Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Tragedi V-Day

Cerpen sebelumnya:
~Si Selekeh~
Cerpen selanjutnya:
dia...IBUKU !!!

Semalam Hari Valentine. 14 Februari 2007. Mungkin sudah ditakdirkan oleh Tuhan bahawa semalam bakal jadi titik penting hidup aku. Untuk menerima bahawa terjadinya yang telah terjadi ibarat menelan jadam. Pahit nya meresap ke segenap isi perut, meninggalkan sisa-sisa kepahitan tak terhilang serta merta. Entah lah...mungkin saja bila mana aku dah bersedia untuk melepaskan dia pergi dari memoriku, mungkin diri ini masih sedar bahawa diri ini masih utuh berdiri dan bermimpi. Sekarang, biarkan aku dalam mimpi ngeri ku, melayan rasa pahit bak jadam ini.

Semalam, aku menerima satu berita. Berita yang tidak pernah ku sangka-sangka datang menjengah ketika aku meluputkan ingatan terhadap dia. Datangnya ingatan itu mengetuk rasa sedih ku, menyiat-nyiat perasaan ku. Diri aku meronta-ronta minta dilepaskan dari belenggu ini. Aku tak sanggup lagi mengenangkan dia.

Semalam, ku dengar berita yang membuat aku rasa bagai mahu mati. Dia yang dulu sentiasa membuat ku tersenyum kini sudah tiada. Lebih menyedihkan, aku tidak dapat bersua dengan nya buat kali terakhir nya. Janji yang termetrai hancur lerai dek kesibukan kerja. Untuk menyalahkan kerja, aku tidak sanggup. Itulah dedikasi aku, itulah masa depan aku. mungkin dia tak ngerti betapa aku amat dedikasikan hidup aku terhadap kerja yang satu ini.

Bukan aku tidak sayang, bukan aku tidak cinta tetapi sayangnya terdapat durjana menghantar dia pulang ke hadrat Ilahi. Oh Tuhan, kenapa mesti disaat begini. Disaat aku sangkakan segalanya berjalan lancar antara kami. Ketika aku sangat rindukan dia, ketika aku hampir saja mati tanpanya.

Nyaris aku hilang pertimbangan. Semua teman2 membisu. Seorang pun tidak berani bersuara. Aku hilang sabar.

"Kenapa ko tak cakap kat aku?", soal aku dgn marah.
"Bukan aku taknak bagitahu ko tapi......" jawab roomate aku teragak-agak.
"Tapi apa lagi? Ko ingat aku ni sape dgn dia???? Sampai hati ko wat aku camni. Aku tak layak tahu ke??? HAAAA...AKU TAK LAYAK TAHU KE??????" jerit aku.
"Aku taknak tengok ko marah-marah. Lagi pulak, benda kecik je pun. Rileks la beb."ujar roomate aku, gugup untuk menenangkan aku yang sudah tidak terkawal marahnya.

Masih cuba mengawal emosi yang sudah berantakkan, aku cuba menghalang hilang pertimbangan terhadap roomate sendiri.

-------------------------------------------------------------------------------------------------- 

"Ahhh,...sudahlah. Banyak la alasan ko. Cibai la sape yang tibai buah oren aku ni. Dah la yang terakhir tu beb. Susah nak carik yang manis camtu." ujar aku bersungguh-sungguh marahnya." kata aku.

"Loh. nanti aku ganti la balik. dramatik sial ko ni. Oren jer pun. Itu pun nak kecoh satu rumah ke?" housemate lain cuba menenangkan.

"Aku takder la marah, cuma aku kesal. Tapi since korang dah janji nak ganti, ganti sekilo la. Aku ketagih makan oren sekarang ni. hehehe. " kata ku cuba berlelucon.

"Beres. Tapi kita wat party sempena CNY la. hehehe." kata housemate sambil disambut gelak ketawa. 

Cerpen sebelumnya:
~Si Selekeh~
Cerpen selanjutnya:
dia...IBUKU !!!

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
4 Penilai

Info penulis

mangifera

An IT practitioner by education, a planner by profession, a dreamer by nature. Im a contradiction of myself. Dont ask me to explain that. Savvy?
mangifera | Jadikan mangifera rakan anda | Hantar Mesej kepada mangifera

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya mangifera
Perang Tetikus | 2393 bacaan
Fillus Eden - Part III | 2056 bacaan
Kisah Rika | 2905 bacaan
Adik | 5172 bacaan
Serenity: For The Love of Peace | 3286 bacaan
Spesimen Alfa | 2081 bacaan
Kopi & Sianida | 2931 bacaan
Dua Garis | 3145 bacaan
Fillus Eden - Part II | 2261 bacaan
Fillus Eden - Part I | 2097 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

12 Komen dalam karya Tragedi V-Day
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik