Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Show your support for Meeting - Siri 1, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

Meeting - Siri 1

  • 14
  • jojo
  • 17 years ago
  • 3,258
  • PAID

 

Dia masih di situ.

 

Di atas kerusi empuk dengan lagak seorang bos di syarikat milik persendirian. Dia kelihatan sibuk dengan timbunan kertas-kertas di atas mejanya. Sesekali keningnya berkerut apabila bola matanya menatap baris ayat yang tertulis di atas kertas. Sesekali bibirnya meleret ke sisi, membaca gugusan perenggan ayat yang tertaip kemas menggunakan font Times New Roman.

 

Dia merenung tajam ke arah kami.

 

Juga di atas kerusi, kami dengan sabar dan gugup menunggu peri daripadanya. Dia dengan lagaknya itu menongkat dagunya dengan tangan sambil jari-jemarinya kemas mengurut misai. Kak Milah kelihatan sedang menulis sesuatu di atas kertas. Fazwan sedang leka bermain pena. Rosli diam membatu menunggu arahan. Liza di sebelah aku mengambil kesempatan dengan mengasah kreativitinya dalam bidang lukisan.

 

Aku resah walaupun air-cond di paras maksima.

 

Mungkin sudah menjadi tabiat aku, tiada aku mahu mengikut arus. Memang aku bukan manusia yang akan mengembek ketika berada di dalam kandang kambing, apatah lagi menguak semasa berada di dalam bangsal lembu. Tidak. Malahan aku langsung tidak gusar untuk mengembangkan sayap itikku walaupun aku berada di reban ayam. Aku tetap dengan diri aku walau ke mana aku pergi.

 

“Kita beralih kepada perkara berikutnya, Rekod Kehadiran”, lelaki itu memcah suasana.

 

Belon imaginasi yang menjadi perencah lamunan di benak kami meletup lantas menghumban kami ke pentas realiti. Kamar bilik mesyuarat itu kembali bernyawa setelah hampir 5 minit kamar itu sepi dari sebarang kata.

 

Aku meneguk air liur yang bertakung 50ml di dalam mulut. Keresahan aku sudah sampai ke puncak. Perkara yang paling menakutkan aku dalam minit mesyuarat bulanan kali ke -4 ini sudah sampai. Denyutan jantung aku tak keruan, salur darah bagaikan sempit, nadi seperti lemah dan mata aku masih menatap meja.

 

“Mengikut rekod di atas meja ini, saya rasa begitu kecewa dengan rekod kehadiran hampir ke semua kamu di sini.” Lelaki itu memulakan petah bicaranya sambil jarinya menekan punat pembesar suara yang terletak di atas meja.

 

“Minggu lepas, 80% daripada kamu datang lewat. Semuanya merah! Kenapa jadi begini?” Kelangsingan suaranya bertukar mendadak daripada tenang kepada berkocak. Aku menelan air liur lagi. Kali ini, 70ml isipadunya, lebih banyak berbanding tadi.

 

“Johari! Kamu yang paling teruk! Minggu lepas semuanya merah! 5 hari berturut-turut!!” Lelaki itu memandang tajam ke arah aku. Bentakannya memberhentikan terus denyutan jantung aku sekitar 2 saat sebelum jantung ini menyambung tugasnya kembali.

Semua ahli dalam kamar mesyuarat ini memandang ke arah aku seperti melihat Mawi di pentas Jom Heboh. Dengan rambut yang hampir sama, beza antara aku dan Mawi ketika ini ialah Mawi di pentas untuk menghibur manakala aku di kerusi untuk disembur. Dan mungkin aku lebih kacak 15% lebih daripadanya.

 

“Kenapa Johari? Jangan kata traffic jam! Kamu belum kahwin untuk beralasan tidur lewat setiap malam, kamu belum beranak untuk menghantar anak ke sekolah setiap pagi dan kamu bukan tinggal 70km jauhnya dari pejabat!” Lelaki itu menyorot marah ke arah aku.

 

Aku diam membisu.

 

Lantas aku terkenangkan di mata kuyu. Wanita yang menjadi dalang kelambatan aku. Wanita yang ayu berkereta Honda biru. Wanita yang harum dengan pewangi honey dew.

 

Semuanya kerana kamu!

Baca perbualan

Show your support for Meeting - Siri 1, and continue reading this story. Unlock this story part or the entire story. Either way, your KCOINS help writers earn money for the stories you love.

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Klasik

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tuan besar jojo menulis kembali. =) ~~  ( aku rasa lagi 2-3 taun mesti jo jadi Dato' J )

    nasib baik pegi kelas x payah punch kad..
  • 2) kooll... suka cara pengolahan ayat kt sini, simple but nice. sesuai...
  • 3) btul..stuju..bgus2 cik jojo dah menulis....cite ni nampak cam menarik je...next...update cpat2 ckit ye..jgn lama2..hihi
  • 4) Jugak setuju...ku menunggu~
  • 5) woo ade kategori baruu nampakkk.
  • 6) test komen
  • 7) honey dew?? sapekah itu? jeng3...

  • (Penulis)
    8) jeng2.. bile aku nak sambung ni?

  • (Penulis)
    9) ww

  • (Penulis)
    10) :p

  • (Penulis)
    11) :p
  • 12) heheheh.... nice... bila nak sambung ni en jojo? =p
  • 13) er.....sambung??? bile ek...??? best ler citer nih:)

  • (Penulis)
    14) gile aa.. nak dekat 4 tahun tak sambung2 cerpen ni!

Cerpen-cerpen lain nukilan jojo

Read all stories by jojo