Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Klasik

TemaN: Dua

Cerpen sebelumnya:
TemaN:satu
Cerpen selanjutnya:
Miss Wella? Kepulangan -3-

Sampai sahaja di kolej aku keluarkan hansetku dan mula menaip mesej untuk mak. Memberitahu aku selamat sampai. Mak agak bimbang kerana aku perlu mengambil KTM dan teksi selepas separuh hari menaiki bas.

 

Malam itu, setelah semua baju dan barang-barang di dalam beg aku kemaskan ke dalam almari, aku mula berbaring di atas katil. Letih seharian di dalam bas masih belum hilang. Aku hampir terlelap apabila lagu Alhamdullillah nyanyian Too Phat dan Yassin berkumandang dari hansetku.

 

“ Hello… Assalamualaikum.”

 

Aku terdengar suara si pemanggil. Asing. Apabila ada nombor asing yang muncul di hanset, aku memang akan senyap sehingga aku dengar dulu suara si pemanggil.

 

Aku rasa aku kenal siapa, tapi untuk kepastian…

 

“ Hello… Waalaikummussalam. Nak becakap dengan sape?”

 

Aku tahu soalan tu macam tak logik. Dah telefon henset aku, mestilah nak bercakap dengan aku kan? Tapi nombor aku ni selalu je ada nombor-nombor sesat. Cari entah sape-sape. Shah lah, Karimah lah, terbaru ni cari Zainab. Apa la punya nasib. Aku beli nombor ni dekat kedai kat depan kolej sana, tu yang aku tak paham kenapa nombor aku ni ada yang cari orang lain. Naseb… Naseb!

 

“ Laa… Nak cakap dengan Cek Munah Pak Mail. Nak cakap dengan ko la. Ape daa!”

Sah!

 

“ Khairul eh? Hahaa… Mane la tahu orang salah nombor ke, cari adik aku ke… Nak ape nih?” aku jawab tergelak-gelak. Teringatkan Cek Munah, monyet belaan Pak Mail.

 Kurang asam jawa pekat betul la mamat nih! 

“ Alalala… Saje je call. Tak leh ke? Ke ada pakwe marah? Aku dah biase kaco ko. Macam tak lengkap hidop kalau tak kaco ko.”

 

“ Suke hati jantung ko je eh. Dah malam-malam buta baru nak call. Aku nak tido ah!”

Aku jawab selamba. Penat dari tadi belum hilang lagi. Aku baru je nak buat sesi regangan badan.

 

“ Alahh. Awal lagi nih. Baru pukul….11.30. Malam masih muda.”

 

“ Banyak lah ko. Khairul… Nak tito!” Aku lunak kan suara. Berharap agar dia memahami. Aku tahu dia takkan terasa. Khairul memang jenis yang tak mudah terasa.

 

“ Yelah… Yelah. Tapi dengan satu syarat. Aku call lagi eh?”

 

“ Err… heh. Ok je. Tataa!” Terus aku picit butang merah.

 

Selepas seketika, aku masih lagi belum memejamkan mata. Aku terfikirkan apakah sebabnya Khairul begitu beria-ia mahu kembali bersahabat dengan aku. Aku sudah lama menyendiri. Sejak kehilangan Nissa, tiada sesiapa lagi yang aku percayai untuk aku galaskan segala-galanya. Aku lebih senang begini. Tiada sesiapa yang aku menyusahkan dan tiada sesiapa yang aku susahkan.

 

Aku buka album kecik berwarna biru yang sudahpun lusuh di telan masa. Ke mana sahaja aku pergi, album ini aku bawa bersama. Semacam sudah menjadi salah satu dari rutin harian aku akan belek album ini sebelum tidur. Ada berbagai pose aku dan Nissa di dalam nya. Ada juga gamba Nissa bersama keluarganya. Aku yang meminta daripada keluarganya sebelum aku ikut opah ke kampung.

 

Dan malam itu sekali lagi aku tidur dengan lelehan air mata…

 

                                     xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

+slm.satu meetg akn diadakn di DKA2/1 jm 2100.semua ajk dikehndaki hadr.hrp mklm.

 

Aku mengeluh sambil memasukkan hensetku ke dalam poket tepi kecil beg sandangku. Aku mula melilau mencari kawanku Ufra. Kami telah berjanji untuk bertemu di lobby apabila masing-masing selesai urusan pendaftaran semester baru. Ufra adalah rakan serumahku yang datang dari keluarga kaya dan tinggal di Kajang. Aku selesa bersamanya. Ufra suka bercerita dan aku betah sebagai pendengar. Tetapi, dia tidak pernah sibuk bertanya perihal peribadiku.

 

Aku masih ingat sewaktu dia membantu aku berkemaskan bilik sewaktu hari pertama aku sampai di apartmen yang disediakan di kolej. Aku bersendirian setelah abah hanya menghantar sehingga ke tangga sahaja. Aku hanya melihat dan mendengar celoteh dari bibirnya…

Banyak cakap betul dia ni…dari tadi tak henti-henti…

Detik hatiku. Aku memang susah hendak mesra dengan orang yang aku baru kenal. Aku tak betah bermesra dan bercerita dengan orang baru sekali bertemu muka. Tapi tak bermakna aku tidak menyenangi Ufra. Buktinya, kami rapat walau berlainan jurusan. Ufra mengambil jurusan IT manakala aku selesa dengan Business.

 Lambatnya minah ni. Dah lapar ni… 

Kali ini aku bangun dari kerusi dan membawa mataku ke arah meja yang diletakkan dengan kertas banner yang bertulis ‘School of Built invironment’. Ufra tiada di situ. Ini bermakna dia sudah pun ‘lepas’ dari peringkat pertama oendaftaran iaitu peringkat  yang kami panggil along level. Peringkat ini memeriksa samaada kami ada berhutang dengan kolej ataupun tidak.

 

Jika tiada hutang, kami akan diberikan sekeping kertas yang dipanggil docket sebagai perlepasan untuk masuk ke kelas dan boleh terus ke peringkat terakhir untuk scan kad matrix supaya kami lepas masuk ke dalam asrama.

 

Bagi yang berhutang pula mestilah beratur untuk mendapatkan pas masuk ke kelas yang mengambil banyak masa dan tenaga. Aku tidak pernah tahu sebanyak mana kapasiti masa dan tenaga yang sebenarnya diperlukan kerana aku tidak pernah merasa bahagian itu. Oleh kerana aku masuk ke kolej ini dengan menggunakan duit KWSP abah dan sedang berusaha untuk mendapatkan pinjaman MARA.

 

“Weyh! Aku dah setel. Ko da setel ke? Punyelah panjang barisan kaunter scan kad matrix. Aku nak celah sekali ade gad Nepal tuh marah. Potong stim betul lah!”

Sapa ufra. Aku agak terkejut tetapi tiada gunanya aku marahkan dia kerana memang begitu caranya. Salah aku juga mengelamun di tengah-tengah ramai.

 

“Heh. Time aku na scan tadi takde lah panjang mane. Jom ah. Lapar nih!”

 

Baru sahaja aku ingin melangkahkan kaki keluar dari lobby Admin, Ufra menarik lenganku.

“ Aku ade dengar, ade café baru kat blok Lab. Nak try x?”

Katanya sambil melayang-layangkan sekeping kertas kecil bersaiz namekad. Aku ambil dan aku tatap.

 

Sari International Café.

Di Buka Sekarang.

Dengan Helaian Ini Anda Akan Menikmati 10% Potongan Harga

Dari Menu Kami.

Sah Sehingga 1 Mei 2007

 

“ Ko kan, kalau jumpa bahan bacaan atas lantai pun ko kutip kan? Perlu ke ko nak bace semua tulisan yang ko nampak?”

 

Ufra tarik kertas itu dari tanganku ketika aku mahu belek ke helaian belakang. Aku hanya tersenyum. Lantas, ditariknya tanganku dan membawa aku ke café yang dikatakan baru itu.

 

Makanan sampai di meja. Ufra bangun untuk membasuh tangannya setelah aku yang baru sahaja membasuh tanganku mengambil tempat di kerusiku. aku tatap dahulu makanan di hadapan yang sudah semerbak baunya. Hati sudah berbelah bahagi samaada mahu terus makan atau menunggu Ufra sampai di tempatnya.

 

Hampir lima minit Ufra masih belum kembali. Aku angkat kepalaku dari nasi campur di depan mata. Aku lilaukan mata memandang sekeliling. Akhirnya aku menangkap susuk tubuh Ufra sedang bercakap-cakap dengan Nazri di suatu sudut.

 

Aku mengeluh. Aku lihat Ufra melihat ke arahku. Aku membuat isyarat yang membawa maksud ‘kalau ko tak datang sekarang aku lekuk ko.’

 

Akhirnya Ufra sampai di tempat duduknya sambil tersengih. Aku terus membaca Basmallah di dalam hati, dan mengangkat ayamku untuk berada di tempat yang lebih strategik.

 

“ Guess what??” Ufra membantut pergerakan tanganku.

Aku angkat kening tanda sekarang bukan masanya aku mahu meneka. Tetapi aku dapat agak bahawa pasti ada kaitan dengan Nazri sebentar tadi.

 

“Nazri ajak kita gi expo buku kat KLCC ujung minggu nih. Nak pegi tak? Jom ah. Baru sekali kita keluar sama-sama, tu pun kat seremban je. Pliiisss…” katanya sambil menyatukan kedua-dua tangannya. Lagaknya seperti memujuk rayu. Aku meneruskan sahaja pergerakan yang terbantut tadi.

 

“ Kat sana, mesti banyak buku-buku best. Murah plak tuh. Boleh la ko cari buku naseb malang ko tuh. Mesti ada punya…” Sekarang aku betul-betul terasa berminat.

 

“Kureng ko! A Siries of Unfortunate Event la… Sesuka hati je cakap naseb malang.” Aku jawab tangkas. Ufra memang suka memanggil buku kegemaranku sebegitu. Katanya…

 

“ Hey… Not my fault. Panjang sangat. And, Cik Anis Nabila ku sayang, it’s the same meaning kan? Kan? Kan?” Katanya sambil mula mencubit Ikan Keli kegemarannya.

 

Aku naik pelik apabila Ufra dengan selamba badaknya memakan ikan tersebut. Aku memang tak boleh nak telan. Bukan sahaja nak menelan. Nak ambik bau pun aku dah jadi loya. Nasib baik lah apabila Ufra memakannya aku tidaklah terbau.

 

“ Sooo… How many preety do I have to say before my please so you can say that simple ok? Preety, preety, preety, preety please?” Katanya setelah kami selesai makan.

 

“ One more.” Kataku mengusiknya.

“ Urghhh… preety?”

“Ok… Just, jangan asyik panggil aku balik selagi aku tak jumpa apa yang aku nak, ok? Macam aritu. Buku kemana, ko sebok nak beli baju…” aku meletakkan syarat sambil mengangkat kening.

“ Sett! Jangan ko berkampung kat situ sudah!”

Aku cuma tersenyum…

 

                                    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Malam itu, habis sahaja meeting Persatuan EDS aku terus balik ke bilik. Malas untuk bersama yang lain menghabiskan masa di gerai-gerai. Walaupun beramai-ramai aku memang kurang gemar…

 

Dan malam itu,sama dengan malam-malam sebelumnya… Susah mahu melelapkan mata. Aku baru sahaja lepas bercakap dengan mak. Aku dapat menangkap suara letih mak. Aku Tanya selembutnya. Mak mengadu letih bekerja di situ. Aku hanya tahu menenangkan mak.

 

Aku lega mak masih sudi mahu berkongsi denganku apa yang dirasanya. Rasanya tak sanggup aku jika mak masih seperti dulu. Kaku dan beku terhadapku dan adik-adik hanya kerana abah. Aku tahu dan faham bahawa apa yang mak lakukan hanya untuk mengajar abah, tetapi rasa marah tetap ada apabila aku teringatkan adik-adik yang masih kecil.

 

Lagu Alhamdulillah berkumandang… aku terus angkat kerana aku tahu siapa yang berada di hujung talian.

 

“ Hello, penjara Pudu… nak bercakap dengan banduan mana?” kataku sambil tersengih.

“Hahahh.. Hello, nak bercakap dengan banduan 008 bernama Anis Nabila…”

“ Kureng ko! Nak ape nih. Nak tido niii…”

“ Amboi, arini kan tak start lagi ko belajar. Pegi register pon penat ke? Ke ko penat mengorat?”

 

“ Sedap eh mengata. Aku cili mulut tu kang.” Aku terdengar dia tertawa senang.

 

“ Ehh… Hari minggu ni aku pegi KLCC. Ada expo buku dan aku temankan member aku dating.”

 

Aku teringat akan Ufra di bilik sebelah. Beria-ia mengajak aku rupanya ada udang di sebalik mee tomyam nya…err… Ufra suka mee tom yam!

 

“ Hari minggu ni? Hari ape? Ahad?”

 

“ Nape sebok?” aku jawab. Aku dapat rasakan jawapannya…

 

“ Nak ikut” Nah… 1-0 untuk Biela!

 

“ Alaa… Ko nih. Nak ikut buat ape..”

“Nak jalan-jalan cari kelapa. Nak cari buku la dah expo buku.”

 

Aku senyap. Aku terfikir. Apa pula yang aku harus bagitahu Ufra apabila dia bertanya siapa Khairul. Tetapi, bila difikirkan, seronok juga kalau Khairul ada. Tak adalah aku termangu sorang-sorang. Sah-sah la Ufra nak berdating…

 

“ Ko tak bagi pon aku nak ikut jugak. Boleh eh… aku jumpa ko kat sana lah. Aku kena letak dulu nih… Assalamualaikum banduan 008!”

 

Lantas talian terus terputus. aku hanya memandang hensetku. Memang pelik mamat nih…

Cerpen sebelumnya:
TemaN:satu
Cerpen selanjutnya:
Miss Wella? Kepulangan -3-

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
4 Penilai

Info penulis

NadYa

maa...na! just here to give and take something...
granger88 | Jadikan granger88 rakan anda | Hantar Mesej kepada granger88

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya granger88
TemaN : Empat | 2366 bacaan
TemaN : Tiga | 2029 bacaan
TemaN:satu | 1907 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya TemaN: Dua
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik