Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

TemaN:satu

 

Aku pandang hempasan ombak di depan mata. Aku mengeluh. Aku sendiri pun tak paham kenapa aku sanggup berada di sini tepat jam 1 tengahari ni. Ape yang aku tahu, aku betul-betul nak tenangkan perasaan yang hebat berkecamuk sekarang.

 How could him! 

Aku cuma nak bawak adik aku yang sorang tu jalan-jalan. Aku bawa Aizat ke bandar dan belikan aiskrim. Aku belikan buku Kawan kegemaran Aizat. Katanya nanti boleh baca di rumah dengan ummi. Aku layan segala kemahuan Aizat. Selepas aku balik ke kolej mungkin dah susah nak jumpa dan layan dia sebegini.

 

Aku panjat batu2 yang tidak setinggi mana itu. Setiap kali aku dalam dilemma atau ingin melayan perasaan aku akan ke sini. Di sini, tak ramai yang datang. Kebanyakan yang datang ke pantai itu hanyalah muda-mudi berpasang-pasangan dan melepak di wakaf cantik yang disediakan. Merosakkan permandangan!

 

Aku masih ingat muka abah sewaktu dia mendapat tahu aku membawa Aizat keluar. Merah! Marah! Katanya aku tidak memberitahu dia. Tapi, aku sudahpun memberitahu kepada ummi.

 

Ok! Technically, Aizat yang bagitahu ummi. Aku malas nak bersoal jawab dengan ummi jadi aku suruh Aizat yang bagitahu. Rupa-rupanya Aizat hanya cakap yang dia nak pergi jalan-jalan dan ummi ingatkan Aizat hanya berjalan-jalan di sekitar taman.

 Bukannya aku nak culik Aizat. He’s my little brother for god’s sake! Sabar je la Biela...

Aku bermonolog seorang diri.

 

Tak paham betul aku dengan abah sejak akhir-akhir ni. Sentiasa nak cari kesalahan aku dan mak. Mungkin dia masih lagi tak puas hati dengan mak tapi sampai bila? Dah bertahun bercerai tapi tak pernah nak berdamai.

 

Aku capai sebiji batu yang ku main-main dengan jari sedari tadi. Aku lontrarkan ke dalam air. Seronok melontar, aku capai lagi batu yang lain. Makin banyak yang aku lontar ke dalam air dan ada yang tersasar ke pasir pantai… Tiba-tiba…

 

“Auch! Woit…pehal nih??” aku terdengar suara garau menjerit. Kuat jeritannya.

 Alamak! Sape pulak yang duduk kat bawah tu? Tadi macam takde orang pon… “ Sorry, sorry…tak sengaja. Tak nampak ade orang kat bawah tuh. Sorry!” aku laung. Kemudian aku lihat ada seorang lelaki keluar bersama sebatang joran di tangannya. Memancing rupanya… 

“Laa… Awak ke? Kenapalah suke sangat memanjat ka atas tu?” katanya sambil tersengih.

 Eehh…mamat nih. Aku kenal ke? Tak penah nampak pon. Mak! Baik aku balik sekarang.

Mungkin dia perasan perubahan mukaku atau pun dia perasan aku terkocoh-kocoh memanjat turun dari batu besar tu, dia cepat-cepat menambah.

 

“Ehh… Awak tak ingat saya ke? Saya la… Saya!”

 Kejadah?? Macam lah aku tahu bile die dok kate saye, saye! Bubbai!! 

“Saya la. Anak Uncle Raja. Kite setaman la. Tapi jarang jumpa kot. Dulu awak selalu lepak dengan Nissa kan?”

 

Aku tersentak apabila aku terdengar nama arwah Nissa di sebut. Kalau dia siap sebut nama bestfriend aku lagi, memang la dia satu taman dengan aku. Sebab kami berdua memang kamceng habes.

 

Aku berhenti dari stunt aku nak turun dari batu.

 

“ Ko anak Tok Raja yang belajar Law kat UM tuh?” aku teringat percakapan orang-orang di taman ku. Selalu je ada orang yang bercakap perihal keluarga Tok Raja yang dikenali sebagai Ketua Taman.

 

“Owh… A ah. Aku le tuh. Detail eh ko tahu pasal aku? Dah lama kite tak jumpa kan, Biela?”

 

Walau aku ingat dia selama ni pun, aku rasa aku takkan berani nak tegur. Adalah sekali sekala aku bawak Aizat beli aiskrim di rumah Tok Raja. Tapi aku tak masuk pun. Aku dok je atas motor kesayanganku kat luar. Setakat bawak Aizat beli aiskrim pon orang dah heboh kata aku nak tengok anak lelaki bongsu Tok Raja. Kalau aku masuk agaknya lagi teruk orang mengata.

 

Actually, orang yang mengata dan megutuk aku tu bukan orang lain. Merangkap member aku jugak. Fatihah. Aku panggil Teah. Kami satu sekolah dari darjah satu sampai darjah lima. Pegi sekolah naik basikal sama-sama. Dulu aku takde lah rapat sangat dengan si Teah tu, tapi sekarang bila Nissa dah takde aku layan je dia. Hilangkan boring sementara cuti-citu ni.

 

Teah pon tak ramai kawan di taman ni. Mungkin sebab mulut dia yang macam murai yang selalu je tercabut ekor. Pot pet pot pet! Tapi bagi aku dia ni baik jugak.dia takde buat fitnah ke pape. Selagi dia tak kacau hidop aku, aku layan~

 Owh… tengah atas batu dengan si Saya tu! 

Sekarang, bila aku teringat kisah-kisah aku, Nissa dan Teah ni, barulah aku ingat aku  banyak jugak spent time dengan mamat ni mase kecik-kecik dulu. Alah! Kesah lama. Ntah-ntah mamat ni tak tau pon pasal Nissa dah…

 

Aku kembali bangun dan cuba untuk turun dari batu. Sebaik sahaja kakiku mencecah tanah aku toleh ke arah Khairul dah tersengih. Aku nampak dia angkat-angkat kening.

 

“Ko ni tak reti nak mintak maaf dah ke? Sakit tau kene batu ko. Sikit punye besar.”

 

“ Alah.. Sikit punye besar je, bukan banyak pon. Sorry laa… dah besar panjang ko Rul. Aku betul-betl tak perasan ko tadi kat situ. Aku kat atas ko kat bawah mane nak nampak.” Aku balas.

 

Ingatan yang paling jelas aku ingt antara kami semasa kami sama-sama teringin hendak join abang Khairul belajar Taekwando. Waktu tu aku lebih kurang darjah tiga. Oleh sebab kitorang merayu nak ikut abangnya malam tu abangnya bawak kami sekali ke tempat dia belajar dan kami tersesat di situ. Aku, Khairul dan Nissa.Punyala besar komplex tu. Konon-konon nya nak round-round je. Last-last kitorang sesat dan aku dah nak menangis sebab dah malam sangat. Nissa plak yang terkenal dengan lemah lembutnya dah teresak dari tadi. Kami cari lift tak jumpa-jumpa.

 

Khairul tua setahun dari aku dan Nissa. Aku dapat lihat dia macam nak jaga kitorang berdua. Lebih kurang dekat setengah jam sesat abang Khairul akhirnya jumpa kami. Rupa-rupanya dia dah pulun tenaga kawan-kawannya untuk cari kitorang. Abang Khairul agak marah dengan kami. Mungkin dia bimbang sebab dia bawak anak orang, bukannya anak kucing.

 

“ Kalau nak hilang, hilang lah sorang-sorang je. Yang ko pegi angkut dua-dua anak dara ni kenapa??” Kami hanya ketawa sementara Khairul memerah mukanya. Akhirnya semua kawan-kawan abangnya sama menyakat.

 

Sejak peristawa tu, abang Khairul dah tak nak bawak kitorang lagi.

 

“ Dia kate kite nak jalan-jalan dengan kereta baru dia, bukan betul-betul nak ikut!”

Merah muka Khairul ketika memberitahu kami petang esoknya. Aku dan Nissa agak kecewa tapi takde lah sampai nak marah. Memang salah kami pon buat abangnya naik bimbang semalam. Nasib baik lah dia tak bagitahu nak.

 

                               xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx                    

 

“ Ko belajar kat mana sekarang? Dah abis SPM kan?”

Aku tersentak apabila terdengar suaranya. Aku lihat dia sudah pun berada di sebelah. Aku betulkan kelepet tudungku yang patah dan menjawab.

 

“ Aku kat Negeri Sembilan. Kolej Swasta je. Ingat pulak ko aku dah abih SPM??”

 

“ Alah.. Ko muda setahun je dari aku kan? Ko ade belajar Taekwando tak?” Dia Ketawa lepas. Aku pun sama naik ketawa.

 

“ Ehh… Nissa macamane? Aku tak nampak pon dia kat taman?”

 

“memang patut pon ko tak nampak. Nissa dah takde. Dia meninggal mase aku darjah lima. Denggi berdarah.” Aku sebut ayat terakhir itu agak perlahan. Aku toleh kearah nya dan tersenyum sedih.

 

“Astaghfirullah… Kenapa aku tak tahu? Aku dah duduk kat asrama eh waktu tu? Mak pun takde cerita kat aku. Aku balik pun aku takde jumpa ko. Mak kate ko dah pindah. Tapi aku tengok mak dan adik ko ade je kat rumah ko mase tuh. Cube cerita sikit…”

 

Aku tahu ramai yang tertanya-tanya kemana aku pada waktu tu. Aku betul-betul tak dapat menerima kenyataan bahawa rakan karibku pergi dalam keadaan yang begitu terseksa. Aku jadi murung. Berat badan semakin susut kerana aku jadi tak ada selera untuk makan.

 

Oleh kerana bimbangkan aku, mak mengambil keputusan untuk membiarkan aku tinggal di kampung dengan opah dan atuk. Aku habiskan sekolah rendahku di kampung. Sesekali mak dan abah akan pulang ke kampung menjenguk. Aku tak kisah kerana memang seronok tinggal bersama opah dan atuk. Tanpa Nissa, tiada sesiapa lagi yang tinggal di sana kecuali family aku.

 

Aku ceritakan serba sedikit kemana aku pergi kepada Khairul. Oleh kerana dia belajar di sekolah berasrama penuh, aku rasa kami tak dapat selalu berjumpa. Apabila aku dah sekolah menengah, aku terus tinggal di asrama. Jadi kami memang terus terputus hubungan.

 

“ Ko ni pon satu. Teruk! Bukannya nak bagi surat ke…email ke… Tanya je lah mak aku. Mesti mak aku bagitahu.”

 

“ Ek eleh… Nak buat ape aku kontek ko? Bukannye penting pon..” aku tergelak dan bangun dari tempatku kerana aku dapat lihat dia sedang mencari batu untuk di lemparkan ke arahku.

 

Kami berkejaran petang tu, buat aku lupa kepada semua masalah…

                                     xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

  

Cutiku kali ini banyak yang aku habiskan bersama Khairul. Aku tak tahu kenapa kami begitu serasi. Sedangkan selama ni aku memang agak payah kalau nak serasi dengan sesiapa.

 

Waktu petang kami akan berjumpa di pantai dan berborak dan kadang-kadang memancing. Bukannya banyak ikan yang dia dapat. Setakat seekor dua. Itupun kalau yang kecik-kecik dia akan lepaskan semula ke dalam laut. Kesian katanya…

 

Cutiku habis lebih awal daripada Khairul. Hari terakhir aku di rumah, Khairul datang berjumpa aku di rumah. Terkocoh-kocoh aku keluar setelah aku berlari mengenakan tudung.

 Die ni nak datang tak reti-reti nak bagitahu ke? Main redah jeh! 

“ Nak ape? Sibuk je… Aku tengah kemas-kemas barang ni…”

 

“ Nah…” katanya sambil menghulurkan sekeping kertas kepadaku. Aku ambil dan aku baca. Ada nombor telefon, alamat rumah dan alamat university nya. Aku tersengih.

 

“ Perlu ke?” aku Tanya.

 

“ Ehh…Perlu la. Bagi aku nombor telefon ko cepat.” Dia keluarkan telefon bimbitnya dan bersedia untuk menekan. Aku sebut satu-persatu dan membiarkan dia menekan-nekan telefonnya.

 

Selepas itu dia terus keluarkan kunci motor nya dan pergi dari situ. Aku terpinga-pinga…

 Macam tu je? Pelik! 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Klasik

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1)

    nice starting la granger~ pasnih update sokmo ye..jgn biar berkulat je cerpen nih cm cerpen ak tuh..huhuhu..

    khairul? hhehe..cm besh je dia nih... 

  • 2) ahha lah nice story..okehh cpat2 sambung ye..
  • 3)

    penceritaan : 4.2
    jalan cerita : 3.7
    susunan kata : 4

    expecting sambungan yang sama menarik! :)

  • 4)

    wah..bgus2..kwn lama muncul blk.. uhu..kwn2 lama syud sume dh ilang..huaaa..btw, cite dah best tp bak kata caha klo ble ejaan biar btol[ ewah..syuhada dh pndi komen org] hehehehe..

    =) maaf..sy budak bru blaja gak..


  • (Penulis)
    5)

    teru: tahnx my fren!

    gnee n caha:akan cube ye...agak bz sekarang.

    syud:heh.bab ejaan yang payah ni.mungkin sebab dah terbiasa.akan di improve kan.tahnx!

    kawan lame ramai yang masih lagi dalam kontek ade jugak yang hilang macam tu aje.sedey~kakak

Cerpen-cerpen lain nukilan granger88

Read all stories by granger88