makcik Senah ada tiga jenis lauk. Gulai ayam,gulai ikan dan nasi kerabu. Semuanya diisi dalam periuk besar-besar. Aku pandang pula lengan makcik Senah. Gelang sudah separas lengan. Lumrah orang berniaga. kalau tak tunjuk gelang, tak ada namanya peniaga berjaya. Aku sengih.

"Jai! Awal sampai?" Laung makcik Senah.

Aku parkir motosikal sebelah kedai. Perlahan aku menapak ke meja. Makcik Senah bersila cantik depan periuk besar-besar tu.

"Nak makan apa hari ni?" Tanya makcik Senah.

"Hmm..ambo ingat hari ni nok make nasi kerabu la. Bubuh sambal lado tu banyok sikit deh. Bui pedah sikit." Aku menapak ke meja makan.

Makcik Senah angguk-angguk. Dia segera menyediakan nasi kerabu dalam pinggan. Seketul ayam goreng turut diletakkan dalam nasi kerabu bersama keropok dan solok lada. Fuh! Terangkat aku makan nasi kerabu pagi tu. Walaupun makcik Senah bukan orang pantai timur tapi masakannya setaraf dengan air tangan orang sana. Kira boleh masuk tekak aku la.

"Mokcik! Bukuh nasi belauk so! Lauk gulai aye. Bubuh lauk suku suku." Sempat aku pesan nasi belauk yang dikirim Jo tadi.

"Hah? Suku suku?" Laung makcik Senah lagi.

"Ho! Suku suku!" Aku sengih. Entah faham ke tidak makcik Senah ni. Aku dah la pekat loghat aku ni.

Perut aku dah kenyang. Selepas bayar semua nasi kerabu dan nasi belauk yang Jo kirim, aku pecut motosikal balik ke rumah semula.

"Hok aloh! Tido lagi mamat ni! Bangun la wei!" Aku kejutkan Jo yang masih berselimut. Ni bangun subuh ke tidak ni??

Jo menguap. "Hang ada beli tak nasi aku?"

"Ado ni. Aku letak  atas meja ni." Jai letak bungkusan nasi belauk atas meja.

Jo cepat-cepat bangun dan mandi.

Jai berehat di atas katil Jo sambil memetik gitar menyanyikan lagu Bruno Mars.

Selesai mandi Jo capai bungkusan nasi belauk. Perutnya dah berkeroncong.

"Aik! Awat sikit sangat ni??" Jo pandang nasi dalam bungkusan.

"Sikit gaponyo?" Jai bingkas bangun. Dia lihat nasi dalam bungkusan tadi. Memang sikit. Nasi  dan lauk ayam tak sampai pun separuh.

"Aku mana cukup makan banyak ni. Hang beli macam mana ni?" Jo pandang Jai yang dah garu kepala.

"Aku suruh mokcik Senah tu bubuh mace biaso. Lepas tu, aku suruh dia bubuh suku suku. Yo la..mano  tahu mu bangun lambat. Kalu campur kuah gulai tu dengan nasi, nanti cepat basi pulok." Jai sekali garu kepala. takkan makcik Senah tu tak tahu. Aku ni pelanggan tetap dia.

"Patut la.." Jo ketawa.

"Patut la gapo?" Jai berkerut kening.

"Hang sebut suku suku tadi kan?"Jo tanya Jai.

Jai angguk.

"Ni mesti makcik Senah tu ingat hang nak suku je. Jadi dia bubuh la suku je semua lauk dan nasi ni. Adeh! Hang ni pun!" Jo dah gelakkan Jai.

Erk! Salah aku ke?? Suku suku? Memang betul la!

"Lain kali hang kena cakap...asing-asing!"

"Mu make la! Aku letih doh! Today I don't feel like doing anything!" Jai hempas tubuhnya atas katil semula.

Jo geleng kepala. Jai..Jai..tak hilang pekat bahasa kau tu.

 

Nota : make = makan

          gapo = apa dia

          jange = jangan

          kelik = balik

          bui = kasi, beri

          aye = ayam

          pedah = pedas

          bukuh = bungkus

          so = satu

          tido = tidur

          mace = macam

          kalu = kalau

         awat = kenapa

          pi = pergi

* Mari belajar bahasa kita...:)

Cerpen sebelumnya:
Lima Sebelum Moira.
Cerpen selanjutnya:
Alahai Sombong

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

ciksal

Hidup biarlah berlandasan..
ciksal | Jadikan ciksal rakan anda | Hantar Mesej kepada ciksal

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya ciksal
Aku Tak Nak Mati Lagi! | 9447 bacaan
Dan Ku Cari Kamu | 2556 bacaan
Sebuah Harapan | 2780 bacaan
Kau Jodohku | 4589 bacaan
Mencari Jalan Pulang | 3758 bacaan
Kerana Biji Gajus | 3372 bacaan
Begitukah? | 2651 bacaan
Dendam Hani | 10067 bacaan
It\\\'s Too Late To Apologise | 2846 bacaan
Amin, Sengkenit dan Sengkatik | 2211 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya Suku Suku
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik