Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 3)

 

PART 3


Pagi itu, Irham berlari-lari anak ke arah kafeteria untuk berjumpa dengan rakan-  rakannya di tempat biasa, seperti yang dijanjikan semalam. Dia kelihatan seperti   sedang menanggung rindu yang amat untuk berjumpa dan sudah tidak sabar untuk bersua muka. Dari kejauhan, dia melihat Ikmal sedang duduk sambil menghirup jus tembikai di satu sudut yang agak terpencil dalam kafeteria itu. Dia kemudiannya mengambil tempat di tepi rakannya itu.

"Hey,bro! Aeril tak datang ke?" Irham segera menanyakan tentang kehadiran rakannya yang seorang lagi itu, kerana dia amat memerlukan mereka untuk menjalankan misi penting pada hari ini : memalukan seorang perempuan serabai di perpustakaan. Dia tahu, budak dua orang ni boleh jalankan misi itu dengan baik dan lancar, kerana mereka memang sudah dilabelkan sebagai 'toyol' di kolej ini.

"Wey...! Mestilah aku ade,beb! Kau ni ape hal? Rindu kat aku? Tak boleh sabar ke?" Aeril datang menyergah dari belakang Irham sambil menepuk belakangnya.

"Gila aku nak rindu kau?! Aku tak sabar,la bro! Aku dah tak sabar nak balas dendam! Perempuan tu belum kenal lagi aku ni siape! Ni anak Dato' Zainal la...!"

Mereka ketawa berdekah-dekah setelah mendengar kata-kata Irham itu. Kemudian, mereka memulakan perbincangan. Mereka berbisik-bisik sesama sendiri. Kadang-kadang, ketawa meletus dari bibir. Seketika pula, mereka kelihatan serius seperti sedang mengadakan Mesyuarat Agung PIBG. Hai... entah ape la yang sedang dirancangkan mereka.


  -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Alya, kau temankan aku kejap lagi,ye?" Humaira' sengaja mengajak Alya menemaninya pagi itu kerana dia takut kalau-kalau lelaki yang ingin dibalas dendam itu akan membuka bunga silat dihadapannya nanti.

"Teman kau? Pergi mane?"

"Ala... Pergi jumpe mamat poyo tu,la... Dah la semalam kau dengan Sarah tinggalkan aku buat assignment sorang-sorang. Cakap nak tolong la,ape la..."

"Kitorang terlelap la..bukan sengaja pun... Sorry la." Sarah yang berasa agak bersalah cuba untuk memujuk rakannya itu.

"Tiada maaf bagimu! Hahaha... Korang temankan aku dulu, lepas tu, confirm aku maafkan kau orang!" Humaira' cuba mengugut rakan-rakannya itu. Malangnya, Alya sedang asyik menonton rancangan TV kegemarannya , 'Nasi Lemak Kopi O' . Gelagat pengacara-pengacara rancangan itu memang mencuit hati di pagi yang hening itu. Tangan Sarah pula sedang ligat menyalin nota-nota yang dipinjam dari rakannya.

"Sarah? Alya...???"

"Aku tak boleh la Humaira'... Banyak lagi nota aku kena salin ni..." Sarah bersuara dengan nada sedih bercampur kesal.

"Aku? Sorry la kawan.. Kau pun tahu kan, aku tak boleh miss rancangan 'N.L.K.O.' ni... Lain la kalau kau nak ajak aku jumpe anak Dato' Zainal yang tengah meletup kat kolej sekarang ni! Hehehe..."

"Hai... Mamat mane lagi yang kau usha kali ni, Alya ooi...?" Humaira' memang sudah sedia maklum dengan sifat mazmumah rakannya itu.

"Kau ni memang la, Ira... Mamat tu punya la hensem and hot, kau boleh pulak tak kenal?

"Aku bukan macam kau, Alya... Kaki gosip!" Humaira' bersuara separuh menjerit. Sesungguhnya dia tidak rela disamakan dengan kaki gosip seperti Alya.

"Ni takde kena mengena dengan gosip,la! Mamat ni memang tengah famous kat kolej sekarang ni. Dah la hensem, cool.. macho.. Dan yang paling penting sekali, bapak dia tu Dato' wey... Hebat kan? Sape yang dapat dia, memang confirm la tak nak lepaskan! Aku dengar kan, sekarang ni dia tengah ada affair dengan betina gedik, si Wawa tu.  Tapi actually  si Wawa tu yang syok sendiri. Mamat tu bukan nak sangat berkepit dengan dia 24 jam!" Alya bercerita tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang sudah terlopong dengan mata yang membulat. Mujurlah tidak ada banyak lalat di dalam rumah mereka. Kalau tidak, agaknya sudah banyak yang terbang masuk ke dalam trachea mereka.

" Alya! Aku tak sangka kau dah parah sampai macam ni! Yang kau pegi selongkar habis segala profil dia tu buat ape? Takde faedah langsung! Buang masa aje!" Humaira' melepaskan segala keluhan yang tersimpan kemas di dalam hatinya selama ini. Dia sudah tidak tahan lagi dengan perangai Alya yang semakin menjadi-jadi itu. Semakin dibiarkan, semakin galak pula dia bergosip.

"Whatever lah, Ira! Janji aku bahagia. Jangan lupa, kalau kau jumpe dengan mamat hensem tu, kirim salam sayang aku kat dia,ok?" Alya masih dengan senda guraunya tanpa mempedulikan jelingan mata Humaira' yang tajam sehingga boleh membelah konkrit dengan satu libasan sahaja.

"Kalau aku layan kau ni, memang takkan sudah sampai subuh esok! Baik aku pegi balas dendam kat mamat poyo tu, lagi best! Sudah la. Aku pegi dulu. Assalamualaikum." Humaira' melangkah keluar dari rumah sewa itu perlahan-lahan. Entah kenapa, semangat yang begitu berkobar-kobar ingin membalas dendam semalam hilang begitu sahaja apabila dia tersedar dari tidur pagi tadi. Humaira' takut kalau-kalau lelaki yang dibencinya itu sebenarnya ialah samseng terkenal di KL, lalu dia akan mengangkut geng-gengnya untuk mengganggu Humaira'. Kalau hal itu berlaku, Humaira' bukan sahaja tidak dapat membalas dendam, malah hidupnya tidak akan aman sampai bila-bila. Namun, keadaannya yang sudah terdesak memaksa dia untuk tetap berhadapan lelaki itu. Kelalaiannya yang tidak menyimpan segala kertas kerja yang sudah ditaip itu di dalam laptop Sarah telah membawa satu ujian kepadanya. Dia mengentalkan hatinya dan bersedia menerima segala risiko yang mendatang. 'Ya Allah... Hanya pada-Mu aku berlindung dan bergantung harap. Aku memohon pertolongan dari-Mu Ya Rabbi...' Dalam diam, hati Humaira' bersuara lirih.


                                                                                                        -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Di suatu sudut dalam perpustakaan, kelihatan Ikmal dan Aeril sedang membelek-belek buku di penghujung dua buah rak buku yang terletak bertentangan antara satu sama lain. Di kasut mereka pula telah sedia terikat seutas tali yang agak nipis, tetapi sangat kukuh. Matlamat mereka adalah untuk menjadikan kasut-kasut mereka tersambung menggunakan tali itu. Sekali-sekala, mereka menarik-narik kaki mereka, lalu menjadikan tali itu terangkat dan sekaligus menghalang laluan di antara dua buah rak buku itu. Di sebuah meja yang menghala betul-betul ke arah laluan itu, Irham sedang duduk sambil memerhatikan pintu masuk perpustakaan. Dari riak wajahnya, jelas terpancar raut wajah seekor harimau bintang yang sudah sedia untuk menerkam seekor rusa. Ya, rusa yang telah berani mencari pasal dengannya sehingga dia terpaksa melayan kerenah seorang minah gedik sehari suntuk. Dia masih ingat, semalam dia langsung tidak boleh tidur kerana masih berasa geli setelah mengenangkan kegedikan Wawa dan terpaksa memerah otak untuk menjayakan rancangannya ini.

Tiba-tiba, dari kejauhan, dia ternampak seorang gadis yang memakai tudung bulat labuh dan berjubah sedang berjalan mundar-mandir di sekitar rak-rak buku berhampirannya. Tanpa disedari, matanya terpukau dengan kesopanan dan keayuan gadis tinggi lampai itu. Dia menilik raut wajah itu tanpa berkelip walau sekali. Dia yakin, dia pernah berjumpa dengan gadis itu. 'Macam pernah kulihat perempuan itu. Tapi dimana,ya?' Irham berkira-kira sendiri di dalam hati. Tiba-tiba, wajah perempuan yang dilanggarnya semalam terlintas di fikiran. "Eh! Minah serabai tu,la!!!" Hampir-hampir sahaja dia terjerit apabila mengetahui fakta yang sebenar. 'Tapi... Apasal dia nampak cantik dan anggun je hari ni? Semalam aku tengok bukan main serabai lagi.' Dia cuba mengingat kembali wajah gadis yang dilabelkan 'serabai' olehnya semalam. Wajah yang seperti baru bangun tidur dengan mata yang lesu. Ya, wajah Humaira' yang ketika itu memakai tudung yang herot dan sememangnya baru tersedar dari tidur. Keadaannya ketika itu memang memalukan dan berserabai. Tidak dapat dinafikan, kelakuannya juga menggelabah dan gopoh-gapah.

Tetapi , kini, wajah yang tertancap di mata Irham bukanlah seperti itu lagi. Humaira' telah menunjukkan keperibadian seorang muslimah yang sebenar. Seorang muslimah yang berpakaian sopan dan kemas. Sedari tadi, mata Irham tidak lepas-lepas memandangnya. Dia berasa seperti sedang melihat bidadari yang baru turun dari syurga.

Tiba-tiba,  sepasang mata yang sedang ditiliknya tertancap kearah matanya kembali. Irham dan Humaira' berbalas pandang buat seketika. Humaira' kemudiannya pantas meluru ke arah Irham setelah wajah lelaki itu dikenal pasti. Dia melajukan langkah kakinya supaya dapat berjumpa lelaki itu dan membalas dendam dengan segera. Hatinya agak tenang setelah melihat lelaki itu duduk seorang diri dan tidak membawa 'geng' seperti yang dikhuatirinya.

"Wey, Am! Ni ke minah yang kau cakap tu?" Aeril menyoal Irham separuh berbisik tanpa memalingkan mukanya dari buku yang dipegang.

Irham hanya mengangguk-anggukkan kepalanya seperti orang yang sedang angau. 'A'ah...ni la perempuan tu. Cantik kan? Ayu pulak tu.' Hati Irham nampaknya sudah dikuasai oleh nafsu. Dia tidak sedar, Humaira' sudah sangat hampir dengan rak buku yang akan menjatuhkan maruahnya. Aeril dan Ikmal pula sudah menarik tali dengan kaki mereka dan tersenyum sesama sendiri. Beberapa saat setelah itu, kedengaran jeritan yang sangat nyaring memenuhi segenap ruang di perpustakaan itu. Setiap pasang mata segera terarah pada tubuh Humaira' yang sudah terjelopok di atas lantai. Pada saat itu juga, Aeril dan Ikmal ketawa terbahak-bahak lalu menghampiri Irham dan menepuk-nepuk belakangnya.

"Memang terbaik la idea kau ni, Irham. Aku tak sangka, rupanya otak kau pun macam kitorang jugak," ucap Ikmal lalu menyambung tawa yang tersisa. Irham menjadi terpinga-pinga. Dia sebenarnya tidak mahu meneruskan rancangan itu setelah melihat keayuan 'gadis serabai' itu. Malangnya, dai tidak sempat menghentikan perbuatan Ikmal dan Aeril. Dia serba salah samada mahu ikut ketawa bersama rakannya atau menolong Humaira' yang telah dimalukan itu.

Humaira' segera mendongakkan kepalanya ke arah tiga sekawan dihadapannya. Kaki, tangan , lulut, malah hatinya juga terasa amat pedih sekali. Dia memandang Irham dengan mata yang mencerlung. Dia tahu, lelaki dihadapannya itulah yang bertanggungjawab dalam rancangan yang telah menjatuhkan air mukanya itu. Dia cuba untuk bangun perlahan-lahan supaya mata-mata di dalam perpustakaan itu tidak lagi akan tertumpu ke arahnya. Namun, dia silap. Setiap pasang mata menjadi semakin tertarik untuk menonton 'drama' yang telah berlaku dihadapan mereka apabila Irham, si jejaka tampan mula mengorak langkah menuju ke arah Humaira'.

"Err... Awak... tak... apa-apa?" Irham bersuara tergagap-gagap sambil cuba untuk membantu Humaira'. Dia mahu memaut pergelangan tangan Humaira' untuk memudahkannya bangun, tetapi Humaira' pantas menarik tangannya kembali.

"Hey, you! Jangan sentuh aku, la! Kau ingat, aku ni macam perempuan murahan yang lain, ke? Sekarang ni, aku tak peduli. Kau ambik kertas-kertas ni, lepas tu kau taip balik semua ni cantik-cantik,ok?" Humaira' menghempas kertas-kertasnya di atas meja lalu menghadiahkan sebuah senyuman sinis kepada Irham. Dia sudah tidak peduli akan mata-mata yang memerhati mereka sejak tadi. Dia kemudiannya mengerling ke arah kad yang digantung di leher Irham. "Irham Zikri bin Zainal. Hmm.. Aku nak kau taip exactly sama macam dalam kertas ni. Lusa, aku mesti tau benda ni dah siap. Kalau tak, aku cari kau sampai lubang cacing! Selamat menaip! Assalamualaikum." Sebelum beredar, Humaira' sempat menjeling sekilas ke arah Irham. Irham kelihatan masih terpinga-pinga dan serba salah. 'Ah... Peduli ape aku! Siape suruh dia cari pasal dengan aku! Huh!'


                                                                                                -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Dari kejauhan, seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah meja telah melihat seluruh adegan yang berlaku sebentar tadi. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali. 'Ape la yang diorang tu nak dari perempuan baik macam tu. Takkan perempuan tu yang cari gaduh, kot? Setahu aku, mamat tiga orang tu yang selalu cari pasal dengan orang lain. Haih... Sabar je la, 'awak' ooi...' Dia berpesan seolah-olah Humaira' mendengar bisik hatinya itu. Rasa simpati mula bercambah dalam hati.

Lalu, dia mengemas buku-bukunya yang berselerakan di atas meja dan membuka langkah menuju ke dewan kuliah. Telinganya sempat menangkap bait-bait perkataan yang keluar dari mulut Irham sewaktu dia lalu berhampiran meja yang diduduki oleh tiga sekawan itu. "Wey... Apasal kau tarik tali tu, tadi?! Tengok! Perempuan tu dah marah kat aku sekarang ni! Hish...!" . "Eh! apa hal pulak? Bukan ke engkau yang suruh kitorang buat semua tu?" . "Wey, Am! Jangan buat-buat lupa... Semua ni kan rancangan kau!" Lelaki itu menggeleng-gelengkan kepalanya sekali lagi. 'Haih... Dah kena sampuk agaknya budak-budak tu...'.


                                                                                              -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Wawa mengayun kakinya dengan pantas ke arah perpustakaan untuk menemui jejaka idamannya yang kacak lagi bergaya,Irham Zikri. Dia baru sahaja menerima maklumat tentang keberadaan pemuda itu melalui rakan-rakannya yang mempunyai tahap kegedikan yang setaraf dengannya. Memang spesies perempuan muka tebal. Sudah ditolak berkali-kali, tetapi tetap mahu mengejar sampai ke lubang cacing.
Sedang dia sedang berlari-lari seperti anak itik pulang petang, tumit kasut berjenama mahalnya itu tiba-tiba patah lalu dia secara automatik jatuh tersungkur seperti pahlawan yang gugur di medan perang. Ketika itu, dia baru sahaja melepasi kafeteria. Seorang lelaki yang lalu-lalang bergegas menolongnya mengutip buku-buku yang bertaburan. Mata-mata pelajar yang sedang makan di kafeteria segera tertumpu kearahnya, termasuk mata Humaira'. Tanpa perlu dipinta, Humaira' terus menerpa kearah Wawa lalu membantunya untuk berdiri. Wawa kemudiannya dibawa ke meja yang diduduki oleh Humaira' sebentar tadi.

"Aduh... Sakitnya kaki aku..." Wawa mengomel kepada diri sendiri. Humaira' pula sibuk membelek-belek kaki Wawa yang kelihatan bengkak.

"Umm... Nah! Ni buku awak. Kaki awak tu ,nampak macam dah seliuh. Baik awak pergi klinik. " Lelaki yang menolong Wawa tadi bersuara sambil meletakkan buku-bukunya di atas meja kafe.

"Ha'ah la kak. Nampak macam teruk jugak ni. Dah bengkak dah pun." Humaira' masih sedang meneliti bengkak di kaki Wawa.

"Err..  Macam ni la. Ape kata awak tolong balut kaki dia?" Lelaki itu bersuara lagi sambil mengarahkan pandangannya ke arah Humaira' dan menghulurkan sehelai sapu tangan. Tiba-tiba, dia tersentak. 'Eh! Perempuan ni... bukan ke tadi... masa kat library...' Dia berkira-kira sendiri di dalam hati. Pada masa yang sama, Humaira' sudah siap membalut buku lali Wawa dengan sapu tangan yang diberi oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Thanks. Nisaa Humaira'. Sebab tolong balutkan. " Wawa sempat menjeling ke arah nama yang dicetak pada kad yang tergantung di leher Humaira'.

"Terima kasih la Fakhrur. Buat susah je kutip buku-buku aku tadi." Sang pemuda yang sedari tadi asyik mengelamun akhirnya tersedar lalu mengangguk kecil. Matanya kemudian tertancap pada raut wajah Humaira'. 'Betul la... perempuan ni... yang... '

"Akak boleh jalan ke, kak? Ape kata akak call je kawan-kawan akak, suruh diorang temankan. Kalau jatuh nanti, susah pulak." Humaira' menyuarakan pendapatnya, namun ditolak secara baik oleh Wawa. Wawa kemudiannya terus berjalan menjauhi kafeteria. Humaira' pula terduduk kembali di atas kerusi dengan wajah yang masam mencuka. Peristiwa yang berlaku sebentar tadi masih terbayang dengan jelas di matanya.

"Err... Awak? Tak payah risau la. Budak tiga orang tu memang suka kacau junior-junior kat sini. Awak buat tak tau je dengan diorang tu. Lama-lama, diorang bosan la..." Humaira' mengangkat muka ke arah lelaki yang berdiri di sebelahnya itu. 'Erk! Dia tahu ke pasal tadi tu? Aduh... Malunya aku!' Hati Humaira' berbisik kecil, namun wajahnya sudah berubah merah. Dia kemudian tunduk ke arah meja sambil menggigit bibir. Senyuman plastik cuba ditampal pada muka lalu dia memberanikan diri untuk menghadiahkan senyuman itu kepada lelaki yang sudah menonton peristiwa yang menjatuhkan maruahnya sebentar tadi.

"Em! Saya pun bukan nak sangat layan sangat diorang tu... Buat sakit hati je." Humaira' menjawab dengan suara yang terketar-ketar. Malu. Malu sangat-sangat. Mujurlah lelaki itu segera beredar setelah memberi salam. Mungkin dia dapat melihat riak wajah Humaira' yang sudah berubah menjadi merah secara mendadak. Mungkin juga dia takut kalau-kalau muka Humaira' akan meletup lalu membebaskan gas nuclear di seluruh kolej.

Tidak lama kemudian, Humaira' juga meninggalkan kafeteria dengan perasaan yang bercampur-baur. Malu. Takut. Sakit. Marah. 'Arghh...!!!' Hatinya menjerit kuat. Bibirnya pula diketap dan tangannya digenggam erat. Dengan kaki yang masih sakit, Humaira' menapak perlahan-lahan ke arah rumah sewanya. Di dalam fikirannya, dia sudah sibuk melakar pelan rancangannya untuk lelaki yang bernama Irham Zikri.


BersamBung....... . . . . ..

copied 100% from my own blog. Lihat post asal disini :http://www.isyapurple.blogspot.com/2012/12/cerpen-bersiri-hey-you-jangan-sentuh.html

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

Cerpen-cerpen lain nukilan IsyaPurple

Read all stories by IsyaPurple