helpHelpfeedbackFeedback  Register
Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Selamat Datang Pelawat
Eh, masih belum mendaftar?
Log masuk jika sudah mendaftar
Penulisan > Cerita Pendek > Cinta
4.9
11 Penilai
TAM [ bersiri, keratan kelapan]-terakhir
Tarikh Dihantar: 8/08/2007 | 03:53:54 AM | 376 Bacaan
Share

TAM [ bersiri, keratan kelapan]-terakhir

sebelum :: keratan ketujuh

 

5bulan.

Antara aku dan dia terputus hubungan? Mungkin jawapannya ya, tapi untuk 48 jam. Tepat 48 jam, terus aku telefon ke rumahnya. Kejutan. Bila aku sebut sahaja nama Safwan, suara perempuan yang menyambut telefon itu terus panggil nama si hitam. Bagai sudah kenal aku. Aku dan si hitam berbual pendek. Dari situ, aku tahu nombor telefon bimbit si hitam. Nasib baik dia guna Hotlink. Waktu itu SMS 5sen seingat aku.

Bila result spm keluar, sedikit kecewa. Target Full A1 tak tercapai, malah dari 12 subjek, ada beberapa yang terus tak dapat A. nasib baik subjek penting semuanya A1. Kecuali biologi. Maaf, aku takkan jadi doktor. Terus aku telefon si hitam. Tapi dia tak menjawab. Dia rahsiakan keputusan, sampai sekarang, yang aku tahu, tak berapa elok, walaupun untuk ke matrikulasi.

Kami teruskan kehidupan bersama dalam SMS. Dunia kami berasingan, dia di Felda, sedaya upaya mencari kolej yang mampu dibayar. Aku, berpuluh-puluh surat tawaran kolej swasta datang. Paling penting, tawaran tajaan ke luar negara turut lulus. Jepun. Ada dua tahun persediaan di UM. Juga dua tahun untuk kami.

Aku terima tawaran itu. Itu sahaja pilihan paling elok tersedia. Takut-takut aku tak berjaya dapat tajaan yang lain. Bulan 6, aku sudah ke UM untuk persediaan. Si hitam masih belum ke mana-mana. Dia rahsiakan aku segalanya tentang pelajaran. Kami bagai terpisah dengan jarak ini, pendidikan.

Tapi belum pernah aku kecilkan dia, malah aku suruh dia mencuba. Positifnya, dia terima tawaran ke kolej swasta di Melaka. Kenapa Melaka? Kenapa bukan tingkatan 6? Kenapa bukan tempat yang lain? Jawapannya, pada dia. Bila aku tanyakan dia, dia sebut nama aku jadi alasan. Sekurang-kurangnya, kami akan bertemu kembali. Walau sisa hanya kurang 2tahun.

Bulan tujuh. Aku awal-awal pagi sudah menunggu. Lagipun, hari ini abah ada court-case. Hanya satu jalan dengan kolej itu. Aku tumpang kereta abah. Kemudian abah tinggalkan aku depan pintu kolej. Si hitam daftar hari ini. Tak mungkin aku sia-siakan ruang ini. Hanya selepas lima bulan, kami akan bertemu. Ironi bukan, kami bertemu 3 bulan, kami bercouple 3 minggu, tapi kami perlu tunggu 5 bulan hanya untuk bertemu kembali.

Si hitam datang dengan adik beradik dan ibu ayahnya. Aku salam keduanya, juga tersenyum pada si hitam. Kami tak punya peluang yang panjang untuk berbual. Dia ada proses pendaftaran. Antara ruang itu, aku berbual dengan ibunya. Juga kakaknya. Dari situ aku tahu nama manjanya di rumah. Ada sedikit lucu. Tak pula aku tanya sebab. Selesai proses pendaftaran, si hitam ke rumah sewa. Kemudian, kami berpisah sekali lagi.

Rumah sewanya tak jauh dari Melaka Central (MC). Hanya lima enam minit menapak. Sudah sampai. Bila kami berjumpa, selalu kami duduk di kerusi biru dalam tempat menunggu untuk bas antara negeri. MC agak selesa, ada penghawa dingin. Tak terasa bahang menunggu seperti di stesen lain. Selalunya, kami bertemu pabila aku akan pulang ke kolej. Dia akan menunggu sampai bas yang aku naiki hilang. Hampir setiap bulan begitu. Kami tak punya banyak masa bersama.

Selalu juga kami berkongsi cincau, tapi cincau yeos agak kurang dijual. Jadi kami ubah citarasa ke air mineral. Kemudian kami cari Mexico Bun. Tembam, kata si hitam.

“Macam pipi kau..” aku balas. Pantas dia tarik muka. Kemudian kami sama-sama lihat bas keluar dan masuk. Paling tidak, kami ke jejantas antara MC dan Tesco. Jejantas itu menyeberang jalan 3 lorong untuk setiap arah. Ada kedai-kedai yang belum dibuka. Tapi dari situ, ada angin yang cukup nyaman. Kami lihat gelagat kereta yang lalu di bawah jejantas. Juga berangan memilih kereta yang cantik.

Kami jarang ke panggung wayang, juga jarang ke taman-taman. Malah, bila jejantas itu mula dipenuhi pasangan yang sibuk berpeluk-peluk. Kami hanya duduk di kerusi biru. sambil dia melihat aku habiskan kerja-kerja yang masih banyak.

Tahun ini, dia berumur 18. Kalau ikut kiraan, hanya tahun ini dan tahun hadapan sahaja aku mampu memberikan dia hadiah dengan sendiri. Aku amat letih hari ini. Hari lahirnya hari isnin. Jadi masa paling sesuai ntuk kami berjumpa, hari ahad. Hari sabtu ada hal penting, tak boleh pulang ke rumah. Terus, petang sabtu aku putar KL untuk cari hadiah. Duit tajaan masuk agak lewat, dalam poket hanya tersisa not-not kecil. Aku gagahkan beli satu teddy bear biru. sebenarnya ingin aku ambil yang coklat, tapi dek kami lebih serasi dengan warna biru, aku pilih yang itu.

7 Ogos 2005 - Ahad

Dengan duit yang menyusut, aku ambil bas pagi ahad terus dari KL ke Melaka. Memeluk kotak warna coklat. Bila sampai MC, pantas aku simpan kotak tadi dalam loker. Kami berjumpa di kerusi biru, baris paling belakang. Si hitam demam. Perbualan kami lebih banyak kekosongan. Si hitam lebih banyak diam, sambil melihat bas keluar masuk. Tidak juga bersuara tentang hadiah.

Aku bawa dia ke jejantas. Dia gagahkan untuk melangkah dengan badan yang lemah. Bila sampai di atas, kami berdua duduk dekat tangga. Tak ramai yang akan lalu tangga itu.

“Tam, marah aku?” dia geleng. Perlahan dia pandang wajah aku.

“Mana kau tahu nama Tam?” dengan mata kuyu, dia tetap beri aku senyuman paling manis.

“Mak kau sebut-sebut waktu kau daftar hari tu.”

“Mana boleh panggil aku Tam, family je boleh.” Dia sengaja buat muka marah. Tapi masih ada riak senyuman.

“Aku tak boleh? Betul?” aku pandang tepat wajahnya, dia tersenyum. Ayu. Terus aku tergelak kecil.

“Ada dua kali je lagi.” Dia diam. aku faham maksudnya, aku turut diam.
“Jangan manjakan aku tau. Nanti kau dah tak ada, aku mesti kekok. Tak ada orang manjakan aku.”

“Tam, selagi aku mampu, aku berikan kau yang terbaik.” Dia pandang wajah aku. Ada genang-genang air di kelopak kecilnya.
“Jangan menangis sayang. I love you. Forever.” Aku geleng kecil, terus air mata tumpah ke pipinya.

“Tapi, aku tak mampu. Cukuplah kita pernah hilang 5 bulan. Kenapa kau nak tinggalkan aku lagi.” Dia tutup mukanya dengan lutut. Esak kecil berlagu.

“Tam, tengok, ada pelangi. Aku janji, aku akan pulang dan kita akan bersama setiap tahun. Aku janji, kalau ada pelangi, aku akan pulang.” Aku tunjuk ke arah pelangi. Pantas si hitam tarik tanganku. Jemari kami bertaut. Sesaat. Sebelum dia melepaskan.

“Jangan tunjuk pelangi. Tak elok.” Perlahan suaranya.
“Juga jangan berjanji benda mustahil. Kita tak tentukan hidup kita.” Dia pandang ke arah pelangi. Perlahan, aku seka air matanya.

Jemari aku masih terasa kulitnya. Masih panas. Aku angguk kecil, sebelum kami bangun dan kembali ke kerusi biru. lambat, baru aku keluarkan hadiah. Dia beri nama adik kecil. Sebab teddy biru itu hanya sebesar..sebesar…sebesar skrin komputer aku. Jam lima aku pulang, kerja gila, kurang sehari pergi dan pulang ke KL. Demi si hitam, demi Amirah, demi Tam.

Dalam sisa dua tahun, bagai berjuta perkara berlaku. Antara kami, tak lagi gunakan ‘kau-aku’. Sedikit-sedikit berubah menjadi ‘sayang-abang’. Abang? Padahal aku lebih muda. Sengaja mahu kelihatan aku matang katanya. Tapi dua tahun ini juga banyak duri yang kami terpaksa redah. Berjuta kali kami bertingkah. Juga, air mata aku tumpah pertama kali atas namanya.

Bila umurnya meningkat 19, aku buatkan dia satu kad kecil, sebesar telapak tangan. Tapi bukan sebarangan kad. Kad itu boleh diputarkan. Setiap putaran, depan dan belakang kad, akan memberi bentuk dan maksud berlainan. Ada sesuatu yang aku tuliskan pada kad itu, mebuatkan sekali lagi dia menangis. Masa kami kian suntuk. 8 ogos 2006, hanya ada beberapa bulan aku pergi. Itu pun kalau lulus.

Kami main rapat, dan sangat rapat apabila 2006 hampir tamat. Puas kami jarakkan, tapi hakikatnya, kami makin rapat. Aku masih ingat, minggu-minggu selepas aku lulus sesi persediaan. Setiap kali berjumpa mesti Tam buat-buat ceria. Tapi, akhirnya dia akan teresak. Beberapa kali begitu. Dia salahkan aku kerana sangat manjakan dia. Kalau bukan dua tahun ini aku manjakan engkau, bila lagi aku mampu.

Pantas, awal 2007 menjelma. Bulan Mac, kami sedar, kami mesti terima hakikat. Hakikat, kami tercipta untuk berpisah. Juga hakikat, entah berapa lama aku akan pergi lagi. Janji pada aku sayang, janji, yang kamu akan bersama aku walau aku hilang dari dunia sekalipun. Setia dengan aku sayang, selama mungkin. Baru sahaja hubungan ini berumur 24 bulan, kami terpisah kembali. Antara langit dan bumi, aku menangis, antara langit dan bumi, terasa esak kecinya.

…………………………………………………………………………

Jepun - Ogos 2007

Aku cepat-cepat kemas beg pakaian. Pantas juga aku capai tiket, passport dan juga benda penting yang lain. Hampir aku terlupa, kad pengenalan Malaysia, juga kad PKN Tam. Semua benda kecil dan penting, aku simpan kemas dalam beg kecil converse aku. Beg biru itu aku sandang. Sekarang jam 8 pagi. Tiket aku jam 1.30 petang. Terus, aku tarik beg kecil, ke stesen keretapi. Tiket terus ke Narita. Nasib aku baik, peperiksaan tamat 6 Ogos, dan aku berjaya dapatkan tiket murah pada 7 Ogos. Aku tak mungkin lewat. Dalam keretapi, aku hanya diam, sesekali membelek jam, takut-takut terlewat. Pertama kali pulang ke Malaysia dengan sendiri.

Tam kata, sudah beberapa kali dia nampak pelangi bulan ini. Dalam nada sinis, dia kata, ada tanda aku pulang. Tapi, bukannya mudah, semua tiket yang ada, mahal. Inipun, aku ambil syarikat penerbangan murah. Bergegar sepanjang 7jam perjalanan kata senior aku. Semalam, bila aku lihat ramalan cuaca untuk Malaysia, ada tanda-tanda akan hujan lebat. Lagipun musim hujan sekarang di sana. Patutlah Tam selalu boleh tengok pelangi. Aku selak telefon bimbit. Ada wajah Tam pada skrin. Aku rindukan dia. Gamat rindu, dah berbulan kami terpisah.

Keretapi tiba, cepat aku ke kawasan tiket. Bila selesai segala urusan, terus aku ke perut kapal terbang. Agak sempit, juga kurang selesa. Aku terima, tiket murah. Tak mengapalah. Aku dapat tiket tepi tingkap. Untung benar. Aku simpan hand luggage dalam kotak yang disediakan, tapi tetap menyandang beg biru tadi. kemudian terus tidur dan terlena.

Pramugari menggoncangkan bahu aku, perlahan.

“Sir, please wear your safety belt.” Aku renung wajah pramugari.

“Ha? Ok.ok. set. Baik nsik.” Cepat aku pasangkan tali pinggang, dia tersenyum dan terkocoh-kocoh pergi ke belakang kabin.

Aku masih mamai, tapi rasanya bagai dah lama aku terlena. Tak mungkinlah, kapal terbang baru mahu bergerak. Aku pandang jam, sudah jam 7, sudah 7 jam aku dalam perjalan. Tepat sangkaan aku, memang lama aku terlena. Aku menggaru kepala, kenapa kena pakai tali pinggang ni. Mungkin mahu turun. Aku selak pelindung cahaya pada tingkap di sisi aku. Mahu lihat cahaya malam dari Malaysia.

Perlahan aku selak, tiba-tiba kapal terbang bergegar. Penapis cahaya tadi terlepas, lantas terselak terus. Hujan lebat, itu sahaja yang aku nampak. Awan terlalu tebal, gegaran tadi, mungkin akibat terlanggar awan. Kapten pesawat pantas mengeluarkan arahan keselamatan. Semua pucat. Aku masih pandang ke luar tingkap. Sekali lagi kapal terbang bergoyang kuat. Ada suara wanita yang menjerit ketakutan.

Kapal terbang terus bergerak, tanda-tanda untuk keluar dari kawasan hujan mungkin nipis. Aku menenangkan diri sendiri, tanganku menarik penapis cahaya tadi turun. Baru separuh tingkap aku menarik penapis tadi, ada cahaya kuat menerjah dari luar tingkap. Silau. Bersamanya, ada bunyi dentuman yang kuat. Petir. Sesaat, semua lampu dalam kabin tertutup. Dalam keadaan yang sebegitu gelap, aku hanya nampak satu sumber cahaya. Ada percikan api pada sayap kiri pesawat.

Aku beristighfar. Juga beberapa kali berselawat. Apabila lampu kecemasan terbuka, kapten terus keluarkan arahan tunduk dan berjaga-jaga. Pesawat tidak stabil, bergoyang dan makin menjunam. Suara jeritan sahut menyahut. Makin lama, makin menjunam, ada beberapa barang mula bergolek jatuh. Pesawat terus di luar kawalan. Dari pembesar suara jelas kedengaran suara kapten cuba menghubungi menara kawalan udara.

Tiada tanda-tanda pesawat kembali stabil. Malah, badan pesawat mula berpusing. Dalam kiraan aku, tak mungkin lama. Kalau jatuh ke laut, akan jadi kes pesawat Garuda, semua terbunuh. Kalau jatuh ke hutan, untuk terselamat mungkin nipis. Kalau jatuh ke bandar, bukan setakat kami terbunuh, malam membunuh. Tuhan, selamatkan aku. Tam, maafkan abang.

Pesawat terus ke bawah, kapten mula mengira berapa jauhnya kami dari dataran. Pesawat ini benar-benar murahan. Sampaikan waktu genting begini, bagai tiada pilihan lain untuk selamat. Aku lihat gelagat manusia dalam pesawat. Jarak kami dari tanah, makin mengecil. Aku pandang ke tingkap. Nekad. Dalam keadaan begini, tak mungkin selamat kalau terus berada dalam kapal terbang. Kalau kapal terbang jatuh, semestinya akan meletup.

Aku capai beberapa biskut dari peramugari yang masih tersangkut di hadapan ku. Terus aku masukkan sekali dalam beg converse. Aku lihat sekeliling, hati aku kecut. Kiraan makin mengecil. Aku menahan kaki kanan pada kerusi hadapan. Perlahan aku buka safety belt.

1000meter : Aku cabut safety belt. Kaki kanan ku menahan dari aku tercampak ke hadapan.

900meter : Aku cuba angkat sofa pada kerusi yang aku duduk. Sedaya upaya aku tarik sofa itu.

800meter : Sofa tak tercabut. Pantas aku ambil selimut dan bantal. Juga bantal dari kerusi sebelah yang kosong.

700meter : aku balut badan aku dengan selimut. Kemudian aku peluk bantal tadi. Salah satu aku isikan dalam baju.

600meter : Aku nekad. Gila. Aku dengan kaki kiri, aku sepak cermin tingkap di belah aku. Tiada kesan. Aku sepak lagi, tapi langsung tak retak.

500meter : Aku cuba cabut alas plastik untuk makanan dari kerusi hadapan. Tak berjaya.

400meter : Aku melompat ke tepi, bergolek laju ke hadapan. Ada pramugari menjerit, sebelum aku tahan tangan di pembahagi kelas ekonomi dan kelas bisnes.

300meter : Pramugari tadi menjerit memanggil kapten. Maaf. Aku merangkak ke pintu kecemasan.

200meter : Aku capai pembuka pintu kecemasan, cuba buka, tapi tak berjaya. Pramugari tadi beri arahan supaya aku bergajak dari pintu. Maaf.

100meter: Aku sepak pembuka itu. Berjaya. Terus pintu itu terbang, bersama aku. Aku tutup kepala aku dengan bantal, badan aku membengkok.

Tak lama, sebelum aku jatuh ke tanah. Benda terakhir aku dengar ialah satu letupan, benda terakhir aku lihat ialah api, benda terakhir aku rasa, ialah sakit. Terus pandangan, pendengaran, rasa aku tertutup. Pengsan.

8 pagi 8 ogos

Hujan mencurah-curah turun, masih belum berhenti. Ada katak melompat ke hidung aku, buatkan aku terkejut dari lena. Entah berapa lama. Hujan masih belum berhenti, langit masih gelap. Aku juga tak nampak kepulan asap, atau sisa api dari pesawat. Tak juga berbau hangit. Mungkin sebab hujan. Terlalu lebat, sampaikan api terpadam dengan pantas, asap juga hilang dengan sekejap, juga bau terneutral. Itukan kuasa air.

Bagusnya, sebab hujan, binatang buas tak keluar. Kalau tidak, entah apa nasib aku. Aku pandang keliling, dalam samar-samar kabus dah air hujan, aku hanya lihat dahan demi dahan. Aku sendiri tak pasti samada aku di hutan, kebun, atau pulau. Jam 8 pada jam aku. Aku lihat langit, ada garis-garis cahaya walau sedikit. Mungkin pagi. Jam 8pagi 8 ogos. Aku masih terbaring di sini. Tiada tanda-tanda penyelamat akan datang. Tiada tanda helikopter akan terbang. Hujan terlalu lebat. Tak mungkin mereka akan ambil risiko.

Aku cuba gerakkan sendi-sendi. Untung, aku jatuhkan belakang badan dahulu. Ada bantal di belakang. Mengurangkan kesan hentakan. Untung juga aku jatuh atas lecak, rumput dan tanah lembut. Semuanya memberi impak yang kecil. Aku buka balutan selimut. Lega. Beg biru kecil, masih tersilang pada badan aku. Takut-takut ia terlepas waktu aku terbang ke luar dari pesawat.

Tiada tanda-tanda tulang patah. Aku gerakkan kaki, perlahan aku cuba berdiri. Belakang aku masih sakit, kalau hentakan yang lebih kuat, mungkin aku akan lumpuh. Aku merangkak sekeliling, mencari kayu panjang untuk jadikan tongkat. Lebih beberapa meter, ada satu kayu panjang tapi sedikit bengkok. Aku gunakannya sebagai tongkat, perlahan aku berdiri. Hujan masih turun, penglihatan aku terbatas, tak terlihat jalan ke mana harus dituju. Mahu mencari sungai, tak mampu dengar bunyi air.

Aku tunduk. Kecewa. Mungkinkah aku akan mati di sini? Buntu. Aku meludah ke tanah. Mataku mengikut ludah, terus bergerak laju. Mungkinkah? Terus aku ambil daun dari dahan terdekat, aku letakkan ke tanah. Daun tadi menuju ke arah yang sama. Aku berlari mengikut daun tadi, makin lama makin laju. Aku cabut lagi daun yang lain, terus mengikutnya. Kalau kiraan aku betul, air ini akan ke sungai. Kalau tidak ke sungai pun, air ini akan ke bawah bukit, kalau di bawah bukit, mesti ada jalan keluar.

Berulang kali aku buat begitu, sampailah ke daun yang ke sebelas. Bila aku penat berlari, daun tadi hilang secara tiba-tiba. Aku melangkah sedikit ke hadapan. Hujan mulai renyai. Beri lebih jarak penglihatan. Aku bergerak ke arah daun tadi, di hadapan tiada sungai. Aku melangkah sedikit lagi. Tergamam. Terus kakiku terkunci. Kalaulah aku berlari mengikut daun tadi, sudah mesti aku jatuh ke bawah lereng. Aku berjalan sedikit belakang. Terduduk kecewa. Penat.

Hujan makin perlahan. Aku pandang ke langit. Selalu waktu begini ada pelangi. Maaf kan abang sayang. Hari ini sepatutnya aku dengan kau. Aku usap air-air yang ada di muka. Kemudian kembali berdiri. Bila matahari sedikit bersinar, aku lihat ke depan, seakan-akan ada bangunan nun jauh di sana. Tapi terpaksa gunakan jalan lain, jalan ini hanya ada lereng. Ini sahaja peluang aku.

Aku berjalan, mengikut arah dan matahari. terus, merentas pohon-pohon, dengan doa agar tak bertembung haiwan nan pelik. Sampailah ke satu kawasan sedikit curam. Aku cuba cari jalan lain, tapi ini sahaja pilihan yang ada. Waktu kian suntuk, aku perlu keluar sebelum gelap. Kayu bengkok tadi aku letak di celah pohon lain, kemudian aku tolak badan aku ke atas. Belum lagi badan aku menegak, kayu itu patah dua, terus aku hilang imbangan. Aku tahan kaki kiri ke tanah, tapi badan terus bergolek jatuh. Pergelangan kaki kiri sedikit terputar. Mungkin terseliuh. Perit. Tapi aku tahankan.

Lama aku terduduk, sebelum sekali lagi cuba berdiri. Dengan perlahan, aku panjat kawasan curam tadi. Berjaya. Tapi dengan kaki yang amat sakit. Mentari makin condong ke bawah. Aku lihat jam, pukul 3petang. Masa sudah tak banyak, aku cuba berlari. Walau sedikit terhenjot-henjot, tapi aku gagahkan. Masih tiada bunyi helikopter. Maknanya mereka masih belum mula operasi. Atau belum lagi ke kawasan ini.

Matahari makin condong. Hujan makin perlahan. Hanya rintik-rintik kecil yang turun. Dalam gerakan laju, sekali lagi aku jatuh. Tapi bangun, teruskan langkahan. Baru sahaja beberapa langkah, aku kehilangan matahari. Daun-daun pokok sangat tebal. Memaksa aku bergerak ke kawasan sedikit lapang. Aku bergerak mencari matahari. Tak jumpa. Tak nampak. Kecuali kalau aku memanjat pokok. Terpaksa. Aku panjat pokok paling kecil lilitannya. Juga agak mudah untuk di panjat.

Dari puncak pokok, aku sekali lagi dapat lihat bangunan. Tak berapa jauh, tapi jalannya sedikit leceh. Banyak lereng. Banyak curam. Perlahan aku langkah turun, kaki aku memijak rapi dahan-dahan. Takut-takut ada dahan reput. Tapi, bila aku turunkan kaki kiri, aku hilang imbangan. Terus tergolek jatuh ke tanah. Sakit. Perit. Malang bertambah-tambah.

Aku bangun dari rebah. Dah tiga kali aku jatuh termasuk yang tadi, lutut kanan mula merah. Sedikit-sedikit darah mengalir. Abaikan. Peluh di dahi aku seka, sebelum meneruskan larian yang tak berapa laju. Masa dah suntuk. Aku kerling jam dekat lengan kiri. Mengeluh. Kaki kiri yang terseliuh ketika aku jatuh kali pertama tadi sedikit mengganggu halaju pergerakan ku. Waktu makin suntuk. Aku cuba untuk melupakan keperitan pada kaki, kembali membuka langkah besar. Satu, dua, tiga, pergelangan kaki kiri ku terpelecok. Badan ku hilang imbangan, menyenget ke kiri. Lereng!. Pantas tangan mencapai ranting dari dahan terdekat, jemari ku menggenggam kuat. Namun badan ku langsung di luar kawalan, makin jatuh dan senget. Ranting kayu tadi berbunyi, dan belum sempat aku capai ranting yang lain, badan ku sudah melayang dan jatuh atas lereng. Macam bola, macam tong dram aku bergulik jatuh.. waktu itu, yang aku nampak hanya rumput, langit..dan pelangi. Sayang…maafkan abang.

Sekali lagi aku pengsan. Hilang.

FOREVER…

“Amirah Sayang Safwan. Forever, I love you sayang.” Terasa bagai ada orang berbisik di telinga aku. Aku cuba buka kelopak mata, tapi amat berat. Aku cuba angkat tangan, tapi umpama tiada respons. Ada jemari pada pipiku. Bergerak ke dagu. Aku cuba bangun dari mamai. Jemari tadi berhenti di hidung ku. Jantung aku umpama berdegup kembali. Terasa bagai darah aku kembali lancar. Bau ini, yang aku gilakan. Aku cuba buka mata, perlahan.

Belum mataku terbuka, badanku di peluk erat. Dalam kesamaran, aku lihat dia di hadapanku. Dengan baju biru. aku cuba mengangkat tangan, tapi benar, tiada responsif. Wajahnya di angkat, terus menatap mata ku. Mata kami bertaut. Tam. Aku tersenyum. Walau tawar, walau sakit semuanya hilang dalam senyumannya.

“Abang jangan bergerak tau, doktor baru cucuk ubat. Dia kata abang tak boleh bergerak sekejap.” Tam usap pipi aku. Aku tersenyum. Nasib baik. Ingatkan aku lumpuh tadi.

“Tam..”

“Syy..abang rehatlah. Tak sangka sangat abang selamat, semua orang dalam flight tu meninggal.”

“Tam…” aku pandang sayu wajahnya. ada manis dalam senyuman, ada sedih dalam matanya nya.
“Happy birthday sayang. Selamat hari jadi ke-20. Ayang dah tua dah.”

“Terima kasih,” air matanya mengalir laju, terus ke pipi.

“Mexico bun, jangan nangis.” Aku tersenyum

“Sakit-sakit pun nakal he..” Tam tersengih, tapi air matanya seakan-akan hujan yang tak mahu berhenti.

“Pau tu nanti tak sedap tau kalau kena air.” Dia cubit lengan aku.
“Cubitlah, tak rasa apa-apa pun.”

“Abang, rehatlah eh..”

“Safwan Sayang Amirah. Forever.”

“Ye ayang tau.”

“Maaf, tak dapat tunjuk pelangi.” Amirah tersenyum. Dia bangun, dan mengengsot keluar. Baru aku perasan yang aku dalam ambulan. Amirah buka pintu belakang van.

“Abang tak mungkir janji.” Dia kembali ke sisi aku. Mengangkat belakang aku. Bila aku betul-betul tegak, aku dapat lihat jelas. Tujuh garis pelangi.

Ada cerita, sepatutnya kerja menyelamat tamat apabila bangkai pesawat dijumpai. Tapi, atas arahan, mereka mencari pintu yang hilang. Yang mereka jumpa badan aku bawah lereng. Dengar-dengar pintu itu terus tak djumpai. takdir, bukan kita yang tentukan.

Nasib juga ada kad PKN tam dan nombor ic dia dalam beg converse aku.

 

 

terima kasih sebab menikmati 8 keratan TAM~~ ni act hadiah besdey dia. sebab aku xbleh pos adiah. =) tapi dia macam biasa, demam pada hari besday. doakan dia cepat sihat. the end.. 8 keratan pada 8 ogos



HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.9
11 Penilai

Komen
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen. Sila Login

Perihal Penulis
zInggOf
Hantar MesejzInggOf

Karya
print CETAK
email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

Lain-lain karya zInggOf
M01S09 - Arukh Safuna (finale 1/3)
tangsi
rahsia
DOA
rajawali e2
rajawali
Tiket: Dua
TAM [ bersiri, keratan ketujuh]
TAM [ bersiri, keratan keenam]
TAM [ bersiri, keratan kelima]
Lihat semua


iklaneka


iklan
Iklan PrasastiIklan Datakl
Iklan Kapasitor