Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Cerita Malas

Cerpen sebelumnya:
Racun
Cerpen selanjutnya:
Suatu hari yang Tragis
Malasnya aku nak pergi sekolah hari ni. Bukannya ada apa pun kat sekolah tu. Bosan… bosan… kalau aku ponteng lagi, sure Mr. Yusoff tu call mama. Dia kata, amaran yang lepas tu, amaran kali terakhir. Dahlah mama tak tu apa-apa. Nanti kalau mama tau… sure mama risau.. aii… terpaksalah aku bangun mandi ni…

Sara bangun dan mencapai tualanya. Macam tulah perangainya setiap hari. Dilema sama ada nak pergi sekolah atau tidak. Dia memang macam tu, pemalas. Orang lain panggil dia Sara Malas sebab dia ni memang malas nak buat apa-apa. Nak tahu tak kisah malas Sara ni? Macam ni… eh!!! Sebelum tu. Lupa pulak! Mr. Yusoff ni, cikgu disiplin dia. Mr. Yusoff ni pulak… jenis yang terlebih rajin. Rajin betul dia membebel kat Sara ni tiap-tiap hari.

Kisah Sara Malas tu camni… lepas dia dah siap-siap mandi, breakfast, naik bas dan sampai kat sekolah dengan malasnya, dia pun masuklah kelas. Kelas dia tu, namanya Tingkatan 4 Ruby. Masuk-masuk kelas, dia terus tegur best friend dia, Aida… dengan malasnya.

"Hai Aida!! Aku malas ah hari ni."

"Alah… ngkau tu. Bilanya ngkau tu tak malas ha?" Aida duduk menyilang kaki sambil menjilat-jilat lollipop. Matanya melilau-lilau, memerhatikan jejaka-jejaka di dalam kelas itu. Sara yang sudah masak dengan perangai si Aida tu malas nak melayan.

"Dah… sudah. Aku malas nak dengar kau membebel," katanya, "Apa plan kau hari ni?"

Aida mengangkat bahu, "Ntah. Cam biasa ah, aku keluar ngan Adam pulak kot." Sara mencebik bibir, "Alah… ni yang aku malas nak keluar dengan kau ni. Memanjang keluar dengan laki je. Aku malas ah!"

"Kalau engkau malas, aku pedulik apa. Aku dah janji dah ngan Adam nak keluar dengan dia."

Belum sempat Sara menjawab, Ketua Tingkatan mereka menjerit, "Bangun!"

Makin panjanglah pulak cebikan Sara Malas. Sara ni… malas nak belajar tu satu hal. Lagi satu, dia malas nak melayan Natasha, partner yang duduk kat sebelah dia dalam kelas tu. Sara memang dari dulu lagi tak sebulu dengan si Natasha ni. Natasha ni memang spesies Mr. Yusoff ah. Terlebih rajin… membebel. Tapi nak buat cemana, cikgu kelas diorang pegi susun-susun tempat duduk diorang, dah si Sara ni kena duduk sebelah Natasha.

Sara Malas memang pemalas. Sepanjang cikgu mengajar kat depan tu, dia bukan nak dengar, pandang je papan hitam. Ntah apalah yang dipandang kat depan tu. Setengah jam lepas tu, Natasha menolak tangan kiri Sara.

"Wei, Sara… kau tak nak amik nota yang cikgu bagi ni ke?"

Sara tunduk memandang test padnya yang masih kosong, "Alah Tasha! Kau ni macam tak biasa je, kau salinlah dulu. Nanti aku pinjam ah nota kau." Sara tersengih kambing, sambil menepuk-nepuk belakang Natasha. Natasha menggeleng-gelengkan kepalanya.

Eeeee… budak Sara ni… kalau dah namanya pemalas tu pemalaslah jugak. Nak je aku membebel kat dia ni. Sebaiklah ada cikgu kat depan tu. Karang aku jugak yang kena marah. Kalau tak…

Begitulah… rajinnya Natasha membebel sehari-harian untuk Sara Malas hatta di dalam hati sekalipun. Yang Sara pulak buat tak paham je.

***

Kemalasan Sara berterusan sampailah abis sekolah. Lepas sekolah, Sara melangkah dengan malasnya ke stesen bas. Sebenarnya, dia malas nak tunggu bas tapi… malas gak nak angkat tangan, nak tahan teksi. Maka, terpaksalah dia tunggu bas jugak. Sara Malas ni, boleh tahanlah jugak rupa dia. Lawalah. Bolehlah jugak budak-budak kat stesen bas tu nak kacau dia.

Tapi, macam biasalah si Sara ni, dia sangat malas nak melayan budak-budak tu. Taiko budak-budak kat stesen bas tu nama dia Khairi. Khairi ni tak adalah handsome sangat. Kalau setakat untuk handsome Melayu tu, boleh lah. Khairi nilah yang paling banyak sekali mengacau Sara. Tiap-tiap hari, sure ada je muka dia terpampang kat stesyen bas tu. Tapi, sebanyak-banyak skill yang digunakan oleh Khairi tu, Sara still buat bolayan je. Bukannya sombong ke, kontrol cun ke apa… dia memang malas je…

Mungkin jugak sebab Sara ni bolayan Khairi tu adalah balaknya yang diberi nama Salim. Semua orang macam tahu ah diorang ni together-gether. Sara ni betul-betul sayang kat Salim kot. Salim pun samalah, sayang giler kat Sara. Tapi, semua oang tak pahamlah macam mana si Salim tu dapat tahan dengan perangai malas Sara.

Tapi… tu cerita lain, cerita lain kali jelah ye… sebab bas dah sampai. Sara dah naik dah pun bas tu. Dia malas nak diri tapi dia malas nak carik tempat duduk jugak. Tempat duduk yang ada pun kat belakang sekali, jadiknya dia diri jelah.

Sesampainya Sara kat rumah dia, dia terus terduduk atas sofa di ruang tamu rumahnya. Kosong je rumah dia. Mama ngan papa dia tak ada. Mama dia ahli farmasi, papa dia pulak businessman, jual stoking. Dua-dua memang tak balik rumah makan tengah hari. Yang ada pun maid indon dia, tu pun dah hilang, lepas bukak pintu depan, dia terus masuk bilik dia balik.

Sara termenung memandang tv yang tidak dibukanya. Sehinggalah perutnya berkeroncong dengan rancaknya. Dia menyeret kaki ke dapur di mana makanannya telah pun tersedia, atas meja. Tengah seronok dia makan tu, tiba-tiba telepon berdering. Maid dia pon berlari-lari mendapatkan telefon. Sara for sure takkan angkat punyalah telefon tu. Dahlah Salim yang telefon. Sebaiklah telefon tu cordless, tak payahlah Sara bangun.

"Hello, sayang! Buat apa tu?" suara Salim rancak je bunyinya dari hujung yang satu lagi tu.

"Tengah makanlah…"

"Alah! Baru jer nak ajak makan kat luar tadi. Takpelah… jom keluar jalan-jalan ngan I, jom…"

"Jalan-jalan pegi mana? I malaslah…"

"You ni kan, memanjang malas jer… dah seminggu you tak nak jalan-jalan ngan I tau…"

Sara diam jer. Dia tak balas pun apa yang Salim cakap tu. Salim yang kat sebelah satu lagi tu tambah geram. Tapi… sebab nak jaga hati perempuan, awek pulak tu… dia pun berlagak cool.

"Takpelah Sara… kalau you tak nak keluar, takpelah…" Salim terus memutuskan talian. Sara macam chuak, tapi dia tahu Salim sayang kat dia, tu yang dia tak kisah pun kalau Salim mengamuk. Dia terus mendail nombor handphone Salim.

Takder orang angkat.

Lagi sekali.

Terus tak dapat pulak.

***

Salim memutuskan taliannya. Geram. Faiz di sebelahnya hanya merenung hambar. Dah biasa sangat dah dia tengok Salim ngan Sara ni bergaduh. Belum sempat dia nak bukak mulut, handphone Salim berbunyi. Salim tengok je handphone tu.

"Apsal kau tak jawab je handphone tu?" tanya Faiz sebaik sahaja handphone Salim berhenti berbunyi. Salim diam je. Seminit kemudian, handphone itu berbunyi lagi. Salim terus meng ‘off’ kan handphonenya. Faiz menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Tak baiklah macam tu, Lim. Dia dah try call kau tu. Mana tau nak pujuk kau ke," Faiz try memujuk. Salim hanya mengangkat bahu.
"Ntahlah Faiz… Aku bengkek ah dengan si Sara ni. Menjadi-jadi pulak perangai malas dia tu."

