Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kisah seorang Adha

  • 6
  • eira
  • 16 years ago
  • 3,219
  • FREE

 

Selepas talkin di baca dan doa diaminkan, orang ramai mula membuka langkah pulang ke rumah masing-masing. Aku masih lagi di situ. Berteleku di kuburan yang masih merah itu. Aku tidak dapat menahan sendu. Air mata ku menitis lagi.

-----------

Nurul Adha adalah sahabat terbaik pernah aku jumpa. Lembut tutur dan bicaranya. Mempunyai wajah yang bersih dan jernih. Juga pintar dalam pelajaran. Aku mengenali Adha semasa hari pertama di darjah satu. Keramahannya membuatkan aku senang berdampingan dengannya.

Menurut Adha, dia dinamakan Nurul Adha kerana dia dilahirkan pada hari raya pertama aidil adha di tahun 1986. Walau apa pun sebabnya aku mengagumi keunikan nama Adha.

Ketika itu di tahun 1993.

"Kenapa awak termenung je ni," boleh saya duduk sama.

"Boleh, duduk lah," balas ku sambil memandang kanak-kanak comel itu.

"Awak nama apa?" tanyanya padaku.

"Saya Athirah Aisya, awak?"

"Saya Nurul Adha," balasnya.

"Cantik nama awak," spontan aku memberi respon.

Perkenalan pertama aku dengan Adha membawa kepada persahabatan yang cukup akrab. Menghabiskan masa sama-sama sambil mengulangkaji pelajaran adalah rutin. Pada petangnya pula kami akan bermain bersama. Kadang-kadang bersama teman-teman yang lain juga.

Pejam celik pejam celik. Kami sudah pun meninggalkan zaman kanak-kanak. Adha berjaya belajar di sekolah berasrama penuh. Aku hanya belajar di sekolah menengah di kampung ku. Namun semua itu tidak memutuskan ikatan persahabatan kami. Kami saling berhubung. Adha sering menghantar soalan-soalan peperiksaan sekolahnya. Begitu juga aku.

"Irah, saya nak balik minggu depan, cuti," bagitau Adha di suatu petang semasa dia menelefonku.

"Okay, saya tunggu Adha. Kita study sama-sama," balasku pantas.

Hujung minggu itu, aku menghabiskan masa bersama Adha. Di bawah pohon rendang di depan rumahnya. Dulu, di situlah tempat aku dan Adha berkejar-kejaran. Sekarang semuanya telah berubah. Kami telah meningkat remaja. Tahun ini adalah penentu untuk kami memilih hala tuju kerjaya kami nanti.

"Eh, awak ni Irah asyik mengelamun je," jerkah Adha.

"Adha, terkejut saya tau," terkejut aku disergah begitu.

-----------

Hari ini adalah pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Aku menunggu dengan debaran yang bukan sedikit.

Selepas mendapat keputusan aku terus menelefon Adha. Ternyata dia memang seorang yang bijak. Dia berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Aku sekadar mampu untuk memohon ke tingkatan enam.

"Takpe Irah, rezeki ada di mana-mana," itulah kata-kata Adha yang membuatkan aku tidak patah semangat.

Aku menyambung pelajaranku di sebuah sekolah di bandar. Manakala Adha menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di Universiti Malaya.

Berbekal semangat untuk belajar yang tinggi aku berjaya menghabiskan pengajianku di tingkatan enam dengan jayanya. Keputusanku melayakkan aku melanjutkan pengajian ke Universiti Perguruan Sultan Idris.

Manakala Adha pulak masih lagi di Universiti Malaya. Suatu hari aku dikejutkan oleh panggilan daripada Adha.

"Irah, saya rasa tak sedap badan je sehari dua ni, bila nak study ada je yang tak kena," luah Adha.

Aku kurang mengerti apa yang hendak diceritakan Adha sebenarnya. Namun yang aku mampu bagi hanyalah kata-kata semangat. Biasa nya Adha bukan begitu. Dia seorang gadis yang cekal, tidak mudah putus ada dan rajin berusaha.

"Irah, saya rasa dah tak mampu nak menyambung pelajaran saya," terkejut aku apabila mendapat panggilan yang sebegitu daripada Adha.

"Adha, kenapa ni? Awak kena kuat, awak tak boleh macam ni," pujukku.

Suatu hari aku dikejutkan dengan panggilan mak daripada kampung menyatakan Adha sakit dan sekarang berada di kampung.

Kesempatan hujung minggu aku gunakan untuk melawat Adha. Ternyata penampilannya cukup berbeza sekali. Wajahnya cekung dan tubuhnya kurus. Di badannya terdapat kesan lebam.

"Adha, apa dah jadi dengan awak ni," tanya ku padanya.

Yang aku terima adalah juraian air mata. Adha sudah tidak mampu untuk berkata-kata lagi di saat itu. Aku rindukan suaranya. Bercakaplah Adha walaupun sepatah.

Selang beberapa minggu, aku sekali lagi dikejutkan dengan berita yang Adha sudah tiada.

"Innalillah.." aku pura-pura berlagak tenang menerima berita itu.

---------

Aku masih lagi berteleku di situ, menghabiskan sisa tangisku. Selesai berdoa aku mengatur langkah pulang.

"Semoga dirimu di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..Amin"

----------

"Oit, ko tengok la Adha tu berlagak baik, menyampah aku," luah Zuziey.

"Nape ko ni Zuziey? Aku tengok sejak dari dulu lagi ko tak suka kat si Adha tu. Aku rasa dia tak de buat apa-apa pun kat ko," pedih telinga Zuziey mendengarnya.

Namun begitu, kata-kata Nathalia itu dibiarkan sepi. Yang penting hatinya tak akan rasa puas selagi pesaingnya adalah Adha. Setiap kali peperiksaan pasti Adha yang mendapat jolokan terbaik. Setiap kali tutorial, jawapan Adha lah yang paling tepat. Dia sudah tidak sanggup lagi menahan bara di hati.

"Aku mesti ajar si Adha tu cukup-cukup," gumamnya sendiri.

"Nathalia, ko pergi la kelas sendiri. Aku nak pergi dengan Adha," ujar Zuziey di suatu pagi.

"Eh apa kena ngan ko ni, dulu benci sangat ngan Adha tu," bebel Nathalia. Dia pun sebenarnya tak paham dengan Zuziey tu.

"Adha, tunggu la aku nak pergi kelas ngan ko," laung Zuziey tergesa-gesa. Macam mana entah dia boleh terlepas pandang yang Adha dah lalu ikut situ tadi.

"Saya nak cepat ni," balas Adha tegas.

"Ala ko ni, sabar la wei. Kelas kan lambat lagi," pintas Zuziey tanpa teragak-agak.

---------

Sejak dari itu, Zuziey selalu mengekori ke mana saja Adha pergi. Pada fikiran Adha, Zuziey sudah berubah. Tambahan pula Zuziey tidak lagi mengatanya seperti dulu. Dia dengan senang hati menerima Zuziey sebagai kawannya.

"Adha, jom kita pergi cafe," ajak Zuziey di suatu pagi.

"Jom, lagipun saya tak makan lagi," balas Adha setuju.

"Erk, aku sakit perutlah. Bolah tak ko tolong tengok-tengokkan makanan aku ni," Zuziey sedikit mengarah.

Adha cuma mengangguk.

"Eh, kenapa lambat sangat Zuziey ni?"

Dengan rasa yang tak sedap hati, Adha tergesa-gesa ke tandas untuk melihat apa yang terjadi kepada Zuziey.

Melihat Adha sudah meninggalkan meja, dengan langkah yang pantas Zuziey menghampiri meja mereka dan memasukkan sesuatu ke dalam air Adha.

"Fuh, puas hati aku," luah Zuziey geram.

"Eh, Zuziey. Ingat kan tadi masih kat tandas lagi. Rupa-rupanya dah kat sini," sapa Adha lega.

Adha sempat meneguk air sebelum berlalu ke kelas.

"Isk, kenapa asyik lupa je ni, semalam dah baca," sejak kebelakangan ini entah mengapa kepalanya selalu saja berdenyut.

Dia terasa cepat hilang fokus. Dek kerana keletihan yang amat, setiap kali balik kuliah dia menghabiskan masanya dengan tidur. Yang paling dia perasan pencapaian peperiksaannya yang terbaru agak merosot. Dia tidak tahu di mana puncanya. Walaupun masa untuk mengulangkaji terhad. Tetapi dia masih berusaha untuk mengulangkaji pelajaran.

"Saya harap kamu dapat mengekalkan prestasi pelajaran kamu," bagitau Dr. Maizurah semasa dia dipanggil oleh Dr. Maizurah kerana prestasi pelajarannya yang merosot itu.

Dia sudah buntu. Pelajaran merosot. Berat badan pula susut. Pergi hospital, doktor tidak mengatakan yang dia menghidapi sebarang penyakit. Tanpa disedarinya air matanya mengalir.

"Ya Allah, kuatkanlah aku. Aku hanyalah hambamu yang lemah. bantu lah aku menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup ini," doanya setiap kali waktu solat.

"Aku mesti gandakan lagi usahaku, ya aku mesti lebih berusaha. betul kata Irah, aku tak boleh cepat putus asa," Irah lah temannya di kala susah dan senang.

Walaupun berjauhan mereka tetap berhubung sampai sekarang.

----------

"Adha, tadi kitorang terjumpa kamu pengsan di koridor," bagitau Munirah.

"Kamu janganlah study kuat sangat, kesihatan kena jaga juga," ujar Munirah lagi. Dia kesihankan Adha.

Kawan-kawan yang lain hanya memandang sayu. Mereka seolah-olah faham apa yang ditanggung oleh Adha. Dulu dia sering mendapat keputusan yang baik, sumber rujukan kawan-kawan namun sekarang entah di mana silapnya Adha semacam hilang fokus pada pelajaran.

Sejak hari itu, kesihatan Adha mula merosot walaupun doktor mengatakan dia tidak menghidapi sebarang penyakit. Dek kerana tidak tahan menanggung semua itu, dia memaklumkan kepada keluarganya di kampung. Selepas itu, dengan kelulusan pihak universiti Adha mengambil cuti.

----------

Berita kepulangan Adha ke rahmatullah sampai ke pengetahuan kawan-kawannya. Walaupun kehilangan Adha sangat dirasa namun semuanya mendoakan kebahagiaan Adha di sana.

----------

"Puas hati aku, takde lagi yang berani menggangu hidup aku. Baru kau tahu langit itu tinggi ke rendah," bebel Zuziey angkuh.

----------

Kini sudah hampir sebulan Adha meninggalkan dunia ini. Namun begitu, kenanganku bersama Adha masih tidak dapat dipadamkan dalam ingatan. Setiap kali selepas solat aku tidak lupa menyedekahkan Al-fatihah buat Adha.

"Mak. kenapa doktor cakap Adha tak sakit apa-apa," tanyaku pada mak.

"Entah la Irah, mak pun tak tahu jugak, tapi Makcik Ros cakap mungkin Adha terkena buatan orang," 

Terkejut aku mendengarnya. Kesian Adha. Siapalah yang sanggup mengkhianati insan baik seperti Adha. Sayu hati ku mendengar cerita mak.

"Tapi walau siapa pun yang melakukan, Makcik Ros kamu sudah dapat menerima dengan redha bahawa ajal maut semua di tangan tuhan," sambung mak lagi.

----------

"Nathalia, kenapa kepala aku ni asyik berdenyut je dari tadi," Zuziey bersuara cemas.

Sebelum ini dia tidak pernah mendapat sebarang penyakit. Sekadar demam biasa adalah. Setelah pergi ke klinik dan melakukan medical check up dia disahkan menghidap migrain.

"Penyakit kamu ini masih diperingkat awal, tapi jika tidak dikawal boleh menyebabkan barah," bagitau doktor.

Terpana Zuziey mendengarnya. 

----------

Kepalanya berdenyut lagi. Segala fokus untuk study hilang. Ubat-ubatan yang disarankan oleh doktor semua sudah di ambil, namun penyakit itu tidak jugak menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh. 

Ingatannya melayang kepada Adha. Air matanya tiba-tiba mengalir menuruni pipi. Betapa sekarang dia terasa yang Allah s.w.t itu Maha Agung. Segala kejahatannya dulu membawa padah kepada dirinya.

"Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku," doa Zuziey dengan linangan air mata.

"Adha, maafkan aku," sambungnya lagi.

Pada fikiran Zuziey, tiada siapa yang tahu kematian Adha berpunca darinya. Namun dia lupa yang Allah s.w.t Maha Mengetahui segalanya.

Dia benar-benar insaf walaupun segalanya sudah terlambat.

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1)

    Sebenarnya tak tahu perlu sambung ke tak cita ni.

    Anyone??

     

  • 2)        lantas zuziey berjalan keluar dari tanah perkuburan. dengan senyuman, dia mengilas beg sandangnya. ada bekas kecil dengn serbuk kuning cair di dalamnya. berbaloi keluarkan modal besar untuk dapatkan botol sebesar ibu jari itu. botol tadi dicapai, sambil kakinya melangkah ke tebing sungai.
       
    biar bukti hilang. sekurang-kurangnya dia selamat. setakat botol kecil, dengan sumber dia kenal, beribu-ribu straw mampu ada dalam genggaman. bezanya, yang di dalam botol ini lebih tinggi kepekatannya. tak perlu banyak, sedikit sahaja mampu membunuh sel-sel dalam badan. dengan perlahan, tanpa dikesan. hebat.

        zuzie mengangkat tangnya. mahu melempar botol taid. tiba-tiba tangannya keras. ada sesuatu menahannya, zuzie menoleh. ADHA!??  ...bukankah..
      "bukan." saat itu ada beberapa orang polis mengelilingi mereka. "air yang kau letak serbuk tuh, aku buat-buat minum je harituh. kau ingt aku bodoh? sengaja aku nak pergi tandas harituh. nak tgok ape kau jujur ke tidak. dan sampel air tuh aku ambil. buat kajian. kau lupa? aku ni best student (poyo)..."

       "bila Adha buat laporan polis tentang air tuh, kami sengaja suruh dia berlakon." seorang polis dengan menyilang tangan zuzie.pantas digarinya. "kami dapat laporan tentang sindiket pengdaran dadah dan ectasy dekat universiti kamu. so untuk trace puncanya, kami gunakan Adha. "

       "mula-mula aku ingtkan kau kena paksa. tapi bila tgok kau ada botol tuh dalam simpanan. aku tak teragak2 mmg kerja kau lah ni." Adha memandang muka zuzie tajam. "and one more, yang kene tanam tadi,...act, salah sorang dari penagih benda haram kau tuh. kau nak jadi macam tuh gak?"

    ------------NO DRUG IN LIFE----------------------------------------------------------------------
  • 3)

    nice. tapi umm rasanya macam kena sambung je. sebab agak tergantung. sekadar pandangan. :)

    wah zing. bukan setakat kasik pendapat, siap tros kasik ending chantek punya. :P


  • (Penulis)
    4)

    zInggOf: thanks, ending yang kreatif, sampai saya tak terfikir nak buat cam tu.

    Kesuma: hehe..saya dah sambung dah.

    Esok dah nak balik rumah..selamat hari raya semua


  • 5)

    hahahaaha[ ketawa smbil beguling2 mmbaca ending zing! sungguh sengal!]

    kesian adha..sungguh keji zuzie! menggunakan trick kotor utk mmbalas dendam.. kekejian terlampau!!

  • 6) anis..aku mcm penah dgr jer jalan cite mcm nie..hihihi..anis bakpe x buat yang btul2 nye..ee geram la..zuziey bengong le..ee.x leh la aku anis..aku bengang le bace cite nie...sian kat adha..sian kat kawan kite...sdih nye....buat sambungan anis..sambung2...n pastikan si zuziey ni terima balasan yg setimpalnye..ee geram nye.....

Cerpen-cerpen lain nukilan eira

Read all stories by eira