Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Beby

 

Pada cuti sekolah yang lepas, satu kejadian yang agak ganjil telah berlaku. Ia memang benar-benar berlaku. Tiada yang tipu malah semuanya benar belaka. Saya tak tipu.

Saya dan keluarga telah pulang bercuti di kampung emak saya. Kampung emak saya itu terletak jauh di pedalaman.  Ia sebuah kampung yang dikelilingi hutan tropika dan gunung ganang yang hijau nan indah. Udaranya sejuk dan nyaman. Bebas daripada kekotoran dan pencemaran. Di situ, kalau kita kentut banyak-banyak pun masih enak dihidu. Udara yang bersih akan memadamkan bau yang kita rembeskan. Cuma pesan saya, janganlah kamu halakan kentut ke arah itik angsa ataupun ayam belanda yang banyak bertebaran dikampung itu.

Apabila kami tiba di halaman rumah nenek, keadaan agak lengang dan sunyi. Ayam itik peliharaan nenek pun tidak kelihatan. Kebiasaannya tentu ada saja seekor dua ayam atau itik yang akan bertempiaran menyambut ketibaan kami. Tapi tidak pada hari itu. Nyamuk dan lalat juga tidak ada!

Saya memberi salam sambil mengetuk pintu rumah nenek.

“tok! Ooo tok!! Assalamualaikum!! Tok!!”

Tiba-tiba pintu rumah nenek dibuka daripada dalam. 

Kami tersentak sebab nenek membuka pintu dengan spontan dan dengan muka yang manis.

“AAHHH!!! Kamu semua rupanya!! Kenapa tak talipon sebelum datang???! Meh masuk!!”

Nenek mempersilakan kami masuk kedalam rumahnya. Kami masuk dengan perasaan yang curiga.

“eh! Tok! Mana sofa semua??”

Saya terperanjat sedikit tatkala melihat ruang tamu rumah nenek yang sudah menjadi kosong macam rumah yang baru disiapkan oleh syarikat pemaju. Mak dan ayah saya juga terkejut. Ayah yang paling terkejut sehingga mengeluarkan bunyi,

“iyeeerrrrrrkkkkkkkkkkk!!!!”

Saya yang terkejut dengan pekikan ayah turut menjerit kecil.

“kenapa ayah??!!”

“tu…tu…tu…”

Saya dan mak terkaku sebentar. Ayah sudah terketar-ketar terduduk berlunjur. Tangannya menunjuk ke arah sesuatu yang rupanya ada di belakang pintu hadapan yang baru saja ditutup nenek.

Mata kami terpaku pada satu sosok makhluk yang berwarna coklat kehitaman dan berkilat.

“he he hehe!!! “

Nenek tiba-tiba ketawa.

“jangan risau Dol…itu pet terbaru tok! Nama dia Beby!..hehehehe!!!”

pet???!!!”

Saya, mak dan ayah serentak terpekik.

“ya…dialah yang makan semua perabot kat dalam rumah ni. Semua ayam itik, nyamuk lalat..semua!!”

Sambil berlalu ke arah dapur, nenek menyuruh kami duduk. Kami pun duduk menyandar pada satu dinding yang bertentangan dengan ‘Beby’.

Saya melihat ayah. Ayah melihat emak. Emak melihat makhluk tersebut. Makhluk apakah yang dipanggil Beby yang sedang dibela nenek? Kami tertanya-tanya.

Dengan tak semena-mena ‘Beby’ bergerak. Ia bergerak ke arah kami. Setelah beberapa detik, ia semakin menghampiri kami bertiga. Selepas beberapa detik, barulah kami semua perasan, makhluk apakah itu. Serentak kami menjerit,

“ULAT GONGGOK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

Ya. Ulat gonggok. Gergasi. Saiznya seperti seekor kucing parsi. Panjangnya dari kepala hingga ke hujung ekor ada lebih kurang 1 meter setengah. 

Beby nampaknya semakin mendekati kami. Lagi sekaki saja, ia pasti akan mendarat di atas kaki saya.

“Beby!!! Tu tak boleh makan yeaaa!! Syuh! Syuh!”

Mujur nenek datang tepat pada masanya. Beby berundur ke tempat asalnya dan bergulung.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Selepas dua hari, kami sekeluarga telah terbiasa dengan Beby. Saya dah tak takut dengan kehadiran Beby. Ayah pula, dah boleh bergurau dengannya. Malah emak pun dah berani main nyorok-nyorok dengan Beby. Saya masih ragu-ragu. Masih tak berapa nak percaya dengan ulat gonggok tu. Nenek cerita, yang dia terjumpa dengan Beby masa tengah panjat gunung sebulan yang lalu. Nenek cakap, masa tu dia tengah petik kulat kat satu kayu balak buruk di tengah pendakiannya. Tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Kilat petir menyambar dengan kuat. Guruh berdentum sana-sini. Waktu itulah nenek terserempak dengan Beby dan keluarga yang sedang berlindung dibawah sebatang pokok gergasi. Masa tu jugaklah tiba-tiba petir datang menyambar seluruh ahli keluarga Beby hingga hangus. Nenek yang kesiankan Beby, terus membawanya balik ke rumah.

“ooooo…macam tu ke tok!!”

Kami berempat sedang menikmati ubi kayu rebus panas sewaktu nenek menyampaikan kisah penemuan si Beby.

Tetapi, saya ternampak sesuatu selepas selesai berkata “ooooo” .

“tok! Beby makan kaki tok tu!!!!!”

Kaki kanan nenek sudah pun termasuk hingga ke lutut ke dalam mulut si Beby. Nenek mula menangis dan memarahi Beby. Ayah dan emak, sedaya upaya cuba meleraikan gigitan Beby daripada kaki nenek. Saya yang kaget, hanya mampu berlari ke sana dan ke sini sambal melolong.

“Beby!!! Kenapa kau nak makan aku pulak!! Beby!!”

“Beby!! Lepaskan kaki mak aku!!”

“Beby!!!!!!!!!”

Tiba-tiba saya mendapat ilham. Saya ke dapur dan mengambil senduk yang selalu nenek guna untuk memasak kari. Tanpa membuang masa, saya berlari ke arah Beby dan terus mengetuk kepalanya dengan kuat.

“Arrrfggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!”

Beby melepaskan gigitannya. Malangnya,betis kiri nenek sudah selamat masuk ke dalam perutnya. Darah menyembur keluar dari kaki nenek yang putus. Kami sedaya upaya mencuba memberhentikan pendarahan nenek. Kami balut luka nenek dengan kain perca dan kelambu yang kami jumpa didalam bilik nenek.

Selepas itu, ayah menelefon ambulan. Ambulan datang 15 minit kemudian. Ayah dan emak mengiring nenek ke hospital.

Saya tunggu di rumah nenek.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Esoknya, kami bertiga pergi melawat nenek di hospital. Nenek kelihatan penat tetapi stabil. Kami bertiga terpaksa pulang ke Kuala Lumpur pada hari itu. Nenek meminta maaf kepada kami atas semua yang berlaku.

“Dol…tok minta maaf ye…”

“eh! Takpe tok! Sekurang-kurangnya tok selamat”

“hmm…yelah..”

“tok jangan risau dah lepas ni…”

“kamu dah bunuh dan tanam si Beby tu?”

Saya hanya diam. Sedap juga daging ulat gonggok rupanya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • Tiada komen lagi.

Cerpen-cerpen lain nukilan Kurusawa

Read all stories by Kurusawa