Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Bila Hidup Kurang Sempurna

Cerpen sebelumnya:
Kejar-kejar
Cerpen selanjutnya:
No Entry!
Hari ini, bila saya kira-kira hidup saya kurang sempurna, saya teringatkan dia lagi.

***

Suatu pagi yang dingin kira-kira bulan ke-enam sewaktu saya masih darjah tiga, dia melangkah masuk ke kelas kami. Mukanya pucat dan keletihan, bajunya lusuh dan begnya compang-camping. Kami semua yang sibuk berkejar-kejar, membaling pemadam, mewarna buku, semuanya terdiam ingin tahu. Siapa dia?

“Murid-murid, ini Imran. Imran, kenalkan diri kamu,” kata cikgu.

Dia berdiri seorang di depan kelas dan mata kami semua tertumpu padanya. Tangannya ligat memintal-mintal tali beg. Dia membuka mulutnya dan cuba berkata-kata, tapi gagal. Saya nampak, dan mungkin semua yang lain pun nampak, bibir yang pucat itu terketar-ketar sendirian.

“Dia tak boleh cakap kalau mak ayah dia takde kat sini kot, cikgu!” suara Amri melaung dari belakang kelas. Dan serentak dengan itu, kami semua ketawa. Cikgu, hanya menggeleng-gelengkan kepala dan menunjukkan tempat yang kosong di belakang kelas kepadanya. Saya nampak, dan saya rasa tak semua nampak, dia cepat-cepat menyeka air mata. Saya tak tahu kenapa tapi saya rasa perbuatan itu lucu dan saya masih tergelak.

***

Hari ini, dua minggu kemudian, di sekolah kami ada pertunjukan mencari bakat. Hanya seorang sahaja dari semua kami di darjah tiga yang masuk pertunjukan itu. Dia. Bila dia melangkah ke atas pentas, Amri di sebelah saya terus membuat muka dan tertawa.

Saya rasa dia nampak muka-muka yang kurang yakin atas perbuatannya tapi dia terus sahaja memegang mikrofon dan berkata,

“Hari ini, saya akan menyanyikan sebuah lagu. Tapi sebelum itu, saya mahu memperkenalkan diri saya sebab saya berhutang dengan rakan sekelas saya, dua minggu yang lalu.

Nama saya Imran. Ayah saya dah tak ada. Dia meninggal dua minggu tiga hari yang lepas. Dia ditikam ibu. Mereka bergaduh lagi malam itu, dan ibu tidak sengaja tertikam ayah.

Malam itu, ramai yang datang ke rumah saya. Polis, ambulans, pemberita dan jiran-jiran. Ramai yang berkata tidak elok tentang ibu. Tapi saya tidak peduli. Saya setuju dengan tindakan ibu. Sebab malam itu, hanya saya yang nampak, bahawa pisau itu asalnya di tangan ayah. Dan malam itu juga, saya yang ditinggalkan di kalangan jiran-jiran terpaksa mendengar pelbagai cerita yang tidak benar tentang ibu. Tapi saya diamkan saja, sebab sewaktu tangan ibu digari dan ibu dibawa pergi, ibu pun diam saja.

Mereka tidak tahu, yang setiap malam, ayah pulang mabuk-mabuk dan pukul ibu. Mereka tidak tahu, sudah beberapa kali ibu dilacurkan ayah untuk membayar hutang-hutangnya. Mereka tidak tahu, ibu sudah tiga kali gugur dan saya sudah tiga kali hilang adik sebab ayah terus-terusan memukul ibu. Mereka tidak tahu, malam-malam di mana saya dan ibu terpaksa menahan lapar kerana ayah ambil duit ibu. Dan mereka tidak tahu, ibu sehari-harian mencuci pinggan untuk beri saya makan.

Mereka juga tidak tahu, bahawa ibu sebenarnya dari keluarga yang berada. Mereka tidak tahu, yang ibu hampir habis menuntut di universiti sewaktu ibu kahwin lari dengan ayah. Dan mereka langsung tidak tahu, ibu amat rindu dengan hidupnya dulu. Kadang-kadang, ibu keluarkan semua sijil-sijilnya, gambar-gambar lamanya dan ibu akan duduk termenung dan menangis. Ibu menangis paling kuat setiap kali dia pegang gambar datuk dan nenek. Dan bila saya nampak ibu begitu, saya akan terus bersembunyi di balik pintu. Sebab saya rasa, saya mengingatkan ibu tentang hidupnya sekarang. Saya benci bila kewujudan saya melukakan ibu. Sebab saya sayang ibu.

Dan saya boleh faham kenapa ibu sayang datuk dan nenek walaupun mereka tak mahu terima saya sekarang sebab saya pun sayang ibu.”

Kami semua terpaku mendengar pengenalan dia. Dalam suasana sunyi sepi begitu, dia terus berdehem membetulkan suaranya dan menyanyi. Menyanyi tanpa iringan musik. Suaranya saya rasa sedap ketika itu. Sayu dan mendayu-dayu. Dia nyanyi lagu ini,

There was a girl I used to know
She was oh so beautiful
But she's not here anymore
She had a college degree
Smart as anyone could be
She had so much to live for
But she fell in love
With the wrong kinda of man
He abused her love and treated her so bad
There was not enough education in her world
That could save the life of this little girl

How come, how long
It's not right, it's so wrong
Do we let it just go on
Turn our backs and carry on
Wake up, for it's too late
Right now, we can't wait
She won't have a second try
Open up your hearts
As well as your eyes

She tried to give a cry for help
She even blamed things on herself
But no one came to her aid
Nothing was wrong as far as we could tell
That's why we'd like to tell ourselves
But not! It wasn't that way
So she fell in love
With the wrong kinda of man
And she paid with her life
For loving that man
So we can not ignore
We must look for the signs
And maybe next time we might save somebody's life


Di pertengahan lagu itu, saya nampak, Amri yang pertama sekali mengalirkan air mata. Dan hampir di penghujung lagu, saya nampak juga, hampir semua di dewan itu menangis, termasuk saya. Cikgu, yang berdiri di hujung dewan pun menangis. Bila dia selesai menyanyikan lagu, dia berkata lagi,

“Lagu ini saya tujukan khas buat ibu, yang meninggal semalam. Mereka kata ibu bunuh diri. Tapi saya tak percaya sebab hanya saya yang tahu betapa kuatnya ibu. Dan mula dari hari ini, saya akan belajar untuk jadi kuat, seperti ibu.”

***

Hari ini, bila saya kira-kira hidup saya kurang sempurna, saya teringatkan dia lagi. Bila saya mahu merungut, saya teringatkan dia lagi. Dan bila saya mahu menangis, saya teringat lagi wajahnya sewaktu dia melangkah turun dari pentas, saya nampak, dia tidak lagi menangis seperti kali pertama dia masuk ke kelas hari itu. Dan itulah kali terakhir saya nampak dia. Cikgu kata, dia dipindahkan ke rumah anak yatim yang lain.
Cerpen sebelumnya:
Kejar-kejar
Cerpen selanjutnya:
No Entry!

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.6
11 Penilai

Info penulis

Ungku Laila Hanna Binti Ungku Mohsin

im your best kept secret and your biggest mistake
valium | Jadikan valium rakan anda | Hantar Mesej kepada valium

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya valium
Sudut Orang Ketiga | 3636 bacaan
Wahyu | 2276 bacaan
Kata Penjual Susu | 2600 bacaan
The Ragged Doll | 3491 bacaan
M01S05 - Tanah Hanyut | 4227 bacaan
Dari Langit | 2442 bacaan
Kepada Arman | 2603 bacaan
Bisu | 2970 bacaan
Terbang | 2593 bacaan
Dialog Tolak Tambah Edisi Musik Ketuhanan | 3121 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

20 Komen dalam karya Bila Hidup Kurang Sempurna
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik