Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

imaginari, 06/12/2013

 

6 Disember, 2013

Dia muncul lagi.

Dia yang berbaju singlet hijau lumut dan berseluar skinny, bermata sepet, berkulit kuning langsat, berbadan tegap. Cuma kali ini, dia tak bersinglet. Dia tak ber-tshirt. Dia cuma berseluar denim skinny.

Aku perasan kehadiran dia apabila aku duduk di dalam kubikel bilik mandi. Aku bersandar pada dinding bertile dalam kubikel bilik mandi yang kecil itu, menggosok saki baki peluh bekas jogging tadi petang dengan flower scrubber putih berbuih Palmolive aromatherapy morning dew. Aku memang begini - suka duduk selesa di atas lantai bilik mandi ketika mandi. Tapi kita semua tahu yang kita tak boleh terlalu lama menghabiskan masa dalam bilik mandi. Waktu mandi adalah satu-satunya waktu kita bersendirian tanpa ada sesiapa melihat. Waktu mandi adalah satu-satunya waktu kita akan bersendirian dengan segala isi minda kita, kadang-kadang kalau kita terlalu lama, kita akan hanyut dengan bermacam-macam andaian, idea dan perasaan.

Mungkin sebab itu dia muncul. Mungkin.

Aku peluk kaki aku, sambil aku perhatikan buih-buih tebal menggelongsor ke arah lubang grating mengikut air yang mengalir daripada pancuran. Dia duduk di sebelah aku, jeansnya basah kuyup oleh air pancuran. Dia duduk bersila, ibu jari sebelah kakinya menguis  kaki aku.

Aku sandarkan sebelah kepalaku di atas lutut aku, sambil aku tersenyum kat dia. "Kenapa kau datang?"

"Because you missed me," katanya. Dia tiup buih yang ada di atas bahu aku, kemudian dia sandarkan kepalanya di atas bahu aku. "Bahu kau masih tulang lagi, macam dulu."

"Shut up," balas aku, masih tersenyum. Aku kucup kepalanya, lantas menghembus nafas berat yang mungkin dia boleh rasa dengan kulit kepalanya. "Kenapa kau datang masa aku tengah mandi?"

"Waktu ni jela kau bersendiri. Kalau aku muncul waktu kau tak bersendiri," dia angkat wajahnya, dan memandang aku lagi, "nanti orang cakap kau gila."

Aku hanya mampu terseyum. Lima belas minit kemudian, aku keluar dari kubikel bilik mandi.  

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sangat sedih. sob.
  • 2) aku rasa ramai orang sekarang ni mengalami keadaan macam ni

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg