Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

dia...IBUKU !!!

  • 6
  • narul
  • 16 years ago
  • 3,561
  • FREE

 

Suasana tegang di ruang tamu rumah…Adli menatap wajah ayahnya lama ! Dia menghela nafas panjang. Kedegilan ayahnya membuatkan dirinya tak tentu arah. Apa salahkah bagi seorang anak mahu mengenali siapa ibunya ? Aku anak itu ! Kenapa tak mahu aku bertemu dengan ibu ? Apakah salah ibu mengandung ? Ayah, cuba cakap…

        “Baik, kalau ayah taknak cakap…biar Ad pergi cari sendiri !”

Adli melangkah ke pintu. Sebaik sahaja tangannya mencapai pemegang pintu, ayahnya bersuara.

       “Sekali kamu keluar, jangan mimpi kamu masuk rumah ini lagi !”

Langkahnya terhenti. Perasaannya berbaur. Menatap ayahnya meminta penjelasan. Bila dia melangkah bermakna dia akan tinggalkan ayahnya. Keseorangan ! Ini bukan seperti yang aku impikan…ayah tak boleh tinggal seorang, tapi…tapi, aku perlu cari ibu !

            “Hei, budak tak ada mak macam kau ni…ada hati nak member dengan kita orang ? Kau fikir kau siapa ? Jangan nak mimpilah…pergilah cari team sendiri ! Berkumpul dengan orang- orang yang tak ada mak, boleh bertukar- bertukar perasaan !”

Gelak tawa rakan- rakan sekolah nya benar- benar membuatkan jiwanya terganggu ! Kenapa aku mesti dihina macam itu sekali ? Salahkah takada ibu ? Hinakah tak ada ibu ? 

            “Apa Ad ni ?Ada ajer benda yang tak kena ! Kalau bengang kat orang lain, apasal nak marah pada Lia pulak ? Semua orang ada masalah tapi taklah lebih- lebih macam Ad !”

 Adli teringat akan kata- kata Alia padanya. Sejak akhir- akhir ini tumpuannya pada pelajaran semakin terganggu. Dia juga sering marah- marah…

            “Aku tak kira…aku nak cari juga ibu !,” ujar Adli bertekad. Segera dia berazam walaupun bukan tahun baru…

            “Apasal Ad tak pergi sekolah ?,” tanya Alia apabila terserempak dengan Adli di cyber café.

            “Bukankah Ad dah cakap nak cari ibu Ad !,” ujar Adli tanpa memandang wajah Alia. Pandangannya tertumpu pada skrin computer.  

            “Sampai tak mahu pergi sekolah ?,” tanya Alia tak puas hati. 

            “Ala…time sekolah dah habis pun, nak bising apa ?,” balas Adli selamba. Dia segera bangun. Alia memandangnya.                          

            “Esok ?,” tanya Alia lagi.

            “Ad nak cari ibu !”

Alia mula bengang. 

            “Ibu, Ibu, Ibu…kalau dah dia taknak jumpa buat apa terhegeh- hegeh nak cari dia ? Tak kesian ke dengan orang sekeliling Ad ? Jangan pentingkan diri sendiri boleh tak ?,” marah Alia membuatkan langkah Adli terhenti. 

            “Habis, Lia ? Tak pentingkan diri sendiri ?,” tanya Adli agak sinis. Alia terngadah. Mungkin, ya dia nakkan perhatian dari Adli namun bukan itu maksud katanya tadi ! Alia mengatur langkah dan berdiri di hadapan Adli. 

           “Bukan Lia yang Lia maksudkan…”

Adli memandang Alia. Mata mereka bertentangan.

            “…ayah Ad !”

Adli terpempan.

            “Itupun kalau Ad masih belum lupa yang Ad masih ada seorang ayah !,” tambahnya lantas berlalu.

Adli melangkah perlahan. Ke satu tempat yang dia sendiri tak pernah jejak. Tangan kanannya masih menggengam sekeping kertas.

            “Apa ni ?” 

            “Ad boleh jumpa dia kat sini !”

Teringat akan kata- kata Alia petang tadi selepas kelas tamat. Dia tersentak apabila kedengaran suara riang gelak ketawa tak jauh dari tempatnya berdiri. dia mendongak memandang papan tanda. Joy’s PUB…

Dia cuba memerhati dengan teliti walaupun dia tahu matanya taklah se clear mana !

            “Ibu !”

Adli menegur perempuan itu. Wanita itu terhuyung- hayang…mabuk, barangkali !

            “Ad tak kenal dia lagi !” Segera kata- kata ayahnya kembali menerjah kotak fikirannya…   

            “Hei, budak…berapa kali I nak cakap ? I bukan mama you lah, bodoh !,” Sarah membentak. Tidak mungkin dia punyai anak baya itu. Adli hanya mendiamkan diri. Melihat wanita itu muntah di hadapannya. Dia cuba membuang jauh tanggapan buruk terhadap wanita di hadapannya…dia cuba!!

Adli duduk di balkoni biliknya. Membuang pandangan ke luar. Ayahnya risau dengan keadaannya sejak mendengar berita yang Adli berjumpa dengan ibunya, jiwa tuanya menjadi resah ! Dapatkah anak mudanya ini menerima kenyataan ? Adli bagaikan mengalami trauma. Suaranya tidak kedengaran…

            “Aku tak pernah anggap..yang aku ni ada anak ! Puas hati ? Aku bukan ibu kau…hei, anak muda ! Kau tak malu kah mengaku aku sebagai ibu kau ? Sudahlah…aku tak ada masa kalau nak ajak bersembang benda yang tak guna macam ni…!”

            “Ad, ayah minta maaf…sepatutnya, ayah…”

Adli menggeleng. Bukan ayahnya yang salah… 

            “Dia…ibu Ad !”

Ayah tergadah. 

            “Apa ?”

Adli tersenyum sambil menatap wajah ayahnya. 

            “Walaupun dia tak pernah mengaku…tapi Ad dapat rasa, Ad dapat lihat dari sinaran mata dia ! Ad tak kisah dia siapa sekalipun…” Mata mereka bertautan. 

            “Dia…tetap ibu Ad !!”

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)

    bagus la adli..tpikan kalo aku jadik ko pon aku rase mcm nak carik gak...mcm je...hihihi..x le cari btul2..hihi..amboi..cari ibu pon..x kan lah nak abaikan skolah..yang aku x paham nye kanpe si alia bleh dpat tahu tempat keje ibu adli nye...conpius nie..or mayb ayah adli bgi kot.....

     

  • 2) idea and tempo kira ok. tapi penceritaan and logik dlm plotting dia agak loose. nice try :) banyak lagi boleh maju ni!
  • 3)

    em...ptutnyer ayah adli tu ble trus terang je ckp..bukannya susah pon... daripada biarkan anak dia g carik sndrik..dh tu g halau2 plak.. ish..kejamlah ayah! org nk carik ibu je... =)

     

  • 4) ayah tak kejam..ayah just xnk adli sedih tengok keadaan ibu.. ibu yg kejam sebenarnya..wlu bgaimana pun betul ckp adli, dia tetap ibu adli..

  • (Penulis)
    5) btul gnee...ayah Ad xnk cite pd Ad takut Ad kiciwa...
  • 6) ehehehe...kalau hambe pon, hambe nak carik ibu hambe gaks:p

Cerpen-cerpen lain nukilan narul

Read all stories by narul
No stories.