Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Saspens

One Last Breast

Cerpen sebelumnya:
Maaf, Cik!
Cerpen selanjutnya:
Kejar-kejar

 

Tipah merasakan satu bebanan yang amat berat dalam kepala otaknya. Dah seminggu dia diselubungi ketakutan, kengerian dan horror. Mana taknya, minggu lepas Markonah dikejarkan ke hospital. "Breastman" mengamuk lagi. Markonah diserang waktu tengah mandi sorang-sorang kat belakang rumahnya. Kesian family dia… dahlah anak perempuan diorang still dalam hospital, diorang pulak terpaksa berulang-alik ke rumah jiran sebelah untuk sumber air. Sebabnya, breast Markonah yang tak dijumpai tu dipercayai dah tercampak dalam perigi rumah dia.

 

Sebaik sahaja Tipah tahu tentang cerita Markonah, dia terus tak nak keluar daripada rumah. Mangsa lepas tu for sure dia ah… sebab dialah satu-satunya perempuan kat Kampung Chuak tu yang still ada breast. Nasib baiklah toilet rumah dia memang kat dalam rumah. Kalau tak… sure tak mandi.

 

Tetapi, hari ni chuaknya sampai ke tahap maksimum. Mak dia dah tujuh minit keluar. Terpaksa beli garam, nak buat kari ayam. Ayah dia pulak… keluar jual keropok lekor kat Kuala Terengganu. Jam dah menunjukkan pukul 7.30 malam. Tipah mengelilingi ruang tamu rumahnya tujuh kali. Dah berbelas –belas kali dia memeriksa pintu-pintu ngan tingkap-tingkap.

 

Tiba-tiba, Tipah memasang telinga. Senyap. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Gabrak kot. Dia masuk dalam bilik, pastu mengunci pintu. Lepas check tingkap, Tipah duduk atas katil… memeluk lutut. Mana mak ni? Mana mak ni? Dia ngantuk sebenarnya… tapi tak boleh nak tidur. Dua tiga minit lepas tu, bilik Tipah tiba-tiba jadik gelap. Blackout. Mau pengsan Tipah kat situ, takut. Tipah membuka pintu bilik… kat luar pun gelap jugak. Dia baru je nak melangkah keluar bilik, tiba-tiba satu tangan menolak dia ngan kuat. Tipah terjatuh… kepala dia terlanggar bucu katil.

 

Bila Tipah membuka mata, bilik dia dah terang-benderang. Dia cuba untuk bergerak… tapi tangan ngan kaki dia dah kena ikat dah, "Tak yah geraklah Tipah," Tipah mengangkat muka, mendengar suara tu. Macam kenal… tapi sapa hah? Breastman tu membelakangi dia, "Tak guna kau tutup tingkap ngan pintu Tipah. Aku dapat masuk jugak," Breastman tu menoleh.

 

"MEON?!" Tipah tak sangka Breastman tu Meon. Takde sapa pernah nampak Breastman. Tapi kenapa Meon? Setahu Tipah… Meon tu orang baik. Lepas isteri dia meninggal tiga tahun lepas, Meon terus menghilang. Tak tau pegi mana. "Meon… kau ke yang buat semua kerja takde pekdah ni?"

 

"Ha.. ah.. memang pun aku yang buat semua ni," muka Meon serius je. Tak sengih tak apa.

 

"Tapi kenapa Meon? Kenapa? Kitorang tak buat salah ngan kau pun."

 

"Tak salah kau kata," Meon ketawa. Hahaha. Kuat giler. Ketawa dia tak lawak pun… kejam adalah, "Tak salah kau kata. Kau jangan nak menipu ah Tipah."

 

"Amende ni?" Tipah blank. Meon tersengih. Dia duduk di sebelah Tipah dan menggosok-gosok paha Tipah. Tipah kegelian, "Memandangkan kau ni mangsa aku yang terakhir. Mehla aku cerita kat kau, kenapa aku mengganas," Meon pun bukak cerita. "Kau kenal isteri aku, Peah kan?" tanyanya pada Tipah. Tipah mengangguk.

 

"Kau tahu dia ada breast cancer kan?" Tipah mengangguk lagi. Dia ingat… sangat-sangat ingat. Heboh satu kampung yang Peah tu breast cancer, "Kau nak tahu kenapa dia meninggal?" Tipah blank. Meon ni, nak bercerita ke nak buat sesi soal jawab? Tapi dia ikut je… takut jadik apa-apa, "Isteri kau meninggal sebab breast cancer kan Meon?"

 

"TIPU!!!" Meon tiba-tiba je menjerit. Muka dia terus tukar jadik merah, "Tu semua bohong. Ketua kampung kita tu menipu. Dia tutup cerita sebenar. Isteri aku meninggal sebab bunuh diri tau tak. BUNUH DIRI." Meon menjerit sambil menggerak-gerakkan tangan. Dia menarik rambut Tipah. Tipah tersentak, kesakitan. Meon menyambung lagi. Tapi kali ni, suara dia tukar… jadik macam ala-ala berbisik. Macam orang sakit mental je si Meon ni.

 

"Isteri aku bunuh diri sebab tak tahan dengan perli, caci, maki, umpat, kutuk korang… tau tak. Dia sakit… tapi korang layan dia macamlah dia tu membunuh orang."

 

Meon melepaskan rambut Tipah. Kasar. Dia terus bangun dan berdiri menghadap tingkap, "Kalau nak ikutkan salah, Tipah. Isteri aku lagilah tak salah. Tapi korang yang buat dia bunuh diri. Sekarang…" Meon pusing. Dia tersenyum menyindir. Tipah meronta-ronta tapi tak dapat nak lepaskan diri. Dia menutup mata,

Tawakal…

Tawakal…

 

Tawakal…

Breastman mengamuk lagi.

Cerpen sebelumnya:
Maaf, Cik!
Cerpen selanjutnya:
Kejar-kejar

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.2
10 Penilai

Info penulis

Ungku Laila Hanna Binti Ungku Mohsin

im your best kept secret and your biggest mistake
valium | Jadikan valium rakan anda | Hantar Mesej kepada valium

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya valium
Sudut Orang Ketiga | 3636 bacaan
Wahyu | 2276 bacaan
Kata Penjual Susu | 2604 bacaan
The Ragged Doll | 3492 bacaan
M01S05 - Tanah Hanyut | 4230 bacaan
Dari Langit | 2443 bacaan
Kepada Arman | 2604 bacaan
Bisu | 2971 bacaan
Terbang | 2595 bacaan
Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan | 3122 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

16 Komen dalam karya One Last Breast
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik