sebelum :: keratan keenam
22 FEBRUARI 2005, selasa.
Kami bergerak sangat awal. Jam enam setengah, bas sudah bertolak. Puas kami terjerit-jerit mahu kejutkan ahli kumpulan yang lain. Semua tidur mati. Aku awal-awal sudah bangun. Tidur separa lena. Tapi kami top-up tidur dalam bas. Jauh juga Bukit Pelanduk dari kem. Lebih dua jam seingat aku. Lena kami terputus hampir jam sembilan pagi. Jalan berlekuk ketika lorong masuk ke bukit pelanduk. Dikatakan akibat trak-trak tentera yang melalui kawasan ini ketika tragedi hitam pembunuhan beramai-ramai.
Langkah kanan. Kami bawa sarapan dari kem, namun pihak klinik kesihatan turut menyediakan kami sarapan yang lain. Kuih dan nasi lemah daun pisang. Ini yang aku terliur. Sudah beberapa bulan tak dapat makan nasi lemak daun pisang balut surat khabar. Turun sahaja dari bas, kami diberi taklimat ringkas, dan dibenarkan makan.
Sengaja aku ambil tugas membahagi makanan. Mahu jumpa si hitam. Mahu dengar jawapannya. Malah, awal-awal aku asingkan bahagian kami. Takut-takut terkurang. Kempunan pula nanti. Bila si hitam datang, aku tersenyum. Jantung tidak berdegup melompat keluar, tapi seakan-akan terlena melihat wajahnya. Air wajahnya lebih ceria hari ini. Tak seperti semalam. Kami tersenyum.
“Jual makanan pak cik?” si hitam beranjak ke sisi aku. Memberi ruang untuk orang lain mengambil makanan. Juga memberi kami ruang untuk berborak.
“Adik..” umur kami berbeza du bulan. Dia lebih tua. Dia lahir 8 Ogos, aku 8 Oktober.
“Muda sangat lah tu. Jual ape ni? Tak promote pun.” Aku pandang wajahnya, sambil tangan aku ligat memberi makanan kepada orang lain. Aku jeling ke sebelahnya. Dia menoleh. “Ooo. Dah siap asing. Sapa punya ni?”
“Kita.” Aku tersenyum.
“Amek semua?”
“Tak cukup lah…kena pilih. Nasi lemak tu A. kuih B. ha, kau nak pilih mana? A ke B?” aku tersenyum. Dia pandang terus ke wajah ku.
“Nak dua-dua boleh tak?” ayat itu buat aku tergelak, dan sedikit tersedak.
“Tembam. A atau B?”
“Aku nak… C.”
“Nak main tarik tali?”
“Kau kata satu malam. Rileks ah, hari ini ada lagi 18 jam lebih.” Si hitam tersengih. Terus dia berlalu. Bila aku putarkan kepala, dia tinggalkan kuih, capai nasi lemak. Aku tersenyum sendiri. Dari jauh aku lihat tangannya berhayun senang.
Klinik kesihatan ini, sangatlah besar. Tapi agak kurang terjaga. Longkang-longkang luar pagar semuanya tersumbat, tambah lagi dengan semak samun. Memang beranak-pinak semua kerabat di-raja nyamuk. Puas kami kaut tanah. Daun dan kayu-kayu yang menyekat longkang. Kemudian kami cantas, tebas, semua semak dan lalang. Wirawati, menyapu sekitar klinik, juga taman-taman yang penuh dengan daun-daun kering. Cuaca awal pagi sedikit membantu kami.
Masuk sahaja jam 12. Matahari terus tak bertapis. Pantas kami siapkan sisa kerja, dan duduk dalam bangunan kelinik. Nyaman. Kampung-kampung, ulu-ulu pun tempat ni, klinik kesihatan ini tetap berhawa dingin. Terus kami bukak kasut, dan tidur. Sampailah tiba waktu makan tengahhari. Gabungan kenyang dan penat, juga ditambah pemangkin angin sepoi-sepoi, lebih membuat kami mengantuk. Siap solat zohor, kami beramai-ramai tertidur. Ada yang dalam bilik menunggu, ada yang di luar, tak kurang dengan yang berbaring dekat kerusi panjang belakang bangunan.
Lena aku tak panjang. Aku duduk dekat hujung salah satu kerusi. Jam satu, ada kumpulan dari kem lain datang. Sepatutnya, kami bekerja bersama. Tapi sebabkan mereka sangat lambat, biarlah kerja selebihnya mereka uruskan. Tak terlalu banyak pun. Aku sedikit mengelamun, menunggu si hitam beri jawapan. Bagai tunggu batu belah batu bertangkup terbuka.
Bila mataku sedikit terpejam, kaki aku disepak. Terus terkejut, nasib aku tak melatah. Aku kesat mata, sedikit kabur, sedikit mamai, budak yang menyepak kaki aku dengan slumber tadi ambil tempat di sisi aku. Mata aku masih belum stabil. Tapi, hidung aku lebih dahulu kenal orangnya. Bau perfume yang paling aku gilakan. Si hitam. Di duduk memandang ke depan. Aku juga begitu. Tak melihat sesama sendiri, kedudukan kami berselang angin. Hampir-hampir baju kami bersentuhan.
“Tak tidur?” aku turunkan tangan. Menarik-narik poket seluar.
“Tak boleh tidur. Tapi mengantuk.”
“Tak tidur? Tak cukup tidur?”
“Puas pikirkan jawapan. Tapi tak jumpa-jumpa.”
“Jangan paksa diri. Lagipun kau ada orang yang sayang kau.”
“Aku dah telefon dia semalam.” Si hitam jawab tenang. Aku pandang wajahnya. Dia masih pandang terus ke hadapan. “Kitorang dah tak ada apa-apa.”
“Sebab aku?”
“Aku tak bagi jawapan lagi, tak ada kaitan ngan kau. Jangan perasan.” Si hitam ni pun senget juga. Bila masa aku perasan. “Kitorang tak boleh lagi dah.”
“Ouh..”
“Kau jangan menyesal. Aku ni jenis mengada-ngada.” Dia pandang ke arah aku.
“Kau pun jangan menyesal, aku ni lagi ngada-ngada.”aku pandang matanya. Elakkan matanya, aku pandang seluruh wajah. Hidung mancungnya paling menyerlah. Macam hidung tampal.
“Kau betul-betul nak suruh aku pilih?
“Aku nak jawapan. Boleh?” kami terdiam. Sangat lama. Si hitam bermain jari, menghentak-hentak kasut. “Tak pe lah. Kalau nak masa lagi, aku boleh bagi. Kalau kau xnak pun aku terima. Cuma tak nak kita asyik salah faham.”
“A” perlahan suara si hitam. Terus tunduk ke bawah. Aku pandang wajahnya. ada bunga api dalam jiwa aku, meletup-letup.
“Apa?”
“Aku cakap sekali je. Tak nak ulang. Aku serius.” Dia masih tunduk. Aku senyum. Tapi sedaya upaya mencuba untuk tak tersengih.
“Jangan menyesal.”
“Kau pun.”
“Kenapa kau suka aku?” dia pandang mata aku. Sangat dalam. Pandangan dan soaalannya, menusuk ke hati.
“Ada 3 sebab. Tapi rahsia.” Aku pun tak tahu sebab sebenar kenapa aku sayang dia. Perlukah ada sebab untuk meyayangi seseorang?
Di situ kami bermula. Hari selasa, 22 Februari 2005. Antara mingu-minggu terakhir sebelum PKN tamat. Selepas itu, kami hanya berdua. Di kebun, bersama memonggeh buang mangga, kami cari mangga masam, kemudian duduk di tepi batas, berdua menahan masam. Sambil melihat anak-anak ikan melompat.
Kami bertukar kad nama PKN kami. Pernah sekali kami di suruh beratur dalam barisan secara tiba-tiba. Si hitam pula amat jauh untuk kami tukar ke kad sendiri. Mahu atau tidak, di dada aku, kad bernama Amirah, di dadanya, kad bernama Safwan. Jadi bahan kami. Untung kami tak didenda. Kad PKN kami tak pernah bertukar tangan kecuali hal penting. Aku simpan kad PKNnya, dia simpan kad aku. Aku buat janji, kalau sesiapa pulangkan kad, maksudnya, dia putuskan hubungan kami.
Aku dan dia
Kami berdua ketika malam, sebelum jam 11. Setiap kali jam 11, kami bagai enggan berganjak. Kami, dan hanya kami. Berkongsi cincau, dengan straw biru. Walaupun ada cerita yang membuatkan tin cincau kami kemek di tangannya, tapi itu lumrah bukan.
Pernah si hitam bergaduh dengan ahli kompeni, semata-mata dek berkawan dengan kompeni musuh ketat. Penah juga si hitam tarik diri dari pertandingan dek nama aku disebut dengan sinis. Terus, kami bergini. Seperti ini. Biarkan orang kata apa. Abaikan orang berfikir apa.
Sampailah saat-saat PKN kami tamat. Esok. 6 Mac. Tak lama dari tarikh 22 Februari. 14 hari sahaja. Kalaulah bulan Februari ada 30 hari, bukannya 28 hari. esok kami berpisah, entah bila lagi akan berjumpa. Dia jauh, nun Kota Tinggi. Aku di Melaka. Izinkan kami bersama. Biar sebentar, biar sekejap lagi.
Aku sarungkan baju melayu biru malam ini. Siap bersongkok dan bersampin. Ramai lagi yang buat kerja gila. Malam ini malam terakhir, gadis-gadis ramai yang menyarungkan kebaya. Lebih lagi, memang ada arahan supaya memakai baju kebangsaan pada malam ini. Selesai taklimat perpisahan, kami di benarkan bergerak bebas sehingga jam satu pagi.
Aku tertinjau-tinjau si hitam. Dia tenggelam dalam kumpulan wirawati yang ramai. Puas aku tercari-cari, rupanya dia paling hadapan. Aku gunakan Man untuk memancing dia keluar. Si hitam berjalan ke arah aku. Dengan lembut, selembut angin. Baju kurung longgarnya turut biru, malah persis warnanya dengan baju aku. Pertama kali aku melihat dia dalam pakaian kurung. Selama ni tidak baju kemeja PKN, mesti dalam baju serupa askar mahu pergi berperang. Malam ini terserlah betapa wanitanya si hitam. Aku sedikit terlopong bila dia makin mendekati.
Kami duduk di tepi dewan. Sedikit belakang. Kami ambil gambar bersama. Dalam baju sama biru. dalam muka sama terbakar, juga dalam hati sama sayu. Tidak banyak kami bualkan, lebih banyak terdiam, antara kami terisi suara hingar dari pelatih lain. Dek keadaan tak menyelesakan, kami beralih ke depan bilik sakit. Kami berdiri dekat tiang yang sebesar lengan. Aku tatap wajah si hitam. Bujur sirih, hidung macung, bulu kening sedikit lebat, matanya yang runcing di tepi, pipi yang sedikit tembam. Si hitam lebih banyak tunduk. Langsung tak memandang ke mata ku.
Kami diam. Lama, amat lama, sampaikan masa berlalu dengan begitu sahaja. Inikah pengakhiran untuk 3bulan? Aku jumpa dengan engkau dalam kesombongan 3 bulan yang lalu, aku pecahkan kebuntuan kita 3 minggu yang lalu, aku ikat tali kecil antara hati kita 3 minggu yang lalu, hari ini, semuanya akan tamat. Esok kita akan pergi, esok engkau akan pergi, semula, kita kembali ke asalan.
Adakah dunia itu adil? Kenapa kita dijumpakan dalam keadaan begini? Dalam kepastian ada perpisahan di tengah jalan.
“Dunia ini adil?” si hitam seakan-akan membaca fikiran aku. Aku angkat bahu. Dia tunduk, sayu sahaja bunyi keluhannya.
“Mungkin ada rahsia yang kita belum tahu.” Aku turut sayu. Tapi mata aku enggan terlepas sesaat pun dari perhatikan wajah kecil si hitam.
“Bila kita akan jumpa lagi? Kenapa mesti jadi macam ni? kenapa kita perlu jumpa kat PKN?” mata si hitam sedikit merah, dia tunduk lebih bawah, mungkin tak mahu aku terasa dengan matanya yang kian berair.
“Kita akan jumpa lagi. Aku janji, kalau bukan waktu terdekat, aku janji akan cari engkau.” Aku turut sedih, namun air mata aku tak terkeluar. Tak mungkin aku mampu menangis setelah bertahun mata ini kering.
“Aku tak nak balik.”
“Amir, jangan macam ni.” aku letak tangan di kepalanya, tapi belum lagi menyentuh tudung birunya, aku tarik kembali. Si hitam mula tersedu. Tangannya menutup mata. Gerakan bahunya jelas menceritakan betapa laju air yang keluar dari matanya. “Amir, pandang aku..” si hitam menggeleng. Tangan kirinya menarik keluar tisu kecil. Terus ke wajahnya. dia terus tunduk. “Amir, pandang aku.. kau dah tak nak pandang muka aku lagi?” dia angguk. Tapi masih tunduk. “Kalau kau tak pandang aku, aku balik berek.” Si hitam diam. tiada respons. Aku gerakkan kaki aku selangkah.
“Kenapa kau paksa aku,” wajahnya masih ke bawah. Tapi esaknya sudah perlahan. Diusapnya sekeliling mata.
“Pandang aku. Aku tak nak paksa kau. Aku merayu. Pandang aku.” Si hitam masih mengesat mata. Dengan perlahan dia angkat wajahnya.
“Kau nak ape.” suaranya ada nada kesayuan. Aku pandang anak matanya. Jauh ke dalam, kami kunci pandangan kami. Aku terasa bagi mahu mengusap pipi itu.
“Safwan Sayang Amirah. Forever.” BUWEEEEEEEEEKKKK!!! Super jiwang. Cam budak tadika.
“Me too.” Dia mengangguk. Jangan Amirah, jangan muntah. Nanti orang kata kita ada skandal dalam kem. “Janji dengan aku..”
“Ape?”
“Kalau lepas ni kita tak jumpa lagi, jangan tunggu aku. Anggap je lah kita memang untuk 14 hari.” mata si hitam kembali berair.
“Aku tak nak janji. Aku dah kata, aku akan couple sekali je. Sampai mati pun aku tetap akan couple sekali je.” Aku pandang jemarinya. Si hitam turut pandang ke ara yang sama. Jarinya runcing, tapi ada sedikit iras jari lelaki. Memang budak kampung betul.
“Tapi..”
“Syyy. Aku dah cakap kan. Tapi.. kalau kau jumpa orang lain, kalau kau nak pulang balik kat BF kau, pergilah. Aku tak ada hak nak halang kau. Kita jauh. Bertemu lagi pun tak tentu. Tapi, tolong jangan cari aku lepas tuh.” Aku telan air liur. “Pulangkan kad PKN aku balik lepas tu.” Mata kami bertaut lagi.
“Aku tak nak balik. Nanti tak dapat jumpa kau.”
“Kalau kau masih dengan aku, aku akan cari kau balik. Aku cuba sedaya upaya. Sejauh mana pun, aku akan jumpa dengan kau, walaupun setahun sekali.” Aku bercakap dengan nada yakin. Padahal, selain asrama dan rumah, mana pernah aku ke tempat lain.
Waktu makin laju, bila jarum hampir jam satu. Kami berdua bisu kembali. Sampailah arahan suruh pulang ke berek. Kami berpisah. Kami melangkah, tapi baru beberapa langkah, si hitam panggil aku kembali. Pantas aku ke arahnya. Bibirnya merapat ke wajahku. Perlahan ke telinga ku.
“Amirah Sayang Safwan. Forever, I love you. Good nite sayang.” Suara bisikan itu, bagai bergema dalam hatiku. Kalau tak jurulatih mula menjerit, mesti aku terkaku di situ. Dia panggil aku sayang. WOW! Terbang melayang. Malam itu tamat begitu. Malam itu tamat dan tak mungkin pulang kembali.
6 Mac 2005. Kami pulang. Kami berpisah dengan perbualan pendek. Mak si hitam tak datang, jauh. Tapi mak abah aku datang. Katanya mahu terus ke kampung. Sempat aku kenalkan si hitam pada emak. Mak tak berapa ambil hal. Baginya couple tak penting. Lagipun minggu depan keputusan SPM akan keluar. Itu yang lebih dia beratkan.
Aku melambai si hitam. Lambaian mungkin terakhir, dan kami terpisah. Entah sampai bila. Dalam kereta, aku terdiam. Dalam bas, ada orang cerita, dia tersesak-esak, dari awal bas bergerak, sampailah dia terlena sendiri. Dalam pelukannya, ada lukisan yang aku berikan sebelum kami berpisah. Dalam genggaman aku, ada kad PKN dengan nama Nor Amirah.
menyusul :: keratan kelapan ~ finale
|