helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Cerita Pendek > Cinta
4.0
5 Penilai
TAM [ bersiri, keratan keenam]
Tarikh Dihantar: 7/08/2007 | 14:17:21 PM | 206 Bacaan
Share

TAM [ bersiri, keratan keenam]

sebelum :: keratan kelima

Oh, Tidak!

Sekali lagi aku menoleh ke belakang. Melihat si hitam. Hati ku berbelah bagi. Si bikin panas seolah-olah makin mendesak. Akhirnya, aku akurkan. Silap-silap, kalau aku tak ikutkan dia, mahu dia kecohkan satu kem aku tak tolong orang pengsan. Kecoh. Aku turuti dia ke wakaf. Kami menyelinap di celah-celah pelatih lain. Sebelum aku lihat si putih terbaring atas kerusi kayu. Wajahnya sedikit pucat.

Matanya sedikit terbuka waktu aku berdiri di kakinya. Kepalanya atas pangkuan si bikin panas yang sedikit tinggi. Wajah si putih basah, mungkin peluh, mungkin air yang di usap atas mukanya. Aku seluk tangan ke saku, pandangan terus ke boot aku. Tak sanggup aku nak tengok muka dia. Kamu tahu sebabnya. Bila si putih mula bergerak, ada orang yang sengaja menendang boot aku. Mesti kerja si buntal

“Kau OK?” aku pandang terus ke wajahnya. Si putih cuba menegakkan badannya.

“Abang…” tangannya sedikit longlai. Alah, kesiannya.

“Ouh. Dah ok lah ni,” nadaku landai. Sama landai dengan mood aku.

“Pening..”

“Hm. Rehatlah, kitorang nak abeskan kerja. Kau tu sakit, jangan buat kerja macam orang sehat.” Si putih mengangguk perlahan. terus aku putarkan badan.

Si buntal seakan-akan menghalang aku. Aku renung tepat matanya, menolak sedikit lengannya, juga sempat menendang boot saiz 12 itu. Aku tersenyum, lantas bergerak keluar dari wakaf separuh reput itu. Sampai sahaja aku di luar kumpulan orang tadi, sendi-sendi terus menjadi lembut. Si hitam berdiri betul-betul di hadapan. Pandangan kami terikat. Belum sempat mulut aku terbuka, dia berlalu dengan satu sengihan yang sinis. Oh, tidak!

Selepas itu, si hitam terus menjauhkan diri. Bila aku cuba merapati, dia berganjak jauh. Lantas satu hari kami tak bersapa. Satu hari aku kecewa. Sayu. Geram. Lagi-lagi si putih. Lagi lagi si putih. Bagai aku sedang begerak atas papan chess. Sekejap putih, sekejap lagi hitam. Kali ini tak tahu lah berapa lama si hitam akan mogok. Baru semalam luka kami sembuh, baru semalam kami tersenyum sendiri. Hari ini, si hitam monyok bagai salamander. Salamander yang panjang muncungnya.

Muncung si hitam makin memanjang waktu feed-back dalam kumpulan. Aku tak putus memandang dia. Terperesuk di tepi tingkap. Kembali dengan wajah sombong waktu pertama kali aku lihat dia. Juga kembali merenung ke luar tingkap. Wajahnya ada riak sugul. Ada lagu sedih. Dan aku terasa gemersik sepinya.

Kami hilang dalam perbincangan malam itu. Bagai angin yang berhenti, juga bagai ombak yang mati, mulut dan hati kami terkunci. Si hitam langsung tak perhatikan aku. Nasib baik si putih tak datang malam ni. Mungkin dia berehat. Biarkan. Abaikan. Saksikan apa si putih lakukan antara aku dan si hitam.

Sesi feed-back tamat sangat awal. Memberi kami lebih ruang senggang untuk berehat. Esok, kami bakal ke Klinik Kesihatan Bukit Pelanduk. Penah dengar? Bukit Pelanduk, kawasan pembunuhan beramai-ramai. Juga kubur mangsa pembunuhan paling besar mungkin di Malaysia. Terbahagi kepada dua mangsa. Babi dan manusia. Pembunuh? Mereka saling berbunuhan sebenarnya. Babi menggunakan agen paling licik untuk membunuh, nyamuk. Menggunakan peluru yang pantas membunuh, virus JE.

Terus, manusia jadi kelam-kabut. Terus semua orang ribut. Askar-askar berkawal, darurat tahap pertama untuk Bukit Pelanduk. Di situ, waktu itu, pembunuhan beramai-ramai dilakukan. Tanpa belas, tanpa kasihan. Mereka dibunuh, perut mereka dibelah, dan ditanam secara beramai-ramai. Kesian babi. Mereka tak bersalah. Tapi, siapa suruh mengada-ngada bawa virus JE.

