Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Comel?Aku ni comel ke?

Cerpen sebelumnya:
Antara Hati
Cerpen selanjutnya:
pengorbananku........., walau ini bkn yg ku pinta, tp ku bahagia

 

Aku pandang white board yang sedia tertulis macam-macam perkataan. Aku rasa satu habuk pun kata-kata Ranjit tak masuk dalam telinga ni. Aku nak balik!! Weh, cepatlah habis scl ni wehhh!!!

"Pea, wei..tunggulah minah oii..yang ko jalan cepat-cepat macam speed boat ni apehal?." Alahai si mulut seksi ni..ko nak apa?.

"Aku nak cepatlah." Aku tarik muka empat belas.Rasanya muncung aku lagi panjang dari platipus waktu tu. Anak kacukan Belanda, New Zealand dan tah apetah lagi aku tenung..entah-entah Zimbabwe pun ada kot. Sebab aku tengok bibir dia seksi semacam jek.Macam Angelina Jolie. Ko cucuk botox ek??

Terkocoh-kocoh Diana, si mulut seksi mengeluarkan sebuah fail. Pulak tu gelabah semacam. Rileks arr..aku tak larinya.. even muncung dah panjang sedepa. "Ni haa.. Dr. Mahfuz bagi. Senarai budak-budak yang selected untuk health booth next week. Yang satu ni ko kasi dekat Hazrey." Hazrey??? Hazrey yang handsome, tinggi, berkaliber, berkarisma dan sangat-sangat menepati ciri-ciri jejaka idaman kalbu aku tu??

Sebab mamat tu gaklah aku malas nak dengar Ranjit membebel, malas nak menyalin nota-nota ringkas dari Kamal si nerd dan malas nak tadah telinga dengar Caca buat hebahan percuma pasal karnival mega sale!

Tak macam selalu, selalunya akulah insan paling bersemangat dimuka bumi ni untuk pergi kolej dan yang terawal duduk kat pbl untuk scl. Manalah tau ada rezeki bertembung dengan Hazrey tapi… kejadian 35minit dan 25saat yang lalu buat aku rasa toraks aku tiba-tiba membengkak, aku di diagnos dengan cardiac infarction, mata aku mula pedih, lacrimal fluid meleleh dan semangat go-go gadget automatik hilang.

Yang jelas,aku nampak satu makhluk. Berambut panjang, bermata bulat, bulu mata melentik, potongan badan ala-ala gitar. Tak..tak..bukan pontianak.. apa kejadah pontianak nak datang kolej aku siang-siang hari ni?? Dengan waham dan tanpa was-was, medula oblongataku mengesahkan bahawa makhluk tu seorang perempuan..cantik pula tu.

Awek dia ke?? Oh..tidak!!!

Tiba-tiba aku picit perut, muka kerut-kerut. Caca yang dari tadi membebel pasal kasut Carlo Rino berhenti membebel. Minah tu mula memandang kehairanan.

"Ko kenapa? Sakit perut?." Mukanya nampak risau habis. Eh, yang tiba-tiba ko jadi prihatin ni kenapa? Nak tukar profession jadi nurse?

"Emm.." Aku menjawab perlahan. Lakonan cemerlang aku teruskan.

"Aku nak pergi toilet jap.Tolong salinkan note ek." Gluteus maximus..err..haruskah maximus?? Macam melampau sangatlah pulak. Tukar! Tukar! Gluteus minimus milikku aku angkat walaupun malas. Caca masih lagi memerhati dengan muka seposennya. Alahai..cam cicak berak kapur muka..

"Lama ke?." Ehh..taklah tak lama. Kurun ke 30 nanti aku balik!

"Tak..kejap je.Agak-agak bowl tu dah penuh aku baliklah." Serentak dengan itu aku bergerak pantas bersama-sama kaki,tangan, serta organ-organku tanpa menoleh lagi ke arah si becok tu. Malas nak layan. Aku nak pergi toilet pun tanya. Walaupun begitu, lakonanku masih lagi berjalan dengan jayanya. Tangan kananku tak sikit pun berganjak dari perut. Memicit-micit perlahan seolah-olah ada baby alien dalam tu.

