Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fitrah.

 

"Ira, 'force of attraction' tu apa?"

"Apa benda nih Kim?"

"Kimia lah."

"Oh! Kau nampak dua budak kat tepi longkang tu?" sambil menunjukkan sepasang lelaki dan perempuan yang bukan mahram duduk berdua-duaan. 

"Pehal? Nak jugak ke?"

"Bukan, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam..."

"Shallallahu 'alaihi wa Salam" *senyum*

"Baginda pernah bersabda dengan maksudnya, janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga."

" Apa kaitannya dowh?"

"Sabarlah, nak aku terangkan tak?"

"K."

"'Force of attraction' tuh ibarat syaitan yang menggoda dua anak adam iaitu lelaki dan perempuan. Kau tengok diorang, semakin lama semakin rapat. Selagi punggung tak touch tak sah."

"Tak faham." *muka blurr*

"Maksudnya, semakin kuat godaan syaitan tuh semakin rapatlah diorang. Godaan syaitan ibarat force tersebut."

"So?"

"So, ini ibarat semakin kuat 'force of attraction' tuh semakin rapat kedudukan antara zahrah dalam sesuatu elimen. Seterusnya menyebabkan tindakbalas sesuatu elimen menyadi lemah.” 

“Tindakbalas ibarat apa?”

“Iman.” *senyum*

“Ok…tapi kenapa kau terangkan guna hadis? Kenapa tak straight to the point je?”

“Takdelah, aku dari tadi perhati je diorang tu.”

“Ke saja nak tengok diorang buat projek?”

“Aku perempuan k. Tak macam kau. Nafsu…”

“Kau tak rasa bersalah ke tengok diorang tu duduk berdua-duaan…”

“Dating?”

“Baku sangat ke aku nih adoyai. Cintailah bahasa melayu.”

“Yelah…Bersalah? Mestilah Hakim oi. Tapi, aku tak berani nak tegur, kau kan lelaki pergilah tegur.”

“Kita sama-sama tegur mereka ya awak?”

“Kau dah kenapa? Buang tabiat?!”

“Lahai cakap lembut sikit pon marah.”

“Ok, beta setuju dengan cadangan tuan hamba.”

“Ni lagi aku pantang.”

Mereka terus menuju ke arah pasangan tersebut.

“Satu, dua…tiga!”

“Assalamualaikum ya ahli syurga!” *senyum*

“Waalaikum Salam…” *terkejut*

“Abang dengan akak duduk dekat sini buat apa?” Amiera bertanya.

“Hal orang besar, korang berdua budak kecik tak payah mengacau.”

 “Dah kahwin?” Kim menyoal dengan selamba.

“Kitorang dah tunanglah. Kau ape tahu?” Balas si lelaki.

“Tunang tu apa?”

“Tunang kau tak tahu? Tunang tu sebelum kahwin lah.”

“Kahwin tu apa?”

“Kahwin tu nikahlah oi.”

“Nikah?”

“Kau ni banyak pulak soalan. Nikah tu ‘akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan dan menjauhi zina.”

“So abang dengan akak ni dah tunang, belum nikah?” Soal Amiera.

“Kau korek telinga tak?”

“So, tak halal lagilah hubungan tu.  Belum nikahkan?” Balas Hakim.

Amiera dan Hakim terus meninggalkan pasangan tersebut dan kembali ke tempat belajar mereka.

“Amiera, kau tahu tak?”

“Tahu apa pulak ni?”

“Cinta itu fitrah, tetapi jangan menjadikannya fitnah. Macam tadi.” *senyum*

***

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Tak tahulah ni diterima sebagai cerpen ke tidak haha. Well, first try. xD
    Harap korang komen.
  • 2) halusnya menusuk dalam hati
  • 3) Sempoi

Cerpen-cerpen lain nukilan luqmanZAG

Read all stories by luqmanZAG