Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lukis

 

Duri yang aku lihat, sedang duduk di atas katil menghadap dinding biliknya. Dia memegang sebatang pensel dan kertas A4 putih berlapikkan fail unggu kegemarannya itu. Keadaan biliknya gelap dan sumber cahaya hanya dapat diperolehi daripda lampu koridor yang masih menyala itupun kerana pintu biliknya terbuka sedikit. Aku datang menghampirinya.

Ketika itu, Hati sedang mengalunkan azan dipenjuru bilik dekkan dia mendapati yang bilik Duri dan 3 orang lagi ahli bilik itu 'kotor'. Bila ditanya, dia berkata yang katil di sebelah kiri berdekatan dengan tingkap itu sedang ada 'pest'. Aku tergamam. Bulu roma aku meremang. Kenapa hari ini semuanya pelik-pelik belaka.

----------------------------------------------------------------------------------------------

Aku dan rakan-rakan yang lain keluar dari bilik Duri dan meninggalkannya seorang diri. Duri memang pelik ketika ini. Bila disoal, dia hanya mendiamkan diri dan terus melukis di atas kertas A4 itu. Ketika Hati sedang mengalunkan azan, dia mengambil kertas A4 yang lain dan menulis ayat dan perkataan yang menggerunkan seperti siong, api, panas, sial dan juga 'jangan seru aku lagi' serta 'jangan ganggu'. Aku semakin risau.

Ketika aku dan yang lain berada di bilik Hati, tiba-tiba aku dapat panggilan daripada Duri. Duri menyatakan yang dia jatuh dari atas katil dan kakinya sedang sakit yang teramat. Aku segera pergi mendapatkan dia lalu meminta bantuan dari yang lain. Aku cuba merawatnya kerana takut-takut yang kakinya hanya kejang sahaja.

Tanpa berfikir panjang, aku mengajukan satu soalan kepada Duri.

"Apa yang kau lukis tu?" soal aku.
"Aku? Aku lukis apa?" Duri keliru.
"Yang kau lukis atas kertas tu apa?"
"Kertas apa ni?"
Aku bangun dan mengambil kertas A4 yang berselerak di atas katilnya itu. "Kertas ni ha! Apa yang kau lukis ni? Yang kau tulis ni?"
"Mana ada aku lukis! Aku tak lukis apa-apalah. Aku dah simpan semua barang aku. Mana ada aku keluarkan. Lagipun bilik ni tadi gelap, lawak apa aku nak melukis dalam gelap." jawab Duri panjang lebar.
"Kau betul tak ingat apa-apa? Tadi kau lukis ni lepastu kau nangis. Tadi, Hati, Piau dan Zack tanya kau soalan, kau tak jawab kot." terang aku.
"Nangis? Mana ada aku nangis!"

Aku segera mengambil kertas lukisan Duri. Aku perhatikan setiap inci apa yang dilukis dan ditulis. Lukisan itu amat menggerunkan apabila Duri melakar 3 lembaga hitam di dalam satu bangunan. Bangunan itu ialah blok asrama kami. Tulisan pada lagi satu kertas pula amat menghairankan. Bila aku perhatikan semula, itu bukan tulisan Duri. Tulisan itu seperti tulisan budak tadika dimana tulisannya amat besar dan buruk. Aku kenal amat dengan tulisan Duri. Tulisan Duri lebih kemas dan kecil.

Jadi, siapa yang melukis tadi kalau bukan Duri? 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) duri tu bukan metafora ye?
  • 2) mahkluk halus yang lukis..

  • (Penulis)
    3) @kurusawa : maksudnya?

  • (Penulis)
    4) @ciksal : mungkin juga? Hihihi

Cerpen-cerpen lain nukilan NorAliff

Read all stories by NorAliff