Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Makcik Georgiana Datang!

Cerpen sebelumnya:
Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 3)
Cerpen selanjutnya:
Mengejar Cinta Ilahi

Sehari selepas saya dan pasukan MATTT berhempas pulas melawan raksaksa Kontempoppe, tepat jam 12 tengahari, saya mendapati pintu rumah saya diketuk dengan begitu kuat sekali.

“tok! Tok! Ketok! Ketotok! ketotototototoK!!!”

Waktu itu, saya sedang bermalas-malasan di atas sofa menonton rancangan TV “Penyamun itu isteriku, episod 323”. Mula-mula, saya mahu biarkan saja. Maklum sajalah, waktu ketukan pintu itu berlaku, watak suami di dalam siri di TV sedang bermonolog begini,

“..Oh! Tidak! Kenapa aku boleh tersilap! Kenapa?! Kenapa?! Why??! Kenapa aku terlupa untuk masukkan sabun ke dalam mesin basuh sebelum menekan butang START?!! Oh!! Tidak!!! Aku berdosa!!”

Tapi ketukan yang ganas itu, masih berterusan. Malah ia diiringi dengan satu suara yang saya kenali. Ia berbunyi begini,

“Jamdoooollll!!! Hi hihihihi!! Bukak pintu ni Jamdool hih hihi hihihihi!”

Alamak! Saya terkejut di dalam hati. Watak suami di TV sudah berguling-guling akibat merasa berdosa. Saya terus bangun dan menuju segera ke pintu hadapan rumah. Saya pulas tombol pintu. Malangnya tangan saya tergelincir. Saya cuba lagi. Tergelincir lagi. Saya gagal untuk memulas tombol pintu. Selepas beberapa kali mencuba, baru saya teringat. Tapak tangan saya berminyak! Saya menonton TV sambil makan nasi minyak yang memang terkenal dengan minyak yang banyak (sebab itu ia dinamakan nasi minyak!) Saya terus menjerit!

“Aunty!! Tunggu sekejap ye! Bagi saya dua minit!”

Selepas saya menyebut ‘aunty’ barulah suara dan ketukan pintu berhenti.

Saya bergegas ke dapur, menekan kepala botol sabun pencuci pinggan dengan belakang tapak tangan dan mencuci tangan. Sebelum berlari semula ke ruang tamu, saya sempat mengambil dua helai tisu kertas. Sesampai di pintu hadapan, saya lapkan tombol pintu yang diselaputi minyak. Seterusnya saya berjaya membuka pintu hadapan rumah saya. Maka, adegan seterusnya ialah saya tercegat memandang tetamu yang saya panggil ‘aunty’ tersebut. Dia pula sedang tersenyum lebar dan berkata,

“Jamdollll! Anak sedara kesayangan aunty!!! Hihihihihi!!!!”

Sepantas langkah raksaksa Kontempoppe dia memasuki ruang tamu rumah saya. Selesai bersalaman, saya tutup kembali pintu rumah dan mempersilakan tetamu saya itu duduk di sofa.

“ahhhh!!! Terima kasih Jamdol, sebab sudi menerima kedatangan aunty…hihihi!!!”

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian, tetamu itu ialah makcik Georgiana.

Dia kakak kepada emak saya. Umurnya sudah mencapai 66 tahun. Tapi sekali pandang, seperti berusia 40 tahun sahaja fizikalnya. Makcik Georgiana seorang yang aktif. Dia pernah bekerja sebagai seorang pencuci lantai kapal kargo, buruh kasar pengangkat batu-bata dari kilang ke lori dan semasa muda remaja, beliau pernah menjadi seorang ahli bomba. Sekarang beliau sudah bersara. Namun begitu beliau tetap aktif melakukan apa saja aktiviti yang menyihatkan badan. Satu lagi, makcik Georgiana suka tersenyum dan ketawa berbunyi ‘hihihihi’.

Makcik Georgiana seterusnya bertanya,

“Jamdol, kau takde bau apa-apa ke?”

“bau apa aunty?”

“bau busuk..bau kepam..bau bacim, hancing, haring dan sebagainya??”

Sebenarnya memang saya terhidu bau yang tersangat busuk. Ia datang dari badan makcik Georgiana. Namun begitu, saya merasakan tidak sopan untuk menegurnya. Dia makcik saya. Saya anak saudara kesayangannya pula.

“hihihihihihi!! Maafkan aunty Jamdol…masuk hari ni, dah seminggu aunty tak mandi!! Hihhihi”

Saya hanya mampu tersengih memandang tepat ke arah lubang-lubang yang terselerak di celah-celah gigi makcik Georgiana yang sudah mulai mereput.

Seterusnya saya masuk ke dapur menyediakan makanan dan minuman untuk makcik Georgiana. Setelah menghidangkan Fish and chips dan air teh Earl Grey kepadanya, saya pun membuka kata,

“hmmm..aunty, apa sebenarnya yang membawa aunty ke teratak saya ni?”

Makcik Georgiana sedang khusyuk mengunyah dan matanya tak lekang dari memandang makanannya. Sambil mengunyah itulah dia tiba-tiba menjawab,

“hmpkhh, ftakdfge affpphweh.ahshauhji jpajpsp saiusj jjhehff!!”

Mujurlah semasa di university dulu, saya pernah mempelajari ilmu Bahasa Mengunyah@Bahasa Mulut Penuh ( 3 jam kredit satu semester. Saya ambil dua kali, sebab gagal kali pertama! T.T). Maka saya faham yang makcik berkata begini,

“takpe Jamdol, kejap lagi aunty ceritakan ye..bagi aunty  makan kejap…nyam nyam nyam!”

Selesai makan, sambil menghirup teh Earl grey panas, makcik pun membuka ceritanya. Saya hanya duduk memandang dan menanti dengan penuh debar akan apa yang bakal diceritakan.

“begini Jamdol, kau ingat tak raksaksa Kontempoppe yang kau lawan semalam?”

“ingat aunty! Kenapa??”

Saya mulai bingung.

“macam ni, raksaksa tu lah yang bawa aunty balik ke sini Jamdol!”

Saya makin tak faham.

“Begini, minggu lepas, tepat sebulan selepas  aunty hadiahkan kau pasu bunga porselin corak udang tu, aunty balik rumah. Lepas tu..tiba-tiba je sebelah bumbung rumah aunty roboh. Rupa-rupanya ada seekor raksaksa dah pijak rumah aunty. Aunty terkejut dan cuba lari menyelamatkan diri. Malangnya aunty tersepit dicelah antara jari kelingking dan jari manis kaki kiri raksaksa tu!. Muat-muat pulak tu…Masa tu.. masa tu aunty rasa gelabah jugak..yelah! tersepit! Tak boleh nak bergerak! Aunty di bawa bersama raksaksa tu mengelilingi bandar. Sepanjang masa, aunty hanya boleh berdoa supaya aunty selamat..Lepas tu, pasukan MATTT datang lawan…lepas tu raksaksa tu terbang…dia bawak aunty balik ke planetnya. Yang hebatnya, semasa melepasi atmosfera bumi, badan raksaksa tu diselaputi satu medan tenaga macam field force yang membolehkannya terbang merentasi angkasa lepas. Aunty dapat bernafas macam biasa.”

Sampai di bahagian tu, saya mengangkat tangan untuk bertanya.

“errm..aunty…planet raksaksa tu kat mana? Ada oksigen macam kita ke?”

“Planet dia aunty tak sure kat mana..tapi memang la sama macam kita kadar oksigennya..kalu tak macamana dia boleh survive kat tempat kita?! Ye tak? Hihihihihi!!!”

Seterusnya makcik menyambung.

“sampai je kat planet dia, raksaksa tu terus masuk ke sebuah bangunan yang besar. Warna hijau biru kalau aunty tak silap. Emm,, ya, yang penting masa tu aunty masih tersepit kat jari kaki dia. Dia jalan masuk ke bangunan tu dan rupa-rupanya tempat tu rumah mak dia!..hihiii…mak raksaksa tu tarik telinga dia dan suruh dia duduk kat meja makan. Mereka sekeluarga, bapak raksaksa, mak raksaksa, dan seekor lagi raksaksa kecil duduk mengelilingi meja makan dan makan.

Sampai kat bahagian meja makan tu, saya mula garu kepala. Dalam hati saya berkata, “biar betul makcik aku ni?”

“err..maaf aunty, berapa lama aunty tersepit kat celah jari kaki raksaksa Kontempoppe tu?”

“isy kau ni..bagi la aku cerita bagi habis dulu!!”

Seterusnya makcik Georgiana menceritakan yang beliau terpaksa hidup di celah jari kaki raksaksa tersebut selama lima hari. Dia terpaksa mengutip sisa makanan yang jatuh ke kaki raksaksa itu untuk meneruskan hidup. Masuk hari yang keenam, barulah tiba-tiba mak raksaksa tersebut tersedar yang dicelah jari kaki anaknya itu ada tersepit seorang manusia! Apa lagi dimarahlah anaknya itu semahunya. Mak raksaksa itu terpaksa disabarkan oleh jiran-jiran mereka apabila sampai satu tahap, ia sudah mahu menyembur anaknya dengan api dan laser mulut. Selepas itu, raksaksa Kontempoppe diarah oleh maknya supaya kembali ke bumi dan melepaskan makcik Georgiana.

“semalam tu sebenarnya raksaksa Kontempoppe cuma nak lepaskan aunty saja! Dia tak berniat nak musnahkan apa-apa, tapi sebab aunty tersepit kuat sangat kat jari kaki dia. Dia terpaksalah hentak kaki kuat sikit! Hihihi!!”

“habis tu aunty terlepas waktu bila?”

Saya terpaksa bertanya untuk menamatkan misteri makcik Georgiana.

“hihihi..aunty terlepas waktu kau sembur bahan anti pathogen tu la!! Hihihi!! Licin! Terus aunty terjatuh ke dalam lopak kat belakang tandas awam bandar! Thank you Jamdol!!”

Saya tak tau nak kata apa-apa selepas mendengar cerita makcik Georgiana. Macam sains fiksyen pun iye. Macam fantasi pun iye. Macam …hmm entahlah.

Sambil menghirup Earl Grey yang tersisa di dalam cawan, makcik Georgiana tiba-tiba bersuara,

“shhgtuuiopp suuouhtk managgasfs makjasna??”

Sekali lagi bahasa mulut penuh digunakan. Maksudnya,

“Pasu bunga porselin corak udang tu macam mana?”

Watak suami di dalam TV sudah terjun daripada tingkat 18 bangunan sambil menjerit,

“Aku berdosaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!”

……………………………………………………………………………………………………………………



 

 

 

Cerpen sebelumnya:
Hey,you! Jangan Sentuh Aku! (Part 3)
Cerpen selanjutnya:
Mengejar Cinta Ilahi

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

Kurusawa

Dijamin Kempling!
Kurusawa | Jadikan Kurusawa rakan anda | Hantar Mesej kepada Kurusawa

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya Kurusawa
Beby | 3246 bacaan
Encik Subatron mahu ke pesta | 3148 bacaan
Min patah hati. | 2616 bacaan
Misi penting | 9042 bacaan
Kejadian yang menghampakan pasukan MATTT | 9684 bacaan
Malaon nak ke Bazaar Ramadhan | 2476 bacaan
Mak! dah bulat! | 2947 bacaan
Ayat-ayat Ibu | 4563 bacaan
Kutu yang ingin berhijrah! | 2839 bacaan
Dolah cinta Dolly | 2720 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

1 Komen dalam karya Makcik Georgiana Datang!
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik