Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tragedi Luvia

 

Ini kisah realisme magis.Tentang realiti. Tentang  magis. Tapi ini bukan hikayat gelandangan yang mencomotkan Kuala Lumpur.  Ini tragedi Luvia. Perempuan yang datang bersama hujan. Bukan hujan yang nyanyi lagu : pagi yang gelap kini sudah terang, aku adikmu dan engkau abang. Bukan hujan yang rejek The Strokes itu. Bukan. Ini hujan, sebuah presipitasi dalam bentuk cecair yang terhasil dari proses kondensasi. Pelik tapi benar. Doktor pun musykil fikirkan hal ini. Sampai ada yang hilang akal jadi biul langsung berhenti kerja dan jual produk terlajak laris.

Akhirnya berita tentang Luvia bocor dan tersebar. Hingga masuk dalam majalah Mastika. Satu Malaysia beli majalah tu sebab memang  tabiat orang kita suka baca cerita-cerita tahyul. Semua orang pun sibuklah berlabun dalam media sosial tentang hal ini. Waktu itu Utusan Malaysia dan Berita Harian setakat jadi kertas bungkus nasi lemak. Blog uncle seeker pun dah tak ada orang kisah. Dan semua ini telah melonjakkan lagi populariti Luvia yang ketika itu baru 5 tahun.

Sejalan dengan masa, Luvia pun beranjak remaja. Dengan apa yang ada, Luvia telah membantu banyak orang dan daerah terutama yang menghadapi krisis air akibat dilanda El Nino. Sekelip mata dia jadi tumpuan. Aneka kerenah manusia terpaksa dihadap oleh Luvia dan juga ibunya yang juga seorang balu. Hidup Luvia masa tu betul-betul macam selebriti. Setiap gerak dan tingkah diperhati. Hingga Luvia berjaya mencapai kemuncak populariti bila dia dinobatkan sebagai  penerima anugerah srikandi negara di PWTC yang disampaikan oleh klan makcik-makcik yang gemar bertudung merah saga tapi dikepala otaknya ada jambul.

Namun pepatah orang tua ada menyebut : di sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Begitulah ibarat nasib Luvia. Sebulan lepas menang anugerah  dia diuji musibah. Ibu tercinta yang menjadi tempat dia bergantung hidup mati dipanah petir. Sejak itu segalanya berubah. Semua yang indah jadi lara. Puja-puji mula bertukar jadi caci-maki. Orang-orang diluar seperti terlupa dia pernah berjasa. Jadi betullah kata Chedet : Melayu mudah lupa. Lebih teruk lagi, dia di tuduh pembawak sial bila daerah yang dia tinggal dilanda banjir.

Bertahun-tahun dia dipinggirkan. Terbuang macam sampah. Kawan-kawan sepermainan ramai yang dah berkahwin. Tapi tak sorang pun jemput dia datang kenduri. Takut nanti hujan jejaskan duit collection. Jadinya tak ada siapa yang nak pelawa dia. Semua pandang dia macam perempuan sihir yang jahat. Kejam gila.

Tapi dalam setandan pisang bukan semuanya buruk. Ternyata masih ada lagi jiwa-jiwa yang hadhari. Yang melihat wujud sesuatu jisim itu dari sudut yang lain. Dan pemilik jiwa itu bernama Matahari.

-u cari apa kat sini?

-cari u. Balas Matahari.

-untuk apa?

-untuk i.

-u gila ke? bukak mata u luas-luas. I takkan dapat bagi u apa-apa kecuali hujan dan bencana. So don’t waste your time. Go find someone else.

Bentak Luvia sambil pandang Matahari ditengah laman yang berlindung bawah kubah payung warna biru laut. Hujan turun seketul-seketul macam berlian. Rancak tapi tak lebat.

Matahari geleng-gelengkan kepala. Jeda. Dengan mata juling-juling air, dia tentang wajah Luvia sambil melerai payung dari gengam. Dengan konfiden Matahari balas,

Hidup ini macam pelangi, we need both the sun and the rain to make its colors appear.

Luvia renung Matahari dengan pupil berkaca. Perlahan-lahan dia mendekat. Rintik hujan telah bercampur dengan bening airmata. Dua batang tubuh makin merapat. Cukup rapat sampai Matahari dapat menghidu lara yang terhembus dalam nafas Luvia. Dengan selamba Matahari rengkuh tubuh langsing itu ke dalam peluk. Keduanya saling merangkul.

Matahari tatap wajah Luvia dalam-dalam. Menyeka airmata suam yang masih merembes dipipi. Dengan senyum Matahari cakap dekat Luvia:

Anyone who says sunshine brings happiness has never danced in the rain.

Luvia senyum manis. Matahari senyum lebar. Ada rasa sakti menjangkiti  hati masing-masing. Rasa yang tidak dapat diterjemah baik dengan susunan huruf vokal atau konsonan. Atau kedua-duanya sekali. Rasa yang tersangat luarbiasa untuk orang yang biasa-biasa. Tapi malang tak berbau macam belacan, belum sempat rasa itu mewabak keduanya rentung berpelukan diamuk halilintar.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan ganjil

Read all stories by ganjil