Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

April Fool Rokok

 

Cerita ni terjadi masa aku kat sekolah asrama tahun 1995 dulu.. 

Kehidupan asrama memang ada macam-macam karenah. Sesiapa yang pernah membesar dalam asrama memang akan tahu pasal asam-garam hidup di asrama. Yang aku nak ceritakan ni, adalah kisah APRIL FOOL yang kena pada aku, dilakukan oleh kawan-kawan aku dan aku kongsi bersama dengan pembaca kapasitor. 

Tarikh: Sabtu, 1 April 1995 
Masa: Tak ingat.. petang-petang sket.
Lokasi: Dorm Keranji 

“Weh, Samad! Ko dah basuh baju?” 

Aku bertanyakan pada rakan sedorm dengan aku. Hari sabtu di asrama pada waktu awal petang macam ni, selalunya kitorang akan baring-baring dan tidur petang. Siang tadi, satu asrama dah kena pegi sekolah sebab ada aktiviti persatuan dan kelab. So, petang memang selalunya diisi dengan aktiviti bebas. Kalo tak tido, makan megi. Kalo tak suruh budak junior cuci baju, suruh budak junior kemaskan dorm. 

“Aku dah suruh Kepeng basuhkan baju aku tadi. Patutnye dia dah sidai dah kat bawah tu.” Samad menjawab.
“Ko dok Tanya orang ni.. ko dah basuh baju ke Mi?” 

Aku tergaru-garu kepala. Memang kebiasaannya, aku malas nak membasuh baju aku sendiri. Kami pelajar senior di sekolah hidup dengan satu prinsip. Prinsip kami mudah aje. 

Kalo nak suruh junior jadi kuli, make sure 1 tugas untuk 1 hari. 

So, disebabkan kuli tetap aku adelah Kepeng, maka aku tak boleh nak suruh Kepeng basuhkan baju aku. Tergerak hati nak mencari junior lain. Sambil menggeleng-gelengkan kepala, aku mengumpulkan baju-baju aku dan masukkan ke dalam bakul. Sempat aku mencapai sabun basuh dan berus sebelum aku keluar dari dorm dan mencari mangsa untuk dikulikan. 

“Mi, ko pegi mane lak tu?”
“Carik budak jap. Nak suruh basuh baju!”
“Lerr.. ko nak carik sape? Ni time mak bapak datang melawat. Mane ade budak kat dorm.” 

Pek! Aku tepuk dahi. Memang kebiasaannya, hujung minggu adelah masa untuk mak bapak pelajar datang melawat. Dan kebiasaannya jugak, boleh dikatakan semua junior akan turun bertemu dengan mak bapak masing-masing. Aku kecewa. Mak bapak aku memang takkan datang punye. Takkan diorang sanggup nak datang tiap-tiap minggu dari Pontian? Aku sekolah kat Rawang!

Terus aku bawak baldi menuju ke pantri untuk membasuh. 

Aku melintas dorm Cengal. Dorm ini berisi dengan kawan-kawan aku yang nakal-nakal. Oleh itu, tak hairan lah apabila aku melintas di depan dorm Cengal ini, aku terbau asap rokok. Tak perlu dicerita panjang. Aku sanggup potong kuku kalo ade sape-sape berani cakap kat asrama diorang tak de budak isap rokok. Mesti ada punye. Nak-nak pelajar tingkatan 5 macam aku ni haa.. Dan aku juga adalah termasuk dalam senarai pelajar yang hisap rokok.           

“Hoi, isap rokok tak ajak!” 

Aku meluru masuk ke dalam dorm Cengal. Ada 4 orang tengah layan hisap rokok dalam dorm ni. Aku tercegat di depan diorang menunggu peluang untuk mengepau rokok. 

“Alaa.. Mi. Dah nak abes dah ni. Bawak la ko punye.”
“Aiseh Lan, rokok aku dah abes aa.. pau sket la ko punye..”
“Tak dapat... ni last kopek ni.”
“Alaa.. kemut laa ko.. sepam aa..” 

Lan menghulurkan bara rokok terakhir pada aku. Tak mengapalah. Dapat sedut sikit pon jadik la. Nak lepas gian la katekan. Aku sambut huluran rokok daripada Lan dan aku sedut dalam-dalam sampai bibir aku panas dan aku lepaskan rokok itu daripada bibir aku. Puas. 

“Time kasih Lan.” Aku tersengih sambil berjalan keluar dari Dorm Cengal dengan membawa bakul baju berisi sabun dan berus menuju ke pantri. 

Rokok adalah antara bende yang paling susah nak dapat kat asrama. Selalunya, kitorang akan kasi lesen pada junior kitorang untuk kluar malam. So, bila ada je junior yang nak kluar, kitorang akan kirimkan rokok. Selalunya, kitorang akan kasi lebih sikit duit pada junior sebagai upah. Junior yang bijak, akan mengumpul hasil upah dari senior-senior dan membeli rokok sendiri tanpa perlu keluarkan duit. 

Aku pula lain ceritanya. Memang darah Haji Bakhil kuat dalam diri aku. Aku cukup kedekut nak kluarkan duit untuk membeli rokok. Yang aku tau, aku suke pau rokok member mahupun rokok junior. Member-member aku dah berbuih mulut dah nasihat supaya aku beli rokok sendiri tapi aku tak nak. Lagipon, rokok yang datang dari mulut kawan-kawan rasanya lagi sedap berbanding rokok yang aku sedut. (Alasan je tu.. hehehe). 

So, berbalik pada aktiviti membasuh baju aku tadi. Terus aku membasuh baju kat pantri. 7 helai baju, 4 helai seluar, 4 helai seluar dalam dan 3 pasang stokin. Aku bukan jenis rendam baju 2 minggu macam nak ternak bakteria. Selalunya, aku kumpulkan baju-baju kotor aku dalam satu bakul, then hujung minggu baru basuh. 

Tengah aku sedap-sedap layan basuh baju tu..


“Mi! Mi! Oi Mi!”
Lan tergopoh gapah datang macam pelesit kena ayat Qursi.
“Haa.. ada apa?”
“Leman baru balik dari outing. Dia ada beli rokok. Ko nak tak?”
“Rokok? Mestilah nak weh.. rokok free!” 

Pengepau macam aku ni, memang takkan sanggup nak tolak rezeki macam ni. Rokok free la katekan. Tak payah aku susah-susah nak korek tabung untuk beli rokok. Tanpa berlengah lagi, terus aku tinggalkan bakul dan baju-baju aku dan berdesup menuju ke dorm Cengal. 

Sampai saja aku di dorm Cengal, ada 2-3 orang tengah seronok melayan rokok. Di tengah-tengah mereka, ada sekotak rokok berjenama Marlboro. Ah, memang feveret aku la rokok ni. Tanpa berlengah, tanpa bertanya dan tanpa bersalam... terus aku capai kotak rokok Marlboro itu dah periksa isi dalamnya. Alhamdulillah, ada sebatang lagi. 

“Lighter ada?” 

Aku terus mengeluarkan rokok itu dan taruh ke celah bibir. Angah yang sejak tadi kaget melihat kelakuan aku terus menyuakan lighter kepada aku. Rokok percuma tu aku perasan sesuatu yang lain sebenarnya. Kertas putih yang membalut tembakau rokok tu nampak macam dah lunyai. Berkedut-kedut. Tapi, aku tak pedulikan sangat sebab, secara standardnya.. rokok adalah barang larangan. Jadi, kalo ade sape-sape nak seludup rokok masuk ke sekolah, diorang akan taruk rokok dalam spender diorang. Serius tak tipu. So, kalo kotak rokok dah kemik-kemik tu.. paham-paham aje lah. 

Lighter tadi aku capai dan terus nyalakan rokok. Tambah pelik lagi.. semua geng rokok yang sama-sama isap rokok, sumer pandang aku semacam je. Yang aku pulak, buat tak paham aje. Yer lah, geng-geng rokok aku memang paham sangat ngan perangai aku yang kuat mengepau rokok diorang. So, sebagai tanda tak puas hati.. selalunya diorang akan usha aku semacam bile aku join diorang isap rokok. 

Tapi kali ni lain sket. Diorang tengokkkkk je aku sambil sengih-sengih. 

Aku tarik nafas dalam membuka ruang seluas-luasnya untuk asap rokok masuk melalui trakea sebelum melencong masuk ke paru-paru dan tamat di hujung akar bronkiol. Sedutan pertama yang membawa masuk nikotin kedalam badan membuatkan aku seronok. Aku sedut untuk kali kedua. Sedut kali ketiga. Sedut kali keempat. 

Apabila aku sedut rokok tu untuk kali kelima, tiba-tiba di hujung bara rokok tu, ada percikan sumbu keluar. Aku yang terkejut sebab pertama kali nampak ada sumbu kat hujung rokok, terus panik dan cuba nak buang rokok tu daripada mulut aku.

Tapi tak sempat. 

POM!! 

Rokok yang aku hisap tu meletup kat jari aku. Terperanjat aku. Rokok tu terus hancur menerbangkan tembakau dengan cebisan mercun padi. Aku yang terperanjat dengan letupan yang tak disangka-sangka tu, terus terkejang dan blank sekejap dalam 10 saat. Geng-geng rokok aku pulak, terus bantai gelak kat aku terutamanya Lan. Bile keadaan dah reda sket, barulah Lan bukak cerita.. 

Memang diorang ada pasang niat nak kenakan aku sebab tak puas hati ngan perangai aku yang suke mengepau rokok diorang. Kebetulan pulak, diorang memang ada simpan mercun padi yang aku tak tau diorang dapat dari mana. Tu pasal la kertas yang membalut tembakau kat rokok aku tadi tu nampak macam dah lunyai. Rupa-rupanya, diorang dah kluarkan tembakau, dan kemudia taruk dengan mercun padi. Lepas tu diorang masukkan balik tembakau tu. Kebetulan pulak, petang sabtu tu adalah 1 April, hari APRIL FOOL!! Terkena aku. 

Sejak dari hari tu.. aku dah tak pau rokok orang dah.  

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Wakakakakakkakakakakakakkakakakakkakakakakak giler best kene prank!!!!! pehhhhhhhhhh best2. aku kasi fullmark! terima kasih!

  • (Penulis)
    2) hahaha.. trimas. Saje terkenang balik zaman sekolah dolu-dolu.
  • 3) kalau ade lagi tulislah. aku nk masukkan dlm prasasti nnt. hehehe.
  • 4)

    agagaga, sekali rokok meletup la pulak. mesti best kan pragun?

    btw, nice post! and welcome pragun 

  • 5)

    Hahaha...bagus r sekolah ko..ispa rokok beramai2..

    memang mengeratkan siraturahim betol~ 

  • 6) kes kes kes..
  • 7)
  • 8) pendek kata rokok tidak baik untuk kesihatan. Insapla wahai perokok
  • 9) ko ni sama cam aku la.Tp btul la,buat apa nak kuarkan duit nak musnahkan badan.kan?

  • (Penulis)
    10)

    akoo paham perasaan orang yg hisap rokok. nasib baik aku dah quit

     

  • 11) hahahha.. padan muke... tapi berani giler rakan2 kamu.. kalau terabur gigi akibat mercun dah satu hal plak..
  • 12) kah kah kah lawak lawak..moral of this stori "say TAK NAK to rokok!" koh koh koh..(cis bedebah tui..dr mane dtg asap rokok nie..)
  • 13) susah woo nk berenti... sob2.. (sambil memandang rokok yg tinggal sebatang dalam kotaknya... tahan.. tahan..)
  • 14) ni kalo bukan kat tmpt larangan gelak, aku dah terguling-guling ni. kompom!
  • 15) sabo lan...sabo..kalo bleh benti,dah lame benti..tp nk wat camne..haihhh.. *hinssss..
  • 16) best....padan muka.. padah ngepau rokok org

  • (Penulis)
    17) eshh.. ramainye komen. time kasih, akoo akan tulis sebaik mungkin lagi lepas ni
  • 18) hohoh. itu adalah satu pengajaran atau juga peringatan tentang larangan merokok. :)
  • 19) karya 5 tahun lepas!
  • 20) agak2 sekarang masih merokok tak?

Cerpen-cerpen lain nukilan pragun

Read all stories by pragun
No stories.