Sebaik sahaja sampai didepan tandas, aku melencong. Ya, terseleweng sedikit dari tujuan asal..eh..ye ke?? Bukan tujuan aku nak mengendap Hazrey ke?? Tanduk kecik mula tumbuh dikepala tanpa dapat dilihat oleh mata-mata kasar. Ekor? Eh,ingat aku setan ke? Aku dapat melihat dengan jelas wajah Hazrey disebalik dinding kaca yang memisahkan kami. Makhluk ayu tadi aku lihat sedang seronok memicit-micit pipi Hazrey. Ala manja-manja....kuci-kuci.. "Comellah awak ni Hazrey." Kata makhluk ayu itu. Mindaku membuat telahan.

Hati aku berderai melihat babak itu. Jatuh..terhempas.. berkecai-kecai... pedihnya!! Mak, Pea terluka! Aku tak menoleh lagi ke arah mereka. Tangan aku yang tadinya elok melekat dekat perut aku tarik. Aku genggam tangan sambil hentak-hentak kaki. "Eiii..geramnya!!." Air mata yang mula meleleh tanpa aku minta aku seka perlahan. Malu wehh..tadi kata nak pergi toilet. Takkan berusaha kat toilet sampai nangis-nangis?? Kang Caca buat gosip panas. Tak nak aku mencapub!

Perlahan-lahan aku tarik tisu dari poket seluar, bergerak ke water cooler dan basahkan tisu dengan air sejuk. Lepas tu, aku lekap pada kedua-dua belah mata. Leganya!! Sebaik sahaja tisu ditarik, Hazrey berdiri betul-betul kat sebelah aku. "Err..Hai Sofea.Minum air ek?." Taklah, tengah main galah panjang. Tak nampak ke?

Aku mengangguk dan mula melangkah. Tak boleh lama-lama. Nanti cair tengok pakwe orang tu. Tak sempat mamat tu nak cakap apa-apa terus aku blah. Mak, Pea nak lupakan dia!! Masuk je pbl aku terus diam. Serius memandang ke arah white board. Bebelan Caca macam angin lalu je. Lembut-lembut menampar pipi. Perghh..rasa macam tepi pantai je sebab aku tak dengar langsung apa minah tu bebel. Apa yang Ranjit tulis aku nampak macam cacing-cacing kerawit jek. Tak faham langsung dan memang aku tak ada mood nak faham pun. Sekarang ni si mulut seksi nak suruh aku pergi jumpa dia??

 

* * * * * *

 

Hazrey mendongak bila namanya aku panggil dengan lembut. Seriyes, sangat lembut sampaikan aku rasa pokok-pokok kat tepi padang tu pun lentok abes dengar. Eh,bukan nak menggoda dia ek tapi karang cakap kuat-kuat ingat pekak pulak. Aku menghulurkan senarai nama budak-budak medik yang terpilih. Dia jadi ketua diorang manakala si mulut seksi pula jadi ketua untuk budak-budak farmasi. Hmm..bakal doktor yang hensem. Aku renung muka dia yang tengah khusyuk membaca senarai nama serta tugas-tugasan diorang. Pakwe orang Pea oiiii!!!

Dia menepuk-nepuk tempat disebelahnya. Tanda menyuruh aku duduk. Aku menurut je. "Ni nama-nama untuk booth next week?." Aku mengangguk. Eh, dah tulis kat situ. Tanya lagi buat apa? Tak reti baca ek?

"Budak-budak farmasi siapa yang incharge?." Aku buat muka toya. Kalau boleh waktu ni gak aku nak blah.Aku dah kasi dah senarai tu.Mission accomplished. Maknanya bolehlah saya beredar, betul tak Encik Hazrey Hakimi? Oii..jawablah Encik Hazrey oiii..

"Entah.Saya tak tahu." Aku menjawab ringkas sambil tangan sibuk menguis-nguis rumput. Satu persatu rumput-rumput yang hijau tu aku cabut. Takpe pakcik penjaga padang, saya buat free of charge.Lepas ni mesti padang ni clean and clear.

"Sofea join?." Aku diam. Malasnya nak jawab. "Entah.Tak tau lagi." Hazrey memandangku sambil tersenyum. "Join kan?." Eh..mamat ni. Tak faham bahasa melayu ek? I don’t know yet!

"Tak tau!." Ada getar dihujung suara. Geram betul dengan dia ni. Makin lama duduk dengan dia makin pedih ulu hati ni. "Kalau nak tahu apa-apa tanya Diana, dia yang suruh saya passkan list ni kat awak.Takpun susah-susah awak pergi je tanya kat Dr.Mahfuz!."

Cepat-cepat aku bangkit dan berlalu pergi.Geramnya!!

* * * * * *

 

Kamal,Steve dan Hilda dari awal pagi lagi dah duduk terpacak kat depan jalan masuk menuju ke health booth kolej kami. Aku,Caca,Ranjit dan Diana pula jaga supplement- supplement, healthcare produk dan ubat-ubat OTC. Kenapalah wajib join?? Kalau tak boleh aku duduk rumah baca notes physiology aku yang setebal kamus dewan bahasa tu. Dahlah exam dah nak dekat.Takde simpati langsung!

Aku tunduk ke bawah. Mencari kotak berisi milk thistle dan ginkgo biloba. Sebaik sahaja aku bangun dan mengangkat kotak tersebut ke atas. Tiba-tiba wajah itu muncul. Hazrey! Hampir-hampir terlepas kotak dari tangan. Dia tersengih. Aku menoleh ke arah booth budak-budak medik. Orang dah mula kurang. Lerr..macam mana aku boleh tak perasan yang kitaorang satu shift??

Tanganku ligat menyusun produk-produk tersebut. Hazrey turut membantu. Sibuklah dia ni! Bila aku pandang ke tempat duduk kami.Kosong! Mana budak-budak ni?? Jin Afrit punya makhluk..korang tinggalkan aku dengan dia???

"Macam mana sales? Ok?." Aku mengangguk. "Emm..bolehlah tahan." Aku kembali melabuhkan punggung ke atas kerusi besi yang tak empuk langsung. Tanpa malu-malu dan ragu-ragu, Hazrey Hakimi terus mengambil tempat disebelah aku. Ishh..tak suruh pun duduk.Weiii Hazrey, tolonglah. Time aku suka ko tak pernah pula ko rajin bermesra alam dengan aku. Ni tengah aku berusaha keras lupakan ko, makin dekat pulak ko datang.

"Awak tau tak Sofea.Awak ni sombonglah!." Eh..eh..sesedap mulut dan sesedap rasa je cakap aku sombong.Mulut tu dah ada insuran ke Encik Hazrey oii??

Aku diam. Malas nak menjawab. "Saya tak sombong. Cuma tak suka berborak dengan pakwe orang.Takut kena serang dengan awek diorang." Ada nada sinis dihujung dialog yang cuba aku cipta itu.

Hazrey ketawa.Comelnya ko ketawa wahai Encik Hazrey. Rasa nak cubit-cubit jek. Oppss..bertenang Pea.

"Tapikan..saya bukan pakwe orang cik Aina Sofea. Then,why you’re still snobbish with me?." Hazrey tersenyum.Alahai…lemah lutut aku. Janganlah senyum mangkuk oii..Aku rasa hati aku dah mula cair macam coklat Cadbury dipanaskan atas water heater dengan suhu berkadar 40 darjah celcius.

Eh,Pea.Jangan! Tegarkan hatimu. Kentalkan jiwa. Tunjukkan pada dia siapa anak Kapten Roslan.

Pilihan pertama:

"Hari tu...saya nampak awak dengan sorang girl. Girl tu cubit-cubit pipi awak."

Nampak sangat aku mengendap dia.Stupid!!Stupid!!

Pilihan kedua:

"Saya ada list nama-nama jejaka yang telah berpunya dikolej kita.Nak tengok?."

Bengong! Buat apa nak simpan nama-nama pakwe orang?

Pilihan ketiga:

"Adalah..awak kan famous. Adalah orang-orang bagitahu."

Nampak sangat kaum Hawa memang suka bergosip!!

Disebabkan minda dan akalku masih waras, maka aku mengambil jalan rasional dan memilih pilihan ketiga. Kan orang memang selalu guna alasan ni.Ye tak??

"Adalah..budak-budak ni cerita..Awak kan famous." Aku mencapai pamplet-pamplet dan memberikan kepada pengunjung yang lalu lalang. Hazrey merampas sebahagian darinya dan turut serta.

"Saya famous ek? Awak lagi famous." Aku memandang kehairanan. Aku? Aina Sofea anak Kapten Roslan ni famous? Eh..terlupa pula.Aku kan memang talkative maka tak heranlah aku famous. Bakat membebel yang diwarisi dari mak aku memang tak dapat disangkal lagi. Sebab tu aku suka masuk debat dan syarahan.Seronok dapat membebel.

"Saya glamer sebab lain.Sebab saya ni lasak, nakal..talkative..." "Comel!." Belum sempat aku menghabiskan ayat dia dah potong.Aku terdiam. Comel? Aku ni comel ke? Aku tersenyum. Alamak, perasannya anda ni wahai cik Pea. Cukup..cukup!

"Hazrey,awak tu banyak yang fancy. Takkan sendiri tak tahu kot. Tak mustahil awak dah ada awek. Entah-entah saja je mengaku solo." Aku tersenyum nakal. Seronok gak dapat mengusik dia ni.

* * * * * *

 

Selesai sahaja Neo Cyber, aku mengemas barang-barangku. Kata-kata Hazrey tadi masih kemas diingatanku.

"Biarlah diorang nak fancy saya pun.Saya cuma suka kat sorang je. Orang tu lasak..nakal.. talkative... dan comel. Saya tak ada awek. Sumpah!."

Aku rasa waktu tu senyuman aku dah naik sampai ke telinga kot. Dari jauh, aku nampak Hazrey pun tengah sibuk mengemas.Tengah dia ligat mengangkat kerusi. Tiba-tiba seorang perempuan berbaju merah menghampirinya. Hazrey tersenyum. Perempuan tu memeluknya mesra. Ehh..tu bukan makhluk ayu tu ke? Dia peluk Hazrey??

Kaki aku rasa tak jejak tanah. Siamang punya jantan. Yelah tu.. saya cuma suka sorang je...

Si Setan: Eh,yang ko nak perasan ni kenapa? Dia tak cakap pun orang tu ko.

Si Angel: Tapi..dia cakapkan orang tu lasak,nakal,talkative,comel.. ayat yang sama

dengan yang ko cakap.

Si Setan: Eii bongok! Ko tak nampak ke amoi tu peluk dia bukan main lagi??

Si Angel: Jangan buat tindakan melulu.Tak salah kalau ko kawan je dengan dia.

Si Setan: Ye ke kawan je Pea oii??

Ahhh..sadaplah korang! Aku tengah tension ni. Korang boleh nak wat drama kat sini plak. Kusut!kusut! Aku segera mencapai segala-galanya. Tak yah susun-susun. Aku campak je semuanya dalam beg tote aku. Biar pecah, biar tertonggeng. Peduli hape aku. Yang penting, berambus dari sini secepat mungkin.

Aku mula melangkah laju. Kalaulah aku ni road runner dah lama aku lari laju-laju. Biar koyote Hazrey tak dapat nak kejar. Eh..nak ke dia kejar aku?

"Sofea..tunggu!." Langkahku terhenti. Ala..tak yahlah nak tunjuk awek ko tu. Simpan je. Tak minat pun nak kenal.. aku membebel dalam hati tapi kaki dah berhenti dah bergerak.

Hazrey berlari dengan girang ke arahku. Waktu tu aku rasa muka dah mula merah, mata berair dan hidung rasa tersumbat. Oksigen!! Oksigen!!

"Eh..kenapa ni? Sofea nangis ke??." Cepat-cepat aku kesat mata yang memang dah merah macam cili.

"Takdelah,mata masuk habuk tadi." Cover...cover...kantoi kang malu wehh.

"Arey ingat Sofea nangis tadi." Serentak dengan itu tanganku ditarik ke dalam gengamannya.Aku tergamam. Menoleh ke arahnya. Hazrey cuma tersenyum.

Dia ni gila ke sasau?? Depan awek sendiri pegang tangan orang lain??

"Sofea,kenalkan..this is my sis, Hana." Makhluk ayu itu tersenyum ke arahku. Sis?? Makhluk ayu ni kakak dia??

"Dan Hana, kenalkan..this is Sofea,my sweetheart." Erkk…tersedak! Sweetheart?? Apa makna semua ni??

Hana memeluk bahuku. "Hazrey ni kembar Hana dah lama dah dia suka Sofea. Cuma dia malu je nak bagitahu. Hana datang ni pun sebab dia cakap hari ni dia nak bagitahu depan Hana"

"Bagitahu apa??." Aku blur. Hazrey disebelah aku dah mula blushing. Ehh,merahnya pipi dia. Malu tapi genggam tangan aku makin kuat.

Hazrey menghampiriku dan berbisik. "I love you, Aina Sofea. Sudi tak jadi my sweetheart?." Aku tersenyum. Mata rasa dah berkaca-kaca time tu. Macam mimpi. Tak sangka Hazrey rupa-rupanya dalam diam sukakan aku.

"Yes!." Aku tersipu. Malunya…malu sebab salah sangka dengan dia. Rupa-rupanya Hana tu kakak dia yang dah lama terpisah. Parents dia berpisah dan Hana tinggal kat Australia dengan emak diorang. Hana memang sporting sebab sanggup fly dari Australia semata-mata nak jumpa aku dan nak tengok kembar dia tu propose aku.

Mak, Pea dapat Hazrey mak!!!

FLASH BACK!!!

BABAK 1

Hana mencubit pipi Hazrey sambil tersenyum. "Look at you. So handsome. Sebiji macam daddy.Lama kita tak jumpa kan??." Hana ketawa girang. Hazrey turut tersenyum. Menganggukkan kepalanya. "Eii..comelnya..Tak puas hati.Nak cubit lagi."

"Adoihh..sakitlah!." Hazrey mengaduh.Pipi yang mula merah diusapnya perlahan. "Hana ni, ganas betul. Macam mama." Mereka sama-sama ketawa.

"So,where is she?." Hazrey menoleh ke dalam. Tak nampak pun kelibat minah tu. Selalu ada jek. "Ada kelas kot.." Nadanya kecewa. Hana membetulkan sunglasses diatas kepalanya. "Ala..janganlah sedih-sedih.I’m sure you can get her." Hazrey tersengih.

"Datang ye next week, I’m sure she will be there. Dia pun bukak booth."

Hana menganggukkan kepalanya. Badannya disandarkan pada proton waja. "Kenapa nak propose depan Hana?." Hazrey ketawa. "Baru ada semangat. You’ll inspired me."

Lengan Hazrey dicubitnya.Hazrey mengaduh dan meniup perlahan. Hana meminta diri dan berjanji untuk datang sabtu depan. Hazrey melangkah perlahan dan melihat Sofea sedang melekapkan matanya dengan tisu. Dia segera berlari menghampiri gadis itu dan tersenyum. Erk..apsal dia terkejut tengok aku?? Mata dia..merah...dia nangis ke?

Pertanyaan Hazrey dijawab sepatah je. Lepas tu Sofea berlalu tanpa banyak bicara. Hazrey menggaru kepala yang tak gatal.Aku ada buat salah ke?

BABAK 2

Ehh..minah ni blah lagi.Tak sempat nak cakap apa..dia dah blah. Hazrey garu kepala. Lama-lama botak aku macam ni. Cik Aina Sofea ni kenapa?? PMS ke??

Tak puas hati, Hazrey melangkah menuruti Sofea. Siap nyorok-nyorok kat pokok-pokok. Macam spy. Mata Sofea mula berair. Mulut dia terkumat kamit. Macam menyumpah jek. Marah aku ke??

"Sibuklah.Banyak betul pertanyaan.Kalau nak tanya pergilah kaunter pertanyaan." Sofea mengomel. Air mata masih lagi meluncur laju. Hazrey masih mengekor.

"Eii..bencinya. Macam manalah aku boleh tersuka dia?? Pakwe orang pula tu. Busuknya!!." Sofea berhenti bergerak.Kakinya dihentak-hentakkan ke rumput. Macam budak-budak! Hazrey ketawa perlahan. Eh, wait! Dia cakap apa tadi.. dia suka aku?? Yes!!! Hooray!! Sofea suka aku. Hazrey melompat girang. Rasa nak je dikejarnya Sofea. Peluk pastu cakap, jom kita kahwin tapi sebab kondisi serta kewangan tak mengizinkan. Itu adalah mustahil dan tidak releven disini. Hazrey tersenyum nakal.

BABAK 3

Aku memerhatikan Sofea yang sedang tertonggeng-tonggeng mencari sesuatu. Minah ni cari apa?? Tanganku memberikan isyarat supaya budak-budak yang lain beredar. Nak romantika de amore before Hana datang.

Mimik muka dia waktu tengok aku kelakar sangat. Pucat! Macam baru tengok hantu. Pulak tu, tak senyum langsung. Tahulah awak marah sebab saya dah ada awek!! Aku ketawa dalam hati. Tersenyum.

Sengaja aku mintak buat pertukaran shift, biar sama dengan dia. Memang sejak pertama kali masuk kolej ni, aku dah jatuh hati dengan Sofea. Sifat dia, perangai yang macam kanak-kanak ribena tu yang menambat hati aku. Jenuh juga cari jalan nak dekat dengan dia tapi selalu tak berkesempatan. Kelas lain-lain, jadual lain-lain. Kenapalah awak tak ambik medik Sofea oii??

Waktu dia cakap, "Saya tak sombong. Cuma tak suka berborak dengan pakwe orang.Takut kena serang dengan awek diorang." Aku ketawa sekuat hati. Hai, jeles betul awek yang sorang ni ek?? Aku tersenyum sebab orang yang dimaksudkan dia tu aku! Comelnya waktu tu. Muka dia..seriyes habes!

Hai..ni yang buat aku bertambah-tambah jatuh cinta kat Cik Aina Sofea anak Kapten Roslan. Lasak..Nakal.. Talkative... dan Comel!!!

 

-THE END-

Glossari:

SCL- student-based learning [study group]

PBL- program-based learning [tempat diskusi pasal pesakit]

Cardiac infarction- sakit jantung

Lacrimal fluid- air mata

Gluteus maximus- otot punggung yang besar

Mencapub- mencari publisiti

OTC- over the counter [ubat-ubat biasa]

Neo Cyber- ala-ala karnival jom heboh

~start:7.30pm finished:11.35pm date:22/07/07~

Cerpen sebelumnya:
Antara Hati
Cerpen selanjutnya:
pengorbananku........., walau ini bkn yg ku pinta, tp ku bahagia

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.1
10 Penilai

Info penulis

Nursyuhada Azzman

saya adalah saya! :p
syud | Jadikan syud rakan anda | Hantar Mesej kepada syud

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya syud
Ilusi | 2736 bacaan
Imtihan | 3104 bacaan
Apa itu indah | 3332 bacaan
~Bab 5: Tamat~ | 2469 bacaan
~Boyot~ | 3607 bacaan
~Bab 4: Luruh~ | 2212 bacaan
~Bab 3: Derai~ | 2648 bacaan
~Bab 2: Sempurna~ | 2783 bacaan
~Bab 1: Memori~ | 2404 bacaan
~H & A~ | 2634 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

34 Komen dalam karya Comel?Aku ni comel ke?
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik