Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Berkawan dengan Seorang yang Hidup dalam Penafian Umpama Digigit Charlie; Tak Sakit tapi Berbekas

 

Gayah mendepakan tangan lagi. Entah sudah kali ke berapa ribu dia membuat gaya seperti itu. Suaranya pula tidak kalah. Jika ada petir yang memanah di sebelah, suara Gayah lebih gamat.
Fina hanya sengih-sengih. Sebetulnya, hati Fina tidak segembira riaknya. Sebetulnya, Fina sudah jelak dengan cerita Gayah yang seakan-akan sinetron. Entah episod berapa baru akan habis. Jika habis pun, mungkin juga ada musim kedua dan ketiga. Mungkin juga bakal diwayangkan.
"Betul, Na. Laki tu pandang aku tak kelip. Aku rasa macam malu gila pun ada. Bukan laki tu saja. Orang yang tengah bungkus nasi lemak tu pun terketar-ketar tangan dia masa nampak aku pagi tadi. Aku rasa mungkin sebab bedak yang aku baru beli minggu lepas. Masuk lelaki yang bungkus nasi lemak tu, dah 73 orang pandang aku tak kelip tau!"
Cerita Gayah memang dahsyat. Dengar pun macam bohong, tapi Fina anggukkan saja.
"Laki tu suka kau kut, Gayah. Sebab tu dia pandang tak kelip," kata Fina.
Gayah berfikir sejenak sebelum menggeleng. "Taklah. Dia mana suka aku. Dia kan suka pada Esah. Tapi kan cara dia pandang aku tu menusuk di kalbu betul. Aduh! Cair sungguh hati aku time tu."
"Sebab tu aku cakap laki tu suka kau." Kali ini, nada Fina naik sedikit.
Gayah geleng-geleng lagi. Masih menafikan. "Taklah. Siapalah nak kat aku ni. Dahlah suka bangun lambat, muka sembab kalau tak pakai bedak. Tapi laki tu masih pandang aku tak lepas sampai aku masuk kereta."
Fina angguk-angguk. Perlahan-lahan dia pergi ke belakang Gayah dan memegang kepala rakannya itu dengan kedua-dua belah tangan. Belum sempat Gayah bertanyakan kenapa, Fina memusingkan kepala Gayah 270 darjah. Dengan satu bunyi 'krak', Fina melepaskan kepala Gayah dan pulang ke rumah. 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Aksi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Harap2 semua perbuatan Fina hanyalah khayalan yang akan hilang selepas babak di CUT To ruang realiti. Mantap.

  • (Penulis)
    2) @Kurusawa: Fina tidak diarah oleh sesiapa.

Cerpen-cerpen lain nukilan DLHaqifa

Read all stories by DLHaqifa