Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Fantasi

Miss Wella? Kepulangan -3-

Cerpen sebelumnya:
TemaN: Dua
Cerpen selanjutnya:
takdir Syam dan Syah..

Bagi sesiapa yang belum pernah baca Miss Wella terdahulu, boleh baca di link di bawah

Miss Wella? Probably -1- ..Tekan Sini

Miss Wella? Confirmed -2- 

 

Briefcase aku campakkan ke sofa. Tudung aku tanggalkan. Argh, serasa seperti semua kudrat telah habis digunakan hari ini. Aku merebahkan diri ke atas sofa. Projek mega yang dikendalikan oleh aku kali ini benar-benar menuntut sepenuh perhatian dan tenaga. Mana mungkin aku memandang enteng andai seluruh tanggungjawab projek ini diletakkan diatas pundakku.

Mata makin layu. Dunia makin kelam. Bunyi kipas mendayu-dayu. Akhirnya aku terlena di sofa dengan masih berpakaian pejabat. Malas ingin menukar baju. Tak kuasa untuk menggosok gigi. Penat untuk naik ke bilik... Biarlah, malam ini cuma satu yang aku mahu. Tidur...

Sedang enak aku diulit mimpi, handphoneku berbunyi nyaring. Arghhh... siapa yang menelefon malam-malam ni ni. Tak tahu nak tunggu pagi ke. Aku kerling jam di tangan. 2.05 pagi..Mengganggu betul.

Terpisat-pisat aku lihat skrin handphone. Ish, nombor siapa lak ni.. Jarang nombor yang tak dikenali menelefon aku waktu-waktu begini. Elok ketika ibu jari aku ingin menekan butang hijau, talian dihentikan. Aku letakkan kembali handphone di atas meja. Baru saja aku ingin alihkan tangan, handphone berbunyi lagi. Sekejap... ‘2 missed call’.

“ Ape kes orang nih. Main miss call pulak malam-malam ni. Tak tahu ke manusia normal dah tidur time-time macam ni.” Aku menggumam perlahan. Geram. Sudah tiga kali aku menguap sejak terjaga. Kemudian handphoneku berbunyi menandakan mesej baru diterima.

1 message received. Aku membuka flip handphone untuk membaca mesej.

+ Hai, boleh berkenalan?

Walau sesiapa pun yang sibuk me’miss call’ ni, yang pastinya memang dah tiada kerja lain agaknya. Sibuk nak berkenalan pula. Sakit hati kerana tidur terganggu, aku biarkan saja mesej tak berjawab. Tidur lagi baik.

Keesokan paginya leher dan badanku sakit-sakit. Ini lah natijahnya kalau tidur di atas sofa. Peristiwa mesej ingin berkenalan aku abaikan saja. Yang paling penting, perutku yang berkeroncong perlu diisi. Susah pula kalau gastrik menyerang lagi.

Menonong aku ke dapur untuk membuat sarapan selepas mandi. Aku jenguk ke dalam peti sejuk. Ada sebotol air mineral, telur tinggal sebiji, sayur yang dah layu dan mentega yang tinggal separuh. Aku buka bekas daging, ayam, dan udang .Kosong. Nampaknya semua dah kehabisan stok.. Aku periksa tarikh luput roti sandwich. Esok. Itu pun tinggal 3 keping.

Aku garu kepala yang tak gatal. Aiseyh, dah berzaman rupanye aku tak jenguk ke dapur. Kalau parents aku tahu nih, mesti mereka ‘menyanyi-nyanyi’ ke telinga aku nih.. Aku tersengih sendiri. Dah macam orang gila sengih sorang-sorang depan peti sejuk.

Dengan bahan masakan yang tersangatlah terhad, aku ambil keputusan menyediakan sandwich sahaja sebagai sarapan. Aku berkira-kira mahu pergi ke pasar raya untuk membeli bahan masakan selepas makan. Plan ‘Bermalas-malasan’ di rumah terpaksa dibatalkan. Program ‘ Anak Dara Teladan’ mengambil alih plan asal.

Jalan ketika hari-hari minggu begini sentiasa sesak. Semasa mencari parking di Jaya Jusco Maluri, aku ternampak kelibat seseorang seperti Amir sedang berdiri di sebelah tiang. Bila aku toleh sekali lagi, tiada sesiapa pun di situ. Tersilap pandang agaknya. Sudah dua bulan berlalu sejak peristiwa ‘aura’ Amir muncul di Starbuck. Anehnya Amir tak pernah muncul lagi dalam dunia mimpi aku sejak kejadian itu. Dunia jaga apatah lagi. Setiap malam aku berharap agar Amir muncul lagi. Namun setiap pagi juga aku terjaga dengan kehampaan.

Mengenai Haikal pula, hari itu juga adalah hari terakhir kami bertemu. Entah mengapa kami terus terputus hubungan selepas itu. Tiada khabar berita. Bila aku cuba hubungi Haikal, selalunya panggilan tak dijawab atau mesin yang menjawab. Huh, kalau nak suruh mesin yang jawabkan telefon, baik tak payah pakai telefon. Panas pula hati aku mengenangkan ‘kehilangan’ mendadak Haikal.

****

Handphone di dalam handbag berbunyi ketika aku sibuk memilih kobis bunga. Aku letakkan kembali kobis di dalam bekas.

“Assalamualaikum. Ye mama, Sha dekat JJ nih...Shopping sikit. Kenapa call?” Aku senyap seketika membiarkan mama bercakap.

“Er, boleh aje. Bila pulak Sha cakap mama tak boleh call Sha.” Aku membalas.

“Balik kampung? Ade hal penting ?Tapi Sha tengah banyak kerja ni mama. Takut tak dapat cuti lagipun ..” aku berhenti bercakap bila mama memotong kata-kata aku.

“ Em, nanti Sha try mintak cuti” Malas aku berbalah dengan mama. Lebih-lebih lagi bila mama mula buat suara diktatornya. Tidak boleh tidak. Hal apalah yang penting sangat sehingga mama beria-ria menyuruh aku balik kampung. Tapi bagus juga, hampir sebulan lebih aku tak pulang menjenguk keluarga di kampung. Terlalu sibuk dengan kerja menyebabkan aku hampir mengabaikan perkara-perkara di sekitar aku.

Tengah hari keesokannya, aku selamat sampai di Melaka. Nasib baik cuti 3 hari aku diluluskan. Dapatlah aku bermalas-malasan di rumah. Cuma harap-harap mama tak buka topik “Kahwin Cepat-cepat”. Kadang-kadang panas juga telinga bila topik perkahwinan di buka.

“Bila nak kahwin?” - Soalan tipikal.

“Takkan takde boyfriend?” - Sekali lagi soalan tipikal.

“Dekat tempat kerja tu takde yang bujang ke?” - So?

“Kamu ni kena mandi bunga agaknya. Tak laku” - Aaaa...kejam-kejam

Mama dan abah cukup sporting dalam urusan anak-anaknya. Tapi entah mengapa dalam urusan perkahwinan aku, risau benar mereka. Tapi bila aku suruh mereka yang carikan, katanya “Sendiri yang nak kahwin, sendiri yang pilih”...Jadi, aku nak buat macam mana lagi.

Malam itu mama menemani aku bermain buaian di laman rumah. Abah pula belum pulang dari masjid. Bermain buaian waktu-waktu begini mengingatkan aku dengan zaman kanak-kanak.

“Mama cakap ade hal penting suruh Sha balik. Hal ape mama?” aku memulakan mukadimah.

Mama tersenyum sambil jawab. “Tak penting pun. Mama tiba-tiba rindukan Sha. Itu yang mama suruh Sha balik.”

“Betul ni? Tiba-tiba aje?” pelik pula aku. Takkan sebab itu saja. Bernasib baik benar aku.

Aku teringat dulu, mama pernah tiba-tiba suruh aku balik. Rupa-rupanya anak kawan lama abah masuk meminang. Terkial-kial aku ketika itu. Nasib baik ketika itu aku baru menamatkan ijazah dan baru bekerja. Aku katakan aku belum bersedia lagi. Akhirnya, rombongan meminang pulang bersama cincin pertunangan. Siapa lelaki itu, tak pernah pula aku ambil tahu.

Tersenyum aku teringat kisah lama. Agaknya kalau aku terima pinangan itu, sekarang pasti aku sudah beranak-pinak. Mungkin juga aku duduk di rumah,menjadi suri rumah sepenuh masa.

“Sha.” Aku terasa paha ditepuk.

“Aaa...Kenapa?”

“Tersengih-sengih macam orang gila terlepas ni kenapa?” Mama menggeleng melihat aku. Aku pula teruskan sengihan kerang busuk di tengah-tengah pekat malam ini. Malu memberitahu apa yang terlintas di kepala.

“Dengar tak? Esok temankan mama pergi rumah Auntie Ros. Ingat lagi tak Auntie Ros? Dah dua bulan mereka balik sini”

Macam pernah ku dengar, tapi di mana ya?

“Auntie Ros mana pulak nih mama?” Aku cuba mengingat.

Ramai sangat kawan mama, Auntie Rosilah, Makcik Rosmah. Kedua-duanya aku panggil Auntie Ros. Baru balik dua bulan? Bila pula mereka keluar negara?

“Jiran sebelah rumah kita dulu. Masa tuh kamu kecil lagi. Mama tak ingat siapa nama anaknya. Selalu kamu main sama-sama. Main sampai tak ingat nak balik rumah. Lepas tuh mereka sekeluarga pindah UK. Uncle Zul kamu dapat kerja dekat sana. Teruk kamu menangis dekat airport. Takkan tak ingat?”

Jiran? Main sama-sama? UK? Aku terdiam. Kalau begitu, nampaknya..

“Auntie Ros... mak Amir ye mama?” Aku mencari kepastian. Berdebar jantungku menanti jawapan mama.

“Amir? Haaaa, Amir lah nama anaknya tuh.. Mama dah tua-tua nih lupa pulak.” Mama pantas memberi jawapan.

Aku terasa jam kaku membeku. Bumi pula berhenti berputar. Otak aku cuba menafsir apa yang baru aku dengari. Pening.

Amir dah balik Malaysia. Dia ada di sini?..Amir yang aku tunggu selama ni dah balik? Benarkah?

Cerpen sebelumnya:
TemaN: Dua
Cerpen selanjutnya:
takdir Syam dan Syah..

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
3 Penilai

Info penulis

icetea lemonade

Kadang-kadang saye malas.Kadang-kadang saya rajin.Bile saya malas,saya tido.Bile saya rajin,saya menulis. Jadi, saya nak jadi rajin sebab saya nak menulis banyak-banyak macam juta-juta lemon
teruterubutzu | Jadikan teruterubutzu rakan anda | Hantar Mesej kepada teruterubutzu

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya teruterubutzu
Miss Wella? Confirmed -2- | 1632 bacaan
Miss Wella? Probably? -1- | 1614 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

7 Komen dalam karya Miss Wella? Kepulangan -3-
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik