Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Gugurnya Seorang Pencinta

 

Malam ini dia kesunyian lagi.

Entah. Adakalanya perasaan yang membelenggu dirinya semakin hari semakin mencengkam. Terlalu mengikutkan perasaan menyebabkan selera makan dan nafsu tidurnya terpadam terus. Sudah masuk hari ketiga, dan tiada apa lagi yang mampu memuaskan nafsu laparnya kecuali asap rokok yang sudi menemaninya saban waktu, sekaligus mematikan nafsu amarah yang meluap-luap di dalam hatinya.

-Siapa Wan ni?

“Wan? Kawan orang.”

-Kawan? Kawan ada hantar puisi cinta ke?

“Dia nak hantar dekat budak pompuan yang dia minat, tapi dia mintak orang tengokkan dulu. Konon nak tengok dan nilai la puisi tu, elok ke tidak, sedap ke tidak.”

-Owh...



Angin malam bertiup perlahan, membawa bersama asap rokok yang berkepul keluar dari rongga peparunya. Entah batang rokok yang keberapa, yang penting hatinya puas. Masih terngiang di dalam kepalanya mengenai bicaranya beberapa bulan dahulu dengan si dia, wanita yang dicintainya sepenuh hati. Dan puisi yang tertinta di dalam telefon bimbit wanita itu seakan menari kembali di hadapan mata. Giginya diketap perlahan. Mukanya bertukar bengis. Ternyata marahnya masih belum surut.

Sial, bisiknya perlahan. Puntung rokok yang sudah habis dihisapnya dilempar ke tingkap. Sebatang lagi rokok diambil dan dinyalakan. Bertemankan lampu tidur, dengan perlahan helaian-helaian kertas dikeluarkan dari sebuah sampul surat. Helaian-helaian kertas yang menjadi bukti kecurangan wanita itu kepadanya selama ini.

Dengan hati-hati dia menyelak satu demi satu helaian yang merupakan salinan daripada email wanita itu yang dipecah masuk siang tadi. Pada mulanya dia hanya ingin bergurau, namun tidak tersangka suatu rahsia besar yang tersimpan rapi selama ini terbongkar di hadapannya, di dalam genggaman tangannya sendiri.

“Saya sayang abang,” katanya dahulu. Sekarang siapa yang kau sayang?

Terpampang di setiap helaian itu ucapan kasih dan sayang diutuskan kepada lelaki bernama Wan itu. Setiap kata cinta hanya untuknya. Dan hampir setiap hantaran email itu disulami dengan sisipan gambar mereka berdua.

Dan aku yang sebagai teman lelakinya haram nak dapat sekeping pun gambarnya. Ada sahaja alasan, gumamnya di dalam hati.

Setibanya di helaian terakhir, dia membaca semula helaian pertama. Dan seterusnya hinggalah tiba ke helaian terakhir. Berulang-ulang dia begitu sehinggalah amarahnya tidak tertahan lagi lalu helaian itu dilemparnya ke dinding.

“Bangsat..!!” Dan lampu tidurnya pun menjadi mangsa balingan ke dinding, disertai jam elektronik miliknya yang berharga ratusan ringgit, menjadi kepingan sampah yang tidak berguna di lantai bilik.

“Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku?” rintihnya lagi bertemankan kegelapan malam. Sebatang rokok lagi dinyalakan. Dia perlu bertenang. Dia perlu mendapatkan kekuatannya semula.

Selama ini kasih wanita itu dipercaya bulat-bulat. Segala kepercayaan adalah untuk wanita itu. Baginya wanita itu suci dan bersih, dan setianya wanita itu padanya tidak berbelah bagi. Baginya wanita itulah cinta sejati, bakal isteri yang hakiki.

Nah, kini semuanya terbentang di hadapan mata. Selama mana kau menjalinkan cinta dengan perempuan itu, selam itulah dia curang dengan kau. Kau berkongsi kata sayang dengan lelaki lain. Suami orang pula tu, sudah ada anak dan isteri. Baguslah, dia curang dengan kau sepertimana suami orang itu curang dengan isterinya.

“Sial,” katanya. Bisikan syaitan sememangnya menyakitkan.

Padan muka kau. Percaya sangat pada cinta. Bodoh, mana ada cinta sejati di dalam dunia ini. Sekarang kau nyatakan pada aku, bagaimana rasanya dipermainkan dan diperkotak-katikkan oleh perempuan?

“Sakit,” balasnya. Kini dia dilambai bisikan syaitan.

Kau sayangkan dia begitu lama. Segala yang dia inginkan kau beri tanpa bantahan. Wang ringgit mengalir keluar macam air terjun. Masa kau digunakan untuk dia seorang. Kau berikan segalanya agar hidupnya setaraf dengan engkau orang bandar, bukan seperti orang kampung lagi. Kau berikan segalanya agar dia hidup senang dan mewah, semewah hidupmu.

“Benar..” Tanpa sedar dia menangis memeluk kedua kakinya sendiri. Sehelai kertas salinan email terletak kaku di hadapannya, dan berbekalkan cahaya dari lampu jalan dia dapat melihat wajah perempuan itu di atas helaian tersebut. Gambar yang diambilnya sendiri menggunakan kamera pinjam agar menjadi kenangan mereka berdua, diserahkan oleh wanita itu kepada buah hatinya menerusi email. Malahan, lagu yang dinyanyikan untuk wanita itu juga dikongsi bersama lelaki itu.

“Bangsat kau Wan..!!” Amarahnya memuncak lagi. Badannya berpeluh dan matanya merah menyala. Nafsu amarah menguasai segalanya. Terasa semua orang mentertawakannya.



“Bangsat kau..!!”



********

9 September 2006, 7.45 malam


“Kenapa kau buat macam ni hah?!”

Diam.

“Apa salah aku sampai kau sanggup belakangkan aku?!”

Senyap.

“Apa, tak cukup ke semua yang aku bagi kepada kau selama ni?”

Tiada balasan.

“Cakaplah bangsat, apa lebihnya dia dan apa kurangnya aku?!”

Masih tiada jawapan. Mulut itu kaku. Cuma tangisan sahaja yang berlagu.

“Jawablah! Kenapa diam?!”

Dirinya sudah hilang sabar. Dan wanita di hadapannya itu seakan mencabar akan kesabarannya.

“Sial!” Tangannya dihayun kencang ke pipi mulus itu. Pipi yang satu masa dahulu menjadi pujaannya.

Perempuan itu semakin kuat menangis, dan tangannya menggosok pipi yang terasa terbakar dek tamparan lelaki itu. Dalam sendu dia cuba bertutur.

“Maafkan saya, awak...”

Maaf? Haktui.

“Tolong la maafkan saya..saya tak bermaksud nak curang dengan awak..”

Tak bermaksud? Dah nak masuk 3 bulan pun tak ada maksud lagi?

“Saya tak tau macam mana jadi begini. Saya jatuh dalam belaian dia,” tutur wanita itu lagi.

Bingo! Sekarang baru kau mengaku? Sekarang baru nak rasa menyesal? Pergi mampuslah! Aku sudah tidak punya apa-apa, dan aku tak akan hilang apa-apa, katanya penuh ego.



Dalam tangis, wanita itu ditinggalkan.





*****

14 September 2006, 5.32 pagi



Telefon bimbitnya yang berbunyi tanda panggilan dari wanita itu dimatikan. Dia tidak mahu berhubung dengan wanita itu lagi. Dengan sesiapa pun. Sebenarnya dia sudah tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan dunia luar lagi. Padanya dunia luar adalah syaitan dalam hidupnya; mentertawakan kejatuhannya sebagai seorang lelaki dan sebagai seorang pencinta wanita.

Matanya sudah bengkak dan merah namun airmatanya tetap bergenang. Kerongkongnya sudah kering namun sebatang demi sebatang rokok dihulurkan ke celah bibirnya. Badan yang lesu itu semakin longlai akibat sudah hampir dua hari tidak menerima makanan. Sejadah tempat dia bersujud kepada Tuhan masih lagi terbentang luas.

Dengan lemah dia bangun lalu mengemaskan sisa balingannya ke dinding tadi. Helaian demi helaian salinan email tadi dikutipnya dan diletakkan di dalam sampulnya kembali. Segala yang bersepah di dalam biliknya disusun kembali ke tempat asal.

Air mata masih lagi berlinangan di pipi lelakinya. Jarang sekali dia menitiskan airmata, lebih-lebih lagi kerana perempuan. Dia duduk di sisi katil dan mengusap lembut tangannya yang sejuk. Kepalanya yang berselirat dengan kenangan manis pahit sewaktu bersama wanita yang dicintainya itu sudah tidak dihiraukan lagi.

Perlahan dia tersenyum dalam sebak apabila terpandang wajah wanita itu di sisi katilnya. Dengan lemah gambar itu digenggam dan diletakkan di dadanya. Dia menutup mata, membayangkan yang indah-indah belaka bersama wanita itu, sesuatu yang tidak mungkin dikecapi lagi.

Dengan perlahan bibirnya diulas dan suara seraknya dilagukan.

“Assalamualaikum.”



*****


24 September 2006, 7.27 pagi


“Waalaikumsalam,” jawabnya itu perlahan. “Siapa ni?”


“Azie,” balas si pemanggil, menyebut nama manjanya. “Mama ni.”


“Mama? Sorry Azie tak perasan suara mama tadi. Kenapa mama telefon awal pagi ni?”


“Naz ada call Azie tak malam tadi?” tanya mama.


“Tak ada pun. Kenapa mama?” Naz? Azie cuba mengingati sesuatu tetapi gagal.


“Azie,” ucap mama perlahan. “Boleh Azie datang rumah sekejap?”


“Em,” balas Azie ragu-ragu. “Okaylah. Tapi Azie nak bagitau mak dulu,” balasnya lagi dalam paksa.


Panggilan diputuskan. Ada apa ni? Kenapa mama tanya Naz ada call ke tak? Mana ada dia call? Aku call dia ada la. Itupun tak berjawab.


Apa yang berlaku?



*****


24 September 2006, 8.27 pagi



Selesai mandi, Azie menuju ke telefon bimbitnya yang berbunyi dan bergetar menandakan ada mesej yang masuk sebentar tadi. Dari mak? Belum pun sempat aku call, dia dah hubungi aku dulu. Dia membuka kiriman mesej tersebut dengan perlahan.


“Azie sayang, sabar. Naz dah tak ada. Dia meninggal dalam tidur pagi tadi sebelum subuh. Mama Naz baru call Mak. Bersiap ya sayang, jumpa Mak di rumah arwah ya,” sepatah demi sepatah perkataan itu dituturnya.


Setitis airmata perempuannya mengalir lesu di pipi lembut itu. Kerana sedih atau gembira, tiada seorang pun yang tahu. Telefon bimbitnya tadi diletak perlahan di bucu meja. Tangannya mencapai sehelai kertas berlipar di sisi katil lalu dengan berhati-hati lembaran itu dibuka. Hatinya rentan kerana warkah itu tidak sempat diberikan kepada seorang lelaki yang akhirnya kecundang akibat cinta pada diri nya sendiri. Dan baris-baris ayat yang tertera di atas warkah itu dituturnya dalam sendu.


'Ampunkan Azie, Abang Naz. Cinta Azie milik Abang Wan'

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Ceh, kat sini ko rupanya setelah blog yg berunsur politik ko tuh hanya boleh disertai oleh orang yang dijemput je.
  • 2) nice

  • (Penulis)
    3) hahaha..blog tu dah tak jalan la...aku malas update..tp skrg ni ntah terhantuk kat mana ntah...terasa cam nak menulis balik lak
  • 4) wow! *lap air mata

  • (Penulis)
    5) wow. i didnt know my writings implicate so much..
  • 6) usah terkesima. anda tidak akan dapat mengagak bagaimana anda akan mengusik hati orang
  • 7)

    lapa ah jek..

     

    jgn sedih2..mari mkn kfc.. 

  • 8)

    cool. bengang aku membacanya. Cuma, part hujung2 tu agak blank sket.

    Nama Naz @ Abg Naz tu kluar lewat sgt. Adekah ini cerita pasal Abg Naz yg dikecewakan Azie? Even nama Azie tu pon agak lewat keluar. So, agak susah nak digest cerita ni.

    Tapi, aku mmg bengang pompuan cam Azie ni. Ah, nasib baik dlm prosa kapasitor aje, hehe  

  • 9) erm..aku rase wujud pompuan camnih..tak terbayang pedih kt ati mamat tuh..adehh
  • 10)

    cis, kurang ajar punye pompuan! kalo kena kat akoo.. tak tau la

  • 11) Kalau kena kat aku, aku harap takde la sedih sampai mati.
  • 12)

    citer ni sedap..tp kan, kenape naz tu lemah sangat?? semakin dlm jatuhnya seseorang itu, semakin tinggi kebangkitannya kelak..

    korg sumer perasan x? ade perbezaan dlm hati kita bila seorang perempuan dicurangi dgn seorang lelaki yg dicurangi..perasan x?

    mungkin sbb dia adalah seorang lelaki, jadi kita rasa simpati tu lain sikit...mungkin...

Cerpen-cerpen lain nukilan Jacksparrow

Read all stories by Jacksparrow