Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Alahai... [Part I]

Cerpen sebelumnya:
pastikan.....
Cerpen selanjutnya:
Alahai... [Part II]

Huarghhhh. Aku menguap macam naga kelaparan. Uish..kalau ada Ma ni, mesti kena perli barang sedas dua. Aku tatap muka bersegi enam terpampang nama Everlast. Ah...dah pukul 6.30 pagi. Perlahan aku bangun, sempat termenung lebih kurang 10 saat. Bangun dan terus mencapai tuala.

Dengan kaki bagai terantai beban seberat 10 tan, aku berjalan ke bilik air. Aduh...kerja lagi hari ni, lambat betul nak hari jumaat. Pantas aku tekan suis lampu, terang benderang seluruh rumah. Roomate aku masih lagi terbongkang tidur. Kaki terkangkang dan tersenyum-senyum macam kena sampuk. Hrm...mimpi awek la tu. Beruntung orang ada awek. walaupun dia cuba menafikan tapi aku tahu dia tu memang jenis tak cerita kat aku pasal awek dia. Maklumlah, aku kan kaki perli. siaplah kena perli dan gelak sakan dengan aku. Sorry mate, i'm just a guy who love having fun. Aku tergelak sendiri.

Tanpa bertangguh, aku terus memutar kepala paip sebaik saja pintu bilik air berkunci. Gosok gigi dulu la, lepas tu baru mandi. Ya Allah, makhluk mana lah yang buruk benor kat cermin ni. Masih lagi mamai. Beberapa ketika, aku tergelak sendiri bila aku sedar wajah makhluk buruk itu adalah muka aku sendiri. Itulah...mamai lagi. Dah-dah, bangun-bangun...ada kerja penting hari ni. Dos-dos ubat semangat naik ke kepala. Hari ni aku mesti semangat, banyak kerja kat office tu untuk aku selesaikan.

Selesai mandi, terus terjingkit-jingkit aku berjalan ke bilik semacam mahu mengelak terpijak lantai simen beralas jubin. Buuuurrr...sejuk gila pagi ni. Ahhh...semalam kan hujan, memang la sejuk. Sejuk-sejuk ni kalau ada orang peluk sedap jugak. Tersengih aku sendiri melayan khayalan sewel 18SX di pagi-pagi hari. Pakai saja baju, seluar dan pantas membentangkan sejadah. Solat itu penting untuk memulakan hari supaya hati rasa tenang berhadapan dengan makhluk-makhluk Allah yang kejam ketika berebutkan LRT nanti. Usai solat, aku letak sikit gel rambut dan sapu kasi kemas sikit rambut. Tak perlu sikat, guna tangan nampak stylo sikit. Itu style zaman sekarang, wet look hair ala-ala serabai. Macam kutu rayap bergaya emo yang banyak kelihatan di Berjaya Times Square semasa lawatan "ilmiah" aku di hujung minggu. Stoking belang untuk perempuan dan berbaju serba hitam. Pengaruh band macam MCR atau nama panjangnya My Chemical Romance. Entah, aku bukan bergaya emo cuma aku malas nak sikat rambut. Lagipun, rambut aku memang sentiasa pendek. Takde la gaya budak-budak emo yang rambut serabai macam jerangkung tu.

Dah siap rambut, basuh tangan kat sinki. Lap tangan dan sembur sikit Burberry Summer. Wah...dah wangi dan bergaya untuk ke pejabat. Pantas ku sambar bermuka segi enam Everlast dan beg sandang. Owh..pas bulanan LRT. Sapu tangan dalam kocek seluar dan Sony NW-S703F dah bergayut di leher. Seleksi lagu pagi ni: The Cure - Boys Don't Cry. What a nice song, a good song to start a day, fikir ku sendiri. Pantas aku berjalan dan menyarung stoking dan kasut ke kaki. Terlihat roomate terkocoh-kocoh masuk ke bilik. Itu la...aku kejut tadi tak bangun. Tidur macam tunggul kayu. Buka pintu dan berjalan menuruni tangga. Kabus masih lagi terawang-awang, menyamankan udara pagi yang sedia dingin. Jelas kelihatan lopak-lopak air kelihatan, penangan hujan malam semalam. Kedengaran suri-suri rumah tangga memaparkan semangat kekeluargaan dari ketukan sudip berlaga dengan kuali. bau sambal ditumis dan cempedak goreng menusuk hidung. Perut mula berbunyi. Ish...kat office nanti la.

Sampai saja ke LRT, nampak la gadis-gadis genit masih lagi berbau wangi tetapi bermuka mengantuk menjadi bahan santapan mata di pagi-pagi hari. Kelihatan juga makcik-makcik yang kelihatan tak berapa bermaya menunggu LRT. Juga pelajar-pelajar yang terkocoh-kocoh berkejar ke sekolah, terlambat mungkin. Hampir 90% manusia-manusia disitu macam tak berapa nak bernyawa, barangkali masih mengantuk. Datang sudah satu LRT, maka disinilah titik permulaan kebangkitan semua muka-muka mengantuk tadi. Makcik-makcik yang tak berapa bermaya paling agresif. Tindakan menolak dan bertolakkan biasanya dipelopori oleh golongan ini. Seolah-olah saat kebangkitan mayat dari kubur, semuanya seperti dahagakan darah. Menakutkan sungguh. Dalam bertolak-tolak, aku berjaya menyelit bahagian sebelah tepi berhampiran pintu LRT. Wah...ini space paling selesa dalam tempat sesak LRT ni.

Keretapi sesak itu bertolak. Tak sampai 5 minit kemudian, tibalah di stesen Wangsa Maju. Disini situasinya lebih dahsyat. Manusia-manusia disini lebih gila. Bertolak-tolak dan menolak tanpa mengira jantina sudah menjadi perkara biasa, survival of the fittest kata ahli cerdik pandai. Siapa yang kuat, dialah yang menang. Siapa yang memberi ruang, dia akan ditolak, dilenyek macam kentang lenyek. Dalam kekalutan perebutan ruang itu, terlihat aku sesuatu.

Kelu aku dibuatnya. Wow...ini dah menarik. Yang pasti, pagi ku hari ini pasti indah. Aku tersenyum sendiri sambil lagu Berdua Lebih Baik berkumandang ke telinga. Ya, berdua lebih baik.

------bersambung----------

Cerpen sebelumnya:
pastikan.....
Cerpen selanjutnya:
Alahai... [Part II]

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis

mangifera

An IT practitioner by education, a planner by profession, a dreamer by nature. Im a contradiction of myself. Dont ask me to explain that. Savvy?
mangifera | Jadikan mangifera rakan anda | Hantar Mesej kepada mangifera

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya mangifera
Perang Tetikus | 2393 bacaan
Fillus Eden - Part III | 2056 bacaan
Kisah Rika | 2905 bacaan
Adik | 5172 bacaan
Serenity: For The Love of Peace | 3286 bacaan
Spesimen Alfa | 2081 bacaan
Kopi & Sianida | 2931 bacaan
Dua Garis | 3145 bacaan
Fillus Eden - Part II | 2261 bacaan
Fillus Eden - Part I | 2097 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

13 Komen dalam karya Alahai... [Part I]
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik