Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Diari Derita

Cerpen sebelumnya:
Cerita Satu Pagi
Cerpen selanjutnya:
Kisah seorang Adha

Selasa, 17 Mac.

Aku rasa tergangggu.  Semacam ada benda yang bertenggek di atas kepala aku. Pelajaran aku turut terganggu. Apa yang diajar oleh Cikgu Salim langsung aku tidak dapat menangkapnya. Apatah lagi mata pelajaran Sains yang tidak pernah aku tanam sikap ingin belajar dalam otak aku ini. Rasanya hampir lima kali aku ditegur oleh guru berbadan kecil itu.

Kata Cikgu aku mengelamun, tapi bukan sebenarnya. Aku risau tambah runsing. Papa datang bertemu dengan aku. Kalau aku tidak silap perkiraan, ini adalah kali pertama Papa datang setelah hampir setengah tahun dia dan mama berpisah. Kata Papa, dia amat merindui aku dan mama. Bohong, aku tahu itu semua bohong. Papa tidak pernah sayang mama. Papa juga tipu aku.

Kalau dikira, dia bukan Papa aku. Ayah kandung aku meninggal dunia sewaktu aku dalam kandungan mama. Aku cuma mengenali Papa sebagai ayah tiri aku yang amat aku sayang. Apa boleh buat, Tuhan telah jadikan syaitan yang boleh berubah rupa dan bentuk. Aku jadi takut bila Papa datang pagi tadi di sekolah. Takut andai dia mengulangi lagi cerita lama. Alhamdulillah, dia cuma datang berbual.

Aku tidak sangka, Papa masih sayangkan kami. Aku tengok air mata jantan Papa turun menitik ke bumi. Ah! Jangan harap aku akan simpati. Aku pasti, mama pun tidak akan tertarik dengan air matanya. Aku cuba mengawal suaraku ketika berbicara. Terutama sekali ketika dia melafazkan maaf daripada aku. Lancar saja bibirnya mengungkap kata maaf. Apa, dia ingat senangkah aku hendak memaafkannya?

Aku segera melarikan diri menuju ke kelas apabila Papa cuba memegang bahuku. Jijik rasanya apabila tangan kasarnya menyentuh bahu aku. Diikutkan hati, ingin saja aku menempelak Papa.mengutuk, mencela semahu hati. Tapi nasihat mama masih lekat di ingatan aku. Mama tidak pernah mengajar aku membenci apatah lagi menganggap

Papa sebagai musuh aku.

Aku tahu mama risaukan aku. Sebabnya mama sayangkan aku. Papa pun sayangkan aku, tapi sayang Papa sayang keterlaluan.

Rabu, 18 Mac

Malam tadi aku mimpi lagi. Mimpi yang sama yang pernah menghantui tidurku selama ini. Sekali lagi aku mengganggu tidur mama. Maafkan abang, mama kerana terpaksa mengganggu tidur mama.Sudahlah seharian penat bekerja, malam pula diganggu oleh mimpi-mimpi yang tidak dapat aku kawal.

Dalam mimpi, papa datang menyerang aku seperti yang telah dia lakukan terhadap diri aku selama ini. Menurut mama, itu cuma gangguan turutan peristiwa lampau. Mungkin…

Mama pulang awal. Satu berita gembira, tapi disusuli berita yang kurang enak didengar. Mama kata, dia kurang sihat. Kasihan Mama. Ini mesti mengenai mimpi aku semalam. Tapi aku nampak kelainan dalam mata mama. Aku terdengar esakan mama sewaktu melintasi biliknya. Mama menangis? Perlahan-lahan aku menapak masuk.

“Papa nak berbaik dengan mama. Abang jangan risau, mama tidak akan makan pujuk dia,” ujar mama dalam tangisan. Mama memeluk aku. Erat sungguh pelukan mama. Bertambahlah semangat aku.

Sepanjang hari aku memikirkannya. Adakah Papa mula ingin mengganggu-gugat kehidupan aku dan mama? Tidak cukupkah penganiayaannya selama dia bersama kami? Aku seolah-olah hilang punca apabila teringatkan perilaku papa suatu masa dahulu. Terasa macam aku kehilangan segala-galanya. Kasih yang pernah papa hulurkan bagai tidak pernah wujud. Setiap pujian yang dilemparkan aku rasa macam hinaan. Setiap sentuhan seperti cakaran hebat. Setiap kata sayang yang dituturkan seolah kata benci yang sebenarnya tidak pernah dilafazkan.

Aku jadi gentar setiap kali berhadapan dengan masyarakat. Bayangan Papa pasti akan menjelma dalam ruang mata aku. Rasanya pernah sekali Farouk menerkam aku dari belakang. Tanpa aku sedari, satu-persatu air mata aku gugur. Farouk apalagi, terus senyap. Kasihan dia, mungkin dia ingat aku marah dengan perlakuannya. Lantaklah, siapa suruh sergah aku.

Farouk, kau tidak mengerti sebenarnya apa yang aku fikirkan saat ini. Kau tidak tahu apa yang terjadi. Mungkin kerana aku tidak mengkhabarkannya kepada engkau. Dan, memang aku tidak akan memberitahu sesipa melainkan tiba waktunya…

Aku bukan yang selalu kau cabar suatu masa dahulu. Aku kini lebih penakut. Aku jadi pengecut kerana Papa aku. Aku bukan seperti engkau. Kau mahu tahu kenapa? Sebabnya, aku diliwat oleh Papa aku. Papa aku seorang homoseksual!!! Aku tidak memaksa kau untuk percaya.

Ah! Menangis lagi. Murah benar air mata aku sekarang. Semakin aku dewasa, aku rasa semakin terhimpit. Ini semua angkara Papa! Papa yang dahulunya aku sanjung.  

Khamis, 19 Mac

Rasanya sepanjang hari ini aku ingin terus tersenyum. Semasa makan malam, mama menyedari perubahan tingkah aku yang berbeza. Mama gembira andai aku selalu tersenyum. Sejuk hati mama, katanya. Aku tidak berkata apa, tetapi dalam hati aku berjanji dengan mama yang aku akan cuba untuk terus tersenyum walaupun hati aku dilanda derita dan kecewa.

Sebenarnya aku meminati seorang gadis yang sering aku perhatikannya sebaik sahaja sesi persekolahan tamat. Dia seorang gadis yang cantik, bijak dan juga peramah. Ingin sahaja aku mendekatinya tetapi, perasaan takut dan malu semakin menebal setiap kali aku terpandangkan senyumannya dari kejauhan. Ditambah lagi dengan status diri aku sekarang. Mana aku hendak sorokkan muka ini apabila dia mengetahui keadaan yang sebenar...Tapi, rasanya kalau aku tidak memberitahunya, mana mungkin dia tahu. Bijak juga otak aku ini. 

Suzana, cantik namanya macam orangnya juga. Setiap kali aku terpandangkan wajahnya, jantung aku pasti berdebar-debar. Kata Farouk, aku jatuh cinta. Ah! Farouk, suka benar mentertawakan aku. Tapi, tanpa usul periksa sambil berseloroh, mama pun kata aku angau cinta. Alah! Cinta monyet, apa yang nak dihairankan. Akukan budak sekolah. Kata mama, aku kena belajar rajin-rajin agar masa depan aku lebih cerah.

Aku lebih gemar gunakan kata-kata mama berbanding orang lain. Kata-kata mama, kata-kata azimat. Kata-kata yang terbit dari mulut mama, punya kuasa. Aku paling suka mama menyatakan rasa sayangnya kepada aku. Serasa dunia ini aku yang punya! Sebab mama adalah wanita paling tabah yang pernah aku kenal.

Mana mungkin aku menafikannya. Mama masih mampu tersenyum sewaktu melangkah keluar dari mahkamah ketika perceraiannya dengan papa. Aku tahu mama masih cintakan papa. Namun, mama masih mampu menghalau papa dari rumah apabila mama ternampak tubuh agam papa menindih tubuh aku. Mama segera menerkam aku, memeluk dan bibir mama tidak putus-putus mengungkapkan kata maaf. 

Tidak, mama tidak bersalah, kenapa mama yang harus memohon maaf? Soalan aku tidak terkeluar waktu itu lantaran aku masih lemah akibat perlakuan binatang yang bertopengkan kasih sayang seorang ayah! Tidak sesekali aku tertipu lagi.

Ah! Buat apalah aku fikirkan hal itu lagi. Baik aku fikirkan hal Suzana. Gadis cantik yang punya tarikan tersendiri. Aku suka tenung matanya yang bersinar, macam mata mama. Lenggok suara yang ditarikan amat merdu sehingga aku pasti kaku tatkala terdengar gemersik suaranya itu. Kalau dia menyanyi, aku pasti dan semua mengakuinya, semerdu suara diva pop, Siti Nurhaliza. Mengancam! Esok aku akan berdepan dengannya. Akan aku luahkan segalanya kepada Suzana. Biar dia tahu isi hati aku. Mama pasti sukakan Suzana. Farouk pasti boleh tolong aku ,kalau usaha aku sendiri tidak berjaya. Farouk pasti boleh tolong aku. Yeah!  Jumaat, 20 Mac.

Aku tidak tahu apa lagi yang papa mahukan. Tidak cukup mama tidak membuka pekung di dada papa? Atau dia memang ingin mulut tempayan dibuka untuk meluahkan isi di dalamnya? Kalau itu yang dia mahu, aku boleh lakukan kalau bukan mama yang menghalang.

Mama, papa datang lagi bertemu dengan abang. Abang tidak boleh memberitahu mama, abang tidak mahu mama risau. Tapi, abang juga risau kalau setiap kali abang mahu pulang dari sekolah, dia tercegat di luar menanti abang. Macam mana, kalau tiba-tiba dia menarik abang ke kereta dan melarikan abang, meninggalkan mama seorang di rumah?Menangis, meratapi kehilangan abang? Abang tidak mahu terjadi perkara sebegitu. Abang tidak mahu mendengar mama menangis apatah lagi melihat sendiri, air mata mama gugur.

Kata papa, dia akan berbaik dengan mama. Bohong lagi! Mama tidak akan dengar pujukan mama. Mama sudah beritahu aku. Aku percaya cakap mama. Mama tidak pernah bohong. Papa yang tipu! Papa cuba menyentuh aku. Dia ingat aku bodoh. Maaf papa, aku tidak mahu ia berulang semula.

"Tapi papa rindukan abang dan mama. Kenapa abang tak boleh maafkan papa, sayang?” Kata-kata papa memang menyakitkan telinga aku.

“Papa tipu! Papa tak pernah sayangkan mama. Papa permainkan kasih sayang mama. Papa khianati segala-galanya. Papa tipu!” Baru puas hati aku. Setahu aku itu adalah kali pertama aku meninggikan suara aku pada papa. Ah! Rasakanlah , biar dia tahu siapa dia dalam hidup aku sekarang. Dia bukan lagi papa yang aku tunggu pulang dari kerja. Dia bukan lagi papa aku yang aku sanjung. Lagipun dia memang bukan papa aku!

Tebal rasa muka apabila Suzana melihat aku menangis. Tapi aku tidak kisah, asalkan dia datang menegurku sudah memadai. Nasib baik kau ada Su, lega sikit hati aku. Tidaklah asyik teringatkan papa. Maaflah andai soalanmu tidak dapat kujawab. Soalan kau sensitif sangat  Su. Kau tanya aku…

“Kenapa Azriq menangis?”

Jatuh air mukaku, kau tanya aku sebegitu. Janganlah risau, aku tidak ambil hati. Yang penting, mata cantikmu dapat aku renung sepuas-puas hati. Tersipu kau jadinya petang tadi. Maaf Su, sudikah kiranya kau terpikat padaku? Heh!  Sabtu, 21 Mac.

Mama, seorang wanita yang paling aku sayangi. Tabahnya mama,tiada siapa boleh tandingi. Kecantikan mama membuatkan ramai lelaki ingin memiliki mama selepas ayah kandung aku meninggal dunia. Mama bijak mengendalikan perniagaan arwah ayah. Kebijaksanaannya juga menjadi aset perniagaan bertambah dan juga mengundang nestapa dalam hidup aku.

Mama memilih papa sebagai teman hidup atas adpis nenek; ibu arwah ayah. Kata nenek, tidak elok mama hidup membujang kalau menjadi tumpuan lelaki yang berahi dan iri dengan kebijaksanaan mama.Aku bahagia dengan papa baru yang memberi sinaran dalam hidup aku. Sayangnya  ia malap juga akhirnya sedikit demi sedikit.

Sejak awal pagi, aku rasa macam ada yang tidak kena. Kelas tambahan Sains yang diaturkan oleh Cikgu Norehan terasa lambat berlalu. Aku kerap termenung dan berfikir tentang mama berbanding pelajaran yang sedang diajar oleh guru Matematik aku. Aku yang pertama sekali keluar setelah matapelajaran tamat.

Langkah aku terhenti apabila sampai di muka pintu rumah. Papa? Kenapa dia datang lagi? Apa yang dia mahu? Ya Tuhan, kenapa dia buat macam itu? Papa bertengkar dengan  mama! Ingin sahaja aku menerkam papa.Biar aku pukul dia sepuas hati. Tapi, mama halang! Kenapa mama? Kenapa tidak biarkan abang  belasah dia cukup-cukup? Kalaulah mama tidak halang…

Mama melemparkan pasu bunga kepada papa. Jahanam. Lemparan mama tidak tepat! Kaca tingkap yang pecah bertaburan dan papa… Papa???

Aku terkedu dan terus bungkam. Aku cuma mampu melihat kilauan kaca itu menembusi kulit mama. Sekilat lalu, mama rebah. Mama? Mama, bangun mama, abang rayu mama. Tolonglah bangun! Mama?Aku masih kabur, papa mendekati aku. Rasanya aku tidak berganjak.Dan…betapa kejamnya papa!

Sanggup papa menghulurkan kaca itu kepada aku. Aku rasa dan aku nampak cecair merah dari kaca itu mengalir di tangan aku. Ya Allah, bukan aku… Tolong, mama tolong abang…

Mama, tolong jangan buat abang macam ini. Bangun, mama! Bangun, abang rayu mama, tolong bangun!  Abang takut mama. Abang tidak mahu kehilangan sesiapa. Abang sayangkan mama! Mama!!  Ahad, 22 Mac.

Bosan, menyakitkan, pedih dan sengsara. Itulah yang aku alami dalam tirai besi. Ini semua angkara papa. Bukan, dia bukan papa aku! Lelaki jahanam, kau memang binatang!

Mama, abang menangis lagi mama. Kenapa mama tidak datang memujuk abang? Mama, abang takut. Abang tak bunuh mama. Abang sayang mama. Abang rindukan pujukan mama. Mama!! Tolong lepaskan abang. Abang tidak mahu hidup dalam penjara. Abang mahu belajar. Abang mahu jadi doktor seperti yang mama cita-citakan.abang mahu hidup bahagia dengan mama. Mama!!!

Azriq, kau kena tabah kalau kau sayangkan mama kau. Mama kau perempuan, tapi dia boleh teruskan hidup tanpa lelaki. Kenapa tidak kau yang memang bergelar lelaki? Kau bukan Azriq kalau kau tidak tabah. Kau pengecut! Berjanjilah Azriq,kau boleh teruskan hidup. Kau balas dendam atas kematian mama engkau. Kau cari lelaki bangsat itu, kau bunuh dia macam dia bunuh mama kau.

Tapi, mama tidak pernah ajar aku berdendam apatah lagi bunuh orang. Mama ajar aku supaya memaafkan orang. Mama, tolonglah abang. Abang hendak keluar dari sini. Abang takut gelap. Abang sejuk. Mama tahu tak, tukang masak di sini tak pandai masak. Mereka tidak seperti mama. Mama, abang rindukan mama. Mama, tolong lepaskan abang.

           

Azriq, cekallah Azriq. Kumpul semangat kau. Kau anak jantan, mengapa kau mesti menangis, hah? Kuatkan semangat kau Azriq!! Masa depan kau masih ada di hadapan. Kau kena laluinya juga walaupun pahit. Kau boleh lakukannya. Ingat Azriq, mama kau kena bunuh. Mama kau kena bunuh! Hadapilah Azriq.

           

Papa, kenapa papa buat abang macam ini? Papa kata, papa sayangkan abang. Papa, abang maafkan papa kalau papa tolong lepaskan abang dari sini. Abang tak sanggup hidup macam ni.

Azriq! Dia bunuh mama kau. Tidak kira sama ada dia selamatkan kau atau tidak, tapi dia sudah bunuh mama kau. Tiada guna kau merayu pada dia yang tidak berhati perut. Sedarlah Azriq!

           

Mama, tolonglah abang. Abang merayu mama. Abang takut. Ya, abang pengecut mama. Abang tidak boleh hidup tanpa mama. Abang  nak hidup dengan mama. Abang sangsi dengan diri abang. Abang takut abang tidak boleh meneruskan hidup. Abang takut, mama! Abang takut!

           

Azriq, kalau kau sayangkan mama kau, cekal. Okey Azriq, kau boleh teruskan hidup. Tabah macam mama kau. Kaukan anak jantan. Mama kau kata kau gagah. Kau cekal. Ya, aku mesti cekal. Mama, abang mesti cekal. Abang ingat kata-kata mama. Semangat mama akan tetap terus mengalir dalam diri abang. Mama…  Isnin, 0230,23 Mac.

 Mataku masih tidak dapat dilelapkan. Sepanjang hari aku menangis. Wajah mama masih terang walaupun aku kini berada dalam kurungan yang agak menyukarkan pandangan. Bagaimana kaca berkilau menusuk ke tubuh mama juga masih jelas dalam cakera minda aku.Dalam pada itu, ah! Suzana pun tidak mahu ketinggalan berlakon dalam media fikiranku.

           

Suzana, maafkan aku kerana tidak sempat meluahkan perasaanku. Melainkan kalau kita sempat bertemu, mungkin kita boleh berbual panjang. Banyak perkara yang ingin aku ceritakan dengan engkau tentang siapa aku yang sering kau tanyakan. Sebenarnya, aku sendiri tidak tahu apa yang akan terluah andai kita bersua. Aku kaget setiap kali melihat kilauan matamu yang bersinar ibarat bintang timur. Lidahku kelu setiap kali terpandang wajahmu yang ayu. Suaramu yang merdu bak buluh perindu, bisa membuatkan aku kaku.

           

Mungkin betul cakap Farouk, aku jatuh cinta pandang pertama. Arwah mama pun pernah cakap.

           

Hampir 12 jam mama meninggalkan aku. Namun, seminit pun aku tidak sempat mencium dahi mama buat kali terakhir. Aku terkilan. Aku betul-betul terkilan. Semoga mama memaafkan segala apa yang aku lakukan selama hayatnya. Andai aku pernah mengguriskan perasaan mama, maaf yang aku pinta darimu, mama.

           

Papa, entah di mana dia sekarang. Mungkin rasa lega kerana dapat lari dari kesalahan yang aku terpaksa tanggung sekarang.  Atau, kalaulah papa seorang yang berhati perut, mungkin dia sekarang gelisah mengenangkan apa yang telah dia lakukqan terhadap aku dan mama.

Ah! Tak guna, papa. Mama sudah pergi. Yang tinggal kini hanyalah cebisan kasih sayang mama yang bersisa dalam diri aku. Kau bernasib baik papa, kerana aku sudi memaafkan kau. Aku tidak ambil peduli andai papa datang memohon maaf dan mengaku kesalahannya. Kerana aku tidak pernah membencinya, aku cuma takut hendak berhadapan denganya. Lagipun mama tidak pernah mengajar aku berdendam dengan sesiapa.

           

Farouk, sahabat aku yang paling lama aku kenal. Entah kenapa malam ini aku teringat kembali saat kita bersama. Aku dan kau, orang kata macam adik-beradik. Aku berharap agar hubungan kita terus kekal sampai ke akhir hayat. Terima kasih kerana kau sudi berkawan dengan aku. Kaulah sahabat aku.

           

Terima kasih mama kerana kau melahirkan aku. Terima kasih Farouk kerana tanpamu aku mungkin takut dengan bayang-bayang sendiri. Terima kasih Suzana kerana sudi mengenali aku. Terima kasih semua.

           

Buku berwarna hijau tua diletakkan ke atas meja. Masing-masing senyap. Saling berpandangan antara satu dengan yang lain mencari penyelesaian yang tidak mungkin selesai. Zukri bangun dari kerusinya.            “Sayang tuan, budak kecil macam dia dah temui ajal,” Faridah mencelah di dalam kesunyian.            “Itulah orang kata, kalau dah ajal di mana pun akan datang juga. Tapi ajal dia sendiri yang tempah,” bangkang Zukri. Sunyi lagi bilik mesyuarat itu. Sunyi kerana tidak ada perkara yang hendak dibualkan lagi. Juga sunyi, kerana rasa kesal lantaran tidak dapat menyelamatkan seorang remaja yang menjadi mangsa keadaan.           Esoknya, Selasa 24 Mac, terpampang di dada akhbar. “DITUDUH BUNUH IBU, REMAJA 14 TAHUN BUNUH DIRI”           
Cerpen sebelumnya:
Cerita Satu Pagi
Cerpen selanjutnya:
Kisah seorang Adha

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.3
10 Penilai

Info penulis

Shazmiey NSMY

apabila hidup ini dicurahkan dengan kasih sayang... kebencian sukar menjelang. namun sekali terpalit kelukaan, kebencian sukar terpadam... haruskah aku membenci atau membiarkan kehidupan dengan rona warna yang tak pasti.
shazmiey | Jadikan shazmiey rakan anda | Hantar Mesej kepada shazmiey

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya shazmiey
misteri kain putih | bacaan
Obsesi | 2330 bacaan
no title | bacaan
Berbaloikah? | 2253 bacaan
Hitam Putih Kehidupan | 2377 bacaan
no title | bacaan
Kisah benar seorang guru | 9870 bacaan
Aku anak si kupu-kupu | 3082 bacaan
Chairel | 2239 bacaan
MO1S08- KEMBALI KE ASALAN | 2300 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

15 Komen dalam karya Diari Derita
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik