Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

One Last Breast

 

 

Tipah merasakan satu bebanan yang amat berat dalam kepala otaknya. Dah seminggu dia diselubungi ketakutan, kengerian dan horror. Mana taknya, minggu lepas Markonah dikejarkan ke hospital. "Breastman" mengamuk lagi. Markonah diserang waktu tengah mandi sorang-sorang kat belakang rumahnya. Kesian family dia… dahlah anak perempuan diorang still dalam hospital, diorang pulak terpaksa berulang-alik ke rumah jiran sebelah untuk sumber air. Sebabnya, breast Markonah yang tak dijumpai tu dipercayai dah tercampak dalam perigi rumah dia.

 

Sebaik sahaja Tipah tahu tentang cerita Markonah, dia terus tak nak keluar daripada rumah. Mangsa lepas tu for sure dia ah… sebab dialah satu-satunya perempuan kat Kampung Chuak tu yang still ada breast. Nasib baiklah toilet rumah dia memang kat dalam rumah. Kalau tak… sure tak mandi.

 

Tetapi, hari ni chuaknya sampai ke tahap maksimum. Mak dia dah tujuh minit keluar. Terpaksa beli garam, nak buat kari ayam. Ayah dia pulak… keluar jual keropok lekor kat Kuala Terengganu. Jam dah menunjukkan pukul 7.30 malam. Tipah mengelilingi ruang tamu rumahnya tujuh kali. Dah berbelas –belas kali dia memeriksa pintu-pintu ngan tingkap-tingkap.

 

Tiba-tiba, Tipah memasang telinga. Senyap. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Gabrak kot. Dia masuk dalam bilik, pastu mengunci pintu. Lepas check tingkap, Tipah duduk atas katil… memeluk lutut. Mana mak ni? Mana mak ni? Dia ngantuk sebenarnya… tapi tak boleh nak tidur. Dua tiga minit lepas tu, bilik Tipah tiba-tiba jadik gelap. Blackout. Mau pengsan Tipah kat situ, takut. Tipah membuka pintu bilik… kat luar pun gelap jugak. Dia baru je nak melangkah keluar bilik, tiba-tiba satu tangan menolak dia ngan kuat. Tipah terjatuh… kepala dia terlanggar bucu katil.

 

Bila Tipah membuka mata, bilik dia dah terang-benderang. Dia cuba untuk bergerak… tapi tangan ngan kaki dia dah kena ikat dah, "Tak yah geraklah Tipah," Tipah mengangkat muka, mendengar suara tu. Macam kenal… tapi sapa hah? Breastman tu membelakangi dia, "Tak guna kau tutup tingkap ngan pintu Tipah. Aku dapat masuk jugak," Breastman tu menoleh.

 

"MEON?!" Tipah tak sangka Breastman tu Meon. Takde sapa pernah nampak Breastman. Tapi kenapa Meon? Setahu Tipah… Meon tu orang baik. Lepas isteri dia meninggal tiga tahun lepas, Meon terus menghilang. Tak tau pegi mana. "Meon… kau ke yang buat semua kerja takde pekdah ni?"

 

"Ha.. ah.. memang pun aku yang buat semua ni," muka Meon serius je. Tak sengih tak apa.

 

"Tapi kenapa Meon? Kenapa? Kitorang tak buat salah ngan kau pun."

 

"Tak salah kau kata," Meon ketawa. Hahaha. Kuat giler. Ketawa dia tak lawak pun… kejam adalah, "Tak salah kau kata. Kau jangan nak menipu ah Tipah."

 

"Amende ni?" Tipah blank. Meon tersengih. Dia duduk di sebelah Tipah dan menggosok-gosok paha Tipah. Tipah kegelian, "Memandangkan kau ni mangsa aku yang terakhir. Mehla aku cerita kat kau, kenapa aku mengganas," Meon pun bukak cerita. "Kau kenal isteri aku, Peah kan?" tanyanya pada Tipah. Tipah mengangguk.

 

"Kau tahu dia ada breast cancer kan?" Tipah mengangguk lagi. Dia ingat… sangat-sangat ingat. Heboh satu kampung yang Peah tu breast cancer, "Kau nak tahu kenapa dia meninggal?" Tipah blank. Meon ni, nak bercerita ke nak buat sesi soal jawab? Tapi dia ikut je… takut jadik apa-apa, "Isteri kau meninggal sebab breast cancer kan Meon?"

 

"TIPU!!!" Meon tiba-tiba je menjerit. Muka dia terus tukar jadik merah, "Tu semua bohong. Ketua kampung kita tu menipu. Dia tutup cerita sebenar. Isteri aku meninggal sebab bunuh diri tau tak. BUNUH DIRI." Meon menjerit sambil menggerak-gerakkan tangan. Dia menarik rambut Tipah. Tipah tersentak, kesakitan. Meon menyambung lagi. Tapi kali ni, suara dia tukar… jadik macam ala-ala berbisik. Macam orang sakit mental je si Meon ni.

 

"Isteri aku bunuh diri sebab tak tahan dengan perli, caci, maki, umpat, kutuk korang… tau tak. Dia sakit… tapi korang layan dia macamlah dia tu membunuh orang."

 

Meon melepaskan rambut Tipah. Kasar. Dia terus bangun dan berdiri menghadap tingkap, "Kalau nak ikutkan salah, Tipah. Isteri aku lagilah tak salah. Tapi korang yang buat dia bunuh diri. Sekarang…" Meon pusing. Dia tersenyum menyindir. Tipah meronta-ronta tapi tak dapat nak lepaskan diri. Dia menutup mata,

Tawakal…

Tawakal…

 

Tawakal…

Breastman mengamuk lagi.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)

    err . alamak. ending dia camtu je ke? apa jadii apa jadiii? jangan seksa kami beginii!!

    anyay, tajuk dia offensive. saya sebagai presiden persatuan, backbenchers dan whip lelaki sopan seluruh komuniti kapasitor ingin membuat bantahan aman tentang tajuk di atas. koh koh.

    kiding! :p 

  • 2) elaborate endingnye plis. kalau ada gamba buleh membantu pemahaman kami!!!
  • 3) Apesal banyak tag2 ni?

  • (Penulis)
    4)

    tag? tag apa?

    mana boleh elaborate

    sendiri mau tau la 

  • 5)

    valium: tag yang siberkop maksudkan itu saya rasa merujuk kepada ini:

    [if !supportLineBreakNewLine]
    [endif]

    yang hanya kelihatan dalam browser based on IE (saya dah test under IE6 dan IE7). Mozilla based browser saya dah test dan tidak kelihatan tag itu. Sile reply Private Message saya dan bantu saya untuk resolve masalah ini.

    Terima kasih. 

  • 6) Jangan la marah Valium. Nanti tidak sweet pula. La la la.
  • 7)

    cik lela kite mengamuk lagi!

    oi cik lela..disebabkan citer tergantung..dan aku x dpt paham ending die dan buat ramai orang kompius,maka,meh sini 2 ringgit!

    p/s: mlm neh cam bese eh..boleh eh?bleh eh? Jgn wat kecik2..besau2 yer.. 

  • 8)

    ada smbgan tak ni??

    pliss ada..plisss...

    apsal dia peah kena caci ngan org kmpg??sbb dia xdek breast ke? 

    • sha
    • 17 years ago

  • (Penulis)
    9)

    marah?

    mengamuk?

    mana ada... emosi saja

     

    p/s: kalau mau tiru, sendiri mau pandai la jakun! 

  • 10) siberkop. jangan curang dgn i. i rotan nanti. aum!
  • 11) erkk.ape yg bole ku katekn lg???!?!? sesungguhnye laki nih mmg hampes.kn cahatomic??? spt dlm cite muh. jgn dikau pure2 lupe ye.. bgos  valium. u done a gud job!! lalalala~~~~
  • 12) citer tergantung ker ni? rasa2nya ada sambungan ke?tak paham:))))))))

  • (Penulis)
    13) ya benar... cerita ini memang tergantung begini... maafkan saya
  • 14) hahaha...semuanya nmpk berminat dgn cerita yg satu nih...cerita ni dah 2 kali neu baca...first time kat webpage yg pinky2 tu...hehehe
  • 15) aku xphm la citer ni...
  • 16) Breastman. haha

Cerpen-cerpen lain nukilan valium

Read all stories by valium