Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Maaf, Cik!

 

 

"Cuci luar dalam ye bang.”
“Enjin nak cuci skali?”
“Hmm, boleh jugak!”

Lelaki itu senyum. Mempersilakan gadis bertudung berbaju kurung itu ke kerusi menunggu yang disediakan. Dia menarik gelungan hos getah yang disangkut pada paip. Seketika kemudian bebuih putih seakan salji pun terpancut menyelimuti Satria Neo milik gadis tersebut.

“Baru pindah sini ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni?” Si lelaki memulakan perbualan.
“Ak ah, baru seminggu. Baru nak kenal-kenal dengan kawasan ni.”
“Kena transfer ye? Sebelum ni kerja di mana?”
“Hmm, bukan transfer. Baru nak mula. Kena posting ke sini.” Si gadis senyum.
“Bunyi macam kerja kerajaan..”

“Yeah” Senyum lagi. “Pandai awak teka! Saya kerja jadi cikgu. Mengajar kat sekolah depan tu.” Memuncungkan bibirnya.

Habis menyental bahagian luar, giliran ruang enjin pula jadi sasaran. Sekali lagi bebuih putih memainkan peranan. Kawasan enjin yang kehitaman dek keladak dan kotoran mula berubah warna.

“Duduk kat kawasan ni kena hati-hati. Kadar jenayah di sini tinggi.” Si lelaki bercerita. Si gadis yang baru mahu mencapai suratkhabar di atas meja agak terkejut.
Really? Nampak aman damai je kejiranan ni?” Dia meninjau sekeliling.
“Air yang tenang jangan disangka takde buaya cik. Kapal selam jiran pun entah-entah ada!”

Si gadis gelak. Mesti banyak sangat baca blog ni!

“Pelik-pelik je penjenayah zaman sekarang. Dia orang ni ada business plan agaknya. Tempat aman damai macam ni yang dia orang target. Untapped market!”

Lelaki itu senyum. “Awak pun pelik juga. Kata cikgu, tapi bercakap mengalahkan penganalisis ekonomi. Ni mesti dulu graduan perniagaan tapi sertai KPLI and jadi cikgu, kan?”

Gadis itu melopong. Pencuci kereta gred berapa yang sedang berdiri di depannya ketika ini?

---

Benarkah dia hanya pembasuh kereta biasa? Si gadis memerhati tajam. Lelaki bersinglet putih itu tidak lepas dari bola mata.

Sekilas berbual dia dapat meneka dirinya guru program lepasan ijazah. Adakah aku saja yang tidak tahu atau memang pembasuh kereta sudah begini terpelajar?

Kalau nak kata lelaki ini seorang graduan, takkan dia bekerja di sini? Tak logik! Di negara ini rakyat berpendidikan rendah pun selalunya lebih rela menganggur dan mewariskan kerja begini pada warga asing!

Si gadis memerhati lagi. Dari gayanya – comot dan lencun, tiada bezanya dia dengan pencuci kereta lain. Cuma kalau dihalusi pada kualiti kerja, lelaki ini ada sedikit perbezaan. Kerjanya begitu teliti. Hasilannya layak dipuji.

Walau lagaknya santai, tiada ruang yang dibiar tidak digapai. Tiada permukaan yang ditinggal tidak dibelai.

“Cik.” Lamunannya terpadam.

“Maaf, cik. Saya tak sengaja terpatahkan salur radiator pada enjin cik ni.” Lelaki itu memegang saluran yang telah tercabut.

Si gadis terbeliak. Cis, baru je puji!

---

“Habis, macam mana ni? Kereta saya rosak ke nanti?”
“Kereta ni masih boleh dipandu, tapi nanti dia akan cepat panas. Kena tukar salur yang baru sesegera boleh.”
“Jadi..?”
“Jadi, terpaksalah saya uruskan.”
“Apa maksud awak, awak uruskan?”
“Maksud saya, saya akan bawa pergi bengkel dan tanggung semua kosnya!”
“Okey. You better do!”

Nadia geram. Tak sangka malang benar nasibnya hari ini. Basuh kereta pun boleh jahanamkan enjin ke? Bingung dibuatnya. Dah la kereta ni masih baru. Benda alah tu pulak senang sangat nak terpatah! Alat ganti uptown apa? Salahkan pengeluar kereta nanti dituduh tak patriotik pula!

I didn’t get your name.” Gadis itu bertanya sewaktu di dalam kereta.
Lelaki di sebelah jelas beraut takut dan bersalah. “Er, ss.. saya? Er, Juan. Awak boleh panggil saya Juan.”
“Okey, saya Nadia.” Dia jawab tak acuh.

“Saya still tak faham macam mana benda tu boleh patah.”
Well, saya pun tak pasti. Saya basuh macam biasa. Entah la, tiba-tiba je. Maafkan saya, cik.”

Kan? Dah agak! Mesti salah pengeluar kereta!

“Tak perlu bercik-cik. Panggil saja Nadia.” Sempat dia menjeling.

“Mujur awak nak bertanggungjawab. Kalau tak saya nak repot dekat bos awak dah tadi.” Nadia menggumam. Lelaki itu tak berani mengomen. Satria Neo membelok ke arah bengkel pada deretan rumah kedai.

---

“Ini time kereta memang manyak lor. Lagi 2 jam la lu baru datang angkat.” Tauke Cina itu menggosok dahinya. Sisa minyak pada tangan turut terpalit.
“Saya dah kena masuk mengajar ni kejap lagi tauke. Petang karang ajelah saya ambil.”
“Ha, talak hal punya. Sini kidai tutup jam 8. Sebelum jam 8 lu datang saja ambik lor.”
“Okeylah itu macam.”

“Jadi, macam mana sekarang?” Nadia beralih pada Juan.
“Hmm, saya dah habis kerja ni. Hari ni syif pagi. Tak apa, beginilah, saya balik rumah dulu petang nanti saya jumpa awak kat sini.”
Right. So macam mana agaknya saya nak pergi kerja ni?”
“Err..”
“Awak drop saya dulu kat sekolah. Lepas tu awak hantar balik kereta ni ke sini, baru awak balik rumah. Boleh?”

Juan tak berani membantah!

---

“Terima kasih ye, Salwa.”
“Tak ada masalah. Awak jaga diri ya Nadia.” Wira Aeroback yang ditumpangnya berlalu.

Mujur ada cikgu boleh tolong hantar!

Nadia menarik keluar telefon dan mula mendail.

“Ha, Nadia ni. Awak kat mana tu? Saya dah kat bengkel ni. Cepat sikit.”
“Saya.. saya..”
“Opocot!” Nyaris Nadia terlepas telefonnya. Juan terkekek melihat gelagat gadis muda tersebut.

“Ewah, berani awak ye! Main sergah-sergah! Saya repot bos awak nanti!”
Sorry, sorry! Saya gurau aje. Awak ni suka mengugut. Nanti kalau saya kena buang kerja kang macam mana saya nak hidup?”
“Siapa suruh awak nakal sangat!” Nadia mencebik membetulkan baju.

Anyway, saya nak minta maaf. Tengah hari tadi saya asik marah-marah je. Geram sebenarnya!”
“Takpe, saya faham. Kan memang saya yang salah. Memang layak dimarah pun!”
“Eleh, orang cakap macam tu pun dah terasa.” Nadia gelak.

Juan sengih. “Dahlah, jom ambil kereta. Kopak duit saya bulan ni!”
“Siapa suruh rosakkan!” Mereka mengatur langkah.

---

Malam itu Nadia termenung di meja kerjanya. Tugas menanda buku yang menimbun tergendala buat sementara. Fikirannya sedang melayang-layang. Teringatkan kisah yang berlaku semasa siang.

Juan si pencuci kereta yang baru dikenalinya itu begitu unik. Dalam pengalamannya pergi menghantar kereta untuk dicuci, tidak pernah dia berjumpa pembasuh seperti Juan. Mana ada pencuci kereta terpelajar macam tu!

Cara mereka berkenalan juga istimewa buat Nadia. Tak pernah dalam sejarahnya membuat kawan dengan si pencuci kereta. Mesti kawan-kawan akan gelakkan aku kalau aku cerita pada dia orang!

Saat ini tak semena-mena wajah Juan menjelma. Ish, kenapa dengan aku ni! Nadia menggeleng-geleng. Takkan aku dah suka kat dia kut? Tak mungkin! Namun dalam hatinya ada sesuatu yang membuatkan dia asyik teringat pada lelaki tersebut. Anyway, hes cute!

Nokia 7360 tiba-tiba berlagu. Segera dia mencapai telefon. Nama yang terpapar pada skrin membuatkannya teruja.

Juan?
Mata Nadia bersinar!

---

“Tak pernah tau saya keluar dengan stranger camni! Tau dek mak saya, kena kerat 18 nanti!” Nadia menggumam.

“Kalau tak ada kali pertama, sampai bila-bila pun saya akan jadi stranger pada awak!”

“Bukan.. maksud saya—”

“Oo, awak menyesal ye sebab sudi keluar dengan saya?”

“Bukanlaaah, saya..”

“Kalau awak menyesal tak apa. Saya boleh hantar awak balik sekarang.”

“Awak, dengar dulu.”

“Saya tak suka paksa orang kawan dengan saya. Lagipun saya sedar siapa saya ni.”

“Awakk!” Nadia akhirnya menjerit.

Juan menjelir lidah. Puas melihat gelagat Nadia yang sudah naik angin.

“Saya sakat awak ajelah. Saya faham maksud awak tadi.” Matanya dikenyit.

“Jahaat!”

“Kalau jadi jahat macam ni boleh buat awak keluar dengan saya. Saya rela!”

“Hmmph! Jahat dan nakal!" Nadia senyum.

Juan juga tersenyum.

Dan Nadia tahu, senyuman itu telah menawan hatinya.

---

“Kenapa awak kerja jadi tukang cuci kereta ye?” Nadia memberanikan diri untuk bertanya soalan yang sejak semalam bersarang di dalam minda.

“Yang awak tu pulak? Kenapa awak jadi guru ye?” Nada Juan menyakat.

“Jangan la macam tu. Suka mainkan saya. Awak fahamkan maksud saya? Dari apa yang saya tengok awak macam orang berpelajaran.”

“Jadi, kalau orang berpelajaran tak boleh jadi tukang cuci kereta ye?”

“Bukan tak boleh, tapi, yalah. Norma manusia, kalau dah berpelajaran mestilah nakkan kerja bagus-bagus.”

Juan berfikir.

“Betul juga kata awak. Tapi kalau orang tu berpelajaranlah. Saya tak mengaku pun saya ni berpelajaran!” Sengihnya menakal.

“Sudahlah, cakap dengan awak ni macam cakap dengan pengetua saya aje! Berbelit-belit.”

“Awak ni short fuse eh? Saya memain sikit dah merajuk.”

“Siapa yang merajuk!" Nadia memuncung.

“Okey, suka merajuk dan suka tak mengaku!” Juan sengih lagi.

“Hmmph, kita tanya dia taknak jawab, pastu perli-perli kita lagi.”

Juan gelak. “Baiklah, baiklah. Saya jawab akan soalan awak tu..”

“Serius?”

Nadia mula teruja!

---

“Saya sebenarnya graduan luar negara. Baru Julai hari tu saya konvo. Bila saya balik sini, ayah suruh saya kerja di syarikatnya, tapi saya menolak. Saya kata pada dia, belum masanya lagi. Saya nak buat beberapa perkara dulu.”

“Seperti menjadi tukang cuci kereta ni?” Dahi Nadia berkerut.

Angguk!

“Ya, dan tinggal sendiri, berjauhan daripada ibu bapa. Saya nak merasa hidup susah!”

“Merasa hidup susah??” Nadia semakin bingung.

“Ya! Kesusahan menjadikan kita lebih tabah. Saya dah pernah rasa susah menjawab peperiksaan. Susah memanjat gunung dan merentas hutan belantara. Tapi kesusahan dalam menjalani hidup seharian adalah genre pengalaman yang berlainan.”

“Saya mahu mengalami semua perasaan ini supaya ia menjadikan saya lebih matang, lebih berdimensi dalam berfikir, bukan hanya dari satu perspektif atau sudut mentaliti.”

Nadia geleng kepala. “Pertama kali saya jumpa orang yang fikir macam ni.”

“Mesti awak rasa saya ni gila kan?”

“Belum lagi,” Nadia tergelak. “Pasti ada sesuatu yang berlaku hingga awak boleh berfikiran sebegitu. Trauma mungkin?”

“Saya pernah mati.” Juan berwajah serius.

Kali ini sengih di wajah Nadia segera terpadam.

---

“Semasa di tahun kedua, saya alami kemalangan yang hampir meragut nyawa. Saya cedera parah namun nasib saya baik kerana tiada kecederaan pada organ kritikal. Berbulan lamanya saya menjalani proses rawatan yang menyeksakan sebelum pulih kembali.”

Nadia ternganga. Kemalangan meragut nyawa memang ironik buat dirinya. Nadia sendiri kehilangan dua orang rakannya akibat peristiwa yang sama.

“Dalam tempoh itu saya mula menghayati kata-kata live life to the fullest. Saya nak merasai segalanya. Buat semua perkara yang mungkin saya tak akan lalui. Yang orang kata tidak beerti. Trauma membuatkan saya sedar erti pengalaman, erti kehidupan.”

“Dan awak menafsir live life to the fullest dengan baik. Saya selalu lihat remaja kita menjadikan frasa itu sebagai kambing hitam membenarkan pelakuan mereka yang salah.” Nadia berkata bangga. Juan senyum.

“Sudahlah tu. Cukup cakap pasal saya. Apa kata kita cerita pasal awak pulak! Saya gerenti ianya lebih menarik!”

“Er, pasal saya?” Saat ini Nadia tersipu.

---

“Saya anak bongsu dari empat beradik. Emak saya dah tua, ayah saya pula dah tak ada lagi. Abang dan kakak semuanya bekerja di Selatan, saya aje tercampak kat sini, sorang-sorang.”

“Bongsu rupanya! Tak hairanlah mengada.” Juan menganjing.

“Tak adalah! Saya ni sebenarnya cuma itik perang di dalam adik beradik. Abang dan kakak saya semuanya pandai-pandai, kerja pun glamor-glamor. Saya aje kerja jadi cikgu.”

“Kerja cikgu tu kan mulia? Pada saya, jadi cikgulah paling hebat. Semua orang di dunia ini perlukan cikgu untuk menjadikan mereka berjaya. Kerja awak berkadar terus dengan perkembangan jatidiri seseorang.”

Nadia gelak. “Awak ni berbahasa, kadang tu kompleks sangat saya nak faham! Tak boleh ke mudahkan je ayat tu? Kadang tu saya tertanya, awak ni belajar di UK ke UKM?”

“Awak pun apa kurangnya, ada aje idea nak kenakan saya!” Juan sengih.

“Eh, hari dah nak lewat ni. Mari, saya hantar awak balik!”

---

Nadia termenung sepanjang perjalanan pulang. Di sebelah, Juan asyik menyanyikan apa saja lagu yang menjerit dari corong radio. Nadia senyum sendirian.

Hidup ini memang penuh misteri. Kita sebagai manusia, begitu kerdil untuk mengagak apa yang bakal kita lalui. Sekelip mata kita boleh beroleh kesenangan. Sekelip mata juga segalanya boleh hilang dari genggaman.

Ibu kata, yang penting kita kena sentiasa ingat pada tuhan. Ikut perintahnya, hindar larangannya. Mengenangkan ibu, hatinya menjadi rindu. Mata Nadia terus layu dibuai ingatannya pada ibu.

Kereta meluncur laju membelah malam.

---

“Juan kita kat mana ni? Kenapa kita berhenti di sini?” Nadia yang baru terjaga terpisat-pisat membuka mata. Di sekeliling tempat kereta itu berhenti tidak kelihatan apa-apa. Ini bukan jalan pulang ke rumahnya!

“Juan?” Lelaki di sebelahnya itu sedang tergesa-gesa membuka butang baju. “Juan? Apa yang awak sedang buat ni?” Nadia terasa adrenalinnya mencurah. Juan angkat muka. Riak lembut di wajahnya sudah sirna. Yang ada hanyalah amarah bengis yang tidak pernah dilihat! Sesaat selepas itu, hanya jeritan panjang Nadia yang kedengaran!

---

Lelaki itu menarik zip seluarnya. Kerjanya sudah selesai, dia mengesat peluh di dahi. Ada riak kepuasan yang terpancar dari wajahnya. Di hadapan, tubuh seorang gadis terkujur tanpa pakaian.

Dia mengangkat gadis tersebut lalu melintangkan di atas tempat duduk belakang. Kemudian kembali semula ke tempat kejadian, membersihkan apa sahaja jejak yang ada. 10 minit kemudian, kereta itu menghilang pergi.

Di atas jambatan kayu di sebuah kampung pedalaman. Tubuh gadis tadi dihumban ke dalam sungai. Deruan aliran jeram membuatkan bunyi dari perbuatannya tenggelam. Bulan yang muram membolehkan susuk bayangnya kelam.

“Lazat! Dulu jurutera, kemudian jurujual. Kini cikgu pula!” Dia menjilat-jilat bibirnya. Teringat pengalaman indah yang baru dilaluinya sebentar tadi. Lelaki itu kembali ke kereta, menghidupkan enjin dan berlalu pergi!

---

“Tiada kesan cap jari. Tiada sperma dalam sampel air mani. Tiada kesan-kesan lain yang boleh dijadikan jejak. Suspek telah melakukan jenayah sempurna, Tuan.” Pegawai forensik yang menyiasat tempat kejadian memberikan laporan.

Inspektor Norman menyemak butir laporan yang disediakan. Tiada sperma dalam mani? Akhir-akhir ni seringkali dia mendengar kes begitu. Cecair sebegitu hanya dihasilkan penghidap penyakit berkaitan testis sahaja!

“Pada hemat saya Tuan, corak dan cara jenayah ini dilakukan, sama dengan dua kes rogol dan bunuh di negeri sebelah kita. Modus operandinya memang sepadan! Saya syak suspek adalah penjenayah yang sama.” Pegawai itu menambah hipotesisnya.

“Takpelah, kumpul apa saja bukti dan kesan yang ada. Pada saya tiada istilah jenayah sempurna. Setiap rancangan pasti ada celanya! Menjadi tugas kita untuk mencari cela tersebut!”

“Baik tuan!”

Inspektor Norman menggeleng kepala. “Inilah kesan banyak sangat rancangan seperti CSI di televisyen sekarang. Penjenayah pun sudah menjadi begitu licik untuk tidak dijejaki polis. Dahulu jarang ada kes macam ni.”

182 km dari tempat kejadian, seorang gadis sedang berbual mesra dengan pekerja di pusat cuci kereta.

“Er, cik. Maaf. Saya tak sengaja terpatahkan salur radiator pada enjin cik ni.” Lelaki itu berwajah takut, tapi di dalam hati, ketawa jahat sedang bergema!

klik sini untuk ke bahagian seterusnya

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) another 1.. br baca kes rogol dlm newspaper hr ni... ni yang fobia ni. nice story~ tp x der perenggan.  Wink
    • bee
    • 17 years ago

  • (Penulis)
    2) jap jap . tgh edit perenggan senanye . lupe nak disable kan as draft dulu.
  • 3)

    wow genre berbeza. best

    tahniahla abg senior (perenggan tuh jek..berpino mato den nih hah nak baco)


  • (Penulis)
    4)

    okeh . dah betulkan . mak oi korang ni cepat nye baca. tadi lupe save as draft . so bile nak edit spacing .. korang dah baca dulu :p

    anyway . tengs for reading :D

  • 5) nice Laughing  sungguh kejam

  • (Penulis)
    6) penceritaan tidak sama sekali menggambarkan peribadi penulis. penulis adalah seorang yang sucimuci. sekian,
  • 7) elaborate la 11 perenggan terakhir. wakakkakakaa
  • 8)

    best.. tp musykil. apsl dlm stp cite or in real life,asyik pompuan je jd magse. erk xadil sgguh lelaki. pstuh cite mcm ade dr pengetahuan yg legkap je Kiss nway gud job!! caiyok caiyok

  • 9) ohh.. ko la mamat yg kluar dlm Bulletin Utama semalam yer cahatomic? Jap, aku nak report polis jap. Dapat RM20k reward ni, kuikuikui
  • 10) Caha telah merogol jiwa saya dgn kasih sayang dalam diam.

  • (Penulis)
    11) cik rempah menyeluruh : terima kasih. itulah, pasni kita buat cerita yang lelaki pulak jadi mangse kan. yang tu lagi detail dan lengkap pengalaman. yang ini rekaan semata-semata. dibantu oleh pengaruh televisyen koh koh.

    jojo : jo, jangan jo. penjara dah la overload skang. internet pun takde. cane aku nak berkarya kelak. tapi kool gak kan, behind the bars punya cerita :D

    siberkop : janganlah dedahkan kisah kita di sini sayang.

  • (Penulis)
    12) akus : perenggan2 terakhir tu penulis sendiri tak dapat nak bayangkan sgt. xleh nak elaborate. terlalu songsang dari norma kesucian sang penulis. maaf.
  • 13)

    erks... tersedak jap...

    caha mainkan perasaan val la

    baru nak rasa jiwang tiba-tiba tukar saspens... 

  • 14)

    hahaha..bro nanti aku masukkan cerpen maaf cik! ko ni dlm majalah rock kiteorg yeah!! don't worry be happy..Tongue out 

    PEACE, INDIE & BASIC TRAGEDY WILL ROCK UR WORLD

    Bino @ Basic Tragedy

  • 15)

    Bila nak start wat novel sci-fi? balik2 jiwang jer..baru mengancam..hahaha

  • 16) mmg cool nyer citer..ni citer rogol..wat citer bunuh lak..ehhehe
  • 17)

    hampeh caha! ni la rupenya taktik ko ngorat awek ek.

    "salur radiator pada enjin cik ni dh patah". hoho.


  • (Penulis)
    18)

    val : ish . memainkan perasaan? kamon. berat tuduhan tu. hahah!

    basictragedy : weh ni cane band famous leh sesat dalam ni nehh. tengs wehh sapot!

    asura : kan dah bunuh skali tu? haha! takut la wat citer2 camni. tak sesuai dgn resonan yang berkumandang dalam diri ni.

    misztelahfaham : salu aku ngorat laki yg pakai style ni. seperti pada siberkop. try adaptasikan kaedah pada pihak gadis pula. masih logik kedengaran :p

  • 19) hahaha...bro saje je masuk...nak komen citer CSI ko ni..buat ha novel sci-fi..br mengancam..yeah! kita sama underground mesti aku sopot nyer la bro, korang penulis2 underground, kiteorg lak band2 underground...ko sopot la kiteorg kat www.purevolume.com rate kiteorg kasi naik, nanti leh celen2 band omputih kat situ..
  • 20)
    Caha. I missy2.
  • 21)

    aku tak tau la kenape kan, aku memula nk komen dgn ikhlas cite ni. bila aku bace komen siberkop ngan caha, aku jadi tokleh konsentret.

    ish korang ni. kurangkan PDA tu. nnt attract byk sgt publisiti, tak elok jugak.


  • (Penulis)
    22) pda tu apa uculer. personal .. digital .. er .. asynchronous ke ?
  • 23)

    PDA: Public Display of Affection encik caha

  • 24) Caha tipu. Dulu dgn aku dia cakap,'salur something kamu ni dah patah. Tak tahu salur apa, tapi kenyal la.' HaHa.

    Johari plzz jangan dtg sini dan beri RM 1.
  • 25)

    Pesanan untuk semua gadis2, jangan keluar dengan orang yang tidak dikenali secara berseorangan padahnya boleh berlaku seperti cerita di atas.. Nadia terlalu berani menerima pelawaan lelaki yang baru dikenali padahnya dia kehilangan nyawanya sendiri.. kesian.. harap ada kesinambungannya, biar JUAN dapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya...

     

  • 26)

    pstt.. cahatomic, sile rosakkan "salur something" milik Juan tu. thanks.

    Siberkop: aku akan datang ke meja ko kalo aku kesepian dan jika Jee Kian menggodek PC aku. thanks juge 

  • 27) JUAN? JUANdanza? Ohh tak kuasa mak!

  • (Penulis)
    28) juandanza . macam pernah dgr . nama blog ke aa ?
  • 29) binobasictragedy: akoo dah dengar lagu korang. layan gak. cam mane akoo nak vote korang kat purevolume?
  • 30) ingatkan ending citer ni nadia kawin ngan juan....rupenye kene rogol,kene bunuh lak tuh....ish...sedey gile 
  • 31) Pragun: utk vote band kiteorg dlm purevolume ko kena register sebagai listener dulu bro..apa2 thanks 4 support..
  • 32) cahatomic ni bagus ni. tiap2 kali tulis cerita.. mesti tip top.

  • (Penulis)
    33) abg jojo ni sweet la. tengs. tapi abg jojo, snabi, uculer dan rukiahana masih lagi idola saya
  • 34) rukiahana dah lama senyap. bz la kot tu.
  • 35)

    awal2 ingat cite cinta, tapi macam cepat sgt advancenyer, rupenye2 cite bunuh, uhuk2, juan kejam

    p/z: juan jek aku xsuka, penulis ni beshhh 

  • 36)

    syokk! bapak arh dasat cite nih..nak curik bley?

    (masih lagi tenganga)

    ~cekgi~

  • 37) pheww...
  • 38) meskipun agak terlambat baca...nak komen gak... patutlah tertanya2 naper cepat sgt si nadia tu jatuh cinta ngn juan..rupanya juan tu pandai ngayat bertujuan tak elok... nyompreng ke?

  • (Penulis)
    39) takdehal la lambat baca pun :p . thanx for reading. er. kalau nilai skali pun cunnest gak. heee hee.
    aa .. tu la juan tu. noti noti
    p/s peribadi juan tidak ada kena mengena dengan penulis.
  • 40) ending yg sgt xdisangke.. br je igt nk fall in love dgn lelalki tu..huhu.

  • (Penulis)
    41) tu la kan! jahat betul juan ni!
  • 42) nice man.... tapi tak sangka lak camtu... hurm... best la!

  • (Penulis)
    43) tuh la. tak sangka betul. nak kena babab ni juan ni.
  • 44) akhirnya...aku membaca karya yg digembar gemburkan...awalnya aku menyangka ini sebuah cerita jiwang karat yang sungguh karat, tapi rupa2nye ala2 gerak khas skit...aku nak pegi..next-->
  • 45) hmm bagus jugak crite ni..jgn lepas ni yg mati jd hntu sudah..hehe
  • 46) ohh aku lupa nak komen yg nih..

    mula2 aku baru ingat nak peluk (eh?) ko sbb ko letak nama heroin Nadia. sekali tu Nadia cuma menjadi mangsa??? ahhh tidaakkkkk... begitu bencikah kau pada insan bernama Nadia??? (read: bukan aku. hehe :p)

    perlukah kata2 pujian dari aku? tak perlu kot..
  • 47) keji nye lelaki itu...tak suci cam caha..ahahha
  • 48) caha mmg cam tu.. tak suci

  • (Penulis)
    49) tidak, suci-seperti-caha. tu maksud dia jo.
    jangan cuba putar alam.
  • 50) caha suci? Helloooo....................
  • 51) ni yang takut nak pegi anta cuci kete nih..
  • 52) besh2! bot br bpeluang nk bc..seronok2! len dr yg len. bikin saspen jer..
  • 53) wah...wth...this is my FIRST cerita pendek yang an suka baca .. I heart you caha .. THIS IS GOOD!Superb!
  • 54) igtkan cite romantik..rupe2nye sadis..huwaaaa...

    papepun..best2..2 thumbs up!!! congrats...
  • 55) pembunuh zaman skang kena educated r.. best gak citer ni..nk baca sambungan plak ni...
  • 56) fuh,fuh.. sukenye elemen2 unexpected cmni
  • 57) licik btl si juan tu...menakutkan! ingatkan baik..rupenye..huh! pandai buat saspen.
  • 58) whoaaa syiok la citer nie.. besh²
  • 59) best!
  • 60) wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...egt love ending tp sadis btul end dier..huh
    pompuan gakz yg jd mangsa...asik kena tipu n di perdayakn :(

  • (Penulis)
    61) kan :-s
    mengapakah perempuan itu ditipu dan diperdaya!
    ini tak adil!
    huks
  • 62) die yang buat die sendiri cakap tidak adil.ape la caha ni =P
  • 63) Akak dah baca dan seperti orang lain juga..ia sebuah cerpen yang menarik.variasi yang cantik dan ada kesan sosial yang boleh difikirkan bersama.
  • 64) jgn dsangka air yg tenang xde buaya......................
  • 65) ..abg best la...sye bjye abezkn!!!
    ...huhu...tq abg..;)
  • 66) sebuah cerpen yang amat menarik... genre yang berbeza dan saya teringin sangat nak menulis genre yang bergini tapi sayang, kurang berkemampuan...

    Caha bila dah menulis, memang gempak ya... hehehe... =)
  • 67) benci tol!!!! caha agaknya nape tibe2 terpikir nak buat ending mcm nie??i dah best2 bace,tibe2 kena rogol lak!rase nak baling je laptop ngan sos life thai!!!!
    benci caha!
    nape mesti nadia kena rogol??tak adil!!
    yg nadia pon satu,yg mandai2 kuar ngan lelaki yg tak kenal tu nape?
    tu la..tak dengar nasihat mak!
    citer nie buat i lebih takutkan lelaki!
    benci!!
  • 68) JUAN JAHAT!!!
  • 69) :) teremosi laks! sowi2
  • 70) mak aih, promosi zaman berzaman nih caha
    bole lar ranking masuk carta karya popular nih :D

    cerita ni memang fenomena yang wujud sekarang. kagum dengan ideamu! kewl.

  • (Penulis)
    71) milo: ha ha. lelaki memang harus ditakuti dan dihati-hati.

    zu: tq. promosi berterusan tu penting. nak tulis lain tak pandai dah. ha ha.
  • 72) ha ok...ni bru komen...emm..two thumbs up!! 7/10..=p
  • 73) tahniah! harap memberi pengajaran kepada gadis-gadis. Jangan mudah percaya kepada orang yang baru dikenali.
  • 74) permlaan yang menarik dan diakhiri dgn pnh suspen..
    ia laik..
  • 75) Menarik, pandai memancing dan klimaksnya.. ha ha kejam.
  • 76) pndai betol en.caha ni tulis cerpen eh.ingat cite romantic lastnye saspen betol.nway,cerita yg menarik
  • 77) huh menyakitkan hati tol..geramnye lah..
    tapi serpen en.caha ni memang best..
    hilang kebosanan kejap ;p
  • 78) cerpen bersiri ek...ades..kene thn lu..nnt air liur mleleh nk bc..
  • 79) fuiyoo....seram lak jadinye......tp best!!
  • 80) ini cerpen bersiri ye? waaa ni xsuke ni... nnt kena melekat lama2 kat setiap cerita huhuhu
    btw, i like!
  • 81) muahahahaa..kesah chinta yg trajis...hampir2 mghanyutkan daku pd intronya..tp ending nya makk aii..x kusangka..incek patah salur radiator ghupe2nya incek perogol besiri..
    sggh bernas akalmu n tggi imaginasi mu wahai incek tukang tulih..ehehee

    gud job bro!..wa caya sama lu!......next
  • 82) pergh.. caha..
    cerita ni sgt surprising..
    mmg xsangka akn jd mcm tu akhirnya.
    two thumbs up!XD

  • (Penulis)
    83) hihi tengs membaca semua
  • 84) x bace pn lg...tlg ceritakan boleh???skrg ni tahap kemalasan nak membaca tu tinggi.....huhuhhuhuhuh
  • 85) err. sgt seram. ahh. tak mau pegi cuci kereta. adess
  • 86) Huuu..cte ni memg smart tp twisted gle. Sgt syok dbaca pd awalnya, hati pun bbunga riang. Ku sgka panas smpi ke ptg, rupenya ujan d tghari..Hero die EVIL ssgt.

    But watevr it is, mmg best, ada STYLE lah!

  • (Penulis)
    87) akma: u ni nakal tau!
    yan: memang saya tulis ni propagandanye nak suruh ra'ayat rajin membasuh sendiri kereta mereka ;p
    aoutfemme: thank you senang nak buat watak jahat evil kalau tulis pasal diri sendiri. bwahaha!
  • 88) good..juan tak tggl kesan..kejam..kalau kete rosak,mnx tolong caha antar kan..bia dy y kena[eh?]

  • (Penulis)
    89) er, sampai hati nana nak saya dirogol juan. huks
    saya takut saya yg apa2kan dia dulu nanti. bwahaha!
  • 90) TWIST! yippa yippa! aku hampir-hampir tertipu..kau berjaya memperdayakan aku caha, apa sebenarnya kau kah pencuci kereta itu? kekeke

    ok series, awal-awal bacaan, aku dah mula menaruh syak wasangka ini typical love story, nampak comel 'ja dia punya flow, tapi...ya tapi...kau buat twist, kau memperdayakan aku yang lemah ini..haha

    good job, bro!
  • 91) best sgt!! cerita yang penuh dengan cerita.
  • 92) hey aku teringin menjadi penjenayah seperti ni..tapi yang tak kantoilah!

  • (Penulis)
    93) marilah. aku dah rasa dah.
  • 94) Juan memang benar-benar jahat. Tapi, jika benar prinsip hidupnya sebegitu, Petak setuju.

    Kesusahan juga adalah satu bentuk pelajaran yang tidak formal.

    Hari ini, kita punya pelbagai kemewahan yang melimpah ruah. Kita punya kereta bermodel baru, kita punya rumah agam yang besar, dan kita punya wang beringgit-ringgit.

    Tapi tidak semestinya kita perlu gunakan itu sepenuhnya.

    Jalanlah kaki jika mahu ke merata. Tidurlah dalam panas, tanpa kipas, dengan cuma bertilam dingin lantai dan berselimut nyamuk.

    Jika suatu hari nanti kita mengalami sesuatu kesukaran, dan kita berbalik kepada apa yang kita pernah lakukan dahulu, kita akan sudah terbiasa dengan kesusahan minda fizikal.

    Alah bisa. Tegal biasa.
  • 95) Saya menonton CSI bukan untuk menjadi penjenayah

    tapi giler ah.. I bet ramai tertipu dengan 1st part of the story. Banyak tengok Kisah Benar kat TV3 ke dulu caha?
  • 96) best tp ending y menakutkn..
  • 97) antara jeritan mangsa dan Juan menarik zip seluar itu kau patut cerita juga caha. jangan malas! haha!
  • 98) seram2 bulu roma baca crite nih..
    dasat la mr. caha

    baru je nak kagum ada oversea grad keje as pencuci kereta..
    sekali dia ada buat part time daa..

    ok2..onto the next part............

  • (Penulis)
    99) thanks for the comments korang
  • 100) sukalah cerpen ni. hahahaha (walaupun da baca berbulan2 lamanya)

    p/s: caha nak iklan cerpen ape lagi ni?
  • 101) Bes...looking forward to see next episode,.hehe
  • 102) best cite ni..mula2 happy je baca..last2 menakutkan.waaa..

  • (Penulis)
    103) thankie baca and komen
  • 104) aduhai saspen thriller bukan cawan teh saya.
    tapi saya minum sampai habis cerita ni.
  • 105) Zaman sekarang, memang banyak perempuan yang macam ni: Mudah jatuh cinta. Lepas tu, gelabah nak salahkan lelaki. Phui!
  • 106) baca kali ke berapa pun still rasa scary-mary. pekat punya psiko.

  • (Penulis)
    107) eh cerita ni scary ke kan romantis gitu. last-last je kasi psiko
  • 108) scary wakkk. baca dari awal dah terhidu bau-bau fishy tau. tak macam first time baca dulu. sy baru berfikiran matang kot untuk hadam cerita psiko gini. hahaha.
  • 109) yeah! aku komen dua kali!!

Cerpen-cerpen lain nukilan cahatomic

Read all stories by cahatomic