Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Venus: Gadis Ke-Lima Dicintai Marikh

 

Aku kira Marikh seorang insan yang punya hati yang sudah separa rabak. Masih teguh, belum usang. Cuma rabak.

Marikh, aku dah anggap macam abang aku sendiri. Dia seorang lelaki yang tampan, walaupun agak payah untuk aku akui memandangkan pertalian kami yang bagaikan telefon dan pengecas ataupun bagaikan katrij dengan printer - kerana peribahasa bagai isi dengan kuku dan bagai aur dengan tebing adalah terlalu mainsteram - walaupun tidak berkongsi genetik yang sama.

Marikh seorang lelaki yang humoris, bertanggungjawab, dan komited. Seorang lelaki yang mahu kelihatan sentiasa kuat, meskipun terpendam jauh dalam hati dia bahawa dia sangat suka dimanjakan oleh orang-orang tertentu. Mungkin perjalanan hidup yang tidak begitu memewahkan dirinya membuatkan dia begitu.

Anak itik yang diangkat sepasang suami isteri yang sungguh berharta, namun dibesarkan di kampung oleh Nenek dan Aki yang penuh didikan agama, dan ibu saudara yang kurang memanjakannya sebagai seorang budak lelaki yang memerlukan kasih sayang ibu bapa. Mungkin oleh kerana itu, dia memang tak boleh kalau tak berteman. Mungkin cuba mencari kasih sayang keibuan dalam mana-mana gadis yang dicintainya.

Aku? Aku hanyalah seorang jiran yang menonton kisah hidup si Marikh, di samping menjadi watak sampingan yang entah boleh menang anugerah Academy. 

∞ ∞ ∞

 "Ju, Marikh ada tak?"

Ada tona sayu dalam suara Venus. Venus, gadis ke-lima yang dicintai Marikh.

"Jupiter?"

Aku berdiri di muka pintu rumah diri sendiri, mengangguk. Aku menoleh ke arah teman lelaki aku - juga sahabat baik Marikh - yang sedang elok duduk di atas sofa bersama secawan kopi dan laptop berisi kerja. Ya, Zuhal memang kuat bekerja, tapi aku cukup bersyukur kalau petang-petang hari minggu begini dia sanggup datang ke rumah walaupun kerjanya itu tak pernah ditinggalkan. Kalau hari-hari biasa, jangan harap Zuhal begitu rajin walaupun sekadar mengangkat telefon bimbit mahalnya - walaupun teman wanitanya sendiri yang menelefon!

Venus senyum sedikit apabila dia melangkah masuk rumah, sekadar menyambut sapaan Zuhal yang baru menyedari kehadirannya. Venus berdiri sama tinggi dengan aku. Rambutnya yang pendek tidak mencecah bahu menyembunyikan wajahnya yang kelihatan pucat, sayu dan segala elemen yang kau jumpa dalam sebuah kisah sedih. Venus, bagaikan kisah sedih yang tiba-tiba muncul di muka pintu aku setelah dua minggu aku sudah tidak bersua dengannya.

"Mana Marikh?" Tanyanya, suaranya perlahan. Tangan menjatuhkan beg Bohemian berwarna cokelat yang awalnya disandang di bahu.

Aku membetulkan apron. "Kat dapur, tengah tolong aku masak." Dan sebelum sempat Venus berganjak dari tapaknya, aku tarik tangan dia. "Venus, are you okay?"

Gadis itu tersenyum tawar, mengangguk. Mampunya melepaskan tangannya daripada genggaman aku, dia terus meluru ke dapur. Aku menoleh kepada Zuhal, penuh rasa ingin tahu.

Zuhal hanya menggeleng dengan sebuah jawapan yang aku sudah dapat agak.

"Jangan masuk campur hal diorang." 

∞ ∞ ∞

 "Let's slow down."

"What do you mean, slow down?"

Memang buruk perangai mendengar perbualan orang dengan niat ingin tahu cerita, terutamanya kalau kau besandar di sebalik dinding dapur bagai. Walaupun Zuhal sudah menasihat untuk tidak masuk campur hal Venus dan Marikh, Zuhal tidak juga menghalang aku mencuri dengar perbualan mereka di dapur. Dia pun tahu, Venus dan Marikh kawan baik kami - dan mungkin lagi sopan kalau 'menjaga tepi kain' intu digantikan dengan frasa 'mengambil berat'.

"Nak jus?" Aku dengar Marikh membuka pintu peti sejuk, disusuli bunyi peti sejuk ditutup semula.

"Beh, what do you mean?" Balas Venus yang degil, tidak mempedulikan tawaran jus Marikh.

"Jus?"

Diam. Kukira dia mengangguk, sebab tak lama selepas itu aku dengar bunyi hentakan lembut cawan seramik di atas meja dapur. Lama mereka diam.

"Beh, where have you been?" Suara sedih Venus kedengaran lagi.

"Berfikir."

"Tentang?"

"Banyak benda."

Aku dapat merasakan retak jantung Venus di saat jawapan itu diutarakan. Aku dapat rasa, dengan wajah sedih yang dia bawa bersama sebentar tadi.

"Beh." Beh, nama panggilan yang aku selalu dengan Venus panggil Marikh. Aku tak pasti dari mana munculnya panggilan itu, mungkin dari singkatan 'bebeh'?

"Kepala I serabut. I banyak benda I kena uruskan."

"Not a solid reason for you to stay away from me! I've been worrying about you like shit!" Suara Venus yang kuat merayu, membuatkan aku tersentak. Aku mengangkat muka, Zuhal kelihatan bimbang juga. Jujur aku tak tahu mereka ada konflik. Aku tak tahu juga Marikh menyepikan diri daripada Venus.

Venus, gadis ke-lima yang dicintai Marikh. Kini dengan airmata yang separuh ditelan kembali, separuh sudah gugur menitis membasahi fabrik lengan baju.

"Don't start this shit with me," aku dengar Marikh sudah mula menyumpah. "Please lah."

Venus mengesat air mata. "I rasa diri I tak penting lagi bagi you."

Marikh mendengus, marah. "Please, okay. Jangan rosakkan hari rehat I. Lepas tiga minggu suntuk I kerja tak ada off-day, this is the only Ahad where I get to relax. I dah cukup stress dengan tekanan kat site, and now you... My God! You ruined my rest day with your selfish reasons?"

"Selfish? Hell, selfish, you call it! I'm your Youboo!"

"I selalu busy, dan I nak gak rehat, tolonglah faham! I've been working to my bone without enough sleep! Mana ada masa nak pegang phone bagai? You ingat heaven ke kerja I? And what do you want me to do, dengan family I yang asyik komplen I dah jarang contact diorang, like, Marikh! Lepas cukup duit ko kumpul, ko kahwin! Kami dah carikan jodoh untuk ko! Lepas kahwin, ko akan lebih terurus, taklah ko sampai jarang contact kami lagi!"

Esakan tangisan Venus terhenti. Aku dan Zuhal bertukar pandangan lagi.

"Try." Cuma itu yang keluar dari mulut Venus.

"I tak mampu. I penat!"

Kehadiran Venus di rumah aku tidak lama. Dia pantas membawa airmatanya yang keruh, wajahnya yang pucat, dan separuh hatinya yang sudah rabak, keluar, meninggalkan rumah aku tanpa mengucapkan selamat tinggal atau meminta diri daripada aku mahupun Zuhal.

Separuh lagi hatinya tertinggal dalam genggaman Marikh. 

∞ ∞ ∞

Selepas dua bulan tidak melihat bayang Venus, gadis itu muncul semula di pintu apartment Marikh yang letaknya hanya di seberang menghadap pintu apartment aku sahaja.

Dari pandangan belakang, dia kelihatan berbeza. Rambutnya yang dulu pendeknya tidak sampai bahu, kini sudah sependek Audrey Hepburn - pixie, pixie sependek Emma Watson ataupun Sharifah Amani. Aku hanya sempat melihat satu sisi wajahnya apabila dia menoleh ke tepi. Masih seperti kali terakhir aku lihat dia - keruh, sayu, sunyi, rabak - tapi kali ini, dia simpankan elok-elok ekspresinya.

Tak dikongsi.

Berdiri di hadapan pintu apartment Marikh, dia memakai seluar hitam dan knitted sweater ungu yang berkali ganda saiz lebih besar daripada tubuh kurus Venus itu - ya, Venus memang kurus, tapi selepas dua bulan, nampaknya dia semakin kurus, mungkinkah dia sakit? - serta kasut Dr Martens 1460 hitam yang saiznya cukup-cukup muat kakinya.

Hujung jari-jemarinya yang halus itu kelihatan cuma, daripada lengan knitted sweater yang labuh itu. Sesuatu yang berkilat tergantung di hujung jarinya. Kunci apartment Marikh. Kunci pendua, mungkin.

Dia membunyikan loceng pintu tiga kali, tidak berjawab. Entah kenapa aku tak berganjak dari balkoni, di mana aku memerhatikan dia. Aku sepatutnya teruja terlihat kelibat dia kembali selepas dua bulan dia menghilang.

Entah kenapa aku tak berganjak dari balkoni aku, dan memberitahu Venus bahawa Marikh tiada di rumah. Bahawa Marikh di Singapura, barangkali sedang menyaksikan persembahan teater dibintangi kekasih baru Marikh yang langsung tidak diketahui Venus.

Aku tak pasti apa yang berlaku antara mereka. Jangan masuk campur hal orang, pesan Zuhal, dan itu aku masih pegang, walaupun aku sangat ingin tahu apa yang berlaku.

Venus mengalah. Kunci pendua dimasukkan ke dalam mangga pintu grill besi. Dipusing. Berjaya dibuka. Tinggal pintu panel kayu. Venus memasukkan kunci kedua ke dalam tombol. Dipusing. Berjaya dibuka.

Aku meninggalkan balkoni aku, lantas dengan perlahan, aku capai kunci aku, keluar dari apartment aku, dan mengekorinya dari belakang. Aku melangkah masuk rumah apartment Marikh.

Aku dengar suara Venus memanggil. "Beh? Beh, you're here?"

Langkah aku perlahan, supaya Venus tidak menyedari kehadiran aku.

Aku lihat Venus masuk bilik tidur Marikh. Barangkali untuk memeriksa samada Marikh ada ataupun tidak. Agak lama aku menunggu dia keluar kembali. Aku putuskan untuk mengekorinya, terus memunculkan diri aku kepadanya. Aku risau.

Di dalam bilik Marikh, almari baju Marikh terbuka luas. Venus terduduk di lantai, memeluk jaket hijau lumut yang selalu dikenakan oleh Marikh. Jaket dibawa rapat ke muka. Venus menarik nafas dalam-dalam, lalu tersenyum. Senyum sedih.

Aku sudah panik apabila dia langsung tidak terkejut menyedari kehadiran aku. Aku takut dia ada sakit jiwa. "Jupiter," dia tersenyum. "You're here?"

"I hairan pintu rumah Marikh terbuka. I masuk," balasku, sebagai alasan.

Venus masih duduk di atas lantai beralaskan karpet putih di hadapan almari baju Marikh. Masih memeluk baju jaket hijau lumut Marikh.

"Venus, you buat apa?"

Dia tersenyum. "Bau Marikh. Masih lekat." Dia menarik nafas lagi. Ternyata dia begitu rindukan Marikh. Takpun, dia sudah gila. Sakit jiwa. Hati punah. Hati rabak?

Venus langsung tidak bertanya ke mana Marikh menghilang. "You datang nak cari Marikh?"

Dia tidak menjawab, terlalu lemas agaknya dengan nostalgia yang ditinggalkan bau Marikh pada baju jaket hijau lumut itu.

"He's at Singapore. Hujung minggu ni baliklah mungkin."

"Dia pergi tengok pementasan 'Tanya Sama Hati', kan? I ingat dia tak pergi. Dia kan kata, dia selalu busy."

Ya Allah.

"Dia tak pernah cakap dia ada orang baru. Baik ke perempuan tu? Kalau baik, baguslah." Venus tersenyum mata berkaca. "Dia tak cakap apa-apa, langsung. Bodohnya I."

Kalau kau orang ditinggalkan tergantung, dan kau dapati dia yang kau sayang sepenuh hati sudah ada orang baru, apa perasaan kau? Aku tak dapat bayangkan betapa retaknya hati Venus. Mesti perit. Orang baru itu, aku pernah terserempak dengannya sekali. Neptun, gadis ke-enam yang dicintai Marikh.

Tapi dalam masa yang sama, aku tak tahu samada aku harus salahkan Marikh. Semuanya bukan mudah bagi Marikh, walaupun apa yang dilakukannya itu, tetap, kejam. Venus tahu. Venus lebih memahami Marikh daripada aku sendiri, itu aku pasti.

"Get up, sayang. I'll make Milo panas, jom." Hanya itu sahaja yang aku mampu katakan untuk cuba memaksa Venus keluar dari lubuk nostalgia yang memakan dirinya, merobek jantungnya dan merabak hatinya.

Dari wajah Venus aku tahu dia tidak mungkin akan jatuh cinta dengan sesiapa lagi. Melainkan Marikh seorang. 

∞ ∞ ∞

Dua tahun yang lepas, duduk di tepi pantai bertemankan unggun api yang nyawanya tak menentu dek angin bayu pantai merupakan aktiviti yang sering aku lakukan bersama Zuhal, Marikh, Venus, Pluto, Utarid dan Uranus. Pantai itu letaknya dua jam perjalanan sahaja daripada kampus kami, dan sudah menjadi rutin bulanan untuk pergi melepaskan tekanan dan keserabutan belajar - dan keserabutan dunia kolej yang penuh drama klise.

Zuhal menyuap paksa aku seketul kepak ayam panggang yang panas baru diangkat daripada tempat barbeku. Aku tergelak sambil menyambut kembali kepak ayam panggang itu dengan hujung jari dan gigi depan. Panas!

"Weyh, tak aci dowh!" Jerit Zuhal, membuatkan aku tersentak. "Korang syok main air laut, kitorang susah payah berpeluh-peluh jaga bara!"

Aku mengangkat muka, memandang ke arah Venus, Pluto dan Utarid yang saling bersimbahan percikan air laut, berkaki ayam membiarkan kaki mereka meninggalkan tapak tidak kekal di gigi-gigi pantai. Uranus pula entah ke mana, mungkin sedang berjiwang atau mengurat gadis.

Marikh di sebelah aku, menggantikan tempat Zuhal menjaga kepak-kepak ayam dan sosej di atas bara api sebaik Zuhal berlalu pergi menyertai mereka yang lain bermain air laut. Marikh menggeleng-geleng, tersenyum sendiri.

"Tak jeles ke, dorang Pluto main pantai ngan Venus?" Aku saja mengusik Marikh, sambil memerhatikan mereka yang lain. "Main pantai kan, sesuai romantik gitu."

"Setakat main pantai je, Kiah! Main funfair, main air terjun, main padang pasir pun aku dah dengan Venus." Dia tergelak lagi, bergurau dengan egonya.

"Poyo ke kau ni kan."

"Kalau lepas kahwin, kau agak main apa lagi boleh."

"Ish! Kureng je kau ni kan!"

Dia tergelak lagi, mengusik kepak ayam atas bara.

"Kau, serius ke, dengan Venus?"

Marikh tidak menjawab. Mungkin dia ada mengangguk di situ, ataupun itu cuma reaksi terhadap bara api yang panas.

"Dia sayang kau gile baby tau. Kalau kau tinggalkan dia, aku sumpah aku cekik kau."

"Aku takkan tinggalkan dia, Ju. Aku hargai dia sangat-sangat. Dia sudi jadi kawan aku masa aku sorang-sorang dulu. Through thick and thin, even when she could have her own life, she stood by my side. Walaupun begitu payah nak paksa dia mengaku yang dia pun syok kat aku. Heh."

Aku senyum. Manisnya jawapan Marikh.

"Dia terima aku seadanya, walaupun I came from a broken home, walaupun I have no idea about my origins! Aku takkan tinggalkan dia selagi dia sayang aku dan selagi dia dengar cakap aku."

"Comel giler jawapan tu. Jambu."

"Hoi!" Marikh, walaupun sedari diri sendiri jambu, paling benci digelar jambu. "Tapi kan, Ju. Agak payah kalau aku nak serius dengan dia."

"Kenapa?"

"Keluarga angkat aku tak suka dia. Sebab dia... berbeza."

Aku angguk. Perkauman. Sudah sebati dengan mentaliti Malaysia. Bagi aku warna kulit, genetik etnik tidak bermakna apa-apa. Manusia masih manusia. Tapi orang tua bukan seperti kita orang muda. Kalau mereka kata berbeza, berbeza lah dia. "Tapi, kau tak nak cuba?"

"Aku nak cuba. Tapi, aku ni siapa je lah kan. Aku anak itik je. Banyak yang diorang dah buat untuk pastikan aku membesar dengan cukup makan cukup tidur cukup pelajaran. I owe them a lot. Aku tak sampai hati nak melawan diorang."

"So, you're gonna hurt her, in the end?"

Dia mengangkat bahu.

"Do you love her?"

"Cinta!" Jerit Marikh tiba-tiba.

Venus menoleh dari jauh. Rambutnya yang paras siku terbang ditiup angin pantai. Marikh membuat gestur tangan berbentuk hati, yang membuatkan Venus tergelak. Lucu. Bahagia. Gembira. Kawan-kawan yang lain semua mengusik Marikh. "Jiwang nak mampos! Boo!"

"Aku tak nak tengok kau tinggalkan dia, tau?"

Waktu itu, manalah aku tahu Venus hanyalah gadis ke-lima yang dicintai Marikh. Manalah aku tahu Venus bukan gadis terakhir. Aku kira hati Marikh yang rabak sudah menemui rumah di satu ruang hati Venus.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg