Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Rumah Berhias Bunga Di Pinggiran Bandar

 

Kotak-kotak berselotep tak berapa kemas bersusun di car porch kediaman itu. Kediaman yang serba indah. Rumah bak cabin, cottage kecil di pinggiran bandar itu dibina dengan campuran konkrit, kayu dan glazing gelas kaca. Kau bayangkan rumah Snow White dengan elemen moden sedikit. Bunga-bungaan bermacam-macam jenis menghiasi setiap sudut, tiang dan anjung. Bunga-bunga akar meliar membalut pagar rumah yang diperbuat daripada besi. Rumah dua tingkat itu bukanlah sebuah rumah lama. Malahan ia dibina sedikit demi sedikit sejak empat lima tahun lalu oleh seorang gadis dan seorang jejaka. Rumah idaman, kononnya.

Seorang gadis berwajah Sharifah Amani mengheret bagasi terakhir keluar dari pintu rumah. Kotak-kotak berselotep diangkat dan disusun di belakang kereta Hilux milik rakannya yang berwajah Cristina Suzanne.

“Semua ni je ke?” Gadis berwajah Cristina Suzanne bertanya.

Gadis berwajah Sharifah Amani tersenyum, kemudiannya mengambil spray wangian kereta Hilux berjenama Ambi Pur. “Kejap no,” katanya, sambil mengheret kain baju kurung cottonnya berlari masuk ke rumah tersebut.

Sembur. Sembur.

Gadis berwajah Sharifah Amani menarik nafas dalam-dalam. Masih tak wangi, walaupun dah disembur pewangi, walaupun dikelilingi bunga-bunga hidup. Empat lima tahun lalu ketika membinanya bersama seorang jejaka, jejaka berwajah Aizat Amdan, rumah itu sentiasa wangi. Sentiasa menyamankan. Rumah itu memang terasa ibarat rumah. Ruang tamu cuma dihiasi sebuah sofa three-seater berwarna putih dan sebuah meja kopi, serta televisyen LCD yang tak berapa besar sangat pun. Ruang rehat dihiasi piano sebuah, rak gitar sebuah, mikrofon condenser yang berdiri tegak di sudutnya, synthesizer sebuah. Ruang dapur cuma dihiasi kaunter dapur, sebuah meja makan kecil macam yang kau selalu tengok kat Starbucks tu – yang cuma muat-muat dua tiga orang – serta perkakas-perkakas dapur yang cukup-cukup – peti sejuk, microwave oven, set periuk, pinggan mangkuk, pemanas air. Di lagi sebuah sudut duduknya sebuah rak buku yang penuh dengan buku-buku alternative, buku-buku novel Amerika dan Eropah, buku-buku komik One Piece. Kemudian ada tangga ke tingkat atas – bilik tidur dan bilik mandi.

Tapi kini rumah itu separa kosong. Sofa dan meja kopi masih ada, tapi televisyen dan disimpan dalam kotak dan dikeluarkan. Piano dan gitar masih ada, tapi salah sebuah gitar sudah duduk elok dalam Hilux gadis berwajah Cristina Suzanne. Peti sejuk masih ada, tapi pinggan mangkuk, microwave dan pemanas air dah tak ada. Rak buku masih ada, sekali dengan buku-buku alternative dan novel Amerika, tapi buku komik One Piece dah tersimpan di dalam kotak.

Gadis berwajah Sharifah Amani menghela nafas berat. Sayu hatinya mahu meninggalkan rumah ini. Sejak jejaka berwajah Aizat Amdan tak kembali ke rumah pada suatu hari, cuma gadis berwajah Sharifah Amani yang menjaga rumah Snow White ini. Setiap hari dia membersih dan menyembur isi rumah dengan pewangi. Setiap hari dia bajakan bunga-bunga yang mereka tanam. Setiap hari dia bersihkan lantai. Lepas siap membersih, dia akan duduk dengan alat-alat muzik, ataupun buku-buku, kerana di situ dia akan selesa. Ramai yang berpesan kat dia supaya berpindah keluar dan mencari rumah baru. Sebabnya rumah itu semakin jauh dari bandar. Pokok-pokok yang tumbuh di sekeliling rumah itu semakin meninggi, seolah-olah menjadi penghadang kepada dunia luar.

Tapi gadis berwajah Sharifah Amani tetap sayangkan rumah itu. Rumah yang dia sendiri turut bina.

Setahun yang lepas, gadis berwajah Sharifah Amani sedang memesan teh tarik kegemarannya di sebuah kedai mamak. Tapau dalam bekas thermos hijau yang dia selalu bawa ke mana-mana. Jejaka berwajah Aizat Amdan memasuki kedai mamak dengan baju kemeja pink dan seluar separa formal separa kasual, slim fit. Semakin segak. Gadis berwajah Sharifah Amani tersenyum janggal. Jejaka berwajah Aizat Amdan tersenyum kembali.

Jejaka berwajah Aizat Amdan membisik kata-kata minta maaf, turut terselit pesan jagalah diri elok-elok. Gadis berwajah Sharifah Amani hanya mengangguk. Cepat-cepat meneguk teh tarik supaya tak terasa nak menumpahkan benda lain. Comfort drink, kononnya.

Tiba-tiba rumah itu tak begitu wangi lagi sekembalinya gadis berwajah Sharifah Amani ke rumah. Bunga-bunga masih lagi berbunga, tapi dah tak menyebarkan wangiannya ke sekeliling rumah. Muzik-muzik yang dimainkan dengan alat muzik jadi semakin indah, tapi semuanya lagu-lagu sedih. Lebih perih dari Perih oleh Vierra. Rumah itu terasa kosong.

Gadis berwajah Sharifah Amani menghela nafas berat lagi. Mencium pintu depan rumah sebagai ciuman selamat tinggal. “I’m sorry, little house. Jaga diri baik-baik,” pesannya kepada rumah itu. Dia tak pasti bila dia akan kembali ke rumah itu, tapi dia berjanji untuk sekali-sekala datang melawat, mungkin bermalam sehari dua.

Kunci.

Gadis berwajah Sharifah Amani seterusnya mengunci pagar. Gadis berwajah Cristina Suzanne dah duduk di ruang pemandu, memanaskan enjin kereta.

“Ready?”

Gadis berwajah Sharifah Amani mengangguk. “Jom.” Dia mengeluarkan sekeping bekas CD nipis dari beg sandangnya. CD nipis itu cuma bertulis dengan marker, dan mengandungi tiga belas buah lagu-lagu sedih yang digubah dan dirakamkan dalam rumah berhias bunga di pinggiran bandar itu. “Takut jalan jam. Janji nak jumpa dia dalam pukul empat petang, kan.”

Dia, jejaka berwajah Fuad Alabaster. Seorang pemuzik yang gadis berwajah Sharifah Amani harapkan dapat jadi teman dia bermuzik.

Kereta Hilux milik gadis berwajah Cristina Suzanne meluncur laju meninggalkan kawasan rumah berhias bunga di pinggiran bandar. Dari jauh kelihatan matahari yang tengah memperagakan cahaya seperti bintang catwalk, dikelilingi awan-awan kapas putih.

Cantik.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Hahaha...nape tak letak je nama betul watak tu?..berwajah..

  • (Penulis)
    2) @ciksal haha, barula ada feel sikit nak imagine watak dalam kepala. short film lol
  • 3) sgt short film kot. nice.

Cerpen-cerpen lain nukilan Effy_Lndg

Read all stories by Effy_Lndg