Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Perempuan Bersayap Hitam

  • 2
  • gelap
  • 8 years ago
  • 41,309
  • FREE

 

"aku tidak mengharapkan apa apa ketika aku mencintaimu. yang aku tahu, perasaan ini benar benar wujud dan hati aku tidak pernah berbohong kepada aku."

"lalu kau ingin katakan bahawa cintamu terhadap aku benar benar ikhlas. begitu?" balas Julie seperti sedikit menyindir.

aku terus menatap matanya. tidak berkelip. nafas kuhirup perlahan, cuba menahan gelora perasaan sambil menyusun kata.

"benar, aku tidak mengharapkan apa apa ketika aku menyintaimu. namun, harapan itu muncul setelah kau memberikan janji dan keyakinan kepadaku bahawa kau akan menemaniku walau apa jua yang berlaku.

aku tidak pernah memberikan kepercayaanku terhadap mana mana perempuan sebanyak ini. malah, tidak pernah ada sekelumit syak wasangka pun bersarang dalam benakku bahawa kau akan menipu aku." suaraku seakan semakin deras, menahan amarah. mungkin juga ada sedikit nada kecewa bercampur sedih. kali ini aku mengetap bibir, menunggu jawapan dari dia.

"ia, memang benar aku ada lelaki lain. malah aku menyayanginya tanpa sengaja..."

belum sempat Julie menghabiskan kata katanya, aku terus mencelah,

"tanpa sengaja? bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. kau sendiri yang melayan jantan tu. malah aku yakin kau yang memberikannya peluang untuk terus mendekatimu.

satu persoalan aku, mana kurang aku? apa yang aku buat sehingga kau melayan aku sebegini rupa? tidak pernah dalam sehari aku biarkan kau sepi tanpa panggilan atau pun mesej dari aku. malah aku sendiri lupa entah berapa kali aku melakukan semua tu dalam sehari."

kali ini aku tundukkan pandanganku. tersangat kecewa sehinggakan aku tidak sanggup lagi memandang wajahnya itu.

kiranya itu jawapan darinya, aku rasa sudah jelas ke mana halanya tujuan cinta aku. andai dulu seluas samudera rasa percayaku terhadapnya, kali ini mungkin sudah kontang ibarat dataran gurun yang tandus.

"andai itu jawapanmu, tahulah aku sebesar mana hati perempuan. tahulah aku seteguh mana hati perempuan terhadap cintanya, malah terhadap dirinya sendiri.

sekarang kau bebas dengan keputusanmu, cuma satu ingin aku sampaikan. sekalipun sejuta perempuan di depanku sekarang ini, aku tetap tahu siapa cinta aku dan tidak ada sesiapa pun yang mampu mengubah perasaan aku terhadap perempuanku. sekali aku katakan cinta, sampai mati aku pegang kataku."

perempuan
ada apa dengannya
seraut wajah seperti secangkir racun
diteguk mati disentuh menjadi bisa
kata katanya bagaikan panahan busur
tertancap di setiap rongga hati
mengalir darah cinta sehingga kering
laki laki mati di ribaannya
tika lafaz bertukar menjadi nisan.

-gelap-
4.05 pagi
Sabtu
19/12/2015

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Kalau ada jantan macam ni, berebut dah perempuan nak, gelap.
    Lelaki macam ni kena pandai tonjol diri. Ni yang ramai lelaki pemain hati aje!
  • 2) Where can I find a guy like this?

    Bak kata caha dunia ni ramai lelaki pemain hati je!

Cerpen-cerpen lain nukilan gelap

Read all stories by gelap