Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fius Rosak

 

Saya telah berjumpa dengan seorang doktor pada suatu tengahari yang dingin. 
Ketika sedang duduk di hadapan mukanya sambil meniup daffodil imaginari, doktor perempuan itu
lepaskan keluh berat dengan sengaja.

"Kenapa doktor?" Barangkali itulah soalan yang dia mahu saya lemparkan padanya.
"Maafkan saya, tapi awak gila." Doktor muda dan berwajah cantik walau lubang hidungnya agak sedikit kembang,
tapi segala yang cacat itu telah dilindungi dengan susuk tubuh menarik,menunjukkan bahagian otak pada kepala patung
di atas mejanya. "Sini, ada fius rosak kat sini." Kemudian dia arahkan supaya saya berhenti daripada melakukan aktiviti berat yang melibatkan penggunaan otak.

"Awak harus berhenti berfikir."
"Tak boleh! Saya perlu bekerja. Dan, saya tak boleh melakukannya tanpa berfikir!"
"Kalau macam tu... awak berhenti kerja."
"Dok.."
"Saya tak main-main Zarin. Fius otak awak sudah lama rosak. Baru sekarang awak datang jumpa saya, dan saya bukanlah Tuhan. Awak harus berhenti menggunakan otak awak atau..."
"Atau apa?"
"Atau awak akan mati."

Yang sebenarnya, doktor feminin itu bercakap sambil menggunakan istilah medikal dengan begitu kencang sekali. Seolah-olah saya juga seorang medical practitioner sepertinya. Jadi, saya tak dapat hadam apa yang cuba disampaikan kepada saya walau sepatah haram pun. Saya menceritakannya semula kepada awak dalam bentuk ayat yang saya suka.

Kemudian saya bangun dari kerusi, tinggalkan bilik doktor dan duduk sekali lagi di hadapan kaunter untuk mengambil ubat dan buat bayaran.  Ketika petugas klinik menyeru lembut nama saya, mata saya tertancap pada sekeping not 50 ringgit yang tinggal di dalam dompet Mustang lusuh milik saya. Harap cukup. Harap-haraplah cukup. Saya bangkit dari kerusi. Bumper saya sedikit melekat pada permukaan kusyen kulit. Rasa macam spenda sedang terselit di celah bumper. Tapi saya lebih risaukan soal wang.

"Ini ubat untuk aktifkan semula connector, makan 2 kali sehari selepas makan. Ini, yang warna kuning ni untuk urat fius awak... emm... malan sekali sehari je ya. Dan ini, ubat untuk lawaskan berak. Sebab ubat untuk aktifkan semula connector tu akan buat awak sembelit. Yang ni, tak perlu ambil hari-hari. Makan bila perlu."

Saya langsung tak endahkan cakap-cakap petugas poliklinik tu. Saya risau kalau-kalau wang saya tak cukup. Hari itu baru 8 haribulan.  Gaji saya baru saja masuk 6 haribulan yang lepas. Dan sekarang, cuma banyak itu saja yang berbaki. "Semua sekali, 45 ringgit."

Matilah saya. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

Cerpen-cerpen lain nukilan NeesaJamal

Read all stories by NeesaJamal