Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Menyampah

Cerpen sebelumnya:
Tandas
Cerpen selanjutnya:
'Weih, tak mau lunch ke?'

Cerpen kedua. Harap sudi membaca, dan komen. Haha.
 

*** 

 

              Aku terpandang tingkap dan mula berangan. Ya. Hobi aku yang kedua ialah berangan. Selepas membaca, atau mungkin banyak lagi hobi tapi aku malas nak cerita dan kelas merupakan tempat kedua paling aman untuk berangan, terutama ketika Cikgu Amin mengajar geografi. (cikgu ni kuat merepek.) Selain kelas, tempat terbaik dan pilihan utama aku untuk hobi ini ialah tandas. Feeling berangan dalam tandas (sambil buat kerja sepatutnya) hanya Tuhan yang tahu. Dan ketika memandang tingkap tu juga aku terpandang mamat tu lagi. Well, dia merupakan sahabat karib aku. Penjajah kata bestfriend.
               
               Tahun lepas kami sama kelas. Kata orang suka duka kami bersama. Kami selalu berbual kosong tentang perkara yang memang manusia malas nak bualkan. Dia suka buat lawak yang kadang-kadang hambar tapi selalunya menjadi dan aku suka dengan lawak dia. Seorang yang pandai tapi malas nak siapkan kerja sekolah yang cikgu selalu bagi. Dia seorang yang biasa-biasa sahaja. Seperti yang aku cakap tadi kami merupakan bestfriend. Sampailah satu hari tu. Ya. Hari, bukan tahun. Tetapi kira tahun lepaslah. Dia confess padaku. Aku bukan suka dia pun. Jadi aku buat tak layan pada dia. Bermula hari tu jugalah cerita tentang kami tersebar. Hampir satu batch heboh tentang kami ber-scandal. Memang aku menyirap dengan perkara tersebut dan aku memang tak layan lagi mamat tu sampailah sekarang. Biarlah. Aku pun tak tahu apa hubungan kami sekarang. Sahabat karib ataupun pasangan. Aku memang benci orang tahu yang aku ada hubungan dengan mana-mana lelaki sebab bagi aku ber-couple itu haram dan aku tak nak ada apa-apa hubungan yang haram sebelum bernikah. Semenjak dari hari tersebut, kami memang tidak tegur menegur langsung.                    
               
                 Tahun berikutnya, kelas kami berjauhan disebabkan dia mengambil subjek Rekacipta dan aku Biologi. Sangat jauh. Jauh dari tingkatan 4 yang lain. Kelas dia sajalah bukan kelas aku. Kelas dia berada di tingkat ketiga dan kelas aku berada di tingkat pertama bersama tingkatan 4 yang lain. Aku berasa lega kerana selepas ini mungkin kami akan kurang berjumpa dan aku mungkin akan lebih selesa berjalan di kelas-kelas berhampiran tanpa perlu terserempak dengan dia. Sudah masuk tiga bulan dan semua perkara kembali normal. Seperti waktu aku di awal tahun lepas. Waktu aku belum mengenalinya lagi. Waktu serius untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran untuk PMR belum terdetik dalam diri. Aku lega. Tahun tersebut aku ingin menumpukan perhatian untuk belajar. SPM tahun hadapan. Ibu cakap tingkatan 4 bukan masanya untuk bergembira sebab baru sahaja tamat menengah rendah. Baru sahaja tamat PMR. Walaupun PMR dapat 8A, tetapi tingkatan 4 bukan waktunya untuk berbangga sebab tahun tersebut dan tahun terakhir di menengah atas menentukan masa depan aku. Aku ingin berjaya seperti arwah abah. Abah dulu orang susah tetapi dia belajar bersungguh-sungguh. Dia melanjutkan pelajaran dari sekolah Dato’ Pengawa Barat, Pontian seterusnya ke RMC (Royal Military College) dan memperoleh ijazah dalam Mechanical Engineering di University Of Texas, Arlington. Abah orang yang pandai, dan kuat. Aku sangat rindukan dia. Aku ingin balas semua hasil titik peluhnya pada keluarga ini. Pada akhir tahunku di tingkatan 4, aku berjaya memperoleh PNG 4.00. Ibuku kelihatan gembira sehinggakan pada cuti akhir tahun tersebut dia membawaku ke Hong Kong. Negara yang dikenali sebagai Asia’s World City. Kami sempat menaiki tram ke Madame Tussauds dan menikmati pemandangan bandar Hong Kong yang sangat indah pada waktu malam. Semua benda yang bercahaya nampak indah pada waktu malam. Kami sempat melawat taman tema Disney Land yang dikatakan seronok padahal biasa-biasa sahaja jika dilihat oleh remaja lain seperti aku.(konon matured.)

                 Tahun berikutnya aku di tingkatan 5, masih lagi di maktab yang sama, rakan-rakan yang sama, guru-guru yang sama dan mamat tu. Aku masih lagi tak tahu sama ada aku benci atau suka atau tak kisah pada mamat tu. Rasa bersalah pun kadangkala ada juga. Sudah setahun kami tidak bertegur sapa. Tahun tersebut, kelas kami masih lagi jauh. Dia masih dengan subjek Rekacipta-nya dan aku masih lagi dalam kelas Biologi yang aku mengharap untuk jadi seorang doktor pakar suatu hari nanti. Maksudku dewasa nanti bukan sekarang atau ramai pesakit gagal diselamatkan dan bilik mayat akan penuh. Definisi untuk bilik mayat, seram. Aku terus belajar bersungguh-sungguh. Bulan kedua tahun tersebut, atau Febuari (kepada sesiapa yang ingin tahu) mamat atau bekas kawan karib yang sudah lama tidak aku peduli tiba-tiba muncul. Muncul di sini bukan bermaksud di hadapanku tetapi di luar tingkap. Tingkap yang selalu aku gunakan kebanyakan waktu dalam kelas untuk berangan- hobiku. Spoil mood betul. getus hatiku setiap kali terpandangnya. Mukanya sedikit pucat. Namun, kehadirannya di situ bukan sekali dua. Hampir setiap hari dia akan berlalu di situ sambil tersenyum melihatku. Terutamanya pada waktu pagi selepas Morning Roll Call. Mungkin dia tiada kelas pada waktu tersebut. Aku malas nak ambil pusing. Sehinggalah tadi. Aku terpandang dia sekali lagi tersenyum dengan muka pucatnya. Pada hujung bulan kelapan tahun tersebut, ataupun Ogos, senarai nama dan kedudukan calon peperiksaan ditampal pada papan kenyataan UPPM. Nama aku confirm hujung-hujung sebab disusun mengikut abjad pertama dalam nama. Aku tidak kisah. Kedudukan tak penting, yang penting adalah keputusan. Tiba-tiba, terdetik hati aku untuk mencari nama mamat yang aku sudah lama menyampah. Setelah melihat pada senarai yang berjela-jela, (aku tak tahulah Unit Peperiksaan maktab ni tidak penatkah menaip dan menyusun nama mereka termasuk namaku walupun mereka tidak kenal dan tak berkenan untuk menghafalnya.) namun namanya masih tidak kelihatan. Setelah bosan dan penat tercegat memandang papan kenyataan tersebut, aku bertanya rakan sekelasku yang lain, dengan muka budak perempuan yang tak tahu malu. Mereka kelihatan pelik dengan soalanku yang rasanya tidaklah terlalu KBAT (soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Mangsa SPM dan PT3 sudah biasa- rasanya) sehinggakan mereka sedikit cuak. Namun soalanku masih belum dibalas. Setelah beberapa minit, aku memutuskan untuk bertanya pada rakan sekelasnya.

                   “ Betul ke engkau ni?”, jawapan daripada mereka. Bukan itu jawapan yang aku nak.

                    “So, kau betul-betul tak tahu cerita?”, jawapan kedua. Soalan aku dijawab dengan soalan mereka dan aku masih tidak puas hati jadi aku terus bertanya kepada mereka tentang cerita apa yang dimaksudkan sampai perlu ambil masa yang lama sangat untuk tahu. Mamat tu je kot.

                    “Am, Kim dah lama meninggallah.”,jawapan tu buatkan aku benar-benar tersentap. Aku tak sangka yang aku tak tahu tentang perkara tersebut.

                      “Dia-kan hidap kanser paru-paru. Akhir tahun lepas doctor sahkan dia kritikal. Dan…”, aku terus berlari keluar daripada kelas tersebut. Tidak mahu jawapan tersebut habis. Tidak dapat menahan rasa sebak. Ya. Dia pernah beritahu aku, ketika kami berbual kosong bahawa dia mungkin tidak akan hidup lama. Aku sangkakan dia hanya bergurau. Dia tidak langsung beritahu padaku bahawa dia menghidap kanser. Dia tidak pernah beritahu padaku bahawa dia bakal meninggalkan aku. Dia hanya beritahu yang dia sukakan aku. Sesuatu yang aku balas dengan... aku mintak maaf. Kim.


 
***

Cerpen sebelumnya:
Tandas
Cerpen selanjutnya:
'Weih, tak mau lunch ke?'

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
Penilai

Info penulis

TIMID

A dreamer. Son of a lucky couple. :)
luqmanZAG | Jadikan luqmanZAG rakan anda | Hantar Mesej kepada luqmanZAG

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-Share Alike 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya luqmanZAG
Fitrah. | 2011 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

0 Komen dalam karya Menyampah
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik