Pelangi
Aku bangun dari rebah. Dah tiga kali aku jatuh termasuk yang tadi, lutut kanan mula merah. Sedikit-sedikit darah mengalir. Abaikan. Peluh di dahi aku seka, sebelum meneruskan larian yang tak berapa laju. Masa dah suntuk. Aku kerling jam dekat lengan kiri. Mengeluh. Kaki kiri yang terseliuh ketika aku jatuh kali pertama tadi sedikit mengganggu halaju pergerakan ku. Waktu makin suntuk. Aku cuba untuk melupakan keperitan pada kaki, kembali membuka langkah besar. Satu, dua, tiga, pergelangan kaki kiri ku terpelecok. Badan ku hilang imbangan, menyenget ke kiri. Lereng!. Pantas tangan mencapai ranting dari dahan terdekat, jemari ku menggenggam kuat. Namun badan ku langsung di luar kawalan, makin jatuh dan senget. Ranting kayu tadi berbunyi, dan belum sempat aku capai ranting yang lain, badan ku sudah melayang dan jatuh atas lereng. Macam bola, macam tong dram aku bergulik jatuh.. waktu itu, yang aku nampak hanya rumput, langit..dan pelangi. Sayang…maafkan abang.
Tepi jalan…
Aku jumpa dia tepi jalan. Ayu, tersenyum manis, kena dengan hidungnya yang mancung. Juga bulu kening yang lebat. Tepi jalan, aku tatap wajahnya selama mungkin. Dia langsung tak perasan, atau buat-buat tak perasan. Kali pertama aku lihat dia dalam kesombongan. Dengan wajah secantik itu, apalah maknanya aku pada dia. Dengan wajah seindah itu, apalah renungan aku. Kali pertama aku lihat dia, hati ku dalam kesakitan, pertama kali aku ingin berbicara dengan seseorang yang sombong. Pertama kali dalam hidupku, aku tatap wajah perempuan macam orang yang jakun.
Aku lihat dia dalam barisan, nasib kurang baik, hanya selang seorang kami dibahagikan berbeza satu kompeni. Mungkin tuhan dengar hati ku mengomel luka. Juga bibir ku membisik kecewa. Modul Kenegaraan kami diletakkan sekelas. Kompeni aku terlalu ramai, sampaikan sebilangan terpaksa berpindah ke kelas kompeni lain. Aku di antaranya. Tersenyum lebar aku bila lihat wajahnya di tepi tingkap. Lebih lebar senyuman dalam hatiku. Terasa hati ini mengembang, sampaikan memaksa jantungku mengepam dengan lebih laju. Lebih laju bila waktu ‘ice-breaking’ ..
Aku berdiri, orang kedua selepas BEN. Anak baba nyonya yang lebih fasih bercakap melayu dari bahasa cina. Malah telo melakanya lebih pekat dari aku. Aku tak ingat siapa yang berdiri selepas aku, yang aku ingat, bila tiba gilirannya, hatiku macam tak cukup ruang untuk mengembang, aku tak mampu bernafas.
Nama saya Amirah” .. itu sahaja yang aku mampu dengar. Salahkan senyuman pertama kalinya itu. Kerna senyuman itu, aku bagai hilang semua deria, terbang meninggalkan deria anganku.
“Nama saya pun Amirah”.. Seorang lagi anak dara berdiri. Ada dua Amirah dalam kelas. Sorang hitam manis. Hidung mancung. Pipi gebu. Dagu tajam. Seorang lagi, comel, putih, kurang manis tapi lebih senyumnya. Tapi aku mahu yang itu, lebih kepingin yang itu, yang sombong dan hitam.
Si hitam manis..pandang tak jemu..pandang tak jemu…
kumpulan
Malang. Bila kami dipecahkan kepada kumpulan kecil, aku tak berada dalam satu kumpulan dengan si hitam. Entah apa hikmahnya, si putih pula yang ambil tempat di sisi ku. Di sorongnya kerusi plastik ke dinding, sebelah kerusi aku. Dengan lembut dia duduk, seperti biasa, dengan senyuman yang amat comel. Aku pandang wajahnya, tepat, matanya tiada garis di bawah mata. Matanya kecil, sepet, anak matanya hitam pekat, tapi iris nya, putih. Langsung tiada urat2 merah kecil.
Dia berdehem kecil. Mungkin sedikit tidak selesa bila aku melihat wajahnya begitu. Maafkan aku. Kau mengingatkan aku seseorang. Seseorang yang sangat aku sayang. Seseorang yang amat aku sayang. Boleh tak aku gelar kau Shelly.
“Awak sekolah agama dekat Labu?” dia memutuskan anganku. Aku angguk kecil.
“Kenal Faris?” dia menyerongkan kerusi sedikit ke arah ku.
“Totok? Faris Prawoto?”
“Totok? Sape totok? Awak jawa jugak?” tergelak kecil. Ah..comelnya
“Bukanlah, aku anak melaka tambah minang sikit. Tak mainlah jawa. Kenapa? Kau..er..awak ni jawa?”
“Eip. Xpayah susah2. Kita pakai aku-kau je eh. Aku jawa..tapi tak totok lah. Biasa ah, Batu Pahat. Ramai je budak Johor ni jawa. Perasan x Amirah lagi sorang tu? Dia Jawa jugak…” dia menuding ke arah si hitam.
Laju sahaja mataku ke arah yang sama. Si hitam duduk bertentangan dengan aku, diam, sekali-sekala memandang luar tingkap. Ini kah cinta pandang pertama? Tapi, aku masih sayangkan orang lain. Tak boleh, jangan curang.
Satu tepukan singgah dekat bahu aku. “Awak..dengar x ape saya cakap?” suaranya sedikit meninggi, separuh kelas pandang ke arah kami. Termasuk si hitam. Pertama kali si hitam pandang aku, I cannot miss the ‘can’ lah. Dia tersengih kecil. Malu aku, yang si putih ni, baru 1st time dah touching-touching. Nanti orang kata skandal. Melepaslah aku nak dapatkan si hitam. Tapi, takpe, sebab muka kau boleh tahan jugak.
Si putih menendang kaki kerusi aku. “Awak..eh..kau ni, aku tya buat bodoh je kan.”
“Ha? ye. Dengar ni. Faris? Kenal-kenal. Kitorang panggil dia Totok. Itu ah aku kata Totok tadi. Bukan kata kau Totok.” Aku gosok2 bahu. Pedih. Kuat jugak tangan minah ni. Badan je kecil. Dia tersengih. Boleh pengsan aku kalau berterusan begini. Si hitam senyum dah mencuri separuh nafas. Bila si putih ni sengih, rasa macam semput. Macam ada batu dalam liang trakea. Perbualan aku selepas itu, hanya berkisar tentang si Totok. Antara pecahan group yang aku masih ingat
Group 1st :: Amirah (hitam), Bob, Mathan, Ben, iron, bella
Group 2nd ::Epal, Alia, Siew
Group 3rd :: Aqma,
Group 4th :: aku, si putih, Man, Thuruga, Sharmila, Mak Ngah, Faezah
Man ni bekas Saser.. sekolah sains seremban, bekas SDAR lama. Silap besar sungguh kalau dua pelajar SBP bergabung. Paling besar silapnya, Man nih 8/10 lelaki. Bukanlah maksud ku dia ni semi-jantan. Tapi agak lembutlah. Sudah-sudah mulut Man ni sangat lah tajam. Lebih tajam dari mulut aku sendiri. Tapi, tak boleh ketepikan Thuruga dengan si putih. Mulut mereka juga agak pantas. Mak Ngah yang paling laser. Bila Mak Ngah buka mulut, selalunya itulah kata akhir. Cuma Sharmila yang kurang bercakap.
Pada mulanya Thuruga langsung tak beri kerjasama dalam kumpulan, tapi bila dia di ugut untuk berpindah kelas, terus sahaja bakatnya terserlah. Thuruga lah yang selalu memeriahkan kelas. Pabila dia menyoal atau disoal, tuturan nya laju, macam keretapi. Bahasa melayu Thuruga tak lancar, kadang-kadang ada masuk slang india, kadang-kadang terus sahaja perkataan india yang keluar. Itulah yang seronok. Thuruga kecil, sedikit gempal. Rambut diikat ke belakang, kulitnya gelap, kena dengan bangsanya.
Kami, sekelas, suka menyakat dia, pernah Thuruga merajuk tak mahu bercakap satu hari, kerana disoal bertalu-talu ketika pembentangan. Sudahlah pembentangan yang susah, bila disoal, cikgu langsung tak benarkan ahli kumpulan membantu. Terkontang-kanting Thuruga di depan kelas. Satu, dua mampu di tangkisnya dengan mudah. Bila soalan berterusan, terus Thuruga mengomel dalam bahasa India dan kembali ke kumpulan kami.
Selalunya pembentangan kumpulan kami yang outstanding, atau lain dari yang lain. Selalunya juga kumpulan kami berjaya menangkis soalan dengan senang dan tenang. Musuh kami, Nathan, Ben, epal. Cuma kalau-kalau soalan-soalan sambungan, si hitam, Bob selalu menghentam kami. Bukan masalah besar, kalau tidak aku atau Man, si putih dan Mak Ngah juga mampu berdiri untuk menjawab.
Bezanya jawapan aku dan man, daripada jawapan ahli kelas yang lain, ialah fakta. Selalunya kami keluarkan fakta-fakta yang entah tepat atau tidak. Jawapan mereka yang lain, sekadar berdasarkan pengalaman. Namun, pengalaman mereka sangat bernilai bagi aku. Pertama kali bergaul dengan pelajar biasa, ada yang kaki botol, ganja, perempuan, motor. Ada yang lari dari rumah, juga pernah cuba bunuh diri. Ada juga yang sengaja tak ambil peperiksaan. Juga ada yang tak bersekolah langsung.
menyusul keratan kedua
|