Tutup cerita Bukit Pelanduk. Itu esok, malam ini, di sini, aku sendiri yang berperang dengan si hitam. Menggunakan agen pembunuh paling berjaya, psikologi. Aku yang terbunuh, dia turut terkena serpihannya. Namun, dia lebih jelas kesannya. Tanda-tanda awal jelas kelihatan, monyok, tidak bercakap, kurang bergaul dan dia terus pulang ke bilik selepas sesi tadi. Terus aku jerit perlahan namanya. Kakinya masih bergerak.

Tak mungkin aku sia-siakan malam ini. Tapi si hitam tak mahu berhenti. Kepala aku kian berserabut. Kami akan berterusan begini kalu tak diselesaikan. Bukan salah aku, dia yang salah faham. Bukan juga salah dia. Aku yang masih lambat menjelaskan apa yang kelam dari pandangan kasarnya. Si hitam makin jauh, langkahan makin ligat. Tak boleh jadi. Nekad.

Aku berlari terus memintas si hitam. Si hitam masih melangkah, memberikan aku tiada pilihan lain. Terus aku berdiri di hadapannya. Nasib si hitam sempat berhenti, badan kami hanya terpisah dalam kiraan inci. Jantung aku terhenti. Masa juga sama berhenti. Suasana tepu. Si hitam angkat mukanya perlahan. perlahan juga mata kami bertaut. Aku tak kisah siapa pandang. Aku tak kira siapa tenung. Aku tak mahu tahu siapa yang meluat. Aku hanya mahu lihat matanya. Merah, sedikit berair. Wajahnya, bibirnya, sedikit pucat. Lemah saja air muka si hitam.

“Kau menangis?” kalaulah ikutkan hati, mahu sahaja aku seka matanya. Dia geleng perlahan.

“Aku nak balik bilik, penat. Boleh tak ketepi sikit.” Dia kembali tunduk.

“Aku minta maaf. Dia pengsan tadi, takkan lah aku nak biarkan macam tu, lagipun..”

“Cukup Safwan. Aku tak ada kaitan antara kau atau dia. Korang nak buat ape buat lah.” Si hitam berganjak sedikit ke belakang.
“Safwan, aku penat. Kaki aku sakit. Boleh tak kau bagi aku balik?” dia mula melangkah. Aku terdiam. Pedih.

“Geng dia yang tarik aku pegi situ.” Suara aku sedikit kuat, tapi entah sampai atau tidak ke cupingnya. Dia berlalu. Tiada sahutan, tiada jawapan. Aku yang termangu. Ketika aku berpaling, yang sempat aku lihat, kelibat dia masuk ke pagar berek Wirawati. Kecewa.

Aku terus ke berek. Terus melompat ke katil. Aku tekup muka dengan bantal. Aku benar-benar mahu si hitam. Selepas Shelly, aku takkan terlepas lagi. Aku takkan buat kerja gila lagi. Tolonglah. Kalau benar aku akan bercinta, berikan aku cinta nan sampai mati. Kalau tidak, jangan biarkan hati ku di curi dan di hempas lagi. Sisi bantal digenggam erat dek tangan aku. Entah bila, aku terlena.

MEJA

Man tergesa-gesa menolak badan aku. Sedar-sedar sahaja, dia sudah berdiri di hadapan aku. Mak Ngah mahu berjumpa dengan aku. Pendek sahaja ayatnya. Aku yang masih mamai terus tumbang kembali. Man tarik kaki aku ke bawah katil. Hampir-hampir aku tergolek jatuh. Mak Ngah mahu berjumpa dengan aku, sekali lagi aku dengar dari bibir dia.

“Mak Ngah kata, baik kau jumpa kalau tak nak menyesal.” Terus Man keluar bilik.
“Kantin, tempat biasa.”

Cepat-cepat aku sarungkan alas kaki. Ke tandas, berkumur dan membasuh muka. Sedikit segar. Bila aku lihat wajahku di cermin, aku sedar, memang aku tak layak untuk si hitam. Dia amat manis. Macam cendol. Silap, macam cincau.

Sampai-sampai di kantin, aku lihat Mak Ngah, Man, Epal dalam satu meja. Belum lagi sampai, Mak Ngah lebih dahulu bergerak ke arah ku. Kami ke meja berasingan.

“Kau buat ape dengan kawan aku?” aku terdiam. Masih ada baki mamai dalam kepala ku.
“Kenapa dengan Amir?” Mak Ngah tanya perlahan. Aku angkat bahu.
“Wan, aku tanya kau elok-elok ni.”

“Aku tak tau. Dia monyok dari tadi.”

“Dia menangis dalam bilik tadi tau tak. Nasib baik aku perasan waktu nak keluar tadi.”

“Nangis?”

“Kau jangan buat-buat tak tahu. Bila aku tanya dia tadi, dia tak cakap apa-ape. Tapi bila aku marah dia, dia sebut nama kau je.” Mak Ngah pandang aku tepat. Seram pulak tengok mata dia macam tu.

“Boleh panggilkan dia? Aku janji aku settlekan malam nih. Aku pun tak paham gak ape yang dia marah sangat.”

“Tapi aku tak janji dia datang. Kesianlah tengok dia mcam tu. Kau cakap dengan dia elok-elok. Aku try panggil dia kejap.” Mak Ngah terus angkat kaki ke bilik. Aku masih tunduk. Dari jauh, Man dan Epal pandang semacam.

Aku bangun, terus ke kedai. Beli cincau dan satu straw. Kemudian, aku duduk balik dekat meja yang tadi. Meja paling belakang, tiada orang selang beberapa meja di hadapan. Biarlah, aku tak selesa ada orang sekeliling. Ada beberapa pasangan lain sekeliling kantin ni. tapi aku tetap tak selesa berdua. Mungkin bukan kebiasaan. Mungkin ada rasa bersalah. Aku genggam tin cincau. Mak Ngah datang semula. Macam dia seorang. Tapi Mak Ngah tak menuju ke meja aku. Dia ke meja Man dan Epal. bila Mak Ngah belok, baru aku perasan si hitam.

Si hitam terus ke meja ini. Dengan tudung biru pekat, dan sweater hitam, dia macam orang berkabung. Tambah pula dengan muka yang makin sugul. Dia ambil tempat setentang dengan aku. Kami diam. aku letakkan tin cincau depannya. Dia diam. pantas aku ambil kembali, menggunakan baki 50sen tadi, aku selak celah pin, dan tarik. Laju sahaja pin terbuka, tak perlu aku gunakan tenaga berlebihan. Aku letakkan straw, sedut sedikit, dan letak kembali di hadapannya. Si hitam senyap. Kami senyap.

Genting…

Tin tadi mula berair. Kami masih senyap. Tiada siapa bergerak, tiada siapa berkata. Aku renung muka si hitam. Hati aku bergoncang. Bantu aku. Aku terpaksa luahkan. Si hitam tunduk, terus ke kakinya.

“Maaf, pagi tadi. Aku salah. Maaf.” Aku bermula perlahan. si hitam masih kaku. “Aku nak cari kau, tapi tak jumpa. Time aku minum rehat tu, dorang datang kat pondok tu, bila aku nak blah je dia pengsan. Lepastu…”

“Aku tau, tak payah cerita. Dah ramai cerita. Aku tak nak dengar.” Si hitam mengangkat sedikit wajahnya. tapi masih belum mahu memandang ke arahku.

“Aku minta maaf.” Si hitam kembali membisu.
“Aku suka kau.” Erk. Kenapa aku confess macam tuh? Si hitam tak memberi respon. Tapi gerakan jari jemarinya terhenti secara tiba-tiba. Mulutnya masih terkunci.
“Tapi, aku tahu kau dah ada BF kan. Tu ah aku tak nak kacau line. Aku tak nak curik harta orang.” Si hitam pandang terus ke mata aku.

“Kalau kau tak tanya, kau tahu ke?”

“Tanya ape?”

“Aa.. tak ada apa-apa.”

“Aku nak tanya dah byak kali. Kau suka aku ke tak. Tapi kau ada BF kan, tak guna kalau kau sayang aku sekarang. Nanti dah habis PKN, kau balik kat BF kau balik.” Mata aku pula menunduk. Hati aku berdegup selaju yang mungkin. Terasa degupannya melonjak dekat dada..terasa bagai mahu meloncat keluar jantungku.

“Ada kau penah tanya aku suka kau ke tak?” si hitam terus membuat nafas aku tersekat. CPU. Tolong, CPU.

“Kan aku dah kata, buat ape aku tanya, sedangkan kau ada BF. Kalau kau suka aku, kau sanggup tinggalkan BF kau?”

“Mana kau dengar aku ada BF?”

“Six sense.” Kalau betul ni mesti hebat six sense aku. Hari itu dah tepat dah.
“Kau ada BF kan.” Kami terdiam, si hitam tunduk.
“Betulkan..” suara aku lebih mendatar. Aku pandang jemarinya yang kembali bersilang-silang.

Si hitam pandang muka aku. Agak lama, sebelum dia menganguk.“Tapi…”

“Tak pe lah. Aku dah agak dah. So, mmg kita tak perlu confess apa-apa kan. Kau hak orang, aku tak nak jadi perampas.” Hati aku berdegup dengan halaju negatif. Ada salur darah yang terputus rasanya, atau mungkin ada tulang yang mencucuk ke dalam jantung. Berdarah. Terluka. Pedih. Dah ada BF, kenapa salahkan aku main tarik tali.

“Tapi, kitorang dah nak putus…” mata si hitam menangkap anak mata aku. Ada riak-riak meminta, atau riak kemahuan di situ.

“Kau sayang aku?” pandangan kami terus terikat, terus dan tidak berganjak.

“Kau pun ada GF kan. Aku tak nak kacau.” Dia terus main tarik tali.

“”Berapa kali aku nak kata. Aku single. Aku tak nak couple awal. Kalaulah aku tak jumpa kau…” aku terdiam. Dia turut terdiam.
“Aku tak penah declare, aku tak tau couple dan tak pernah. Ok?” si hitam angguk.
“Aku tanya kau tadikan..aku nak jawapan.”

“Tanya ape?” kang aku blah kang. Hati aku dah tak mampu menampung beban macam ni.

“Aku sebut sekali je. Aku tanya sekali. Jangan main-main, kali ni aku serius. Stop main tarik tali lah.” Ada kekerasan pada hujung ayat tadi. Wajah kami bertaut kembali.

“Kau sayang aku?” si hitam pulangkan soalan tadi kepada aku.

“Aku tanya kau dulukan…”

“Kau sayang aku?” si hitam ulang soalan yang sama. Terus buat aku sakit hati. Makin lama, makin pedih degupan jantung ni.

“Aku sayang kau.” Terkeluar juga ayat tadi. Terus pandangan kami ke dalam anak mata. Terus kami terdiam lagi. Aku dah tak mampu. Malu. Aku confess, tapi dia tak jawab pun soalan aku.
“Tak pe lah. Aku bagi kau masa. Satu malam. Esok, time KK, aku nak jawapan.” Si hitam terdiam. Kembali tunduk dan bermain jemarinya.
“Kalau kau suka aku, kau jawab A. kalau kau tak suka aku, kau jawab B.” kenapa aku pakai idea tu?
“Senangkan, so kau tak perlu sebut, safwan, saya suka awak..” si hitam masih diam.

“Bagi aku masa…” perlahan sahaja suara si hitam.

“Kan aku dah kata tadi, satu malam. Dah cukup lama kita main tarik tali.” Aku ambil sedikit air cincau tadi, hirup. Kering tekak aku, tapi sedikit kelegaan untuk jantung ini.
“baliklah, fikir elok-elok.”

“Nanti kau menyesal..”

“Kau fikir tok diri kau. Jangan menyesal. Aku tau ape yang aku buat.” Jam dinding dah hampir tunjuk jam 11.
“Juga, aku mahu couple sekali je. Kalau taknak, jangan amek risiko.”

“Bagi aku masa..”

“Dah nak waktu tidur. Jumpa esok, fikir lah elok-elok..” aku tinggalkan cincau di hadapannya, sekali lagi. Walau dia langsung tak sentuh tin tadi. Pantas aku beri ucapan salam, dan beredar pergi. Si hitam turut beredar, bersama cincau. Aku tak menoleh kali ini. Esok, segalanya.

Aku tidur dalam keadaan separuh lena. Kalau apa yang aku buat ni salah, tunjukkan.

 

menyusul :: keratan ketujuh



HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
5 Penilai
Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Perihal Penulis
zInggOf
Hantar MesejzInggOf

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Lain-lain karya zInggOf
M01S09 - Arukh Safuna (finale 1/3)
tangsi
rahsia
DOA
rajawali e2
rajawali
Tiket: Dua
TAM [ bersiri, keratan kelapan]-terakhir
TAM [ bersiri, keratan ketujuh]
TAM [ bersiri, keratan kelima]
Lihat semua

iklaneka
Kapasitor Mini via Facebook
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan ToolbarIklan Pertandingan
Iklan TshirtIklan Kapasitor
muat turun
Dewan Gemilang Kapasitor 2009
Ringkasan Panduan Penulisan & Menghantar Karya
Aku Budak Setan: Nazihah (Versi Sopan)
Unwritten
Akhirnya Jo Sudah Tahu
Iklan di sini RM1/sehari