Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Sisik dan Akal

Cerpen sebelumnya:
Mengejar Cinta Ilahi
Cerpen selanjutnya:
Komuniti

Aku tak pernah khabarkan kepada mereka yang ada pada suatu ketika, aku ketemu seorang manusia yang bersisik dan mempunyai satu tanduk di kepalanya. Dia berumur kira-kira 10 tahun, rendahnya dan riangnya meneroka ceruk hutan tersebut sangat ketara. Aku pada mula ingin menjerat dan bawanya ke awam supaya mereka dapat lihat penemuan makhluk pelik sebegini tetapi aku lebih bijak dari itu, aku anggarkan dia juga mempunyai jerat untuk menjerat aku dan bawa aku ke awam mereka untuk beritahu penemuan makhluk pelik seperti aku.

Aku simpulkan dia dan aku ada dunia berbeza. Yang mana, persefahaman bakal wujud melalui rundingan. Tapi apa yang aku ada untuk nyatakan niat baik aku ini? Memikirkan kerosakan kesan dari tangan kaumku yang lain, aku rasa cukup sekadar aku perhati makhluk ini dan amati pengalamannya sekali gus.

Kilauan sisiknya sangat menarik. Ada corak unik yang berwarna-warni tercipta dari pantulan cahaya matahari, yang mana cantiknya, ia boleh disiat dan dijadikan lantai rumah-rumah dansa urban di sekitar bandar dan kami semua menari penuh nafsu dengan peluh sihat. Atau dengan niat lebih baik, ia boleh dijadikan baju tunic untuk dibawa perang kerana aku dapat rasakan strukturnya kuat untuk menahan tekanan atau hentakan kuat.

Aku melangkah perlahan ke sebalik pokok. Dia menoleh seolah terdengar aku mengelamun.

Tanduknya seperti sang unicorn. Kuda megah yang selalu dikaitkan dengan dongeng barat dan setiap kekaguman yang melewati pusingan bumi berkali-kali tanpa henti. Di sisi tanduk tersebut kelihatan ukiran teks atau simbol; aku tak pasti. Barangkali ia adalah mantera-mantera suci yang memeliharanya dari musuh, dari kaum mereka, dari aku yang asing.

Aku terpijak ranting liar.

Dia menoleh beberapa darjah, arah pukul  5 menghala aku sambil keluarkan bunyi pelik dan pergi dari situ. Apakah dia perasan kehadiran aku? Mungkin. Namun jika dia lari kerana terancam maka aku nyatakan dia adalah haiwan yang bodoh kelihatan seperti manusia atau manusia yang bodoh kelihatan seperti haiwan.

Aku dan dia berlainan dunia, manakan kami mampu untuk saling mengancam sesama sendiri?

Cerpen sebelumnya:
Mengejar Cinta Ilahi
Cerpen selanjutnya:
Komuniti

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
3 Penilai

Info penulis

Am

Wujud pada yang percaya.
syxmie | Jadikan syxmie rakan anda | Hantar Mesej kepada syxmie

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya syxmie
Mendengar-didengar | 8970 bacaan
Antara Wujud dan Tidak. | 8723 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

1 Komen dalam karya Sisik dan Akal
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik