Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Tiada Lagi Cinta - Monolog Seorang Perempuan

Cerpen sebelumnya:
Bukan Rahsia
Cerpen selanjutnya:
Manusia, Otak, Akal, Hati & Duit

Rupanya...

   Baru aku tahu yang dia dah tak ada rasa apa-apa untuk aku. Selama ni dia hanya menjaga hubungan sesama manusia, tanpa ada rasa cinta dalam hatinya. Jiwanya kosong, tiada tempat untukku. Selama ini aku hanya bertepuk sebelah tangan, bermain perasaan, hanyut dalam lautan cinta sendirian. Patutlah selama ni aku rasa seolah-olah aku terkapai-kapai mencari arah. Rupanya nakhoda aku tak perlukan aku, tak betul-betul perlukan aku. Aku hanya pelengkap hidupnya, bukan pelengkap jiwanya. Itupun kalau dia rasa aku ni melengkapkan lagi hidupnya. Atau mungkin dia rasa aku ni hanya menyusahkan dan menyesakkan hidupnya?

   Aku memang betul-betul tak sangka. Sebab layanannya terhadapku, kata-katanya melalui sms, menunjukkan dia ada rasa untukku, walaupun tak sepenuhnya. Rupa-rupanya, kosong semata-mata. Selama ini aku hanya menyeksa hidupnya, berkahwin dengan orang yang tak ada makna dalam hatinya. Mungkin dalam hatinya masih ada kekasih yang lama, yang berjaya mencuri tempat di dalam hatinya menggantikan aku.

   Bodohnya aku selama ini sebab tak menyedari semua itu. Sebenarnya, naluri aku pernah berkata bahawa lelaki ini tiada perasaan untukku lagi. Tetapi akalku melarang aku berfikir sedemikian. Kalau ya dia memang dah tak ada rasa untukku, kenapa dia minta supaya kami ditunangkan segera? Kenapa dia minta tarikh perkahwinan kami dipercepatkan? Semuanya menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah tidak sabar-sabar mahu berkongsi hidup denganku. Rupanya, barulah aku tahu. Dia minta dipercepatkan perkahwinan kami, mungkin untuk dia melupakan kekasih lama, atau mungkin untuk beri ruang pada dirinya secepat mungkin agar cuba berusaha menyayangi aku. Atau sekadar menjaga hati orang tua kami yang sedari dulu tahu mengenai hubungan kami. Kenapalah selama ini aku tak nampak? Aku berada di awangan hingga aku lupa keadaan bumi yang sebenar. Aku terlalu hanyut dengan perasaan cintaku sendiri hingga aku lupa untuk menilai perasaannya. Ah! Jahatnya aku. Terlalu mementingkan diri sendiri hingga lupa untuk bermuhasabah dan merenung jauh memikirkan hubungan ini.

   Patutlah begitu mudah dia melenting walau kesalahan ku sebesar hama. Apatah lagi kalau salah aku sebesar gajah!

   Terlalu banyak ingin aku bicarakan di sini. Akalku berfikir ligat. Berbagai persoalan timbul. Dan perasaan ku kini juga, seolah-olah 'numb'. Blur. Tiada rasa. Kosong.

   Kenapa di saat ini baru timbul semua ini? Kenapa tidak dia timbulkan sebelum kami kahwin dulu? Kenapa dia masih terima aku walau hatinya terisi dengan kehadiran orang lain? Ya, mungkin aku dulu bodoh sanggup membunuh diri jika dia tinggalkan aku. Tapi, bukankah dia boleh pergi begitu saja selepas berjaya membuat aku berjanji untuk tidak mengulangi benda yang sama, membelakangkan Tuhan dalam membuat keputusan? Kenapa dia tidak pergi saja tinggalkan aku?

   Aku pernah beritahu dia untuk tinggalkan aku andai benar dia inginkan perempuan itu. Kerana aku tak mahu bergaduh kerana lelaki, dan aku juga tak mahu dia terus denganku dengan hati yang tidak ikhlas. Aku yakin andai dia tinggalkan aku, pasti ada juga jodohku nanti, tak kiralah dengan sesiapapun. Aku yakin dengan qada' dan qadar Tuhan tetapkan untuk aku. Tapi dia bersungguh-sungguh untuk meneruskan hubungan kami. Malahan dia putuskan langsung hubungannya dengan perempuan itu. Tika itulah aku begitu yakin, yang dia benar-benar sayangkanku dan sedar betapa penting aku dalam hidupnya. Ah! Perempuan, begitu mudah hatimu lembut, menerima tanpa mengira akibatnya. Memaafkan dan kemudiannya merana.

   Apa yang patut aku lakukan sekarang setelah tiada lagi cinta dalam hatinya? Melepaskan dia pergi saat anak kami masih perlukan kasih sayangnya? Anak yang tidak mengerti apa-apa, bakal kehilangan abahnya. Oh sayang! Mama tak sanggup! Kesian anak mama! Tapi, patutkah aku meneruskan hubungan yang sia-sia ini? Tuhan! Aku benar-benar bingung!

   Hubungan suci tak patut diteruskan andai tiada rasa cinta. Tanpa cinta, akan timbullah benci. Tanpa cinta, kesilapan yang sedikit boleh mengundang pergaduhan yang besar. Tanpa cinta, kemanisan berumahtangga pasti tiada. Tanpa cinta, yang tinggal hanyalah rutin-rutin hidup yang kosong, yang dilakukan hanya demi rasa tanggungjawab - maka kita pasti tak akan melaksanakan tanggungjawab tersebut sehabis baik.

   Tapi, andai hubungan ini berakhir di sini, bergegarlah Arasy, murkalah Tuhan. Dua keluarga yang baru sahaja hendak berbaik-baik akan berpecah-belah. Yang sini salahkan yang sana, yang sana salahkan yang sini. Aku tak mahu semua ni berlaku. Tolonglah aku Tuhan!

   Namun aku katakan juga padanya, andai cinta yang dia cari, aku rela andai dia pergi. Kerana aku telah menyeksa hatinya selama beberapa tahun ini, dan aku tak mahu dia terseksa lagi. Aku terlalu sayangkannya aku tak mahu dia merana lagi. Selama ni dia hanya memendam rasa demi aku. Seharusnya aku pula berkorban untuknya demi rasa cintaku ini. Namun abang, jangan diduakan aku seperti yang pernah dilakukan dulu. Rasa pedih dan seksa itu amat berat untukku tanggung bagi kali yang kedua. Tinggalkan dan lupakan aku, jika itu yang dia mahu. Aku sudah cukup dewasa untuk menanggung rasa sunyi. Tapi aku tak mampu menanggung rasa cemburu dan dihantui perkara-perkara yang mampu membuatkanku menjadi seorang yang gila. Pergilah sayang, andai itu dapat memberimu bahagia. Aku redha.

   Tapi andai kau mahu teruskan perhubungan ini, sayangilah aku. Cintailah aku sepenuh jiwa dan ragamu. Jangan disakiti aku.

   Mungkin padanya, tiada lagi cinta untukku. Tapi bagiku, dialah kekasih hatiku dunia dan akhirat. Cintaku tetap untuknya. Ah! Hati seorang perempuan memang dicipta untuk menjadi pecinta yang setia!

Cerpen sebelumnya:
Bukan Rahsia
Cerpen selanjutnya:
Manusia, Otak, Akal, Hati & Duit

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis

mamaimran

im just me. simple but sometimes a bit complicated :P
mamaimran | Jadikan mamaimran rakan anda | Hantar Mesej kepada mamaimran

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya mamaimran
Rezeki | bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Tiada Lagi Cinta - Monolog Seorang Perempuan
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik