Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

April fool..??

 

Sebenarnya cerita ni bukan pasal April Fool. Tp cerita ni berdasarkan kisah benar yg terjadi kat aku. Kebetulan time tu awal bulan April.Kira ok la aku bubuh utk april fool issue.

 

Ok..meh aku start cerita.

Kat opis aku ni ada sorang awek cun yg digilai ramai. Seksi giler.Body..perghhh..mantap. Sesuai dgn taste Jojo (bukan nama sebenar).

Nama dia Diana. Sedap kan nama dia tu. Sesuai la ngan orgnya. kat opis ni mmg ramai org berlumba-lumba nak kuar ngan dia.Especially time lunch. Pasal masing2 boleh bangga la mkn ngan awek cun.Bleh tayang ngan org ramai. Hampes.

 

Satu hari ni, aku try la mengayat Diana ni melalui IM syarikat. Alhamdulillah, ada la respon yg memberangsangkan. Actually, kami ni satu syarikat.Tapi berlainan department.So,method utama kami nak berborak adalah melalui IM syarikat.

Sehari..dua hari..aku layan chat kat YM je. Nak ajak keluar lunch, segan. Lagipun, aku tau, banyak dah undangan yg dia dapat. Kene beratur panjang beb.

Kat opis aku ni ada sorang member aku, Zuki nama dia. Zuki ni boleh tahan gak keplayboyan dia. dasat sih. Stakat awek cam Diana ni, senang2 dia bleh ejas. So, satu hari ni aku try la mintak advise dari Zuki ni.Camne nak ajak Diana ni kuar lunch ngan aku.(Ceh..ape la aku ni.Bacul sungguh)

So, dengan bangga,riak dan takburnya..Zuki ni pun offer la untuk ejaskan Diana ni kuar ngan aku.Hahaha..caya la ko Zuki.

Keesokan harinya, seperti biasa, aku pun chat la ngan Diana. dalam pada tgh berchatting tu, tak semena2, Diana ni offer aku ajak kuar lunch hari tu. Aik..ape ko dah buat zuki?? Ah..lantak la, janji Diana nak kuar lunch ngan aku. Yahooo...!!!

 

12.30 Tghari.

"Ko tak keluar lunch ke bern?"Tanya Zuki ketika aku baru nak gerak turun melunchkan diri aku ngan Diana.

"Haa..nak turun la ni." Aku menjawab ringkas.

" Ko lunch la sorang2.Aku ada hal la".Zuki menjawab tanpa ditanya.Sememangnya aku selalu lunch dengan Zuki.Jarang aku lunch ngan org lain.

"Ha..ok.".Heh..dia tak tau aku nak kuar Lunch dgn Diana.Bagus.

 

Sampai je kat Restoran Mamak berdekatan opis aku, kelihatan Diana dah sedia menunggu aku. Huh..cepatnya dia ni.bile masa plak dia turun.Hmm..lantak la.

"hi..,lama tunggu?" aku menyapa.

"tak la, baru je sampai'

"Ingat nak turun sekali ngan awak tadi.By the way, awak nak makan apa? saya blanja"

"Ish..betul ke?buat susah-susah je"

"Iish..ape pulak susah.Nak kluar ngan awk ni yg susah.Setakat nak blanja awk lunch,small matter je"Kataku dengan perasaan yg takbur.

"Hmm..ok"

Setelah mengorder makanan yg diminta, kami pun mula la berbicara akan hal2 yg berkaitan keperibadian masing-masing.Kira cam sesi perkenalan la ni.Maklum la, jarang bersua muka.

Sampai je makanan,kami terus makan dengan sopannya.Masing-masing nak control jambu beb.

Jam G-Shock aku menunjukkan pukul 1.30pm. Waktu lunch sudah berakhir.Aku memanggil pekerja restoran tu mengira harga makanan kami.Sambil aku menyeluk kocek seluar aku...

Huh..!! Aku mengelabah.Aku dapat rasakan ada sesuatu tak kena.Ish..mana wallet aku?Aduh.Camne boleh xde ni.Tercicir ke?Hadoihh...!!

"Dey..!! berapa semua?"

"Seploh ringgit lima ploh sen bos"

ceh..sape bos ko?

"Ha..ok.jap lagi aku bayar kat kaunter"

Aku keluarkan tangan aku dari dalam kocek seluar sambil memegang Handphone.9konon keluarkan h/p dari kocek la)

Pekerja tersebut berlalu sambil meninggalkan sehelai kertas yang tercatat jumlah harga makanan kami.

"kenapa bern?" diana bertanya seolah2 dia perasan ada sesuatu yg tak kena.

"kenapa apa?"Balasku

"Saya tengok awak lain macam je"

"Eh..mana ada apa-apa.U tak naka masuk opis ke?" aku cuba mengalihkan perhatian Diana

"Eh..tunggu u sekali la"

"Takpe-takpe.I nak tunggu Zuki ni.Ada hal nak bincang.Bincang kat sini boleh borak2 sambil hisap rokok.Kat opis mana boleh" aku memberi alasan.

"Hmm..ok"Diana menjawab sambil mengangkat punggungnya yg montok lantas berlalu pegi.

Keadaan sekeliling masih dipenuhi pengunjung.Pekerja-pekerja restoran sibuk melayan tetamu.

Aku mengambil helaian kertas yang ditinggal pekerja restoran tadi.Aku meramas-ramas helaian tersebut...lantas aku menggumpal dan terus masukkan kedalam kocek seluar aku.

"Huh...line clear nih".Bisik hati kecil aku.

La..la...la...aku terus bangun dan pergi seolah-olah tiada apa yang berlaku.

dalam hati aku "Maaf la mamak,esok la aku bayar".

 

Sampai je kat opis..aku terus tgk laci meja aku.

Mana pulak peginya dompet aku ni.Tadi ada..aku pasti.

Tiba-tiba Zuki datang menghampiri aku.

"Weh..banyak duit kau belanja Diana makan."

aik..pantas betul paparazi opis aku ni buat keje.

"Ala..Zuki,bukan apa pun.Setakat mkn nasi goreng je,ape la sangat." Aku mengcover diri aku.

"Tapi aku pelik la..."

"ape yg ko pelik? ko ingat aku ni kedekut sangat ke nak blanja org mkn?"

"Bukan la..aku tau,ko mmg murah hati.Tapi yg aku pelik ni..camne plak ko boleh bayar semua makan tu,sedangkan dompet ko ada kat aku?"

AAAAAAAA.....

"Ko mana bawak duit..ko bayar pakai apa?"

SHITT..!!

Dan selang beberapa milisecond lepas tu, rakan-rakan aku yg lain bantai gelak kat aku.

Baru aku tau disebalik semua apa yg berlaku.

Zuki pegi jumpa Diana,cakap yg aku beriya2 nak ajak dia kuar lunch.Pastu zuki merayu kat Diana supaya dia kuar lunch ngan aku.

Dalam pada itu..rupa-rupanya,ada udang disebalik batu. Zuki awal2 dah sorokkan dompet aku.(Ntah camne dia boleh amik.aku tak tau).

Sebenarnya, dia sengaja naka kenekan aku coz aku ni mmg kedekut sikit nak blanja kawan2.Tapi bab pompuan..aku sanggup bergadai.

Ceh..hampeh ko Zuki.Lebih parah lagi..cerita ni tersebar sampai ke pengetahuan Diana.

Arghh...sial....babi...

start dari kejadian tu, aku dah malas nak blanja org dah.Baik laki2 ataupun pompuan.Sendiri makan...sendiri bayar.

 

Untuk pengetahuan korang semua..sampai ke harini..aku masih lagi belum melunaskan hutang aku pada mamak tersebut.Aku tak tau nak buat camne.nak cakap apa yg berlaku ke..atau pun aku tinggalkan je duit atas meja.kang pekerja dia sapu kang...hadoilaa..!!

 

* Maaf la klu jln cerita tak menarik.Aku belum cukup ilmu lagi untuk mengolah idea yg dapat menggeletek korang semua.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Hahaha... malu seh nak blanje makan tapi tak de duit. Ah, mungkin Diana tu nak kluar lunch dgn aku jugak kot sbb aku tak kedekut blanje kawan-kawan

  • (Penulis)
    2)

    Err..pembetulan ye En.Pragun.Hamba bukan tak berduit...tp duit hamba disorokkan.Hampes..!!

    So,moralnya..check dulu duit anda sebelum mengorder makanan. 

  • 3)

    yg cun meletup beratur pjg org nak belanje makan.

    sian org yg tak cun meletup...*sigh*

  • 4) ahaks..betul tu blur12, beratur org nk makan dengan diana ye. kena amek no.. Money mouth (tape,mamak tu dah banyak duit)
  • 5) makan tak bayar??? haram tuh. wakakakakakaka.
  • 6)

    idhammuchtar: ok sori. rephrase balik ayat tu kepada:

     Hahaha... malu seh nak blanje makan tapi tau-tau duit kena sorok. Ah, mungkin Diana tu nak kluar lunch dgn aku jugak kot sbb aku tak kedekut blanje kawan-kawan

  • 7) org kedekut mmg camtu la..hahahaha

  • (Penulis)
    8) rh205c :aku bukannya kedekut sgt.abih klu dah kuar makan skali sploh org...xkan aku nak tanggung semua.hilang akal ke ape?
  • 9)

    btol2. kalu stakat 2-3 orang takde hal. kalu 10 orang mmg pokai laaaaaaaaaa. aku dlm bab belanje orang nih, aku ade cara tersendiri yg membuatkan orang tak berjaya menafsir aku sbg kedekut walaupun aku jarang belanje orang.

    caranya, bila aku ade duit lebey byk, aku akan belanje member2 mkn. kalu ade ade duit lebey tp tak byk sangat, aku belanje minum. kalu takde duit sangat, aku awal2 lagi mengaku sengkek, kadang2 orang plak yg belanje aku. dengan cara ni, member2 sumer sedia maklum kalu aku belanje maknenye aku ade duitlah tuh. kalu tak belanje, diorang dah paham dahhhh apa pasal. hehehe.


  • (Penulis)
    10) ok la klu diorg paham apsal...tp apa hukum bagi jenis yg tak paham2.atau buat2 tak paham?
  • 11) lempang?
  • 12) ahahhaha..lawak dowh..sanggup zuki tuh ranjitkan ko..ahahha..

Cerpen-cerpen lain nukilan idhammuchtar

Read all stories by idhammuchtar