"Tulah kau… dulu kau jugak yang nak."

"Dulu lain… dulu, semalas-malas dia pun… dia still nak keluar ngan aku lagi. Sekarang ni… dah seminggu aku tak jumpa dia… nak cakap dalam telepon pun susah… tau tak."

"Kalau kau nak sangat jumpa dia… apsal kau tak pergi je rumah dia?" kesian si Faiz ni. Dia pun sebenarnya dah blank dah cemana nak pujuk si Salim ni. Semenjak dua menjak ni, si Salim ni manjang moody jer. Moody ngan pelik. Mana taknya… tengoklah… tetiba jer dia sengih. Faiz angkat kening, "Kau ni pehal Salim? Tetiba jer sengih sorang-sorang. Tadi marah sangat."

Makin ditegur, makin jadik pulak Salim sengih. Last-last dia terus gelak, "Pandailah kau Faiz… kenapalah aku tak pernah terfikir pun nak pergi rumah dia kan…!" pastu dia geak-gelak lagi. Salim pun teruslah start motor dia. Dah hepi la tu. Dia ajak Faiz join sekali tapi Faiz tak nak. Yer… ah… buat apalah nak pegi menyibok kat rumah awek orang lain, kan?

***

Untuk dipendekkan ceritanyerlah, minggu depan tu, tiba-tiba jer… Sara tak datang sekolah seminggu. Semua orang macam buat tak tahu jer mula-mula. Yang first sekali rasa pelik, Aidalah… saper lagi. Sebabnyer.. kalau Sara tak datang sekolah sehari jer, sure Mr. Yusoff dah carik dia dah. Tanya tu, tanya ni. Start daripada mulut Aida tu, kecohlah satu sekolah… Sara hilang. Tapi, yang peliknya, Mr. Yusoff buat dono jer… Daripada rangkaian-rangkaian khabar angin ni… adalah salah seorang pelajar ni, (ntah saper ntah nama dia) bawak mulut pada Khairi. Khairi ni sekolah lain… tapi secara tak sengajanya, dia pun tahu yang Sara tak datang sekolah.

Ntah apa kejadahnya si Khairi ni, lepas sehari seminggu… dia pun pergilah singgah ke rumah Sara. Konon-konon nak tahulah apa yang jadik kat Sara tu kan. Sampai-sampai kat rumah Sara, Khairi pun bagi salam.

***

“Lah… takpelah mak cik, takpe… takpe… saya dah minum dah tadi,” Khairi teragak-agak nak menyambut cawan yang dihulurkan. Malulah pulak dia kat mak si Sara ni. Ingatkan tadi datang nak tanyakan si Sara je, rupa-rupanya mak dia tak kerja pulak.

“Khairi carik Sara ni nak buat apa?” tersedak Khairi dengar soalan mak Sara tu. Dia pun tak tahu nak jawab apa.

“Erm… aa… saya ni wakil kengkawan Sara, mak cik… sajer nak tahu kenapa dia tak datang sekolah lama.”

“Tulah masalahnya, Khairi. Mak cik pun tak tahu apa masalahnya dia tu. Dia kata dia sakit, tak tahulah apa sakitnya. Hari tu, cikgu yang nama Yusoff tu telepon, mak cik dah bagi tau dah dia sakit.” Panjang pulak mak Sara membebel. Khairi mendengar dengan khusyuk sambil menghirup air sirap di tangannya. Sambil tu, dia berpikir-pikir. Apasallah dengan si Sara tu. Sakit apa? Kenapa tiba-tiba tak nak pergi sekolah? Gaduh dengan cikgu ker?… Sedar-sedar je, mak Sara tu dah panggil nama dia dekat tiga kali dah.

“Aa… yer mak cik, apa dier?” sahut Khairi, cepat. Nak cover kot. Sirap yang dia minum dari tadi, dah habis pun.

“Awak dengar tak?”

“Dengar… dengar…”

“Dah tu, jomlah…” ajak mak Sara. Khairi blank. Dia tak dengar sangat pun sebenarnya tadi. Ntah apa yang mak Sara cakap tadi, tau-tau dia dah bangun dah. Khairi ikut je. Mereka naik ke tingkat atas rumah banglo tu. Mak Sara mengetuk pintu salah sebuah bilik.

“Sara… Sara… ni ada kawan datang ni…”

Aik…? Mak cik sorang ni, pehallah pulak… aku tak kata pun nak jumpa si Sara tu. Ni… siap naik atas lagi, takkan nak suroh aku masok bilik dia kot? Aii… sudah… mamposlah aku camni, macam aku beria-ia sangat nak tahu kenapa dia tak nak datang sekolah. Ni kalau Salim tau ni…

***

“Sara… Sara… ni ada kawan datang ni.”

Aku menyeret langkah menuju pintu bilik. Sebelum tu sempat gak aku check muka kat cermin. Kang ada apa-apa yang pelik kang, panjang pulak soalan mama. Dah seminggu aku berkurung, saper pulk yang datang carik aku ni? Rasa-rasanya Aida kot. Dah berapa kali dah dia tepon, aku tak jawab. Baik aku layan jer, kesian pulak…

“Yer mama… saper yang datang tu?”

“Kawanlah… Khairi…”

Maunya tercekik aku dengar nama tu. Takder orang lain ke nak datang? Nak tak nak… kena gak aku bukak pintu. Waktu tu, aku serius tak jangka yang dia dh ada kat depan pintu bilik aku.

“Alah, mama… Sara malaslah nak jumpa saper pun…” kalau Aida, boleh lagi aku layan. Kalau jantan tu, tak nak aku. Malas.

“Jumpalah dia… kesian dia, penat dia datang ni,” mama menarik Khairi ke depan pintu bilik aku. Lepas tu, dia terus tinggalkan Khairi ngan aku kat situ. Yang Khairi pulak tersengih-sengih. Menyampah.

“Erm… erm… kau sehat?” Khairi tanya, selamba. Nak je aku halau dia balik. Aku angguk sikit je. Malas nak layan lebih-lebih.

“Boleh aku masuk bilik kau?” tanyanya lagi. Aku menggetap bibir. Nak bagi ke tak? Nak bagi ke tak? Last-last aku bagi gak dia masuk. Sebaik tak sepah sangat. Khairi pun masuk, pastu dia buat bilik aku tu macam bilik sendiri. Aku tiba-tiba jer blank. Tak tau apa yang aku kena cakap ngn dia. Sebaik dia ni jenis yang tak malu.

“Apsal kau datang carik aku ni Khairi?”

“Oh… lupa pulak… aku nak tau kenapa kau tak datang sekolah sebenarnya. Budak sekolah kau kecoh kata kau hilang. Mak kau pulak kata kau sakit,” Khairi usha aku dari atas ke bawah. Carik aku sakit apa kot… Aku pun tak tau apa nak jawab. Angguk jelah.

“Kau sakit apa? Takde paper pun. Senggugut ke?” Khairi memerli aku. Tak jemput pun, dia terus duduk kat hujung katil aku. Kurang ajar betul budak ni. Aku terus capai diary yang aku tengah baca tadi. Baik aku tak layan lawak dia. Tengok aku diam jer, Khairi sambung balik, “Dahlah… baik aku balik, kau pun macam tak nak layan aku je,” sedar diri pun. Dia bangun, “Err… kalau Salim tanya ke… apa ke… cakaplah takde paper pun. Aku sajer je datang ni. Kang dia jeles pulak.”

Aku tersentak mendengar kata-kata Khairi tu. Mata aku je pandang diary tu, otak dah melayang ntah ke mana dah. Sedar-sedar je… setitik… setitik air air mata aku jatuh. Aku punyalah berharap Khairi tak toleh belakang. Tapi, betul-betul sebelum keluar tu, dia toleh jugak akhirnya. Kantoilah yang aku ni tengah menangis. Aku pun tak ingat sangat apa yang jadik lepas tu. Yang pastinya, Khairi pujuk punya pujuk, aku pun bagitaulah apa yang jadik.

***

“So, kau tak datang sekolah ni sebab frustlah?” aku pun membuat kesimpulan lepas lama sangat dengar budak Sara ni membebel. Dah hampir setengah kotak tisu dah dia abiskan untuk lap air mata ngan hingus. Tak reti aku nak layan pompuan ni… Tengok tu… aku tak buat apa-apa pun, dia tarik muka masam.

“Kau ni kan Khairi… aku tengah sedih-sedih ni pun kau nak kacau aku lagi,” Sara still buat muka kat aku, “Mestilah aku tak datang sekolah sebab frust, takkan kau percaya cakap mak aku yang aku ni sakit kot?”

Aku tersengih. Sayang jugak Sara ni kat Salim tu. Aku ingatkan main-main je. Apa aku nak cakap kat dia ni? Aku bukannya terrer sangat bab pujuk-memujuk ni.

“Tulah kau Sara, Salim tu punyalah baik kat kau. Engkau je yang malas sangat nak layan dia,” aku tak taulah aku cakap betul ke tidak tapi Sara tak cakap apa-apa pun. Aku pun sambunglah, “Surelah si Salim tu rindu kat kau, nak jumpa kau. Tak gunalah ada awek camtu. Kalau aku pon, aku mengamok.”

“Kalau dia sayang kat aku, takkan dia tinggalkan aku macam tu jer. Yang kau ni pulak, ewah… sedapnya kau salahkan aku yerk. Tapi memang salah aku pun…” Sara menghembus hidungnya. Nasib dia sedar diri memang salah dia pun. Tapi, nangis-nangis ni… eii lemah aku lah. Aku tengok jer, mata bengkak dia, hidung merah dia, tapi… still lawa lagilah. ‘Pap!’ Kuat aku tepuk dahi, apalah yang aku fikir ni. Sara menjeling, pelik. Aku… tak tau nak cover macam mana, spontan! terus gosok-gosok belakang dia. Dia… macam terkejut, tapi tak cakap paper pun.

“Khairi… aku nak tanya boleh tak?” dia menggenggam tisu kuat-kuat, “Kalau kau dapat awek pemalas macam aku… kau mengamok jugak tak?”

***

“Begitulah ceritanya,” Tan Sri pun mengakhiri ceritanya. Megat menatap notanya beberapa kali. Dia blank. Apa kaitannya?

“Erm… Tan Sri! Maaf… tumpang tanya sikit… err soalan saya tadi, macam mana Tan Sri dapat gelaran nama Tan Sri tu… apa kena-mengenanya dengan cerita tadi?” Megat teragak-agak menanya Tan Sri dan kerusi rodanya itu. Tan Sri tersengih.. “Lah… lupa pulaklah saya, macam ni sebenarnya, gelaran saya tu sempena cinta pertama sayalah, saya abadikan… S.M. tu untuk Sara Malas.”

“Oh… kalau macam tu, terima kasihlah Tan Sri sebab sudi luangkan masa dengan saya,” Megat menghulurkan tangan kanannya yang disambut erat oleh Tan Sri, “Takpe… takpe, saya suka semangat orang muda macam awak ni… Semoga berjaya dengan kerjaya awak ye.”

Megat mengangguk. Dia terus berlalu sambil tersenyum lebar. Berbangga dengan hasil kerjanya. Dia yakin assignment terakhirnya dalam pengajian kewartawanan ini bakal membuat pensyarahnya tersenyum. Megat memusingkan failnya dan membaca tajuk assignmentnya kuat-kuat, “KISAH HIDUP TAN SRI S.M. SALIM”
Cerpen sebelumnya:
Racun
Cerpen selanjutnya:
Suatu hari yang Tragis

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.9
7 Penilai

Info penulis

Ungku Laila Hanna Binti Ungku Mohsin

im your best kept secret and your biggest mistake
valium | Jadikan valium rakan anda | Hantar Mesej kepada valium

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya valium
Sudut Orang Ketiga | 3617 bacaan
Wahyu | 2267 bacaan
Kata Penjual Susu | 2584 bacaan
The Ragged Doll | 3473 bacaan
M01S05 - Tanah Hanyut | 4206 bacaan
Dari Langit | 2428 bacaan
Kepada Arman | 2593 bacaan
Bisu | 2955 bacaan
Terbang | 2573 bacaan
Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan | 3107 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

14 Komen dalam karya Cerita Malas
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik